|
cmf_conan posted on 19-12-2012 09:48 PM
tak sabar nak tahu siapa TD sebenornye.. apa penyudahnye dorg berdua neh.. adehhh...
TD ni mungkin dah ada yang dapat teka dengan tepat tapi masih banyak yang akan berlaku..saya cuba buat cerita ni tak terlalu sarat konfliknya..ringan-ringan jek..hopefully lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nononggain posted on 19-12-2012 09:18 PM
check innnn
welcome nonong...selamat membacaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 20-12-2012 01:19 AM
alahai....next TT...
besok ye..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 20-12-2012 01:36 AM
jangan terlepas magrib sudah..mak tamo subahatttt...
bukan kata maghrib je, isyak dan subuh pun dah selesai taw
mohtipppp nyah tepek time maghrib pastue xmoh shubhat lak
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 20-12-2012 01:35 AM
TD ni mungkin dah ada yang dapat teka dengan tepat tapi masih banyak yang akan berlaku..saya cuba ...
klu terlebih konflik nnt pembaca stress tp klu xde konflik nnt bak kata sellie cam baca karangan PMR atau SPM je
bukan mmg dah ada sipi2 pasal TD ke kat depan
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah ade new entry....tak pe sabar menanti |
|
|
|
|
|
|
|
masih terus terhibur dan masih menanti2 dan tertunggu new entry....teruskan dear....
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 19-12-2012 05:32 PM
BAB 28
Lisa hanya diam disebelah tengku dennis yang rancak bercerita dengan rakan-rakannya. Sepe ...
Langsung x bosan...best cara penyampain fara...suka, suka....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku menanti... ku menanti... Sabar menanti... ;)
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 20-12-2012 09:03 AM
bukan kata maghrib je, isyak dan subuh pun dah selesai taw
mohtipppp nyah tepek time maghrib past ...
mak bendera merah noks..tu yang sesedap rasa je..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 29
Kesejukan yang menggigit sehingga ke tulang hitam menyebabkan lisa bangun dari duduknya dan menuju ke sudut pantry yang disediakan pihak hotel. Air mineral dituang ke dalam kettle dan dua biji cawan diisi dengan uncang teh liptop dan 2 paket gula setiap satu. Air yang sudah mendidih dituang ke dalam cawan. Lebih kurang 2 minit uncang teh dibuang untuk mengelakkan rasa pahit.
Dengan 2 cawan teh ditangan, lisa menuju ke arah tengku dennis yang sedang asyik menghisap rokok diberanda. Lelaki itu dilihatnya begitu selamba mengenakan seluar pendek dan tshirt sedangkan keadaan ketika itu sangat dingin. Dia sendiri hampir menggigil kesejukan. Cawan diletak diatas meja kopi yang disediakan. Lisa melabuhkan duduk dikerusi membelakangkan tengku dennis yang berdiri mengadap kolam renang.
Asap yang keluar dari rongga mulut dan hidung lelaki itu dipandang. Cari penyakit betul lelaki zaman sekarang ni.
“apa yang bestnya hisap rokok ni agaknya ya?” soal lisa lembut. Entah apa yang merasuknya, boleh pulak dia bercakap lemah lembut dengan tengku dennis. Kalau biasanya, bertikam lidah manjang.
Tengku dennis berpaling ke belakang. Rokok yang sudah habis dihisap dibuang puntungnya ke bawah. Selamba sungguh! Buatnya kena kepala orang…lisa malas nak menegur, saat ini moodnya baik-baik aje. Mungkin sebab suasana disekitar yang agak sejuk. Lelaki itu menuju ke salah sebuah kerusi dan melabuhkan duduk. Mereka duduk bersebelahan dan dipisahkan oleh meja kopi.
“minumlah…nanti sejuk tak sedap.” Pelawa lisa. Dia meneguk teh yang masih berwap perlahan-lahan. Lega dapat minum minuman panas waktu sejuk macam ni. Tengku dennis hanya menurut. Air itu turut disisip perlahan-lahan, takut melecur lidah. Sedap! Cukup rasa.
“sedap…pandai kau buat air.” Puji tengku dennis. Tersipu lisa dibuatnya.
“sedap apanya, teh o kosong je pun…” tengku dennis hanya diam. Lama masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan.
“awak bahagia dengan hidup awak?” soal lisa tiba-tiba setelah agak lama menyepi. Tengku dennis terkejut dengan soalan itu. lisa yang berada tidak jauh darinya dipandang, gadis itu selamba tanpa membalas pandangannya kembali. Riak wajahnya sukar ditebak.
“kenapa kau tanya? Kau tak bahagia dengan hidup kau?” soalan berbalas soalan. Lisa menarik nafas sedalamnya kemudian dihenbus perlahan.
“apa itu bahagia? Tunjukkan saya apa itu bahagia…” sekali lagi tengku dennis tersentak, kenapa dengan lisa. Lain macam, biasanya dia sentiasa ceria.
“bahagia…pada aku bahagia tu subjektif. Ianya terpulang pada apa yang kita mahu dalam hidup kita. Kalau duit yang kita mahu, kita akan bahagia bila ada duit. Kalau kuasa yang kita mahu, kita akan bahagia jika kita berkuasa.” Tengku dennis hanya melayan. Lama tidak berborak perkara yang lebih santai. Biasanya kalau berborak, pasal kerja atau kereta atau sudap pasti tentang motor.
Sekali lagi lisa mengeluh.
“apa yang awak nak dalam hidup awak?” soal lisa lagi, masih tidak memandang tengku dennis. Entah kenapa mala mini dia berasa sayu.
Tengku dennis menggelengkan kepala. “aku rasa emosi kau tak stabil ni, dahla…jom masuk tidur.” Ajak lelaki itu. lisa tergelak kecik.
“sejak mak dan ayah saya meninggal, saya rasa bahagia sudah tiada dalam kamus hidup saya. Sampai sekarang saya jadi lupa, apa rasa bahagia tu. Manis ke, pahit ke, masin ke…kemudian nenek saya meninggal. Jiwa saya jadi kosong, saya jadi buntu. Rasa nak gila pun ada. Nasib baik jumpa awak…terperangkap dalam hidup awak…” tanpa disuruh lisa tiba-tiba bercerita. Tengku dennis tekun mendengar. Apabila lisa diam, tengku dennis mula bertanya.
“kau tak bahagia dengan aku? Aku rasa aku dah bagi kau kemewahan. Tinggal di kondo mewah, dari atas sampai bawah semua barang branded yang aku belikan.”
“bahagia? Kan saya dah cakap, apa itu bahagia…bagaimana rupanya? panjang, pendek, besar, kecil? Saya dah lupa cara dan rasa bahagia.” Sayu sekali suara itu kedengaran pada pendengaran tengku dennis.
“awak ada adik beradik?” soal lisa pula.
“ada…dua orang, tengku darius dan tengku darina. Tapi tengku darina meninggal 10 tahun lepas. Cancer.” Tengku dennis menjawab selamba. Seolah-olah kematian adiknya langsung tidak member apa-apa kesan padanya.
“awak sedih?” soal lisa lagi. Lama tengku dennis diam sebelum menjawab.
“biasa je…kau ada adik beradik?” tengku dennis sengaja mengalih topic. Sebenarnya dia sudah tau kisah hidup lisa tapi dia sengaja bertanya. Mahu mendengar dari mulut gadis itu sendiri.
“tak…saya sebatang kara. Dibuang keluarga, hilang tempat bergantung. Anak yatim piatu.” Agak lama lisa berjeda sebelum menyambung.
“kenapa diorang bencikan saya? Saya sayang mak nab, saya sayang pak mat. Maria pun saya sayang…sebab mereka semua keluarga saya. Tapi…mereka bencikan saya,” adu lisa. Entah kenapa dia terasa senang berbicara dengan tengku dennis. Rasa kurang bebanannya sedikit.
“kau tak gembira tinggal dengan aku? Kau nak pindah keluar dari rumah aku?” soal tengku dennis. Berdebar hatinya menanti jawapan gadis itu. entah kenapa, takut dirasakan seandainya gadis itu menjawab ya, saya mahu pergi dari hidup awak.
Lisa menunduk, dia menggeleng laju. Lama dia berkeadaan begitu sebelum esakan kecil mula kedengaran.
“saya malu dengan awak, menumpang teduh, malah pakai pakai pun awak yang sediakan. Sudah banyak saya susahkan awak. Saya janji suatu hari nanti saya akan balas budi dan jasa awak. Walau apa pun yang berlaku saya akan balas budi baik awak walau dengan apa cara sekalipun.” Makin lama esakan itu makin jelas pada pendengaran tengku dennis.
“kau nak pergi dari hidup aku? Nak pindah dari rumah aku?” tanya tengku dennis sekali lagi. Kali ini dia bangun dan menuju ke arah lisa. Dia melutut di hadapan kerusi yang diduduki gadis itu.
Cawan yang berada dalam gengaman lisa diambil dan diletakkan diatas meja kopi. Dagu gadis itu yang sedang menunduk dipegang dengan ibu jarinya dan diangkat. Untaian hangat laju menuruni kolam mata bundar itu. membasahi pipi licin itu. anak mata tengku dennis menyapu wajah yang ada didepan matanya. Walaupun dalam keadaan sedih, raut wajah itu tetap jelita pada pandangan matanya.
“kau nak pergi dari hidup aku?” ulang tengku dennis sekali lagi. Lembut sekali. Mata lisa menikam tepat ke dalam anak mata tengku dennis. Lantas dia menggeleng laju, makin kuat pula esak tangisnya dan makin laju juga air mata mengalir turun. Terhinggut-hinggut bahu itu menahan esak tangis.
“janganlah halau saya…saya tak ada tempat nak pergi…saya ada awak je, saya janji..bila saya dapat kerja saya akan pindah keluar…saya janji!” tersekat-sekat gadis itu bersuara. Dia malu dengan tengku dennis tapi entah kenapa air matanya murah sekali. Mungkin selama ini dia selalu menahannya dari mengalir. Itu sebabnya bila sudah mengalir, susah pula dia mahu berhenti.
“hey, hey….syhhhh…aku tak halau kau lah, aku tanya je. jangan risau, kau boleh tinggal dengan aku selama mana yang kau nak. Aku akan jaga kau, jangan risau okay…syhhh…jangan nangis. Aku tak suka tengok kau nangis.” Tengku dennis memujuk lembut. Tubuh lisa ditarik mendekatinya lantas dipeluk erat.
Tangannya menggosok belakang tubuh gadis itu untuk menenangkannya tapi makin kuat pula esakan itu. tengku dennis menolak bahu lisa supaya menghadapnya. Air mata dipipi gadis itu disapu dengan ibu jarinya kemudian lama bibirnya melekat di kedua-dua belah pipi itu. merah menyala pipi lisa dibuatnya. Malu sungguh!
Tanpa pamit lisa bangun dan menuju ke dalam bilik. Tergesa-gesa dia menuju ke arah pintu bilik air dan menutupnya. Tempat itu yang paling selamat dirasakannya. Bodohnya aku! Bodoh! Bodoh! Marahnya pada diri sendiri.
p/s : dah lunch time kan? selamat menjamu selera....makan apa tu? iols baru nak siap2 nak pergi kelas...kelas terakhir untuk sem ni...minggu depan dah final...oyeah! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anita_ali8 posted on 20-12-2012 10:21 AM
Ku menanti... ku menanti... Sabar menanti... ;)
dah ada ni anita...mari mari jangan segan2 mengomen...
|
|
|
|
|
|
|
|
lahhh tu ajaaa... adoii apa jadi lepas ni... bile nak kuarkan dialog nurul izzah ombak rindu..
'encik, sudikah encik mengahwini saya' |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 20-12-2012 12:31 PM
BAB 29
Kesejukan yang menggigit sehingga ke tulang hitam menyebabkan lisa bangun dari duduknya d ...
Oh syahdunya...tapi napa TD tuh gatai tak habis2...sempat lg tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Teh LipTop???
Macam lipTOn ek rasa dia??? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|