CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: xanderz

Edisi tak habis2 lagi : Rabecca dan Erma!

[Copy link]
Post time 5-12-2013 10:27 PM | Show all posts
Rabecca anggap Erma berdendam
Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
SELAIN menerima syiling 5 sen, Rabecca turut menerima senaskhah al-Quran daripada Erma.


BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.
Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.
Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus.
Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.
Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.
Kosmo!: Boleh saya minta komen tentang isu saman dan bayar guna syiling 5 sen itu?
ERMA: Saya minta maaf, saya tidak mahu beri komen apa-apa tentang perkara ini. Ini kerana jika saya beri komen, ia seperti saya memberi publisiti kepada dia. Ini kerana bila saya komen, saya akan sebut namanya. Saya kira, itu yang dia mahu sebenarnya. Jika dia mahu publisiti, biarkan dia.
Benarkah Rabecca mendakwa anda menggunakan media pihak atasan supaya tidak mengeluarkan artikel tentang kekalahan anda?
Saya benar-benar minta maaf, saya tidak mahu komen apa-apa pun. Walaupun ada yang bertanya sebelum ini, saya berikan jawapan yang sama. Saya tidak mahu beri publisiti kepada perempuan itu. Biarlah hanya bercerita tentang kerja sahaja.
INILAH bungkusan duit syiling yang diterima Rabecca.


KOSMO! juga telah menghubungi Rabecca tentang isu tersebut dan setelah menjawab beberapa soalan, Rabecca meminta pengurusnya iaitu Moammar Gaddafi untuk menjawab bagi pihaknya.
Kosmo!: Boleh cerita tentang isu wang syiling 5 sen yang diterima anda. Apa yang berlaku ketika itu?
Ketika itu saya berada di hospital haiwan kerana kucing sakit. Saya terima mesej dan gambar daripada peguam saya mengatakan saya telah menerima wang saman tersebut. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan saya ialah ia dibayar dalam bentuk syiling 5 sen.
Katanya, ada penghantar datang ke pejabat dan berikan kotak-kotak wang syiling tersebut berserta senaskhah al-Quran.
Adakah anda menerima wang syiling tersebut?
Mengikut undang-undang, jika jumlah wang RM30 dan ke bawah sahaja boleh terima wang syiling tapi lebih daripada itu, saya berhak pulangkan semula dan minta dalam bentuk wang kertas atau mungkin cek.
Apa tujuan dia sebenarnya? Saya tidak faham. Apa yang saya lihat, dia masih ada niat busuk hati, tambahan pula saya turut diberi senaskhah al-Quran. Penghinaan apakah sebenarnya ini.
Saya juga dapat maklumat yang mengatakan ada seseorang yang hadir ke bank untuk menukar jumlah itu dengan wang syiling 5 sen. Saya anggap perangai sedemikian seperti kebudak-budakan dan sepatutnya dia harus teruskan hidup seperti biasa.
Jadi, anda rasa dia tidak dapat terima kekalahan?
Mungkin anda boleh berbicara dengan pengurus saya iaitu Moammar Gaddafi untuk jawapan lanjut.
ERMA FATIMA tidak mahu memberi sebarang komen tentang bayaran saman bernilai RM11,200 yang dibayar menggunakan duit syiling 5 sen.


Kosmo!: Sebagai pengurus, boleh komen tentang kes ini?
MOAMMAR: Keputusan sudah pun diberi oleh mahkamah, patutnya dia terima kekalahan itu. Ia seolah-olah masih ada perasaan dendam. Sepatutnya perlulah menghormati sesama kita.
Kita sama-sama manusia, Islam dan juga Melayu. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula manusia?
Berapa jumlah satu plastik wang syiling 5 sen yang ada dalam kotak yang dihantar?
Satu paket ada RM150 syiling 5 sen. Memang banyak dan berat. Buat apa mahu panjangkan isu ini, saya tidak faham dengan apa yang dimahukan. Jika begini, perkara ini tidak akan ada kesudahan.
Adakah Rabecca sendiri berasa marah dengan keadaan ini?
Kalau marah akan jadi masalah lagi. Jadi, dia tidak marah dan faham sendiri apa niat Erma. Mungkin dia (Erma) masih lagi berdendam dan jika kami yang kalah sekali pun, kami masih akan membayarnya dengan cara elok.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 10:28 PM | Show all posts
klo rabecca ni tiap2 hari2 rajin g tukar duit kat semua bank,
aku rasa dah kira halal dah kot duit tuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam ke. Erma nak troll bekah jaaaa. Gurau gurau gitew
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 03:17 AM | Show all posts
KoSe posted on 5-12-2013 11:01 AM
tulah pasal...bodoh sgt rebecca ni nak cari pasal dgn gergasi.. mmgla ko mng kes tu tapi impaknya  ...

tu laa pasal...lagipun erma dah terbukti pelakon gred A...siapa pelakon gred F ni? ntah baper tahun lagi dia akan bertahan lama?  semua org tahu camner cara erma bekerja...dia seorang yg tegas....kalau kita boleh follow ketegasan dia...in sya Allah mana mana pelakon pun boleh berjaya dan bertahan lama...

perlu ingat displin di set adalah sangat penting..dan isu ni dari dulu x abis abis...ramai artis2 poyo...sibuk cari glamer dengan muka cantik dan bergaya tapi takde displin sehingga menyusahkan krew lain di set...

x menghormati masa dalam set pengambaraan adalah sangat merugikan penerbit...sama macam perniagaan lain....


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 03:40 AM | Show all posts
amieab posted on 5-12-2013 05:55 PM
Nasihat aku kat Bekah 5 sen kan....
  - kalau ko rasa erma menyindir ko dengan quran tuh, apa kata  ...

duit 5 sen tu dari bank...begitu juga kalau nak tukar balik...becca ni pergi jer laa bank utk dikira semula dalam mesin...apa yg susah sangat....org tu mmg ada sebab nak buat camtu....

kes erma ngan ogy dalam pesona bintang tu...bukan dari erma yg mencetuskan kontroversi...kak ogy yg sentap ok...erma cakap yg betul...lakonan kak ogy stereotaip...salah ker kalau kita nak komen pelakon lain?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 04:58 AM | Show all posts
kalau tak nak buat rayuan kat mahkamah tu, bayar je lah dengan berhemah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2013 05:30 AM | Show all posts
Dua-dua tak nak kalah... Ni mesti tak happy ngan life sendiri.. Sbb tu meroyan sana sini..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 05:41 AM | Show all posts
untung erma dh letak 1 packet rm150,,nasebx campor2 je 5sen,10sen,20sen,50sen  dlm 1 packet,,,jenuh nak pilih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 06:53 AM | Show all posts
amek duit 5 sen tuh
wat replika

sampai bila2 boleh telek, ditimang, dijulang, dijaja ke sana kemari

hasil berkat karier lakonan u ols

kalau nak wat makan, kejap je rasa

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:25 AM | Show all posts
amieab posted on 5-12-2013 05:55 PM
Nasihat aku kat Bekah 5 sen kan....
  - kalau ko rasa erma menyindir ko dengan quran tuh, apa kata  ...

hahaha... aku setuju!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:29 AM | Show all posts
amieab posted on 5-12-2013 05:55 PM
Nasihat aku kat Bekah 5 sen kan....
  - kalau ko rasa erma menyindir ko dengan quran tuh, apa kata  ...

dah nak masuk isyak dah..megerib pe ke bende nyerrrr

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:51 AM | Show all posts
maxim posted on 4-12-2013 05:22 PM
aku pn konpius ko sbnarnya paham ke x isu sbnar?

kjap itu kejap ini

hawau kau

aku sebenarnya.. tak le nak bekap si beca tu.. nak ikut moral manusia memang agak kuang ajaq la tuntut bukan hasil. tapi aku tak setuju dengan cara erma tu... memang la dia bengang.. kalau aku pun aku bengang... walau kontrak tu tak kuat.. tp dah bukan hak nak jugak la ko tuntut.. kan? tp tak yah la sampai bagi alquran dengan nota tu. walau ramai forumer kata erma nak dia insaf. tapi bagi aku dia lebih kepada sindiran. dan aku tak setuju alquran tu dijadikan alat untuk menyindir... kalau ikhlas nak menegur atau memberi hidayah.. ada cara lain.. nak bagi alquran juga boleh, tapi betul kata sorang forumer, manis lagi kalau lawyer dia bagi by hand, bukan selit dalam kotak..

itu le pendapat aku

aku tahu ko kompius sekejap ko tgk aku kata gini sekejap aku kata gitu kat komen2.. ha ni aku buat rumusan terus
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:54 AM | Show all posts
semakin kronik dema berdua ni..............becca 5 sen
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:15 AM | Show all posts
hest posted on 6-12-2013 08:51 AM
hawau kau

aku sebenarnya.. tak le nak bekap si beca tu.. nak ikut moral manusia memang ag ...

aku setuju dengan ko.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:30 AM | Show all posts
erma nk tiru samsung byr saman apple sejuta ke?
(byr dlm nilai 1sen; in tis case 5sen)
tp backfire... hehehehehe
samsung byr sejuta dgn 1sen sbb samsung da baca keputusan mahkamah... xde mnyatakn msti byr dlm wang kertas... xde sebut pun camne nk bayar.. jnji jumlah wang sejuta USD

tp dlm kes bekah vs erma.. dlm penghakiman ada mnyatakn HANYA bwh RM30 je leh byr dgn duit syiling..
ats dr nilai RM30 kena byr wang kertas...

camne la jd pengarah ni, klu x bc kptsan penghakiman tu... no wonder kalah saman.. sbb x bc abis contract...
die sndri readykn contract tp die sndri x phm contract...
jgn kena saman lg dah la...

in case psl Al-Quran... klu niat ikhlas, alhamdullilah tp meyedihkn if niat utk memalukn org lain mgunakn Al-Quran utk memuaskn hati yg panas..

yg menerima Al-Quran tu... terima sje dgn hati terbuka.. regardless niat org tu.. trime je... jgn byk bunyik
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:37 AM | Show all posts
valetta1811 posted on 6-12-2013 11:15 AM
aku setuju dengan ko.

time acih... alu kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 11:39 AM | Show all posts
JerungHarimau posted on 6-12-2013 11:30 AM
erma nk tiru samsung byr saman apple sejuta ke?
(byr dlm nilai 1sen; in tis case 5sen)
tp backfire ...

u ni macam someone2 je.. meh2 kawan dengan hest
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:40 PM | Show all posts
Becah ni sentap... tegur sikit.. di BLOK nyer dlm IG...
hai la Becah seislam name... berubahlah \!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
redmoskito posted on 5-12-2013 09:16 AM
sesuai la kot dgn umur dia.. pikiran pon x matang lagi...
muka jek tua mcm dh umur late 30 nak m ...

Juz tua setahun jelaa dr ai...so mksudnye dia masok dewi remaja masa masa dia 15 lah...ingatkn dia sebaya scha or plg kurang pon izreen...sebab diorang satu batch kn..dewi 2005/06
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:45 PM | Show all posts
hahahhahha..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.322870 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list