CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faiz_azrai

Koleksi Jersi

[Copy link]
 Author| Post time 26-9-2007 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by walnut at 23-9-2007 07:47 PM
aku ada jersey dan seluar peter semekel


Tunjuk la gambar baju dgn seluar ko tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2007 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by pisang69 at 26-9-2007 10:21 AM
tahap dewa punya koleksi ni........


Thank you.

Actually aku ada jugak kawan2 lain yang Jersey Collector ni. Sorang tu, kawan baik aku, Chelsea fan... chinese guy.. sekarang ada 300+ helai koleksi.

Sorang lagi tu.. Mamat ni penah masuk paper dulu.. Nama dia Hakim Amir, dia lah warga Malaysia yang memiliki jersey paling banyak sekali, ada dalam 700+. Nanti aku pass link ke koleksi2 diaorang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 07:29 PM | Show all posts
Faiz, baju umbro england yang jual kat FOS tue original kan?

Cume reject punye kan?

Aku minat gile baju umbro england.. Rasa nak beli satu la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 11:07 PM | Show all posts

Reply #443 ameer's post

Aku rasa yg tu fake la.. Sebabnya.....

Semua jersi2 umbro (england dan chelsea), nike (man utd, inter, brazil dan arsenal) dan adidas (real dan ac milan) mempunyai serial number yang sama.

Kalau ko check kat tag warna hitam kecik kat dalam baju man utd tu.. belakang dia ada serial number... nombor tu sama dengan nombor kat baju inter, kat baju brazil dan baju arsenal. Serial number kat baju england dan chelsea pun sama, dan serial number kat baju real madrid dgn ac milan pun sama.

Sah sah fake. Kualiti kain dia pun.. berkilat semacam je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 02:28 AM | Show all posts

Reply #444 faiz_azrai's post

lorh aku dah beli size S..
yang lain mmg aku tak pandang la, coz kualiti kain dia mcm hampeh..

cume umbro england je aku respect!

kualiti pun ok..

dia ada ckp yang england, kain mmg ori, kalau nak diikutkan mungkin btul gak kalau ditenggok dkt kain and kualiti jahitan n etc.. cume perkataan england je ada senget skit ahahhaha.. tapi ape2 hal mmg puas hati la..

buy 1 free 1, dua2 aku beli england.. lagi satu jual kat kawan. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 11:26 AM | Show all posts
cheese nan satu..

aku nak tanya..smlm aku pi al iksan tengo jc bola malaysia yg warna biru tu made in morocco RM 100 lebih..warna kuning made in ape aku lupe tp kualiti mcm pasar malam je..nike RM 49

jersi malaysia pun buat kat morocco ke pak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2007 06:34 PM | Show all posts

Reply #446 deentaro's post

warna kuning tue replica la bang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 09:03 AM | Show all posts

Reply #447 ameer's post

abih yg biru tu?...made in morocco la plokk..jual kat malaysia balikhmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2007 11:04 PM | Show all posts

Reply #448 deentaro's post

Tak... Nike ada release jersey malaysia yg murah utk supporter.. Diaorang tau orang malaysia ni (khasnya orang kita) memang kedekut sikit nak beli jersey mahal2.. dahlah main macam hampeh team Malaysia...

Dulu masa mula2 keluar dulu Nike jual player version jersey pada harga RM259. Apa yang player pakai tulah yang dijual. Lencana FAM dicop pada jersey. Tapi sekarang, yang high end punya replica RM259 pakai logo yang dijahit.

Pastu ada yang lebih murah lagi tapi kualiti dia lebih rendah... yang tu sekarang tengah sale dalam RM49. So kesimpulannya dulu Nike jual 3 versi jersi Malaysia ni:

1. High end replica - RM259
2. Mid range repilca - RM129 (lebih kurang gitu la..)
3. Low end - RM49.

Semuanya dimurahkan khas untuk supporters. Mana aku dapat info ni? Aku pi jumpa manager nike sales Malaysia masa nak settle dispute aku sbb beli jersey yg pirate daripada ebay seller kat UK. Opis dia kat The Curve Damansara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 11:16 PM | Show all posts
aku der lvp jersi utk ppuan jer..nak wat koleksi lain plaks..

hihi..ori adidas..but made in thai..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 08:16 AM | Show all posts

Reply #449 faiz_azrai's post

thanks 4 info.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 04:48 PM | Show all posts

Reply #450 Mily's post

Jersi baru adidas yang original memang Made in Thailand pun. Nike pun sama.. semua football shorts sekarang Made in Thailand. Jangan ingat sebab original product tu tulis Made in Thailand, bermakna it's fake.

Kalau shopping kat UK pun...  man united punya shorts are Made in Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 01:38 AM | Show all posts

Reply #452 faiz_azrai's post

hehe betul2.. yela kalau buat kat negara2 nie dieorg boleh turun kan labour cost dgn cukup byk.. yang penting ape yg kite beli mmg 100% berkualiti!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 06:01 PM | Show all posts
just nak tanya brader-brader otai bola talk ni.

camne nak bezakan jersi original ataupun tidak kat dlm e-bay tu? unless kita tgk harga la. sbb lately ni dah berlambak jersi EPL made in siam kat dlm e-bay. siap ada player's name lagik tu..

price pulak ada yg mahal.. ada yg murah.. kalau yg murah mmg konfidenla jersi siam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2007 09:21 AM | Show all posts

Reply #454 siriusb's post

Kalau nak tau ori ke tak jersi tu kat ebay.....

1. Pastikan dia mentioned jersey tu made by Nike atau Adidas. Kalau dia tak mentioned.. most probably fake.

2. Fake jerseys selalunya bersaiz XL atau M sahaja. Kalau ko nak beli saiz L, S, XXL, insya Allah selamat sikit. Yang kelakarnya, dia jual fake dan saiz M, tapi info sizing dia sama dgn saiz XL. Ni contohnya:



Kalau ko lihat dekat2.. dia tulis saiz M tapi ukuran measurement dia tulis GB 45/47. Ni ukuran untuk saiz XL ni! Medium sepatutnya GB 38/40.Pemalas betul pirate2 kat Thailand ni.

Apapun ni pengalaman buruk aku masa beli jersey kat ebay dulu. Terbeli yang fake, bacalah kalau nak belajar dari kesilapan aku dulu:

http://christopherd4965-scam.blogspot.com/2006/12/hello.html

3. Jersi yang original mesti ada inner tags (washing tags) yang original serta tag kecik bersaiz kotak dan berwarna hitam (dan ada nike swoosh warna merah). Macam ni rupa dia:


So yang sebelah kanan tu fake. Yang kiri tu original.

4. Setiap jerey ada style code, iaitu code yang digunakan untuk mewakili jenis design yang digunakan. Pastikan style code kat price tag tu sama dengan apa yang ditulis kat label tag dalam jersi tu:

Untuk jersey Nike:
Ni contoh daripada jersey baru away hitam Man United:

Tag kecik ni terletak di bawah washing tags kat dalam jersi nike (style code dia 238347).


Price tag memaparkan saiz (XXL), colour code (010 means black, 100 means white, 666 means man united's red colour), style code 238347.

Ni pulak jersey baru home Man United:

Style code dia 237924.


Mesti sama iaitu 237924.

Warna barcode sticker tu pun mewakili saiz dia. Warna putih bermakna XXL atau XXXL.


Warna barcode sticker hijau mewakili XL.

Warna biru muda untuk Medium, warna merah untuk Large dan warna kuning untuk Small. Benda ni pun harus tepat.

Untuk jersi adidas:













Sama kes gak, style code dia mesti sama dengan apa yang dipaparkan kat label tag di dalam jersey tu.



Dan dalam jersey adidas ni ada satu tag khas iaitu tag barcode 3D. Barcode 2D ni biasanya jalur2 bar yang lurus, ni barcode 3D.

Harap ni membantu...... I don't condole on grade As or fake jerseys!

[ Last edited by  faiz_azrai at 20-10-2007 01:16 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 11:04 AM | Show all posts

Reply #455 faiz_azrai's post

cunla bro faiz.. mmg panjang lebar serta begitu details explanation tu. aku siap print lagik nak hafal hahahaha... baru la aku tau yg jc man utd home 1994 aku tuh fake.. hampeh...

mmg aku kagum dgn collection bro yg berlambak tahap dewa EPL tu menyebabkan aku rasa mcm nak follow hobi tu since aku suka layan jersi-jersi ni. but.. dulu mmg takde budget sbb mostly harganya teramatle expensive. ada gak beli jersi siam buat lepas geram tapi quality nye amat rendah..

sesatunya jersi original yg aku beli ialah jersi Italia nike yg zola pakai masa italy beat england pre-world cup 1998. yg ada tulis "italia" kat belakang bawah. tapi sudah dicilok oleh adikku memandangkan aku dah tak muat nak pakai.. hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2007 11:08 AM | Show all posts
satu lagi kemusykilan aku..

6 months ago, aku pegi ke pdg besar, perlis & notice ada satu kedai tu jual jersi "retro" EPL. ada yg jersi man utd masa time busby babes, ada jersi liverpool yg cop crown paints, ada jersi liverpool yg menang european cup tahun 60-an dan mcm-mcm lagi. materialnya mostly kain cotton kot..

tapi sume tu fake kan?? any idea kata mana nak carik jersi "retro" original yg mcm tu kat are lembah klang. pergi butik adidas & nike kat area KL tapi tak jumpa-jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 07:04 PM | Show all posts

Reply #457 siriusb's post

gi surf ke www.ebay.co.uk

ruangan search cari ler retro man utd ke vintage england shirt ke ape ape je ler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2007 01:22 AM | Show all posts

Reply #456 siriusb's post

Sama sama bro..

Sebenarnya aku bosan la bila tengok ramai sangat orang kita ni berlumba-lumba nak beli yang fake. Grade A+ lah, golok mari lah.. Sebenarnya, kalau korang kumpul sikit duit tu beli yang original.. nanti ada value. Boleh jual balik... Baju fake? Nak jual balik kat ebay pun tak laku.

Aku ada banyak jersey yang aku dah jual balik. Semakin tua jersey tu semakin tinggi value dia. Korang beli pastu simpanlah dan jaga dia baik2.

Kalau nak beli jersey ori yang murah, beli jersey lama last season kat al-ikhsan atau real one. Boleh dapat RM99. Atau kat ebay, jersey2 lama yang murah pun ada. Boleh dapat RM80 pun ada.. tu dah termasuk postage fee lagi. Tak semestinya wajib keluarkan RM259 kalau nak beli yang ori.

Baju Italia yang ko maksudkan tu ialah jersey Nike yang Italy pakai masa Euro 96, sezaman dengan jersi england and scotland home yang aku ada masa zaman Euro 96. Harga dia sekarang tinggi. Sebab rare. Tunggu la 10 tahun akan datang.. lagi la.

Pasal baju retro tu kan.. kat ebay ada jual tapi mostly remake lah.. tengok2 made in Thailand gak. Sama je. Retro ni jarang orang remake. Except baju 60s macam masa united pakai time european cup final, umbro ada reproduce. baju yang colar belang2 masa 70s (made by admiral) tu pulak admiral takder reproduce... koman2 pun kat ebay jual yang made in thailand jugaklah..

[ Last edited by  faiz_azrai at 20-10-2007 01:24 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 10:32 AM | Show all posts

Reply #459 faiz_azrai's post

mcm tau je apa yg ada kat kepala aku ni. mmg aku nak bercadang gi al ihksan nak beli jersi original yg season lepas-lepas. sbb harganya murah2.. from rm99... tul kan. ok la tu. start ngan yg murah-murah pastu beli yg mahal skit.

bole jual balik ke kat e-bay? ada demand ke? mcm tak caya sbb aku ni jarang layan e-bay. klu mcm tu mmg berbaloi la kalau kumpul jersi. tapi aku rasa, aku susah nak jual balik jersi apa yg aku dah beli nanti sebab susah nak carik balik. biarlah jadi harta warisan.

takde muzium jersi kat malaysia lagi kan? apalagi, buat satu muzium la bro faiz.. open utk geng-geng n kengkawan bola talk dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.099748 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list