|
Eh wa ada post kat sini ke laju yekkk tenet luu
kinki Post at 6-11-2010 12:20 AM
Laju lah sangat kan kekeke, den sampai malas nak memposting terus malam tadi, terus layan tengok citer.. {:1_126:} |
|
|
|
|
|
|
|
Morning dan salam 1 Klang.. lontong di dahulukan, mee jawa diutamakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
So ura2 21 gunung berapi bakal meletup tu mungkin ada benarnya kan.. cousin den ada study kat situ, nanti nak tanyalah camner keadaan dia, tapi dia kata masa mula2 meletus tu ramai mati tapi standard la biter banyak tipu bab2 tewas ni, tewas ok..
Letusan Merapi paling dahsyat
para penunggang motosikal melalui sebatang jalan di Muntilan dekat Yogyakarta yang diselaputi abu Gunung Merapi semalam.
JAKARTA - Letusan Gunung Merapi tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.
Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.
Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.
Sementara itu, di Yogyakarta, seramai 320 pelajar Malaysia telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut.
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah seminggu baru jumpa :cf: kata dah lalu lalang kat tempat sama tapi x nampak, apekah?, x de anjing pengesan ke, ke fobia sangat kat anjing sampai takut nak guna, jadi apa guna anjing tu di train kalau x membantu kesan mangsa.. dah busuk berbau baru jumpa, wth memang lembap, kalau bab profile tinggi tang2 tu gak siap selam loji najis segala..
Sengatan maut tebuan tanah
Oleh HAMZAH SARAH
[email protected]
DI teratak inilah Halimah dikatakan telah keluar untuk ke rumah iparnya sebelum dilaporkan hilang Ahad lalu.
KEMAMAN – Misteri kehilangan seorang warga emas selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini Ahad lalu terungkai apabila dia ditemui mati disyaki akibat disengat tebuan tanah.
Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan mayatnya telah berbau dan mereput selain lengkap berpakaian di kawasan belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya pada pukul 11 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya.
Pasukan penyelamat menemui sarang tebuan kira-kira satu meter dari mayat mangsa dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan wanita yang menghidap penyakit nyanyuk itu meninggal dunia kerana disengat serangga berbahaya berkenaan.
Sarang tebuan itu kemudiannya dibakar.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, siasatan awal mendapati, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Kami sebelum ini sudah beberapa kali melalui kawasan itu tetapi gagal mengesan mangsa.
“Bagaimanapun pagi tadi, (semalam) kami berjaya mengesan mangsa selepas terhidu bau busuk dari arah semak,” katanya ketika ditemui semalam.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lu layan cite ape? lu ni suka membebel2 ekk rajin betul lu taip panjang2 wa ras ...
kinki Post at 6-11-2010 11:22 AM
Citer Salt, boleh la.. pasni nak cont tengok citer kartun plak pasal cloud meatball dah siap torrent tapi lom tengok2 lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awas haiwan liar, berbisa lepas banjir
Nov 6, 10 12:25pm
Penduduk yang terlibat dengan banjir di di negeri ini diingatkan supaya berwaspada terhadap haiwan terutamanya ular yang cuba berlindung di ruang tersembunyi di rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk berpindah ke pusat pemindahan.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan Zainuddin Hussein memberitahu Bernama hari ini langkah itu perlu bagi mengelakkan mereka daripada diserang haiwan berbisa itu.
Khamis lepas, seorang penduduk kampung di Kampung Gual Tok Deh dekat Rantau Panjangn yaris dibelit seekor ular sawa bunga sepanjang hampir 10 meter apabila terserempak dengan reptilia itu yang cuba menyelamatkan diri daripada banjir dalam sebuah reban ayam di rumahnya.
Bagaimanapun, ular sawa itu berjaya ditangkap oleh pasukan penyelamat JPAM yang bertugas di Bilik Gerakan Banjir Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.
Zainuddin berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini, banyak haiwan liar terutamanya ular bersembunyi di tempat selamat dalam rumah yang ditinggalkan mangsa banjir ketika berpindah di pusat pemindahan berhampiran.
Katanya kejadian itu kerap berlaku di kawasan pinggir hutan berhampiran sungai.
--Bernama
Seram memang lepas banjir dia suka duk kat belakang almari, rak kasut, dalam tandas yang sejuk kan, teringat lagi masa kecik2 dulu balik kg kat Sabah, masa tu musim banjir tengok esok pagi ada anak rimau kumbang mati depan tangga rumah ok siap bersemut2, badannya kering pastu dah sejuk mungkin dia lemas ke hapa ke x tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemuda baru kahwin lemas selepas cuba selamatkan isteri
06/11/2010 5:27pm
Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
KUANTAN 6 Nov. – Seorang pemuda yang baru sebulan mendirikan rumah tangga mati selepas menyelamatkan isterinya yang hampir lemas ketika berkelah di Sungai Jin di Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk dibedah siasat. – Utusan
Alahai kesiannya, bekorban apa saja, harta ataupun nyawa.. :cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga pejalan kaki maut dirempuh pacuan empat roda
06/11/2010 4:36pm
BELURAN 6 Nov. – Tiga pejalan kaki terbunuh apabila dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke tepi jalan di Kilometer 85 Jalan Nangoh-Paitan semalam.
Ketiga-tiga wanita itu yang dikenali sebagai Gagosah Tiopo, 55; Naslia Kamaruddin, 48; dan Emmie Galpam, 22, mati di tempat kejadian.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat, kata Pemangku Ketua Polis Beluran, ASP Zakaria A. Rahim.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, pemandu kereta pacuan empat roda terbabit dikatakan gagal mengawal keretanya yang dipercayai dipandu laju menyebabkan kenderaan itu terbabas ke tepi jalan lalu merempuh kesemua mangsa.
Pemandu berusia 21 tahun itu tidak memberhentikan kenderaannya di tempat kejadian, sebaliknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu kenderaan itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya diambil. – Bernama
Kalau korang salah sorang ahli keluarga 3 makcik di atas ni, nak belasah ke nak langgar balik budak ni.. celaka sangat terus lari dan gi balai polis, tapi kalau korang jadi dia camner, kang x memasal plak kalau turun jadi arwah plak dek dikerjakan orang kat situ.. :cf: x de apa2 tindakan ke, camner leh lepas plak dengan jaminan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|