Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata, dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak, sebaliknya berjaga-jaga dengan penyakit ain. “Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah. “Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya takut. Saya baru tahu, bila anak sakit, bapa boleh jadi mental tau,” jawabnya.
|