“kau buat apa kat sini?” Aliff memulakan bicara. Terus bahasa antara dia dan Shazrina berubah. Berkau aku lebih sesuai untuk mood yang melanda hubungan mereka kini. Wajah Shazrina yang tegang dipandang dengan riak tidak bersalah. Malah senyuman sinis terjungkit dibibirnya seperti sengaja mengapi-apikan lagi perasaan Shazrina saat ini.
“kenapa kau tak datang bertunang minggu lepas?” jerkahan kasar keluar dari mulut Shazrina. Tidak diendahkan dengan pertanyaan Aliff yang sengaja meyakiti hatinya. Matanya mencerlung tajam kearah Aliff. Pertama kali dalam hidupnya terasa diri begitu terhina. Orang yang tergamak menghina dia dan keluarga adalah kekasih tersayang yang akal menjadi tunangan sendiri. sungguh Shazrina tidak menyangka sekeji ini perangai Aliff. Sanggup memalukan dia dan keluarga sebegini rupa.
“bertunang? Siapa bertunang?” persoalan yang sengaja dibuat-buat demi menyakitkan lagi hat iShazrina. Kedengaran ketawa yang berdekah-dekah memenuhi segenap bilik pejabat milik Aliff. Sengaja Aliff menggelakkan persoalan Shazrina dan ketawanya semakin menjadi-jadi apabila melihat badan Shazrina menggigil menahan rasa geram yang makin bercambah dalam diri. Mahu sahaja Shazrina cili-cilikan mulut Aliff yang telah mencalarkan perasaan dan maruahnya.
“berhenti berpura-pura tidak tahu Aliff... tell me now! Kenapa awak dan keluarga tak datang ke majlis kita minggu lepas?” tengking Shazrina.. selagi Aliff tidak membuka mulutnya untuk membuat penjelasan selagi itu dia akan terus mendesak jejaka itu. Dia patut dan berhak tahu kenapa Aliff tegar mempermainkan dia dan sekeluarga sekejam ini. ketawa yang cukup merobekkan maruah Shazrina kedengaran lagi. Aliff seolah-olah begitu bahagia dapat mempersendakannya.
“well...saya tak rasa nak bertunang dengan awak.. kita bertunang hari lain ye sayang!” balas Aliff selamba. Ketawa yang terhenti disambung kembali. Terhibur melihat wajah Shazrina yang merah padam mendengar jawapan darinya. Jelas api kemarahan yang marak membakar memenuhi sinar mata Shazrina. Shazrina menghampiri Aliff dengan langkah yang laju. Tangan dihayun pantas mengenai wajah Aliff yang seronok mentertawakan dirinya. Pang!! Aliff sedikit terperanjat dengan tindakan drastik Shazrina. Ketawa yang didendangkan seketika tadi turut terhenti. Pipinya yang berkulit cerah melekat tanda merah.
“apa salah saya sampai macam ni sekali awak lakukan terhadap saya? Kat mana silap saya Aliff.. kenapa awak tergamak malukan saya dan keluarga. Apa awak ingat bertunang, kahwin semua tu main-main? Mana pergi diri awak yang bertekad mahu serius dalam hubungan kita?” luah Shazrina dengan lelehan air mata yang tidak tertahan lagi. cukup sayu hatinya mendapat layanan sebegini dari kekasih yang amat dicintai. Apa salah dan silapnya sehingga Aliff berubah sikap sebegini rupa. Aliff tak seperti Aliff yang dikenali 10 tahun yang lalu. baginya semua ini terlalu mendadak untuk dihadapi. Aliff yang tegak beridiri didepannya saat ini berubah 180 darjah dari Aliff yang dikenal dulu. Senyuman sinis yang terukir diwajah Aliff bagaikan bisa dihati Shazrina. Makin laju air matanya melihat tingkah Aliff.
“so sekarang kau dah rasa apa yang aku rasa 10 tahun yang lepas.. kau dah rasa bagaimana terhinanya aku dengan perbuatan kau 10 tahun yang lalu...” Aliff mula mengungkit sejarah silam mereka. Shazrina yang masih tegak berdiri didepan bekas kekasihnya mula berkalih pandang. Wajah Aliff ditatap lama dengan perasaan ingin tahu dan tidak mengerti.
“kau lupa apa yang kau dah buat 10 tahun yang lalu? aku yang sayang dan cintakan kau sepenuh hati tetapi ditinggal bagaikan sampah sarap hanya kerana kita tak setaraf.. kau dah boleh rasakan semua tu sekarang kan?? Amacam? Best tak perasan tu?” tambah Aliff lagi. kini wajahnya pula yang mencerlung kearah Shazrina yang kelihatan sedikit terpinga-pinga.
“awak cakap apa ni Aliff? Saya tak faham la?”
“tak faham?? Ooo aku lupa pulak... kita berpisah sebab nak SPMkan...” sindir Aliff. Wajah blur Shazrina dipandang dengan senyuman nipis. Berlagak tidak tahu pula perempuan ni!
“memang kita berpisah sebab nak SPM... apa yang awak merepek setaraf tak setaraf ni...lagi pon ini semua kisah 10 tahun yang lalu... kisah lama. Kita sendiri dah janji nak tutup buku lama buka buku baru.. kenapa awak tiba-tiba nak mengungkit pasal ni.” Marah Shazrina. Hatinya mengesyaki Aliff sengaja mengungkit kisah silam mereka. Mahu meletakkan kesilapan sendiri yang tidak jadi bertunang ke bahunya.
“betul ke kita berpisah dulu kerana SPM semata-mata Shazrina? Tak de faktor lain ke?”Shazrina terdiam seketika mendengar pertanyaan Aliff. Kenapa Aliff macam tahu sahaja ada konflik lain yang melanda kisah cinta mereka yang dulu? Lelaki ini semacam boleh membaca yang alasan untuk menghadapi SPM itu merupakan alasan yang direka sahaja. Shazrina memandang ke arah dinding sebelah Aliff. Ligat berfikir kemungkinan yang ada. Entah-entah Aliff tahu tentang emak dan ayahnya yang membantah keras mereka bercinta. Tetapi, kenapa Aliff perlu begitu marah! Salah aku ke kalau semua tu berlaku. Apa Aliff ingat hanya dia sahaja menderita? Aku tidak?
“kenapa diam? Ada alasan lainkan... alasannya adalah sebab kau tak cintakan aku! kau malu dengan situasi keluarga aku yang miskin.. aku pulak pelajar bodoh yang tak layak nak berdamping dengan kau...dan yang penting kau jijik dengan aku pasal aku anak penagih dadahkan... kau tu bukan je dah hina aku tapi kau tergamak mengutuk emak aku... tuduh emak aku bodoh sebab kahwin dengan bapak aku yang penagih dadah tu kan! Lepas kau sedap-sedap mengata belakang aku, kau sebarkan pulak cerita yang aku anak penagih dadah kat semua student sekolah kita! Dan sekarang rasalah penangan dari aku pulak... bestkan bila diri dimalukan dikhalayak ramai..” sambung Aliff dengan panjang lebar. Puas hatinya meluahkan segala isi hati yang terpendam. Wajah Shazrina yang sembab dipandang lama. Jelas riak terkejut terpamer diwajahnya.
“aw...awak cakap apa ni Aliff?” sedikit tergagap Shazrina menyoal. Tidak faham dengan herdikan dari Aliff. Sungguh dia langsung tiada idea dengan apa yang diperkatakan Aliff? Bila masa aku buat semua yang dituduh Aliff?
“kenapa? kau tak sangka kejahatan yang kau sembunyikan diketahui aku? Kau fikir sampai bila-bila kau boleh bodohkan aku? Macam tu?”
“Aliff............saya betul-betul tak faham. Apa yang saya buat? Saya tak pernah buat segala yang awak cakap tadi.”
“berhenti berlagak macam tak tahu Shazrina... mana ada orang berak tengah jalan mengakukan...” sela Aliff sinis. Segaris senyuman yang berjaya melumatkan hati Shazrina dibentuk lagi.
“saya bukan berlagak tak tahu Aliff.. tapi saya betul-betul tak tahu! tell me the truth now!” tinggi nada suara Shazrina.. makin geram mendengar segala celoteh Aliff yang menyalahkannya dengan kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Entah-entah Aliff sengaja mereka segala kesalahan itu untuk menutup kesilapannya kini!
“ooo sekarang kau nak tuduh aku menipu pulak? Kau ingat aku buat lawak ke sekarang ni?” jerkah Aliff kasar. Mula bosan melihat permainan Shazrina yang berlagak tidak mengerti dengan segala kesalahan yang pernah dibuat. Ooo mungkin Shazrina sudah melupakan kesalahan yang dilakukan 10 tahun yang lalu.. hanya dia yang mengingatinya kerana dia yang merasa sakit dimalukan!
“untung ada Farah yang sudi beritahu aku tentang muka sebenar kau... kalau tidak sampai ke sudah aku dibodohkan oleh perempuan macam kau ni!” nama Farah tiba-tiba sahaja muncul kedalam perbualan mereka. Shazrina membesarkan matanya tatkala mendengar nama Farah muncul dari mulut Aliff.
“Farah?”
“yup... dia yang beritahu aku semua tu... so sekarang kau dah ingat balik perbuatan lalu kau tu?” Shazrina menelan satu persatu air liur yang terasa kesat di kerongkong mendengar bait-bait bicara Aliff. Kekuatannya terasa diserap pergi.. mahu sahaja dirinya rebah disaat ini.
“Farah lagi?” ulang Shazrina sekali lagi dengan riak tidak percaya.. kolam matanya kembali dipenuhi mutiara hangat. Meja Aliff yang berada disebelahnya dipegang kuat. Cuba menahan diri dari tersungkur memandangkan segala tenaganya seolah-olah dibawa pergi. Kata-kata akhir Aliff diabaikan. Kini dirinya lebih berminat dengan nama Farah yang meniti dibibir Aliff. Tak sangka Farah bukan sahaja berjaya menanamkan rasa benci papa dan mamanya terhadap Aliff malah bekas teman baiknya itu turut memburuk-burukkan dirinya didepan Aliff. Dia tak sangka sekejam itu Farah lakukan terhadapnya.
“what do you mean again Shazrina?” Aliff pula dilanda rasa ingin tahu. Apa maksudl agi dalam pertanyaan Shazrina? Shazrina tersenyum kecil mendengar pertanyaan Aliff. Mula faham apa yang berlaku kini. Rasanya tak salah tafsirannya kini.
“awak tak perlu tahu Aliff... well bila dah bercakap macam ni, berbincang dari hati ke hati saya mula nampak hikmah yang Allah berikan kenapa saya dan awak tak jadi bertunang.. rupanya Allah nak lindungi saya dari berlakikan jantan bodoh dan tak guna macam awak ni. Nampaknya awak dengan Farah mempunyai rasa saling percaya mempercayai yang sangat mendalam.. mungkin korang berdua saling mencintai antara satu sama lain. Doa ikhlas dari saya, semoga awak dan Farah cepat-cepat kahwin dan kekal bersama hingga ke jannah la.. assalamualaikum.”Jawab Shazrina dengan senyuman tidak ikhlas... hatinya cukup terluka dengan sikap Aliff yang secara terang-terangan tidak pernah percayakan dirinya. Aliff lebih rela percayakan Farah darinya. Hanya berpegang dengan kata-kata fitnah dari Farah berjaya membusukkan namanya dipandangan mata Aliff. Shazrina mengundur dan berpaling kebelakang. Mula melangkah meninggalkan Aliff yang ternyata tidak puas hati dengan bicara akhir darinya.
Last edited by misssakura on 7-1-2013 11:25 AM
|