CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 2-2-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap warga Kedah bersabaq...dgn dugaan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 08:36 AM | Show all posts
Aku rasa ada adun yg sign SD tu berpaling tadah.. depan bashah terpaksa tp depan jemaah sultan ada yg sokong MM. Kalau semuanya sepakat dah dapat simple majoriti pun utk singkirkan MM. Tak perlu dah pembangkang nak dipanggil. Dpt la org kedah MB SRP.

Kalau dah ada kata putus lama dah puak2 umno ni buat PC. Bukan tak tau perangai dia org nih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:27 AM | Show all posts
panjang pulak drama ni. ingatkan dah bleh selesai smlm, tapi hari ni bersambung lagi. stress iols nak tunggu apa keputusan ni. nervous gak rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 2-2-2016 08:22 AM
Kesian warga kedah...tapi i rasa mereka kena akur jugak dgn keputusan Najib Kraeng Karapole

Yg pasti almost 98% orang yg i kenal pengundi kedah akan pangkah pembangkang nanti pru regardless mukriz still mb atau tidak...cuma skrg ni nak tengok samada najib terpaksa akur pd kemahuan rakyat  sst negeri atau tidak ..ie the people vs najib dan jugak harap case ni jd pencetus ke arah gerakan lebih besar nak lawan pemimpin corrupt yg dah sangat melebihkan...yg ni boleh jdkan pencetus utk buang  pemimpin rasuah once and for all. By now kita dah boleh identify yg manalah pemimpin corrupt Dan yg manalah bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:46 AM | Show all posts
ALOR SETAR 1 Feb. - Kedudukan Datuk Seri Mukh-riz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan ditentukan esok apabila Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengadakan pertemuan dengan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di Wisma Darul Aman di sini.


Pertemuan tersebut terpaksa diadakan bagi membolehkan jumlah majoriti mudah 19 ADUN sama ada mereka bersetuju atau tidak Mukhriz digantikan, ditentukan.
Hal ini kerana pertemuan hari ini antara Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 20 ADUN Barisan Nasional (BN) yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudian gagal memperoleh angka majoriti mudah berkenaan.
Keadaan itu berlaku apabila ada antara 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz digantikan me-ngubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur semalam.

“Kalau terpaksa panggil ADUN pembangkang menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, maknanya jumlah 19 ADUN bersetuju Mukhriz diganti tidak diperoleh,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.
Sumber itu berkata, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak mempunyai pilihan selain daripada memanggil ADUN pembangkang menghadap untuk mencapai keputusan.
Apatah lagi, Mukhriz dikatakan enggan meletakkan jawatan walaupun diminta berbuat demikian oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Ini adalah kali kedua beliau menolak setelah diminta berbuat demikian pada Jumaat lalu di Kuala Lumpur, “ kata sumber tersebut.
Kedah mempunyai 36 DUN dengan BN menguasai 21 kerusi, Pas (8 kerusi), PAN (1 kerusi), PKR (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).

Ditanya apakah kemungkinan yang akan berlaku, sumber itu berkata, ia sukar diramalkan.
‘’Malah tidak mustahil juga jika konflik ini berlanjutan sehingga ke sidang DUN bagi membentangkan undi tidak percaya kepada Mukhriz. Ini memandangkan dalam keadaan sekarang Mukhriz tidak boleh menjalankan pentadbiran negeri berikutan sekurang-kurangnya 18 ADUN BN termasuk exco kerajaan negeri tidak menyebelahi beliau,’’ kata sumber tersebut.
Dalam pada itu beberapa ADUN pembangkang ketika dihubungi mengesahkan menerima jemputan menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok.
ADUN Pengkalan Kundor daripada PAN, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau bagaimanapun tidak dimaklumkan tujuan perjumpaan berkenaan namun mempercayai ia berkaitan kes kemelut Menteri Besar itu.
Begitu juga dengan ADUN Sidam daripada PKR, Robert Ling Kui Ee yang mengesahkan perjumpaan berkenaan dan memberitahu akan mengadakan perjumpaan dengan ADUN pembangkang bagi membincangkan pendirian mereka terhadap isu itu.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.pCSZ1Xt9.dpuf



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:47 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 2-2-2016 08:23 AM
Iols rasa lebih kurang krisis mb selangor...takkan ada bubar dun...mesti ada punya yang disogok ka ...

aku nak adun pakatan berkecuali...biar padan muka semua org menggelupur.time neh la pakatan leh wat kekwat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2016 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak mzz selaku orang2 tua yang sokong umngok and selaku warga kedah cakap 2018 ni semua duk rumah tak payah keluaq pi undi

Biaq bn melingkup. Hah finally my mom nampak true colors si kepit...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:56 AM | Show all posts
ini kes duit derma belum masuk niiii....itu 19 yang ubah fikiran tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 10:01 AM | Show all posts
hahah ada yg berpaling tadah.

ball kat pembangkang now...

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku jadi pening tidak pula diberi tahu atas sebab apa jemaah menteri kedah hilang kepercayaan terhadap MBnya,yang hairannya rakyat tak pula hilang kepercayaan .pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:43 AM | Show all posts
jd agaknya mb kedah still mukhriz atau x...tp arap2 still dialah..walau dia banyakkkkkkk duit tp x malu dengan org besa..pemimpin berjiwa rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:45 AM | Show all posts
Mukhriz maklumkan pula dia tidak pernah disuruh menandatangani surat letak jawatan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Pembohongan oleh blog dan media rasmi Najib.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot drama semakin berkembang dan memuncak. Kita tenguk siapa yg kena. Pok Jib dan nam sanam semakin tertekan x lena tidur. Kalau MM x dpt disingkir maka ur fallen day is coming soon
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:51 AM | Show all posts
orang kedah pilih la yg pandai sikit...ni pilih budak SRP dan SPM...memang rakyat kedah makan selipar la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:55 AM | Show all posts
dalam kes ini apa pentingnya jumpa pembangkang?? menghabiskan beras ja...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:56 AM | Show all posts
cm_matjawasp replied at 1-2-2016 11:58 PM
Aku rasa jemaah Sultan akhirnya walau suka tak suka akan terima juga cadangan Najib ..memang kesian  ...

hahaha...pemimpin berpotensi kau kata....biar betikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 10:59 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 1-2-2016 10:48 PM
Nah... i tolong sikit sikit....

org pembangkang tak lain semua benda pun nak dipolitikan....ini soal dalaman keluarga umno...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:00 AM | Show all posts
Simunggu replied at 2-2-2016 10:55 AM
dalam kes ini apa pentingnya jumpa pembangkang?? menghabiskan beras ja...

Kamu tu yg menghabiskan beras...di kedah bnyk beras...tak kan habis punya...kamu tu  shuh shuh dok dalam hutan.... ini akibatnya tak berkawan luaskan pandangan..... dok asyik tengok media kerajaan sampai dah jadi katak bwh tempurung.... kesian kamu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:03 AM | Show all posts
hahahah.. senyum simpul je

Keadaan itu berlaku apabila ada antara 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz digantikan me-ngubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur semalam.


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:04 AM | Show all posts
rasanya semua ADUN BN xde kata sepakat untuk turunkan MM...itu sebab jemaah pemangku sultan kedah kena bagi sokongan plak...so kalau campur dengan undi pembangkang majoriti xnak MM turun, rasanya jemaah kena ikut suara majoriti la kot kan.....ke suara majoriti xde kuasa dlm hal ni....entah...ai pn dah pening dengan kemelut kedah...ai macam tak sabar lak nak balik mengundi kalau DUN kena bubar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.184388 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list