|
[Dunia]
VOL18 MH370: Misi SAR ops semakin menduga
[Copy link]
|
|
C.K posted on 21-3-2014 11:21 AM
Sebab dia adalah abott ostolia..semua org akan menganga mulut Walaupun abott nampak mcm terk ...
Abbot ni baik... nak tolong malaysia agaknya... prosper thy neighbour..dia tukar jadi share the embarrassment of thy neighbour...
Saya dah mula suka kat dia kak
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 20-3-2014 07:57 PM
Yang ni dah ada? From Nuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
SAYA SUKA DAN SAYA SETUJU!
To all those who have and are bashing Malaysia over this tragedy, please charter your own planes, boats and submarines, and comb the seas and oceans for MH370. Let the current search party have a rest.
Aku menyampah dengan drama Cina bukit. Kalau nak pukul gong, meratib, bakar colok dan sebagainya, sila buat di negara sendiri yang besar kemungkinan menyembunyikan BANYAK info kerana takut negara lain dapat tahu selok-belok dan kecanggihan teknologi mereka. I hate you. Go home. We are sick of your histrionics. No more hospitality for you.
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra posted on 21-3-2014 01:32 PM
TT pun kowser gak nak khatam thread
meh sini lintas hormat...hahaha
Wanita baru pulang umrah dakwa nampak bangkai MH370 di Laut Andaman
Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang daripada menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman, dipercayai penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac, ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi hari sama.
Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, beliau memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi tidak diendahkan.
Raja Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.
“Saya nampak macam kapal terbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak itu dipetik daripada portal Mstar Online.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin televisyen di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," katanya.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya hendak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya.
Hanya pada 14 Mac lalu dia membuat laporan polis akan apa yang didakwa disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.
“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.
Raja Dalelah berkata, apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.
“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.
"Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."
Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.
Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.
"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan, seperti dilaporkan Mstar.
Pesawat Boeing 777-200 ER ketika hilang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China.
Hari ini masuk hari ke 14 pesawat MH370 itu dicari dengan bantuan daripada 26 negara. – 21 Mac, 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kata YdPA ajak semua alim ulama berkumpul
sekali dengan anak yatim piatu
budak2 sekolah tahfiz
buat solat hajat sekali lagi
minta buka hijab
(last week after Friday semua masjid buat solat sunat istisqa n hajat MH370)
|
|
|
|
|
|
|
|
MH370: Cuaca lebih baik bantu cari pesawat
SYDNEY 21 Mac - Cuaca lebih baik hari ini akan membantu dalam usaha mencari objek terapung dikesan satelit di Lautan Hindi, dipercayai pesawat MH370, semalam. Biro Meteorologi Australia memberitahu, cuaca semakin baik hari ini selepas mendung dan hujan semalam. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm..last last sampai antartika..kesudahan yg tak b3rpenghujung |
|
|
|
|
|
|
|
rebecca_nur posted on 21-3-2014 01:35 PM
Hmmmm..last last sampai antartika..kesudahan yg tak b3rpenghujung
patutnya tinggalkan saja mat said kat antartika tu ari tuh...bulih bantu buat SAR
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 21-3-2014 01:29 PM
India kerah 4 kapal perang.
Tentera Laut India telah mengerahkan empat kapal perang - IN Ships Sa ...
mungkin hasil daripada laporan makcik bailk dari umrah
|
|
|
|
|
|
|
|
LIVE Updates - MH370
Photo released by the US Navy from the search in the Indian Ocean, with the following information appended:
Lt. Joshua Mize, a tactical coordinator assigned to Patrol Squadron (VP) 16, completes his pre-flight checklist in a P-8A Poseidon before a mission to assist in search and rescue operations for Malaysia Airlines flight MH370. VP-16 is deployed in the U.S. 7th Fleet area of responsibility supporting security and stability in the Indo-Asia-Pacific region. U.S. Navy photo by Mass Communication Specialist 2nd Class Eric A. Pastor (Released) 140319-N-XY761-020
The race is on to find those objects which experts cautioned could just as well be lost shipping containers as much as they could be chunk of fuselage or wing.
According to John Blaxland, senior fellow at the Australian National University and expert on Australia’s radar system, finding the aircraft is just the beginning. Speaking to CNN, he said assuming that the plane crashed and that it’s on the bottom of the ocean, search crews would face a myriad of obstacles in recovering parts of the plane and piecing together what happened.
He added the treacherous waters of the southern Indian Ocean would only add to the challenge.
The AMSA has the following operational details of today's search, which will be carried out by five aircraft.
The first to depart is the P3 Orion of the Royal Australian Air Force (RAAF). The P3 Orion will be followed by another RAAF P3 Orion and a civil Gulfstream jet. A third RAAF P3 Orion is due to depart for the search area at approximately 1pm. The United States Navy P8 Poseidon aircraft is due to depart for the search area at approximately 4pm. Each aircraft will search for about two hours.
The Norwegian car carrier Hoegh St. Pettersburg which was initially on its way from Madagascar to Melbourne, is the first ship to arrive in the southern Indian and is now in the search area. A second merchant vessel is due to arrive tonight.
As reported yesterday, the Australian Maritime Safety Authority or AMSA is coordinating the search operations in the Southern Indian Ocean where two floating objects were seen in satellite images. The Australian Prime Minister, Tony Abbott and analysts have said the images were the most credible and best lead available so far in the search for the missing jet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 21-3-2014 10:25 AM
Kenyataan Raja Deililah tu bley di pertikaikan dari segi logik akal.
Kapaiterbang dia 35 ribu k ...
kalau cuaca clear mmg boleh nampak kapal2 kat atas laut tu. tapi cenonet je la. even aku pun penah nampak dr atas flight aku naik .. atas padang pasir segerombolan beberapa org naik unta. dan itu bukan waktu nak landing. sbb destinasi aku still jauh time tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 21-3-2014 01:37 PM
patutnya tinggalkan saja mat said kat antartika tu ari tuh...bulih bantu buat SAR
Sampai ati, mb kesayangan rakyat ganu tu
Takda dia rakyat ganu tak mkan gardenia lah
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 21-3-2014 01:38 PM
Perlu ker?
entah apa2 kan...
Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370
KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.
Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.
Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.
Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.
Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.
Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 21-3-2014 01:26 PM
Bomoh kena reject bulat2 sebab dia dah tahu cerita.
Tau ke tak tau ker tu hal lain....
Since u all post tentang insan terpilih & dibukak hijab... So mcm mana u all bleh kata bomoh tu bkn insan terpilih? |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra posted on 21-3-2014 01:38 PM
mungkin hasil daripada laporan makcik bailk dari umrah
pantas menerima arahan
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 21-3-2014 01:40 PM
entah apa2 kan...
Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370
Keji sangat perangai. Perlu dicerca! Selama ni dia dok cerca org, sekarang ayuhhhh kita cerca chef wan beramai2
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 21-3-2014 01:40 PM
entah apa2 kan...
Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370
Chefwannnnnn..aku dah la suka kat ko..ni buat lawak tak kena tmpt pulakkkk..adoilaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 21-3-2014 01:42 PM
Keji sangat perangai. Perlu dicerca! Selama ni dia dok cerca org, sekarang ayuhhhh kita cerca ch ...
Adakah Chef Wan wajar memohon maaf kepada rakyat Malaysia & Malaysia Airlines
Ya
Neutral
Tidak Perlu
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 21-3-2014 11:58 AM
SCMP 南華早報 ‏@SCMP_News 4m
India rejects China’s request to search Andaman Sea for missin ...
Angin nak gaduh dah mula nampak....
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 21-3-2014 01:40 PM
entah apa2 kan...
Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370
perangai teruknye. ayuh kita cerca Che Wan Pondan Terbengkalai secara berjemaah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|