|
DTECCONAN posted on 1-7-2013 01:26 PM
kalau darurat tak boleh puasa adakah bermakna hukum wajib berpuasa tu sudah diharamkan?
masala ...
aku tak cakap pasal Islam. aku cakap agama secara general. cuma kau yang bawa topik Islam ke mari sebab kau nak pertahankan islam.
pasal halal / haram itu hukum boleh berubah mengikut syarat dan keadaan yang tertentu.
kalau aku tak faham Islam cuba terangkan secara menyeluruh kenapa aku salah, bukan hanya kata aku salah walaupun aku quote al quran dan berpuluh2 ayat rasanya. tapi tiada sorang pun nak sangkal.
aku cakap agama lain pun ada diskriminasi juga. samada judaism, kristian dan islam semuanya ada segmentasi yang negatif. kenapa pula aku perlu sebarkan kepercayaan aku. ini bukan kepercayaan aku tetapi hakikatnya semakin ramai remaja di UK meninggalkan agama. aku punya kesimpulan adalah kerana manusia sudah boleh berfikir dan merasakan agama sudah lapuk dan tidak relevan. itu adalah reasoning yang munasabah kenapa ramai orang meninggalkan agama.
benda asas dalam agama adalah kepercayaan. kita nak berpaksi pada hala tuju yang sama? berbaliklah kepada hakikat dan sains
bagaimana orang nak menerima agama sekiranya akal kita tak boleh dipakai dan harus menjadi pak turut sahaja?
tiada siapa nak ubah hakikat wanita dan lelaki berbeza. tetapi mereka adalah manusia. dan yang membuatkan orang lain berfikiran negatif terhadap agama adalah ajaran dan penganut nya sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 1-7-2013 02:03 PM
Mat Salleh ada buat analysis kekuatan Islam adalah..Faith..atau dalam Islam..Iman...
dan mat salleh juga ada buat analysis pasal ketidakwujudan tuhan etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 1-7-2013 02:24 PM
"Religion is the opium of the people" ..... komunis la tu.
sapa yang dah lari dari agama sejak komunis menjajah malaya?
|
|
|
|
|
|
|
|
APOLLYON posted on 1-7-2013 02:22 PM
Saya ikut hujah dan pendapat kamu dari mula.Hujah yg cukup tenang dan berisi.kena buka kunci yg da ...
terima kasih atas pujian anda. itulah mesej yang saya cuba sampaikan. mereka-mereka ini cuba untuk menidakkan hati sendiri.
contoh paling senang adalah poligami seperti yang anda baru sampaikan. berapa banyak ummat wanita Islam ni sanggup poligami? kalau mereka kata 80% ke atas maksudnya majority wanita menerima poligami. hakikatnya adalah sebaliknya.. mungkin hanya sekitar 5%-10% sahaja wanita Islam di dunia ni sanggup poligami.
saya tidak perlukan fatwa haram rokok untuk tidak merokok kerana saya tahu rokok membahayakan kesihatan. begitu juga dengan arak. saya juga tidak akan membunuh kerana naluri manusia yang normal tidak akan membunuh manusia lain hatta seekor semut pun.
agama memang memainkan peranan yang dominan pada masa dulu dan membentuk manusia secari rohani dan peribadi. ada banyak manusia yang sukses kerana agamanya. tetapi ada juga yang gagal walaupun taat pada agama.
hakikatnya, tiada siapa yang tahu tuhan itu wujud atau tidak. dan adakah tuhan yang kita percaya itu tuhan yang sebenarnya atau tidak. "buktinya" hanyalah pada intisari agama itu sahaja.
kebenaran itu seharusnya bersifat neutral. apabila anda keluar sekejap dari spektrum pemikiran yang biasa, anda akan berkata ohh sebenarnya lagi banyak yang aku tak tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 30-6-2013 07:42 PM
Ko paham jwp saya ke tak? Pisau tak bahaya sbb tak efek emosi org sgt. Agama tuh boleh efek emosi ...
kau punya akal yg tak mampu sampai...... |
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 1-7-2013 08:45 AM
masih pasal agama bukan?
TAK, bukan pasal agama. Tapi pelanggaran HAK ASASI. Islam sebgai agama yg bertamadun, civilised dan advanced menghormati, melindungi dan memberi hak kepada manusia utk mempertahankan hak depa.....buleh paham der?....sejarah pun lepas....
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 1-7-2013 03:33 PM
TAK, bukan pasal agama. Tapi pelanggaran HAK ASASI. Islam sebgai agama yg bertamadun, civilised da ...
kalu sunni vs syiah pula. pasal hak asasi ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 1-7-2013 09:52 AM
Tak perlu mansuh sbb PKR dalam ex-UMNO dan DAP plak byk org rasis.
Spin sebanyak mana while you can.As Dap member what say u? PKR dan DAP perjuangan sama utk sume kaum kan.elok je digabungkan.Lantik Anwar Ibrahim jadi Ketua gabungan itu.Ada berani tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 1-7-2013 08:44 AM
sebab memang agama salah satu punca masalah selain politik, kuasa, tanah, oil, money etc.
sekarang kau nak letak agama sama level kesalahan dgn politik,kuasa,oil,money etc plak? dah abis modal ke der?....
jawapan aku masih TAK....org yg benar2 beragama tak akan sanggup menggunakan agama utk justifikasi sesuatu tujuan yg salah kerana dia percaya akan hari pembalasan dan implikasi yg tak nampak di mata. Tapi org yg tak percaya agama/jahat/athies akan sanggup berpura2 beragama dan menggunakan agama bagi mencapai maksud walaupun menipu atas nama agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 1-7-2013 03:36 PM
kalu sunni vs syiah pula. pasal hak asasi ka?
pasal perebutan kuasa secara batil. Bila berlaku perebutan/percaturan kuasa secara batil akan ada pelanggaran hak asasi. Bila berlaku pelanggaran hak asasi, manusia akan rebel. 'Kuasa' di sini bukan sekadar bermaksud kerajaan, tapi macam2 la der.......buleh paham ckt der? ke nak aku eloborate lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 1-7-2013 03:39 PM
sekarang kau nak letak agama sama level kesalahan dgn politik,kuasa,oil,money etc plak? dah abis m ...
sebab doktrin agama ajar agama melepasi politik, kuasa, money etc.
ok la sekarang kau jawab senarai peperangan dalam islam kat bawah ni.
1. Perang Daumatul-Jandal
Perang ini berlaku pada bulan Ogos 633M. Selepas kemenagan tentera Islam di dalam Perang Yamamah, Khalifah Abu Bakar menghantar seorang panglima dari Madinah, Iyadh ibn Ghanam bersama 4,000 orang perajurit ke Daumatul Jandal untuk menawan semula bandar itu daripada Bani Kalb yang murtad.
Namun bandar itu dipertahankan oleh pasukan pemberontak murtad seramai 15,000 orang yang diketuai oleh Judi ibn Rabiah dengan dibantu oleh Ukaidar ibn Abdul Malik. Ini kerana bandar itu mempunyai sumber bekalan makanan dan kewangan yang cukup berikutan lokasinya yang terletak di antara Damsyik dan Kufah. Kota ini menjadi tumpuan para pedagang yang berulang-alik antara Damsyik dan Kufah seterusnya menjadi pusat perdagangan di utara semenanjung Arab.
Setelah kehabisan ikhtiar, Iyadh ibn Ghanam menghantar surat kepada Khalid ibn al-Walid berkenaan dengan keadaan di Daumatul Jandal. Khalid yang ketika itu baru saja menguasai Ainul Tamar dalam Perang Ainul Tamar bersama 6,000 orang tentera bergegas ke Daumatul Jandal.
2. Perang Ahzab
Perang Ahzab (bahasa Arab: غزوةالاحزاب) atau Perang Khandaq (Arab: غزوةالخندق) ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab. 3. Perang Badar
Perang Badar (Bahasa Arab: غزوة بدر‎), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M)[1][2] di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[3] di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar (23°44′U 38°46′TKoordinat: 23°44′U 38°46′T) berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut. cukup la aku listkan perang dalam Islam ni. ada banyak lagi sebenarnya.
kalau kau nafikan orang berperang kerana agama, maksudnya kau nafikan sejarah islam sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
lah..dah kena humban kat bod lain upenya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 1-7-2013 03:50 PM
sebab doktrin agama ajar agama melepasi politik, kuasa, money etc.
ok la sekarang kau jawab sen ...
1. perang daumatul jandal
aku quote ayat kau jugak....""Daumatul Jandal untuk menawan semula bandar itu daripada Bani Kalb yang murtad.
Namun bandar itu dipertahankan oleh pasukan pemberontak murtad seramai 15,000 orang " .....kau paham ke maksud murtad der? ke kau paham murtad tu hanya bermaksud keluar islam?....kalau kau murtad dan ko duduk diam2, takda sapa kacau kau der, tapi kalau kau murtad pastu tunjuk tere, ambik hak rakyat lain, kau ingat kerajaan mana nak tengok ajer? abistu hak2 rakyat2 lain yg tak murtad sapa nak jaga? kat negara kapir athies pun tak boleh der....cuma depa kata pelanggaran hak asasi jah...yg peliknya puak2 athies ni hanya tau hak depa jah, hak org lain depa x pedulik pun....
2. perang ahzab
ni dah terang2 pelanggaran hak asasi. yahudi2 yg tak puas hati sbb kena halau sbb mungkir janji cari geng serang kerajaan yg diangkat majoriti.
3. perang badar
pasal pelanggaran hak asasi jugak. org islam yg berhijrah harta benda, property depa dirampas. pastu org musyrikin mekah tak puas hati madinah akan kacau trade dorang, so depa buat kacau.
Last edited by apam on 1-7-2013 04:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 1-7-2013 04:07 PM
1. perang daumatul jandal
aku quote ayat kau jugak....""Daumatul Jandal untuk menawan ...
1. murtad vs islam. - perang agama.
2. perang suku kaum (Ahzab) vs tentera Islam - perang agama.
3. perang Nabi Muhammad vs Quraisy - perang agama.
aku listkan lagi.
Perang Islam-Mongol
Peperangan Islam-Mongol merupakan peperangan di antara kerajaan Islam dengan Empayar Mongol. Peperangan ini berlaku sekitar 1219M - 1303M. Antara kerajaan Islam yang terlibat dalam peperangan ini adalah kerajaan Khwarizmiyah, Bani Abbasiyyah, Saljuk dan Mamluk. Perang Islam-Riddah
Siri Peperangan Islam-Riddah merupakan peperangan menentang kelompok pemberontak Arab murtad yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Perang Uhud
Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.[1] semua perang ni dikategorikan sebagai perang dalam islam. hanya kau je cakap pasal perang hak asasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
by apam
org yg benar2 beragama tak akan sanggup menggunakan agama utk justifikasi sesuatu tujuan yg salah kerana dia percaya akan hari pembalasan dan implikasi yg tak nampak di mata. Tapi org yg tak percaya agama/jahat/athies akan sanggup berpura2 beragama dan menggunakan agama bagi mencapai maksud walaupun menipu atas nama agama.
Muhammad sendiri tak pernah hidup aman sejak dia mula menyebarkan agama Islam di Madinah, termasuk dgn mengunakan peperangan dan ugutan. Jadi, adakah Muhammad juga seorang yg jahat dan atheist - tidak menpercayai tuhan yg dia sendiri (kononnya) sembah dan menpergunakan nama Allah sbg tujuan peperangan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 1-7-2013 02:37 PM
terima kasih atas pujian anda. itulah mesej yang saya cuba sampaikan. mereka-mereka ini cuba untuk ...
Lejen... awak terkeliru dengan agama dan penganut agama.
Agama diturunkan sebagai panduan manusia untuk mengetahui apa tujuan dia hidup. Dengan tahu tujuan hidup, manusia mampu menilai sesuatu dari segi baik dan buruknya sebelum ajal menjemputnya. Itu juga adalah tanda Rahmat Allah SWT pada manusia.
Adakah tanpa agama manusia tidak tahu buruk dan baik? Sebenarnya... tanpa agama... manusia boleh tahu buruk dan baik... tapi akan mengambil masa yang lama untuk dia matang. Agama mempercepatkan kematangan manusia... mematangkan cara dia berfikir dan bertindak.
Awak, saya, dan semua yang berforum ni bolehlah menidakkan atau memilih agama kerana jalan itu telah dirintis oleh manusia sebelum kita dan rata2 kita tak tahun pun pengalaman pahit-manis mereka. Apa yang kita lihat adalah hasil pencarian agama orang-orang dulu. Dulu nak cari bahan ilmu walaupun sekadar untuk buat perbandingan... kita mempunyai maklumat yang sangat terhad. Sekarang search jer... kita dah boleh dapat maklumat agama... pro atau kontra... menyokong atau membantah.
Sebelum kita nak menolak agama, kita kena cari kenapa agama itu ada dan kena selidik apa yang telah dirintis orang dahulu sehingga membina tamadun dan teknologi.
Kenapa muslim yang dulunya gemilang menjadi ibarat buih? Adakah kerana agamanya?
Kenapa bangsa mongol... bangsa china... bangsa india... yang empunya tamadun lama tak mampu mempertahankan tamadun mereka selepas ada pertembungan dengan barat? Adakah kerana agama mereka?
Kenapa bangsa2 belah barat yang dikatakan mengalami zaman kegelapan mampu bangkit dari zaman itu? Adakah kerana agama mereka?
Kalau kita perhatikan gambar2 hollywood zaman dulu... mereka sangat menjaga kesopanan... adengan cium pun awalnya adalah taboo. Adakah dengan terbukanya mereka sekarang ini boleh kita kaitkan dengan agama mereka yang bermasalah?
Saya tak pasti samada awak percaya kisah awal kejadian iaitu ketika penciptaan Nabi Adam AS dan pertembungan Iblis yang derhaka kepada Allah. Permintaan Iblis untuk menyelewengkan manusia dari MENGIKUT JALAN ALLAH telah diperkenankan dan hanya yang MENGIKUT JALAN ALLAH sahaja yang akan terselamat.
Apakah dia MENGIKUT JALAN ALLAH? Untuk menjaga kebajikan manusia, Allah SWT turunkan wakil yang akan mengajar manusia MENGIKUT JALAN ALLAH dalam bentuk manusia juga. Allah SWT adalah Yang Maha Adil pada makhluk ciptaanNya. Dia membukakan peluang untuk manusia... dia juga membuka peluang untuk Iblis. Manusia yang tidak MENGIKUT JALAN ALLAH tiada jalan lain selain MENGIKUT JALAN IBLIS... dan mereka adalah sebagai cubaan kepada manusia yang lain.
Dalam sejarah manusia di muka bumi ini, telah banyak yang hidup dan kemudian mati, begitu juga, manusia2 yang dilantik menjadi pembawa risalah Allah yang juga dipanggil agama. Apabila agama diKORUPkan oleh manusia yang KORUP... tamatlah riwayat mereka... dan akan diutus lagi yang... begitulah seterusnya hingga sampai ke zaman kita.
Adakah agama itu semestinya bernama ISLAM? Tidak. Ada banyak agama dengan nama2 yang lain. Tapi ada KEISTIMEWAAN ISLAM yang tiada pada agama yang ada sekarang. Dengan KEISTIMEWAAN ISLAM... pekerjaan IBLIS telah menjadi susah.
Apa pekerjaan utama IBLIS? Adakah untuk menghancurkan ISLAM, KRISTIAN atau YAHUDI? Tidak. Hanya berpaling daripada JALAN ALLAH SWT. Kalau orang tiada agama... dia tiada tahu jalan menuju ALLAH SWT... maka menjadilah ia alat IBLIS.
On the surface... orang hanya melihat perkerjaan MENGHINAKAN AGAMA.
|
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 1-7-2013 04:23 PM
Lejen... awak terkeliru dengan agama dan penganut agama.
Agama diturunkan sebagai panduan manus ...
sebelum cakap saya keliru tentang agama dan pengikut agama. tolong refute beberapa ayat-ayat al quran di page-page belakang. saya pertikaikan islam menurut quran itu sendiri dan tiada kena mengena dengan perbuatan penganutnya.
saya juga mengatakan di dalam agama ada kebaikan namun ada juga keburukan nya. bagi saya, setakat ini, tiada agama yang sempurna.
pasal konsep ketuhanan itu adalah topik yang berbeza. ada orang percaya kepada tuhan tapi tidak beragama. Bill Gates adalah salah sorang daripadanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|