Post time 24-12-2014 04:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rihanna88 posted on 24-12-2014 04:16 PM
haah umah mentua aku pn dekat bandar tanah merah tu da naik air..sian dorg adeh..kolam ikan pak me ...
Skang ni spjg jln besar, Jalan Jedok pun dah dilimpahi air...penuh air sekeliling pasar raya Pantai Timur tu..area bukit tebu tok sah ckp la ..mmg org dah berbot dan berakit. Kat manal pun air dah tinggi...
Post time 24-12-2014 04:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
famri7 posted on 24-12-2014 04:22 PM
WEBSITE ebanjir kelantan dah down ke sis?
Maybe office masuk dah air
Internet rmh aku pun dah hampir seminggu takde connection, bila call katanya mungkin ade server yg tenggelam..ni pun duk online guna broadband ngan mobile data jer ...
ni nak tanya...
kalau nak pi bachok dari terengganu esok.. agak2x boleh lalu tak...
sepupu kawin kat bachok... dah cakap dgn mak..jangan pergi tapi still gatal nak pegi... adehhh... risau pulak ni.... boleh lalu tak dari terengganu ke bachok kelantan
SHAH ALAM - Stesen TV AlHijrah menafikan telah mengeluarkan kenyataan rasmi ‘Negeri Kelantan diisytihar darurat akibat banjir besar’ seperti yang tersebar di laman sosial.
Perkara tersebut disahkan Unit Komunikasi Korporatnya melalui satu kenyataan di Facebook, kira-kira jam 2.48 petang tadi.
“Untuk makluman, TV AlHijrah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara rasmi bahawa ‘Negeri Kelantan diisytihar darurat akibat banjir besar’ seperti yang dilaporkan melalui media sosial.
“Orang ramai disarankan untuk mendapatkan pengumuman rasmi daripada pihak berwajib,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya masih berupaya menangani banjir di negeri itu dan tidak ada pengisytiharan darurat dilakukan walaupun rakyatnya berdepan situasi banjir luar jangkaan sejak lebih dua minggu lalu.
Katanya, walaupun keadaan semakin membimbangkan dan hampir melumpuhkan ekonomi sesetengah kawasan, pihak kerajaan negeri tetap tidak berdiam diri termasuklah mendapatkan perkhidmatan lima buah helikopter bagi tujuan penghantaran bekalan makanan.
“Helikopter tersebut digunakan untuk penghantaran keperluan makanan kepada kawasan Kuala Krai, Dabong, Jeli dan Gua Musang.
"Kita beri jaminan buat masa sekarang ini ia masih boleh ditangani, bekalan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan juga mencukupi, kerajaan menyediakan pelbagai peruntukan khas semampu yang mungkin,” katanya.
ciklipoo posted on 24-12-2014 04:21 PM
sama la kita..aku kt kl gak...parent dekat pekan gerik...td call parent aku dorg ckp dekat pekan
...
tu la... bapak aku pun cakap menda yang sama... kebetulan rumah bapak aku berbukit sket... tapi aku tetap mintak dia simpan segala document wallet bagai dalam satu beg... pastu gi beli stok makanan... buat preparation kot2 la...
Post time 24-12-2014 04:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru jer dpt audio whatsapp sekejap tadi..audio dr petugas Balai bomba kota bharu kata Kelantan baru sahaja diisytihar darurat dan semua penduduk area kota bharu dimintak cas HP sbb bekalan elektrik akan dipotong pd bila2 masa. Aku tak rs benda ni main2 sbb yg bgtahu tu petugas wanita di Balai bomba KB. Skang ni air dah masuk ke dalam parking KB mall dan kws parking diarahkan utk dikosongkan.
eyansss posted on 24-12-2014 04:50 PM
tu la... bapak aku pun cakap menda yang sama... kebetulan rumah bapak aku berbukit sket... tapi ak ...
elok prepare awal...parent aku kt quarters polis...so far xde naik air lg la...sebab mak aku ckp sungai belakang rumah
dorg korek dah haritu...harap gerik xteruk la..lawin dah banjir dengarnye...
darurat dah? Astarafirullahalazim.Semoga mereka semua selamat terutama warga emas dan kanak2.
Video yang dorang berpaut kat pokok tu buat aku berlinang air mata.Cuba bayangkan kita ditempat dia.Dengan pegang anak lagi.Nak selamat diri ke anak.