CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 17-3-2007 12:58 PM | Show all posts
PDRM milik rakyat Malaysia




SERIUS dan tegas...Datuk Christopher Wan Soo Kee.

RAUT wajah Datuk Christopher Wan Soo Kee menampakkan beliau seorang yang garang dan tegas.Ketika bercakap, nada suara Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman ini tinggi - seolah-olah dalam keadaan marah.

Setiap kata-kata yang dilafazkan Christopher begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh, terutama apabila menyentuh isu jenayah dan kedaulatan negara.

Namun, itu bukan bererti anak kelahiran Pulau Mutiara ini bengis dan sombong kerana hakikatnya Christopher ramah, senang berjenaka dan mudah didekati.

揗emang ini stail saya. Mungkin kerana 27 tahun bertugas di Cawangan Khas, saya dilihat seperti sukar didekati,拻 kata Christopher waktu memulakan perbualan dalam pertemuan dengan Gaya Polis di pejabatnya di tingkat 11, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman baru-baru ini.

Christopher yang telah 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya bukan asing di kalangan masyarakat, terutama penduduk Melaka dan Pulau Pinang.

Diamanahkan menjawat jawatan Ketua Polis Melaka pada 2002 sebelum bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada 2005, Christopher membuktikan pembabitan aktifnya dalam menangani pelbagai isu - bukan sahaja isu jenayah tetapi sosial dan kemasyarakatan.

Usaha Christopher mengekang gejala Mat Rempit dan lumba haram di Melaka dan Pulau Pinang misalnya, membuatkan bapa dua anak ini dekat di hati masyarakat.

Menceritakan sejarah pembabitan beliau dalam bidang kepolisan, kejayaan yang dikecapi Christopher hari ini bukan datang bergolek.

Menurut Christopher, segala yang dilakukan bermula dari bawah dan pengalamannya mengharungi susah payah serta pahit getir cukup berharga dalam meneruskan kehidupan.

揝aya tidak sangka dapat pegang jawatan ini. Terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana memberi kepercayaan kepada saya.

揃anyak yang saya pelajari sepanjang berada dalam PDRM. Justeru, saya akan terus menyumbang bakti kepada bangsa dan negara,拻 katanya yang memulakan karier sebagai Kadet Inspektor pada 11 November 1969.

Sejak zaman kanak-kanak, Christopher yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik ini cenderung mengikut jejak langkah ayahnya, seorang anggota Home Guard Unit.

揝aya melihat ayah yang menjadi anggota pasukan itu melalui pelbagai pengalaman pahit getir pada era Parti Komunis Malaya dan selepas merdeka.

揇i situ timbul minat saya untuk menceburi bidang kepolisan dan kebetulan saya sendiri memang meminati pasukan beruniform,拻 ujarnya yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Westland dan Sekolah Menengah Lelaki Methodist sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Teknikal Pulau Pinang.

Katanya, didikan ayah membuatkan beliau menjadi lebih berdisiplin dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Suatu yang pasti, anak kepada pasangan Wan Yew Kong dan Chan Poh Kheng ini menegaskan, ayat `menyesal memilih kerjaya polis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2007 01:01 PM | Show all posts
Hashim teruja dengan bidang kepolisan


Oleh: ANGLINA SINYANG





ACP Dr. Hashim Haron bersama dua anaknya ketika menerima Ijazah Kedoktoran Ph.D di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


TAMAT pengajian Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Malaya pada 1982, Hashim Haron tidak menunggu masa lama untuk menikmati gaji hasil titik peluh sendiri apabila beliau diterima bertugas sebagai Pegawai Tadbir di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka.

Tugas Pegawai Takbir dianggap biasa-biasa sahaja tetapi Hashim bersyukur kerana mampu menjimatkan wang poket memandangkan masih tinggal rumah sendiri di Kampung Jus, Jasin yang terletak hanya kira-kira 25 kilometer dari tempat kerjanya.

Hampir setahun bertugas di MRSM, tiba-tiba terbit rasa bosan di hati Hashim kerana bidang kerjayanya agak terhad dan belum pernah diberi kesempatan berpindah ke daerah lain.

揝etiap hari saya melakukan perkara yang sama iaitu pergi kerja dan balik rumah. Lama-kelamaan, saya jadi bosan sehingga terfikir untuk bertukar kerja dan jawatan pegawai polis menjadi pilihan.

揝aya menghantar permohonan dan berjaya tetapi sebelum menerima jawatan itu, saya terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) Jasin pada masa itu yang juga bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Supian Ahmad,'' katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Lumut, Perak baru-baru ini.

Hashim mengambil kesempatan meminta nasihat daripada Supian kerana mempunyai hubungan baik dengan pegawai dan anggota polis di IPD Jasin yang kebetulan terletak bersebelahan dengan MRSM tempatnya bekerja.

Semangat berkobar-kobar ingin menimba pengalaman baru akhirnya membawa Hashim ke Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) untuk menjalani latihan sebagai Kadet Asisten Supritendan (ASP) pada 1983.

Tamat latihan setahun selepas itu, beliau dihantar bertugas ke IPD Seremban, Negeri Sembilan sebagai Pegawai Penyiasat Kanan sehingga 1989.

Dari IPD Seremban, Hashim yang kini berpangkat Asisten Komisioner dan bertugas sebagai OCPD Manjung ditukarkan pula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menjalankan tugas sebagai Pegawai Pendakwa di Mahkamah Sesyen Terengganu.

Pada 1992, Hashim ditukarkan pula ke Jeli, Kelantan menjawat jawatan sebagai OCPD Jeli sebelum menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam Jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun.

揝elepas memperolehi Ijazah Sarjana, saya sekali lagi ditugaskan sebagai OCPD dan kali ini di IPD Seberang Prai, Pulau Pinang mulai 1996 hingga 1997.

揝aya berpeluang menimba lebih banyak pengalaman dalam bidang kepolisan apabila dilantik menjadi Pensyarah Kanan di Maktab Polis Diraja Kuala Kubu Bharu dan Cheras. Saya juga pernah ditugaskan sebagai pegawai di Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Bukit Aman serta Pegawai Turus Pentadbiran Selangor sebelum ditukar ke jawatan sekarang,'' cerita Hashim serba sedikit mengenai latar belakang kariernya.

Selama 24 tahun dalam perkhidmatan, Hashim tidak pernah jemu menimba ilmu dalam bidang pendidikan dan hasil penat lelah mengulangkaji, beliau boleh berbangga apabila berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam jurusan psikologi dari UKM pada 2005.

Bagi Hashim, tiada istilah jemu belajar dalam diari hidupnya kerana berpendapat pengalaman bekerja adalah terbatas tetapi pengetahuan dalam bidang pendidikan begitu luas tanpa sempadan.

揗emang benar pertama kali menyertai pasukan polis, kita perlu belajar kemahiran tentang tugas-tugas seorang polis. Kemahiran itu kemudian didalami dan diperbaiki dari semasa ke semasa tetapi masih terikat kepada konsep.

揚engetahuan dalam bidang pendidikan pula berbeza kerana ia tidak ada batasannya. Jadi apabila diadunkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki seseorang, maka bertambah mudahlah kerja yang dilakukan kerana ilmu pengetahuan yang ada pasti akan membantu,'' jelasnya.

Anak keempat daripada sepuluh beradik ini percaya bahawa setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi asalkan mereka mengenali kelebihan masing-masing dan tahu mengembangkannya.

揝ebab itu saya pegang kepada prinsip 慾ika orang lain boleh berjaya, kenapa tidak aku'. Biarpun masa muda tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tetapi saya tidak berputus asa. Kalau orang lain boleh dapat Ijazah Sarjana dan Ph.D, kenapa tidak saya,'' kata Hashim yang sudahpun membuktikan bahawa prinsip dipegang itu ada kebenarannya.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada empat pegawai polis memiliki Ph.D di Malaysia setakat ini tidak bersetuju dengan pandangan negatif pihak tertentu yang beranggapan bahawa pegawai dan anggota polis tidak perlu belajar tinggi kerana kelayakan yang diperolehi itu tidak ada makna memandangkan ia tidak membawa kepada kenaikan gaji dan pangkat.

Bagi beliau, ijazah Sarjana dan Ph.D yang dimiliki bukan untuk mengejar kenaikan pangkat tetapi diperlukan untuk memudahkan tugas seharian.

Mengambil contoh Ph.D dalam bidang psikologi yang diperolehi, Hashim memberitahu, ia berguna dalam tugas sehariannya kerana mampu membantu meningkatkan kebolehannya berkomunikasi dengan masyarakat.

揑lmu psikologi membolehkan saya memperbaiki cara-cara berinteraksi dengan masyarakat dengan menggunakan kaedah yang berkesan, manakala Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pula mengajar saya teknik berurusan dengan pelanggan iaitu orang ramai yang datang membuat laporan,'' katanya sambil menegaskan siapa lagi yang layak membantu masyarakat dalam hal-hal jenayah selain polis kerana memang tanggungjawab polis menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Dalam tempoh setahun menjadi OCPD Manjung, tidak dinafikan Hashim berjaya menunjukkan kepimpinan yang cemerlang apabila banyak kes-kes jenayah di daerah itu dapat dibongkarkan termasuk kes penahanan seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun yang menyimpan 58 senjata api secara haram di rumahnya di Taman Venice pada Januari lalu.

Hashim bagaimanapun tidak berpeluang berkhidmat lama di Manjung kerana mulai Mac ini beliau ditukarkan di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Walaupun berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan tugas yang baru setahun disandangnya, Hashim tetap bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan harapan di jabatan itu nanti, beliau boleh mengguna pakai segala ilmu pengetahuan yang dipelajari ketika menuntut di menara gading.

Kejayaan Hashim dalam kerjaya dan pendidikan bukan setakat menjadi sumber inspirasi kepada anak buahnya tetapi turut membakar semangat dua anak gadisnya apabila mereka turut mengikuti jejak langkah ayah tercinta memasuki universiti.

Anak sulungnya, Nurul Hidayah, 22, kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Ukraine, Rusia manakala anak bongsunya, Nurul Nadia, 20, merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara di Segamat, Johor.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 06:58 PM | Show all posts

Interpol: PDRM Terbaik Di Asia Tenggara Selesai Kes Jenayah

Oleh B.Hariharasuthan

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Kadar penyelesaian kes jenayah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 36.89 peratus tahun lepas berjaya meletakkan pasukan itu sebagai yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata pengiktirafan itu diberi oleh Polis Antarabangsa (Interpol), selepas dua tahun berturut-turut PDRM berjaya melepasi tahap kadar penyelesaian kes yang ditetapkan Interpol.

"Tahun lepas kita berjaya menyelesaikan 73,281 kes jenayah daripada 198,622 kes yang direkodkan. Piawaian Interpol ialah sesebuah negara itu mesti mempunyai kadar penyelesaian kes jenayah sebanyak 20 peratus.

"Ini adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan dan saya secara peribadi percaya PDRM dapat buat lebih baik daripada ini pada masa akan datang. Saya selalu sasar untuk capai 100 peratus dan kita akan lakukan sebaik termampu," katanya dalam satu temu ramah dengan Bernama di sini.

Beliau berkata pada tahun 2005, PDRM berjaya mencapai kadar penyelesaian kes jenayah sebanyak 48.45 peratus atau 76,284 kes jenayah daripada 157,459 kes yang direkodkan.

"Ada empat kriteria yang diguna pakai Interpol dalam menentukan sesuatu kes itu selesai. Pertama, jika ada pengakuan atau keterangan kukuh terhadap tertuduh; keduanya, tertuduh dapat ditangkap semasa melakukan jenayah walaupun tidak mengaku salah," kata beliau.

Kriteria seterusnya ialah tertuduh dicam tidak kira sama ada tertuduh berada dalam tahanan, bebas atau mati dan yang terakhir ialah tiada kesalahan berlaku setelah penyiasatan dijalankan, katanya.

Ketika diminta mengulas perspektif negatif orang ramai terhadap PDRM yang dikatakan tidak berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah berat, Wan berkata dakwaan sedemikian adalah tidak tepat.

"Siapa cakap yang PDRM tak buat kerja. Bila ada kes jenayah berlaku, anggota kita ada yang tak tidur 24 jam semata-mata menyelesaikan kes. Tetapi harus difahami bahawa dalam penyelesaian sesebuah kes, penunjuk atau 'lead' perlu ada. Masalahnya bila kita minta saksi tampil bantu, mereka takut.

"Tetapi dengan adanya bantuan unit Crime Scene Investigation (CSI) (penyiasatan di tempat kejadian) yang menggunakan peralatan berteknologi tinggi dan adanya pegawai-pegawai profesional dalam tugas penyiasatan, ia sebenarnya membantu meningkatkan kualiti penyiasatan dan meningkatkan jumlah kes jenayah dapat diselesaikan," katanya.

Beliau menegaskan bahawa tiada tempoh masa tertentu dalam penyelesaian sesuatu kes jenayah tetapi yang penting ialah bagaimana unit jenayah yang terbabit bekerjasama sebagai satu pasukan.

Pada pandangan beliau pasukan atau unit siasatan jenayah yang berjaya ialah yang mempunyai kekuatan daripada segi perisikan, forensik, teknikal dan soal siasat.

"Saya ingin melihat imej unit siasatan jenayah PDRM sentiasa bersinar," katanya.

-- BERNAMA

:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 01:35 PM | Show all posts
Monday March 19, 2007

Khong's personal experience with the police pleasant



THERE is still plenty of room for improvement, but 47-year-old Khong Chee Seng believes that the Malaysian police force is generally doing a good job in fighting crime.

揟hroughout the years I have had numerous encounters with the police when dealing with complaints from the public and I have discovered that there are many good and dedicated policemen and women who are willing to help those in need,'' said Khong, the DAP National Consumer Bureau secretary.

Khong: He had numerous encounters with the police when dealing with complaints from the public and has discovered that there are many good and dedicated policemen and women who are willing to help those in need.
He had many personal experiences with the police and many were very pleasant indeed.  

揟here was one occasion when I received a death threat and after making a report at police station in Pandan Jaya, I was disappointed that a junior officer who took my complaint did not seem concerned with my plight,'' he said.  

Khong then went to the Ampang Police District HQ and after meeting with a senior officer there, he was impressed with the action taken.  

揟hey took immediate action and within two days they managed to arrest the person who made the threats,'' he said.  

In another incident, Khong spotted two suspicious characters loitering outside his home in United Garden Old Klang road and immediately called the Brickfields police headquarters.  

揥ithin eight minutes, four policemen on motorbikes arrived at the scene and apprehended the men,'' he said.  

Khong said while waiting for the police to arrive, he constantly received calls on his mobile phone assuring him that help is on the way.  

In another case when he was helping a terminally ill man involved in a cheating case, Khong received excellent service from the police.  

揟he case involved the police from Kajang, Kuala Lumpur and even Seremban and they acted quickly and professionally and we managed to nab the culprit in less than 24 hours,'' he said.  

The moral of the story, Khong said, is that the public have a role to play, too, in the fight against crime.  

揚eople have to change their attitude and mindset about the police and help themselves, too. They cannot expect the police to do everything, a 100%.''

Khong said when working with the police, he too, had to do his part in obtaining information and carry out his own research and investigation.  

揓ust because one is paying taxes does not mean that one must expect the police to do everything. The public have to be pro-active in their fight in eradicating crime,'' he said.  

However, Khong felt that the police should offer a conducive environment for the public that were making police reports.  

According to Khong, when making a police report the long wait and environment of the waiting area can be stressful especially for the victims.  

揂t times, certain cases like kidnapping or car theft for example, time is of the essence. These cases should be dealt with urgently and the public should be allowed to make a report without having to wait in queue,'' he said, adding that this can minimise the frustration and fear the victims are feeling.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 10:05 AM | Show all posts
Baru perasan..takda spa pun tandakan peristiwa bersejarah ni...so Tun Teja..turn ko bila pulak ni..

[quote]
Tuesday March 20, 2007


First woman brigadier-general in army
KUALA LUMPUR: Dr Roshidah Ishak, the dental consultant at the Armed Forces Dentistry Centre, has become the first woman to hold the rank of brigadier-general in the armed forces.  Dr Roshidah, from the army抯 Royal Medical Corps, was also the first woman to rise to the rank of colonel, in 1988.  She received the brigadier-general抯 star from Army Chief Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin at a special function for the donning of the ranks for senior army officers at Wisma Pertahanan here yesterday.  揑 feel proud and touched by the conferment of the rank and I hope this will inspire other women in the armed forces in carrying out their duties,
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:18 PM | Show all posts
Timbalan Ketua Polis Kelantan catat sejarah baca khutbah Jumaat

Oleh: HERMAN HAMID






ABDUL Rahim Hanafi membaca khutbah Jumaat di Masjid Langgar, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2007 01:26 PM | Show all posts
Dua abad bersejarah




PERJANJIAN antara PKM dan Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 ini membawa peletakan senjata komunis di Malaysia.


POLIS Diraja Malaysia (PDRM), sebuah organisasi penguatkuasaan undang- undang tertua di negara ini menyambut ulang tahun penubuhan pasukan polis ke-200 esok.

Pasukan polis negara ditubuhkan selepas Piagam Keadilan diperkenalkan King George III pada 25 Mac 1807 di Fort Corwallis, Pulau Pinang.

Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan tiga tahun selepas kedatangannya penduduk pulau itu meningkat kepada 10,000 termasuk pendatang asing.

Light berpendapat satu badan polis perlu untuk menjaga keselamatan penduduk Pulau Pinang, lalu mengemukakan cadangan itu kepada Syarikat Hindia Timur (EIC) di India tetapi tidak dilayan.

Beliau kemudian diberi pangkat Supritendan dan diarah menjalankan tugas itu sendirian. Beliau terpaksa menggunakan Sepoi (panggilan asal bagi anggota polis) dari India, namun Light bermasalah kerana mereka tidak berdisiplin.

Pada tahun 1787, rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kelasi Eropah terlibat manakala dua orang Siam terbunuh. Sekali lagi Light menulis surat kepada Jeneral Gabenor EIC, Lord Corwallis untuk mengadakan undang-undang serta menubuhkan pasukan polis tetapi sekali lagi ditolak.

Light melantik ketua kaum dinamakan Kapitan (Captain) bagi tiap- tiap kaum Melayu, Cina dan Chulia (India) pada 1792 yang bertindak sebagai majistret kes-kes kecil.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 21 Oktober 1794, Light berterusan menghantar permohonan kepada Lembaga Pengarah EIC untuk menubuhkan pasukan polis yang rasmi tetapi gagal.

Beberapa tahun kemudian, Kolonel Arthur Wellesley singgah di Pulau Pinang dalam perjalanan ke Manila membuat catatan mengenai soal keselamatan dan menggesa EIC supaya melantik seorang majistret berbangsa Eropah.

Pada 19 April 1800, Sir George Leith tiba di Pulau Pinang untuk memegang jawatan leftenan jeneral dan empat bulan kemudian John Dicken sebagai hakim dan majistret pertama di Pulau Pinang.

Pada awal 1804, R. T. Farquhar tiba di pulau itu menggantikan Sir George Leith dan polis ketika itu masih lemah dan pelbagai kesalahan dilakukan tanpa diambil tindakan dan dihukum.

Seluruh pentadbiran kemudiannya dirombak dan taraf pulau dipertingkatkan. Seorang gabenor dilantik serta dewan majlis yang bertanggungjawab kepada kerajaan India ditubuhkan sekitar 1805 dan pada 25 Mac 1807, pasukan polis ditubuhkan dengan rasminya selepas Piagam Keadilan diterima.

James Carnegy merupakan sheriff pertama Pulau Pinang.

Sebahagian catatan dan kronologi penting dalam sejarah kepolisan di negara ini selepas ditubuhkan secara rasmi pada 25 Mac 1807:

* Tahun 1825 - Sistem 'Burgher Guard' diperkenalkan untuk memenuhi tugas polis di Melaka dan W.T Lewis dilantik sebagai Ketua Polis negeri itu yang pertama.

* Tahun 1871 - Polis Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dikenali Pasukan Polis Negeri-negeri Selat.

* 1 Julai 1896 - Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ditubuhkan. Di Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pula dikenali sebagai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

* 1 April 1946 - Polis Negeri-negeri Selat, Polis Negeri Melayu Bersekutu dan Polis Negeri Melayu tidak Bersekutu disatukan dan dikenali sebagai Polis Malayan Union.

* 1 September 1947 - Penubuhan Pasukan Polis Marin.

* 1 Februari 1948 - Polis Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) ditubuhkan berpusat di Kuala Lumpur.

* 16 Jun 1948 - Kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan pemberontakan bersenjata.

* 15 Disember 1952 - Pesuruhjaya Polis Malaya, Kolonel Arthur E. Young memperkenal konsep Bersedia Berkhidmat dan lencana tangan bersalaman.

* Ogos 1953 - 'Jungle Company' dirombak dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH).

* Ogos 1955 - Pasukan Polis Wanita ditubuhkan.

* 28 hingga 29 November 1955 - Rundingan Baling antara kerajaan Malaysia dan PKM- gagal.

* 5 Disember 1955 - Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan.

* Mei 1956 - Pasukan Polis Orang Asli atau dikenali sebagai Polis Senoi Praaq ditubuhkan.

* 24 Julai 1958 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran 'Diraja'.

* 31 Julai 1960 - Darurat diisytiharkan tamat. Sepanjang 12 tahun menentang komunis, 1,246 pegawai dan anggota terkorban.Seramai 6,711 pengganas terbunuh dan 1,289 orang telah ditawan.

* 11 November 1961 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan Panji-panji Diraja.

* 16 September 1963 - PPTM, Polis Sabah dan Sarawak disatukan sebagai PDRM.

* Tahun 1968 - PKM melancarkan semula pemberontakan dan membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim; Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan ramai pegawai dan anggota polis Cawangan Khas dan PPH.

* 25 Oktober 1969 - Kebangkitan semula PKM ditentang hebat PDRM sehingga membawa kepada penubuhan sebuah pasukan elit polis hutan dikenali sebagai Komando 69.

* 24 Julai 1971 - Yang di-Pertuan Agong mengurniakan panji-panji kepada PPH, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Polis Marin.

* 25 Mac 1975 - Buat pertama kali sambutan Hari Polis diadakan dengan slogan 'Bersatu Bertanggungjawab' dan Bluff Road Hill digantikan dengan Bukit Aman.

* 19 Disember 1979 - Penubuhan Unit Udara PDRM.

* 2 Disember 1989 - PKM mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatyai, Thailand - PKM telah meletakkan senjata.

* 17 Oktober 1990 - Perjanjian damai Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2 Parti Komunis Kalimantan Utara di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata parti komunis di negeri itu.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:27 PM | Show all posts
KATA-KATA ALUAN Ketua Polis Negara




MUSA HASSAN.


Saya bersyukur kepada Allah SWT dan bagi pihak seluruh warga PDRM, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan akhbar Utusan Malaysia yang telah sudi menyediakan Sisipan Khas Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Polis Ke-200 ini. Saya berasa bangga dan gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Utusan Malaysia kepada PDRM.

Pengeluaran sisipan khas ini sudah tentu dapat membantu memeriahkan lagi sambutan 200 tahun Penubuhan Pasukan Polis. Penerbitan ini akan mendekatkan lagi PDRM dengan orang ramai, khususnya para pembaca akhbar Utusan Malaysia.

Sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara, saya amat menitikberatkan hubungan antara PDRM dengan media. Media adalah jambatan penghubung di antara PDRM dengan orang ramai. Tanpa kerjasama daripada pihak media, tentulah agak sukar bagi PDRM menghebahkan aktiviti- aktiviti yang dirancang terutama usaha pencegahan jenayah untuk kesejahteraan orang ramai.

Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih PDRM kepada pihak Utusan Malaysia, kerana inisiatif penerbitan Sisipan Khas Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Polis Ke-200 ini dan juga atas kerjasama erat yang diberi selama ini terutamanya dalam usaha menyebarkan maklumat berkaitan PDRM kepada umum, sekali gus membantu usaha mendekatkan jurang antara polis dan masyarakat.

Saya berharap penerbitan Sisipan Khas Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Polis Ke-200 ini akan dapat mencapai objektif seperti mana yang dirancang. Sekian, terima kasih.

PDRM Ke Arah Terbilang Di Dunia

- (Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan) IGP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2007 01:28 PM | Show all posts
揢tamakan ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:29 PM | Show all posts
Penjenamaan semula PDRM - Tuntutan era globalisasi


SEKIRANYA Tan Sri Claude Fenner masih hidup, bekas Ketua Polis Negara yang pertama dari 18 September 1958 hingga 28 Februari 1966 itu sendiri sudah pasti kagum dengan kehebatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini.

Ini kerana, dengan cabaran yang jauh lebih hebat dewasa ini dalam menangani kes-kes jenayah dan juga ancaman keselamatan, PDRM tetap mampu memastikan atau menjamin keamanan negara. Malah pencapaian dan keberkesanan PDRM yang begitu menonjol dikagumi pasukan polis dari negara-negara serantau.

Ketika era pra dan pasca merdeka, tumpuan pihak polis lebih kepada membanteras anasir subversif yang banyak bergantung kepada kebijaksanaan operasi di lapangan dan juga kerahan anggota terlatih.

Tetapi kini selepas 200 tahun ditubuhkan di negara ini dan apabila melangkah ke alaf baru, pasukan polis bukan setakat berdepan jenayah yang dilakukan di dalam negara malah ancaman datang dari seluruh dunia.

Ia pula tidak boleh ditangani menerusi kekuatan anggota atau pegawai semata-mata sebaliknya dengan kemantapan dan penguasaan keseluruhan pasukan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ancaman jenayah jenis baru itu datang dalam bentuk yang begitu kompleks untuk ditangani dan sukar dibanteras memandangkan modus operandinya begitu licik dengan rangkaiannya yang melampaui sempadan.

Aktiviti jenayah komersial semakin canggih berikutan kepesatan pembangunan ICT apabila Internet dimanipulasi sewenang-wenangnya untuk tujuan menipu dan 憁encuri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:30 PM | Show all posts
Modal insan fokus pembangunan pengurusan

Mukadimah
SELARAS dengan aspirasi kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga giat membangunkan modal insan 憁inda kelas pertama
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:31 PM | Show all posts
PDRM dianggotai semua kaum


GAMBARAN bahawa jawatan-jawatan kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya milik orang Melayu jelas tidak nyata sama sekali.

Muka-muka bukan Melayu terutamanya pegawai berbangsa Cina dan India semakin ramai kelihatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan pejabat-pejabat utama kontijen negeri.

Walaupun perkembangannya tidaklah ke tahap menyeluruh, namun dari semasa ke semasa, mereka dari kalangan bukan Melayu yang memegang jawatan tertinggi dalam PDRM semakin meningkat.

Antara pegawai bukan Melayu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Christopher Wan Soo Kee; Pemangku Ketua Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner II A. Thaiveegan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang; Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner K. C. Khaw dan bekas Ketua Trafik Pasukan, Datuk Gingkoi Seman Pancras.

Hampir setiap hari muka-muka itu dapat dilihat di dada akhbar dan televisyen dengan pelbagai isu panas seperti pembunuhan, pengedaran dadah, rompakan bersenjatakan pistol dan sebagainya.

Tangan-tangan itu ternyata pernah mengerikan dunia dalam menyelesaikan pelbagai kes termasuk model rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kes rompakan bersenjata kedai emas Poh Kong baru-baru ini.

Beberapa pegawai kanan bukan Melayu yang diberi kepercayaan untuk menerajui pucuk pimpinan pasukan polis sepatutnya dijadikan kamus rujukan untuk mengikis tafsiran kaum bukan Melayu susah naik pangkat dalam organisasi PDRM.

Dengan perkembangan terbaru ini, tanggapan lama tersebut sudah sepatutnya dilupakan dan tidak lagi dijadikan alasan untuk golongan bukan Melayu menjauhi kerjaya dalam PDRM.

Tanggapan negatif segelintir pihak berhubung soal kenaikan pangkat yang terbatas dalam pasukan beruniform itu sudah semakin tidak relevan sebaliknya menunjukkan tanda-tanda penyelesaian daripada pengurusan pasukan PDRM.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:32 PM | Show all posts
Unit Risikan Jenayah nadi Jabatan Siasatan Jenayah


Duta Besar Mongolia ke Malaysia, Yaichil Batsuuri pernah memuji polis Malaysia kerana bersikap profesional dalam mengendalikan siasatan seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada November lalu.

Yachil, yang berpejabat di Bangkok berkata, polis Malaysia membuktikan sikap profesional mereka apabila mampu bertindak pantas dalam mengendalikan kes berprofil tinggi itu dan beliau berpuas hati dengan cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas.

Siasatan polis berhubung kes pembunuhan model sambilan Altantuya Shaariibuu berakhir dengan pendakwaan tiga orang di mahkamah, termasuk seorang penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Insiden ini jelas dapat dilihat betapa pentingnya Unit Risikan Jenayah (URJ) buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani sesuatu kes jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee juga tidak menafikan betapa pentingnya URJ dalam PDRM terutamanya bagi menghadapi peningkatan jumlah jenayah terancang dan kes-kes berprofil tinggi yang sering berlaku kebelakangan ini.

揢RJ terlalu penting dalam PDRM. Ini kerana dengan kumpulan risikan yang baik kita dapat mengekang sesuatu kes bukan sahaja yang telah berlaku tetapi juga yang belum berlaku.

憫Maksud saya, sebagai contoh kita tahu sekumpulan perompak akan merompak kedai emas dan kita telah mendapat maklumat tersebut lebih awal, maka kita boleh mematahkan cubaan merompak itu. Inilah yang dinamakan risikan,拻 katanya kepada Utusan Malaysia, di pejabatnya, di Bukit Aman, baru-baru ini.

Menurut Christopher, URJ perlu menggunakan pendekatan yang lebih canggih untuk berhadapan dengan trend jenayah pada masa ini yang sangat licik dan merentasi sempadan.

憫URJ adalah nadi JSJ, kerana ia merupakan tempat utama untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu kejadian jenayah bagi meneruskan sesuatu operasi.

憫Justeru, usaha memantapkan unit ini untuk menjadikannya lebih berkesan menjadi keutamaan,拻 katanya.

Jelasnya, tanpa URJ yang mantap siasatan sesuatu kes akan bermasalah kerana kekurangan bukti yang boleh membawa kepada penyelesaian siasatan.

Pada masa yang sama katanya, URJ memerlukan perkongsian maklumat risikan yang lebih banyak dengan rakan sepasukan dari luar negara terutama negara-negara jiran dalam usaha meningkatkan rangkaian dan strateginya.

憫Kami mesti mempunyai sumber yang canggih dan berkongsi pengkalan data dengan rakan sepasukan kami secara global, memandangkan penjenayah kini sangat licik dan mempunyai rangkaian komunikasi yang cepat di seluruh dunia dan sukar untuk dikesan,拻 katanya.

Jika pasukan URJ tidak bersedia, katanya, ia akan membuatkan polis sukar untuk membanteras kegiatan jenayah terutama jenayah terancang, dan ia tugas yang sangat mencabar.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi percaya bahawa pasukan URJ di negara ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan tindakan pantas mereka menyebabkan PDRM berjaya menyelesaikan banyak kes-kes berprofil tinggi.

Sebagi contoh, kejayaan URJ dalam menyelesaikan kes rompakan kedai emas Poh Kong di Subang Parade, Subang, Selangor pada awal Febuari lepas.

憫Polis berjaya menangkap semua penjenayah itu dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian sebab rangkaian risikan kami diselaraskan dengan baik.

憫Ada juga ketikanya risikan kami mendapati sukar untuk menyelesaikan sesuatu kes terutama apabila ia mempunyai bukti yang terhad dan ini biasanya menganggu siasatan,拻 jelasnya sambil menambah URJ bukan sahaja meliputi aspek risikan tetapi juga siasatan dan forensik.

Kata beliau, tiga aspek tersebut amat penting kerana dengan kepesatan pembangunan dan ekonomi negara, kejadian jenayah yang berlaku sekarang bukan sahaja meliputi dalam negara tetapi juga melibatkan rakyat luar.

Sehubungan dengan itu, sejak mengambil alih jawatan sebagai pengarah di jabatan 憄anas
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:33 PM | Show all posts
Jenayah siber mencabar kecekapan PDRM di era moden


DALAM era dunia yang semakin 憁engecil
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:34 PM | Show all posts
JSJN hadapi cabaran menangani masalah dadah


SEJARAH penyalahgunaan dadah di negara ini bermula sejak zaman pendudukan British iaitu pada awal kurun ke-19, selepas tamatnya Perang Candu di China.

Tindakan British yang ketika itu membawa buruh-buruh dari negara China untuk bekerja di lombong- lombong bijih menyebabkan dadah jenis candu dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Apabila penggunaan dadah jenis ini berleluasa dan bilangan penagih menjadi semakin ramai, kerajaan British ketika itu mengadakan peraturan yang mewajibkan peniaga candu diberi lesen serta mengkehendaki semua penagih mendaftarkan diri apabila berurusan dengan pembelian candu.

Bagaimanapun pada 1950-an, masalah penggunaan dadah menjadi semakin berleluasa dan tidak terkawal. Malangnya, tindakan kerajaan British mewajibkan peniaga dan penagih mendaftar tidak berkesan sehingga menyebabkan Ordinan Dadah Berbahaya 1952 terpaksa digubal dan digunakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik II, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, selepas kemasukan candu ke Tanah Melayu 慹ra
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:34 PM | Show all posts
Jabatan Logistik nadi utama keberkesanan PDRM


Tanpanya, belum tentu jabatan lain dapat melaksanakan tugas serta peranan masing-masing.

Jabatan ini umpama penggerak kepada jabatan-jabatan lain.

Kewujudan Jabatan Logistik memang disedari namun tidak ramai termasuk anggota polis sendiri yang tahu mengenai peranan serta tanggungjawab jabatan itu dalam memacu kejayaan PDRM.

Sebagai contoh, kereta peronda tidak mungkin dapat menepati masa respons yang ditetapkan iaitu empat minit (jika jarak kereta peronda dan tempat kejadian satu kilometer) kalau peralatan komunikasi yang digunakan gagal berfungsi.

Peranan yang dimainkan oleh jabatan ini bermula sebaik sahaja hari pertama seseorang itu bergelar anggota polis.

Tugas dan peranan jabatan itu meliputi urusan pembelian peralatan seperti senjata api, pesawat, bot, menyediakan kemudahan perumahan, penyelenggaraan bangunan termasuk pejabat, urusan gaji, elaun serta beberapa urusan berkaitan.

Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zainal Tahir berkata, PDRM kini dalam usaha memastikan 90 peratus anggotanya memiliki rumah.

Katanya, sasaran tersebut cukup realistik kerana sebanyak RM3.2 bilion telah diluluskan dalam RMK-9 bagi membina kuarters.

Setiap unit rumah yang akan dibina cukup selesa kerana mempunyai keluasan 111 meter persegi (1,200 kaki persegi) dan mempunyai tiga buah bilik.

Kuarters tersebut akan dibina selaras dengan pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) seperti IPK Shah Alam, IPD Subang Jaya, IPD Kota Bharu dan IPD Manjong dan banyak lagi.

Selain pembinaan kemudahan dan rumah dan pejabat baru yang menjanjikan keselesaan, sebanyak RM170 juta juga diperuntukkan bagi meningkatkan kelancaran dan kualiti komunikasi sesama anggota.

Sistem digital tersebut akan menggantikan sistem komunikasi sedia ada.

Menerusi sistem tersebut, bilik gerakan dapat melihat keadaan tempat kejadian menerusi alat yang akan dipasang pada kereta peronda kelak.

Sempena usia polis di Malaysia yang mencecah 200 tahun, adalah wajar PDRM kini mampu bergelar antara pasukan polis terbaik di dunia dari segi kemudahan dan kelengkapan.

Seperti kata Zainal, anggota polis hanya dapat menjalankan tugas dengan cemerlang jika kemudahan dan persekitaran yang selesa dapat diwujudkan.

Justeru, antara langkah terbaru ialah semua unit peronda motosikal akan menggunakan motosikal berkuasa 150-250cc.

Walaupun masih dalam perancangan, ia diharap mampu direalisasikan agar ia memberikan lebih keselesaan dan keyakinan kepada anggota yang keluar meronda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2007 10:16 AM | Show all posts
Darah kepolisan dalam keluarga Abdul Aziz


Oleh ANGELINA SINYANG




Abdul Aziz Bulat (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen tugas daripada Datuk Tan Seng Eng (kiri) kepada SAC ll Dr. Ab. Rahman Ismail (kanan) di Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh, Perak.


SEBAIK sahaja tamat tingkatan lima, Abdul Aziz Bulat mencuba nasib memohon melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berminat dalam pertanian.

Dalam masa yang sama, beliau menghantar dua permohonan kerja dalam jabatan kerajaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tekadnya cuma satu, mana-mana tawaran yang sampai dulu itulah pilihannya.

Mungkin sudah tertulis bahawa masa depannya ialah dalam pasukan polis, maka tidak lama selepas itu beliau mendapat tawaran menjalani latihan sebagai Inspektor Percubaan di Maktab Pegawai Rendah Polis Kuala Kubu Bharu di Selangor pada 1 Jun 1970.

Masa depan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini terus bersinar dalam PDRM apabila dinaikkan pangkat beberapa kali sehingga akhirnya bergelar Datuk dan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak ketika ini.

揝aya tidak kecewa walaupun hasrat menggenggam segulung ijazah tidak kesampaian pada masa itu kerana sekurang-kurangnya saya berjaya menyambung tradisi keluarga berkhidmat dalam pasukan polis,
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 10:18 AM | Show all posts
MOHAN mahu jadi Timbalan KPD terbaik


Oleh AZIAN AZIZ




Mohan Singh memberi taklimat kepada anggotanya di IPD Klang.


揔UNCI kejayaan sesuatu kepimpinan ialah hubungan baik antara ketua dan timbalannya. 揑ni kerana kerjasama dan hubungan baik antara ketua dan timbalan dapat mewujudkan suasana harmoni semasa bertugas serta memupuk rasa hormat dan bersedia mematuhi arahan di kalangan pegawai dan anggota bawahan.

揑tulah yang menjadi amalan saya dan akan saya teruskan,
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 11:44 AM | Show all posts
Unit Udara PDRM


Oleh: HAMDAN TAWADI






HELIKOPTER jenis Eurocopter yang digunakan untuk tujuan operasi Unit Udara PDRM.


Peranan yang dimainkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya amat penting dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Dua contoh nyata yang membuktikan kenyataan ini ialah sewaktu operasi menyelamat mangsa banjir di Johor dan operasi membanteras lumba haram.

Ketika banjir melanda Johor akhir tahun lepas dan awal tahun ini, unit tersebut telah melakukan operasi menyelamat di kawasan penggunaan bot sukar untuk digunakan.

Ini kerana lokasi mangsa banjir yang terlalu jauh dan faktor kesihatan yang memerlukan usaha menyelamat dilakukan dengan segera.

Selain itu, unit udara PDRM juga boleh melakukan operasi hingga ke bahagian yang terpencil memandangkan helikopter yang digunakan bersaiz kecil dan sesuai untuk mendarat di kawasan seumpama itu.

Antara usaha menyelamat yang berjaya dilaksanakan ketika itu ialah memindahkan beberapa mangsa dari Ladang Tunjuk Laut ke Hospital Kota Tinggi dengan menggunakan helikopter melalui penerbangan selama lebih daripada enam jam tanpa henti.

Sementara itu dalam usaha membanteras lumba haram, unit udara menerusi penggunaan helikopter dipertanggungjawabkan melakukan kerjasama dengan Polis Trafik dalam usaha besar-besaran membanteras kegiatan `mat rempit' dan lumba haram.

Ini bagi memastikan mereka tidak menggugat ketenteraman awam khususnya ketika negara sedang menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007.

Melalui kerjasama itu, kedatangan pelancong asing tidak terganggu sekali gus mengelakkan golongan 憁at rempit' daripada memberikan imej yang buruk kepada negara.

Kemampuan unit itu jelas terserlah apabila berjaya membantu polis Trafik Bukit Aman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta polis Jabatan Narkotik menahan lebih daripada 200 mat rempit dan penonton lumba haram di Taman Tasik Permaisuri Cheras, Oktober tahun lepas.

Sementara itu, pada Julai tahun yang sama, unit udara PDRM yang menggunakan helikopter dalam operasi membanteras perlumbaan haram menyaksikan 550 kenderaan, termasuk milik rakyat Singapura telah berjaya ditahan di lebuh raya Linkedua dekat persimpangan Gelang Patah, Johor Bahru.

Itu adalah sebahagian daripada kisah kejayaan Unit Udara PDRM dalam mengekalkan ketenteraman.

Unit ini ditubuhkan pada tahun 1978 yang bertujuan untuk membuat pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pedalaman terhadap kegiatan lanun, penyeludupan dan lain-lain kegiatan jenayah.

Unit Udara PDRM juga bertanggungjawab membantu semua cawangan dalam PDRM secara pemerhatian melalui udara dan membuat penerbangan sensitif serta membawa orang-orang kenamaan.

Pada masa ini, unit udara PDRM mempunyai 24 pesawat, termasuk 14 kapal terbang dan 10 helikopter untuk kegunaan latihan serta operasi.

Pesawat-pesawat tersebut dikendalikan oleh 98 juruterbang yang mana 24 anggota masih menjalani latihan.

Bagaimanapun helikopter dan kapal terbang jenis pesawat ringan sedia ada tidak mampu untuk membawa jumlah anggota yang ramai khususnya dalam menjalankan sesuatu operasi di kawasan terpencil atau pulau.

Pada masa ini, PDRM terpaksa mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi lain yang kadang-kalanya lambat disebabkan oleh birokrasi.

Sehubungan itu, dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatannya, PDRM akan membeli lapan helikopter dan tujuh kapal terbang serta bot laju bernilai RM600 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustafa Abdullah, pembelian tersebut termasuk dua kapal terbang bersaiz besar dengan setiap satunya boleh membawa 50 penumpang.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 08:54 AM | Show all posts

Bom kotor senjata pengganas paling ditakuti

Oleh: ZABRY MOHAMAD MADZLAN





ANGGOTA yang cedera diuruskan untuk dinyahcemar sepenuhnya oleh kumpulan khusus.
--------------------------------------------------------------------------------



BOM kotor (dirty bomb) sering dikaitkan sebagai senjata kumpulan pengganas. Ia merupakan salah satu ancaman daripada senjata kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN) yang sangat ditakuti oleh seluruh masyarakat dunia ketika ini.

Tidak seperti senjata nuklear yang direka untuk memusnah serta membunuh apa sahaja, bom kotor menggabungkan bahan letupan konvensional seperti dinamit (TNT) dan radioaktif untuk penyebaran.

Bagaimanapun, sinaran radioaktif yang dibebaskan ini tidak mencukupi untuk mengakibatkan kecederaan serta-merta kepada mangsa semasa letupan kecuali mereka yang benar-benar berada berdekatan dengannya.

Menurut Pegawai Memerintah Pusat Pertahanan Nuklear, Biologi dan Kimia (PNBK) Markas 3 Divisyen, Leftenan Kolonel Mohd. Nasarudin Mohd. Yusof, radioaktif yang terdapat dalam bom kotor tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia selagi ia tidak bertukar menjadi debu yang boleh tersebar melalui udara.

Jelasnya, asap serta debu radioaktif yang diterbangkan sehingga menjangkau jarak jauh itu mampu memudaratkan kesihatan benda bernyawa sekiranya disedut atau melekat pada badan.

Kesan kemudaratan bergantung kepada pelbagai faktor seperti jumlah bahan letupan, jenis radioaktif, kaedah letupan dan keadaan cuaca.

Antara kesannya ialah karsinogenik iaitu kanser dan teratogenik serta mutagenik yang menjurus kepada kecacatan zuriat, katanya ketika ditemui MEGA di Kem Terendak, Melaka.

Salah satu kesan kecacatan zuriat yang sering berlaku ialah kelahiran bayi tanpa mata atau dengan satu mata sahaja.

Beberapa kes sedemikian yang ditemui di Iraq semasa Perang Teluk berkemungkinan besar akibat sisa uranium dalam peluru dan roket yang diguna tentera penceroboh ketika menyerang negara berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah ketakutan yang dialami orang ramai melampaui kesan yang diakibatkan oleh bahan radioaktif itu sendiri.

Sebagai contoh, peluru berpandu Scud yang dilancarkan oleh Iraq ke atas Israel semasa Perang Teluk satu ketika dulu sangat ditakuti.

Dilaporkan sebanyak 55 peratus penduduk Israel mengalami tahap ketakutan melampau terhadap kesan radioaktif sedangkan yang mati hanya 0.2 peratus dan cedera 22 peratus.

Begitu juga serangan gas beracun sarin di stesen kereta api bawah tanah Tokyo pada tahun 1995.

Sebanyak 78 peratus mangsa mengalami trauma, manakala kes kematian dicatatkan hanya 0.2 peratus dan mereka yang dirawat di hospital cuma empat peratus.

Namun apa yang lebih ditakuti, jelas Mohd. Nasarudin, radioaktif tidak mampu dilihat dengan mata kasar malah tiada bau atau rasa.

Katanya, kesan radioaktif terhadap benda bernyawa termasuk manusia tidak dapat dikesan serta-merta.

揔adangkala kesannya masih tidak nampak dalam tempoh satu hingga dua bulan.

揓usteru, radioaktif disifatkan paling berbahaya berbanding bahan kimia lain,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.113729 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list