CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Post time 26-4-2005 12:33 AM | Show all posts
Waktu makan tengahari, EH dgn sengaja mengangakan mulut dia lebar2 nak masukkan makanan kedalam mulut bila adik kembar dia Hoon bertanya…….bila JH akan datang lagi?  Adiknya Jin mahukan EH menyuruh JH datang kesitu kerana mereka mahu bermain bola keranjang dgn JH.  Senget je mulut IW dengar.  Jawab EH, JH sekarang sedang sibuk nak melayan pesakit. Katanya lagi…..memandangkan pilihan pertama takada, kenapa takambil pilihan kedua?  Sambil mata dia memandang kat IW.  Suruhnya adik dia ajak Tuan presiden dia main bola keranjang, lagi pun IW ada banyak masa lapang.   Kata IW….kenapa pulak dia jatuh pilihan kedua, bukan pilihan pertama?.  Standard apa yg EH gunakan menentukan dia pilihan kedua dan JH pilihan pertama


Jawab EH, ada perbezaannya,…JH dapat menjaringkan bola setiap kali dan cekap bermain, sedangkan IW pula lansung tak pandai menjaringkan bola walau pun berdiri tegak..  Tercabar ego IW….jam tu gak ajak sikembar bermain bola dgn dia.  Budak2 dua orang buat tak dengar je.  IW pergi tarik tgn dua2nya…katanya tak payah makan lagi.  Marah EH, budak 2 tu tengah makan diajak main bola.

Belum sempat lagi keluar, JH dah datang bawa katil.Bukan main suka  Hoon dan Jin tgk JH, siap panggil EH lagi suruh tgk sapa yg datang.  EH yg keluar dgn mulut penuh sambil menguyah terkejut tgk JH, cepat2 dia berpaling kebelakang.  JH suruh dia makan pelan2 . Kata IW….bila dgn dia, EH makan bukan main banyak, sampai nak meletup mulut dia.. EH bertanya , kenapa JH tidak menalipon dia sebelum datang?  Jawab JH, hari itu dia cuti dan lagi  pun dia dah beritahu EH yg dia akan kerap datang mengunjungi EH, dan dia datang kali ni membawakan katil untuk Eo Jin.  Kata EH, JH tak perlu berbuat demikian, sebelum ini pun JH sudah memberikan kereta sorong untuk anaknya.  Kata JH, memang sukar untuk EH, tapi lebih sukar lagi untuk Eo Jin, tidur dikatil biasa.  Sambil dia cakap tu mata dia pandang kat IW.

Dalam hati IW meyumpah kat JH….pada hal dia baru je nak bagi katil dia untuk EH dan Eo Jin tidur malam tu……JH fikir dia sorang je ke yg baik hati.  Adik2 kembar EH mengajak JH bemain bola keranjang bersama2 IW.  JH bertanya samada IW mahu bemain bola keranjang dgn dia, tapi IW menolaknya. EH kat sebelah dah bukak mulut dia, kata,mana ada IW sibuk….dia  cuma gemuruh aje….. Jawab IW,….mana ada dia gemuruh…..akhirnya dia bersetuju bermain dgn JHsiap ajak bertaruh lagi.   Muka IW nampak resah je……macam orang tempah maut.


JH memang pandai main, setiap kali dapat menjaringkan bola……IW jadi tukang kejar bola yg tak pernah dapat2 kat dia.  Setiap kali JH menjaringkan bola, EH dan adik2 dia bersorak sakan..  IW cuba taktik menipu dgn mencuri bola dari JH, tapi bila nak jaring bola, tak pernahnya yg masuk, walaupun dekat dgn net.  Mengeluh IW.  Bila dah habis main, IW dan JH duduk berehat.  IW bertanyakan samada JH suka pada EH?  IW kemudian mengaku yg dia suka pada EH….Tanya nya sekali lagi samada JH suka pada EH.  JH mengaku yg dia suka pada EH, kerana EH adalah buah hati dia yg pertama.  Tanya IW lagi…bagaimana dgn sekarang?……belum sempat JH menjawab. EH datang membawakan minuman.  JH bertanyakan dimana Eo Jin. Jawab EH, anak dia sedang tidur diatas katil yg JH bawakan. dan tidur dgn lena.  JH mengajak EH bersiar2 sementara anak dia tidur…..nak je EH pergi.  IW tegur dia…kenapa dia tak cakap muka dia nanti kena pancaran matahari. (tadi IW ajak dia tak nak pegi, la ni JH ajak nak lak dia pergi).  EH siap berpesan suruh tgk2kan anak dia.  Tanya IW, kenapa lak dia yg nak tgkkan.  Kenyit2nya mata EH kat IW.

IW terpaksa menjaga Eo Jin, sementara mak dia pergi dating.  Bersungut dia kena jaga Eo Jin.  Tanya IW…EH tak kesian kat dia ke?  IW nak tgk berapa lama EH tak pedulikan perasaan dia ….tiba2 dia menerima panggilan dari KH yg mahu berjumpa dgn nya.

KH yg kepala otak dia sedang ligat berputar, mengatakan yg EH  dan ES bukan masaalah lagi, tapi yg penting sekarang adalah IW.  Katanya hanya dia yg tahu apa kehendak datuk dia.  Mula2 sekali dia nak halang  ES dari mengawini IW.


Minah yg aku rasa nak tembak je ni…..bukan main lagi pergi berjumpa dgn IW.  IW Tanya kenapa hari sabtu pun dia bekerja.  Kata KH dia nak beritahu berita baik ni pada IW.  Jawab IW, KH boleh datang kekilang beritahu dia, dan tentunya EH akan gembira bila mendengar berita baik itu, malah lebih gembira dari IW sendiri.  Kata KH, selama ini dia tidak dapat berkata apa2 mengenai hubungan dingin antara EH dan ES.  ES pula meleteri dia tak habis2, walau pun dia sebenarnya jujur tapi dia suka membuat sesuka hatinya dan tidak memperdulikan orang lain serta mengikut kata hatinya.  IW mahu mereka berbincang mengenai bisnes subkontrak.  Tapi kata KH, mereka belum lagi mengambil keputusan.  Kalau begitu, Tanya IW, kenapa KH mahu berjumpa dgn dia?  Jawab KH…..untuk mengenali IW dgn lebih mendalam lagi (miang nya lah perempuan ni), lagi pun dia bertanggung jawab dalam sub kontrak untuk syarikat IW dan itu tugas pertama dia dan dia ingin menjalankan dgn baik.  Dia mahu datuknya sedar dgn kebolehan dia, malah datuk dia pun sedang melatih dia.


Dia mahu IW menyokong dia , dan  berkawan dgn dia supaya senang berurusan mengenai bisnes. Bukan setakat itu saja, malah dia berharap dapat berjumpa diluar , minum tea makan bersama sehingga menjadai kawan baik. KH cuba nak tunjukkan dia ni baik meminta IW menyerahkan sut yg dia beli untuk EH. Katanya dia resah tak tahu nak buat apa pada hari sabtu, jadi dia pergi membeli belah, dia kemudian teringatkan EH, walau pun dia bukan kakak kandung EH tetapi dia simpati pada EH (pandainya dia ni berlakon)


Tak habis lagi lakonan dia…..saja je dia tak bawa kereta, minta tolong IW hantar kan dia. balik (tadi pandai lak datang sendiri……nak balik lak mengada2).  Mahu tak mahu terpaksalah IW tumpangkan dia.  Dalam kereta  minah Tanya IW, bila dia bercadang nak kahwin dgn ES?  Jawab IW, dia tak bercadang berkawin dgn ES. Tanyanya lagi kenapa, bukan ke IW selalu keluar dgn ES.  Jawab IW dia tak pernah keluar dgn ES, dan tak berhasrat untuk mengawini ES, kerana dia tidak mahu menjadi menantu orang kaya.  Tak puas je hati minah ( rasa nak lempang je…..) Tanya nya lagi….maknanya IW dan ES tak ada apa2 hubunganlah?….lagi pun ES tak cakap apa pun.  Kata IW dia tak mulakan apa2 jadi tiada apa yg nak dia tamatkan.  Kata minah ni lagi…dia tak faham kenapa IW takmahu menjadi menantu orang kay, adakah IW benci sangat pada ES?   Terus terang je IW cakap….yg dia mencintai orang lain (good for you).

[ Last edited by Kimmy on 26-4-2005 at 01:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2005 12:43 AM | Show all posts
Sibuk betullah minah ni……dia lak sibuk kata dia tak faham perangai IW, tanyanya lagi siapa perempuan ygIW cinta sehingga sanggup mengenepikan masa depan yg terjamin.  Tanya nya lagi&#8230erempuan yg IW cinta tu sangat istimewa ke?  Jawab IW…pada dia memang istimewa.  Bilalah nak habis perempuan ni bertanya….Tanya lagi samada IW bercadang untuk mengawini perempuan itu?  Jawab IW…dia belum pasti lagi, sebab perempuan tu macam tak berminat pada dia sekarang.  (tak larat aku nak tulis tentang KH ni…geram saja)


EH sedang memerhatikan adik2 kembarnya yg sedang ttidur……dan IW pula sedang memerhatikan EH.  Bila EH bangun, IW bertanya, betul ke EH tidak mahu tidur dikatilnya?  Jawab EH….bila Eo Jin ada katilyg lebih selesa daripada IW, kenapa dia nak tidur dikatil IW.  EH mahu IW menjadi IW yg dulu. Dia tidak biasa dgn perangai IW yg berubah dgn tiba2 .  IW kemudian memberikan sut yg dibeli olih KH untuknya.  Bukan main sukanya dia dapat baju dgn handbag, terlompat2 macam kera, bukan main lagi sayang kat kakaknya yg bagi..  IW suruh dia pakai, sambil tu dia bagi lak, yg  pada pendapat dia , EH tak sesuai pakai baju yg mahal., nanti rosak baju tu.  Lawannya balik EH, katanya IW tak tahu apa yg dia cakap. Kata EH, dia memang sesuai pakai sut, masa di Chengdo, dia supermodel disana.  IW tak percaya kata2 EH. EH suruh IW tunggu, dia akan buktikan.


Dah siap dia pakai, dia jeritkan kat IW yg dia nak keluar., nak tayang baju dia.  Sabar je IW tunggu.  Bukan main lawa lagi dia  dgn kasut  kalerpeach (kalau tak silap),  dress tak berlengan siap ada jacket lagi.  Tak berkelip2 mata IW memandang.  Tanya EH, apa pendapat IW, dia tak nampak selekeh kan?  Tak terkata IW….hanya memandang saja, sehinggakan EH rasa tak selesa…..cepat2 dia kata dia nak turun kebawah.  Belum sempat turun, IW panggil dia…..bila  ditanya….katanya tak ada apa2….hanya diucapkan selamat malam.   Punyalah menggelabah EH nak cepat  turun sampai dia jatuh dari tangga, tertiarap mengadap simen.  Bila ditanya IW….cepat 2 dia signal dgn tgn suruh pergi


Kilang IW dah mula beroperasi semula dan IW pun dah mula bersemangat bekerja.  Kh pula bukan main lagi memajukan diri dia, tunjukkan kebolehan dia masa mesyuarat, sedangkan ES terhangguk2 tidur dlm mesyuarat.  Bukan main pandai taktik KH….sampaikan atuk pengerusi  memuji dia, malah mahu dia menumpukan perhatian yg lebih pada syarikat IW.


IW hairan melihat EH yg berpakaian cantik, siap bubuh lentik2kan bulu mata dia.  Tanya IW dia nak pergi kesuatu tempat istimewa ke? pakai lawa2.  Jawab EH…..dia nak lawat mak dia kat hospital. Tanya IW kenapa pakai lawa2, siap dgn make up sekali.  Jawab EH, jgn risaukan dia, suruhnya IW  pergi buat kerja.  Kata IW…macam mana dia tak risau, sedangkan kata EH dia nak kehospital menjaga mak dia, kenapa pulak pakai sut dan bersolek? ……EH nak ke hospital ke nak pergi berdating?  Marahnya EH kat IW…macam mertua yg suka berleter…katanya lagi mulut IW sangt gatal asyik nak meleter dia saja ,sampaikan dah hilang saki baki rasa hormat dia pada IW.  Kata EH lagi, perbuatan IW ni nanti boleh bertukar menjadi prasangka buruk pada isteri kalau dah kahwin dan dia tidak pasti siapa yg akan berkahwin dgn IW, tetapi dia boleh nampak masa depan perempuan tu akan gelap nanti


Sebelum pergi EH berpesan pada adik2nya yg makanan telah disediakan dan balik nanti dia akan mencuci pinggan mangkuk.  Adik2 mahu ikut sama tapi EH berjanji akan.bawa mereka pada hari Ahad..  Sebelum EH keluar, IW memanggil dia. IW turun kebawah siap pakai suit dgn tali leher, kata dia nak ikut EH kehospital.  Tanya EH, kenapa lak IW nak teman dia kehospital?  Jawab  IW, tak ada sebab…lagi pun dia boleh hantar , menunggu dan membawa EH pulang.


Sampai dihospital, IW tolak Eo Jin, EH jalan kat depan. IW bertanya pada dirinya….apa yg sedang dia lakukan…..bila tiba2 JH berlari keluar dan terus kebilik mak EH.  EH berlari kebilik maknya, dan bertanyapada JH.  Kata JH disebabkan koma hepatic, mak EH tak sedarkan diri.  Kata kawan EH,mak EH asyik menyebut nama KH. Dia juga hairan kenapa KH tidak datang menjenguk maknya…..sedangkan maknya sangat merindui KH dan selalu menyebut namanya.  EH bertanya pada JH, kenapa maknya senyap saja saperti tidak bernafas.  Jawab JH mak EH  akan sedar tak lama lagi.  JH mahukan EH memberikan lebih tumpuan pada maknya…..kerana maknya mungkin akan hilang ingatan, tak berupaya membuat keputusan dan mungkin juga tidak mengenali orang sekelilingnya..  EH menjadi takut maknya tidak akan mengenali dirinya lagi


kawan EH berbual dgn IW diluar , dia mengatakan yg dia sudah banyak mendengar mengenai IW dari EH .  Tanya IW, apa yg EH ceritakan mengenai dia?   Menurut EH, IW ni membawa nasib malang, tak beradap, suka buat sesuka hati dan membuat EH hilang selera makan kerana nasib malang IW.

KH datang kehospital setelah diberitahu olih JH.  Diwad maknya  dia terlihat maknya yg sedang koma , dan EH yg bersama dgn JH.  Sebagai anak, tak banyak sedikit, perasaan kesian pada mak sendiri meyentuh perasaan dia. Berkata dia dlm hati, meminta maaf pada maknya, meminta maknya meninggalkan dia, dan jgn sekali2 maknya memaafkan dia sambil dia menangis.

Di luar IW sedang bermain2 dgn anak EH  bila kawan kembar EH yg sorang lagi tu datang. IW lak tgk dia pelik, sebab tadi baju lain, la ni dah baju lain lak. Kawan EH bertanya siapa IW dan kenapa dia bersama Eo Jin.  Tanya  balik IW, kawan EH ni bergurau ke dgn dia, tadi kata banyak mendengr cerita mengenai dia dari EH.  Barulah kawan EH ni faham yg tadi IW berjumpa dgn kembar dia.  Bila IW perkenalkan diri dia….dgn spontan je kawan EH ni cakap…….jadi IW lah yg malang ni……pemilik kilang yg selalu tak bernasib baik.


JH bertanya kenapa KH tidak masuk sedangkan dia sudah pun berada disitu.  Kata KH dia tidak mahu masuk. Marah JH pada KH.  Kata KH, mulai dari hari itu jgn panggil dia datang lagi.  Kalau JH dah bertungkus lumus nak menyelamatkan maknya, tak  payahlah dia menjadi penderma.  Dia juga mengulangi kata2 JH yg dia tidak akan berjumpa dgn KH lagi sekiranya KH tidak datang Dia rasa terseksa dan dia tetap tidak akan berubah atau  pun kembali pada JH lagi.

EH kelaur dari wad maknya dgn hati yg sedih,. IW meminta dia ceria sedikit…lagi pun maknya sudah pun sedarkan diri.  Kata EH, maknya akan kerap koma pada masa akan datang.  Katan EH lagi, kalau dia tahu begini kesudahannya, tentu lama sudah dia mengambil gambar bersama maknya.  Dia merasa menyesal sekarang. Setelah maknya tenat, dia tidak dapat mengambil gambarr mahu pun pergi bercuti dgn maknya. Dia ingat dia boleh lakukan setelah maknya sembuh?  EH menangis dan IW memeluknya…..dan tak secara langsung KH ternampak dan dia teriingat kata2 IW yg dia mencintai seseorang. Tahulah dia sekarang mengapa IW menolak subkontraknya dulu.

EH membawa maknya bersiar2 diluar, sambil mengambil gambar  Suruhnya mak nya senyum bila dia nak ambik gambar. Kata maknya didlm hati,…….apa yg harus dia lakukan dgn EH..  Berjalan dua beranak ni ditaman, melihat kincir air, dingendongkan maknya. Kemudian dia  menyambut hari jadi maknya serta memberikan hadiah dari dia dan adik2nya sebentuk cincin 14 karat.  Tahun depan dia akan membelikan yg 18 karat, seterusnya 24 karat dan jika mampu dia ingin membelikan maknya cincin berlian.  Dia mahu maknya berjanji akan menunggu dia.

KH yg sedang minum bersama IW, bertanya kenapa IW tidak minum arak?.  Jawab IW dia hanya mahu meminum air biasa, lagi pun dia memandu kereta nanti.  Kata KH, dia tidak mahu berkawan dan menjadi kawan pada IW......dia sebenarnya suka pada IW....dia menyukai IW tanpa menyedari apa yg berlaku.   Kata KH perasaan cintanya datang dgn sendiri.  hati dia sangat sedih dan terluka (rasa aku nak bubuh cili kat mulut dia).  Katanya lagi dia meminta maaf pada ES dan perempuan yg IW cintai   Katanya dia macam orang bodoh saja (memang bodoh pun)  .....sempat lagi sandarkan kepala dia kat bahu IW.  Kata nya dia tak tahu mengapa dia suka pada IW.


IW bawa balik minah yg gila jantan ni masuk dlm kereta.   Bila IW nak pakaikan seat belt kat dia....tiba2 je dia peluk IW....katanya dia minta IW benarkan dia memeluk IW hanya untuk sekejap sahaja...... (tolak je lah dia ni)
Hero aku jawab kat minah yg perasan ni......IW kata... apa jua perasaan yg KH simpan untuk dia...jagalah baik2 tanpa melibatkan dia......lagi pun bukankah KH yg cakap dia tak sepatutnya buat begitu?.......MEMANG BETUL, KH tak sepatutnya bertindak begitu pada IW......lagi pun DIA SUKA PADA  EH......IW suka pada adik KH.  Sambung IW lagi....sekarang KH dah tahu, jgn buat kesilapan lagi......now you can get out!!!!!!  kata  IW.  Bestnya dialog dia.....lelaki yg setia pada cinta.....muah...muah...:hug:  merah padam muka  minah tembok tu.

[ Last edited by Kimmy on 26-4-2005 at 12:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 01:14 AM | Show all posts
uwaaaa...aku tgk tadi episode 13 yg emiko uploadd..memang best gilerr..tgk tanpa subtitle tu ..esok nak tunggu kimmy buat sinopsis ..sebab esok tak dapat nak tgk ..uhukss..tolonggg..aku rasa aku dah jatuh cinta ngan in woo ..hahahaa.....giler tull...best la tgk watak in woo dengan eun hee dalam nii....hiksss....

:love::love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 01:44 AM | Show all posts
:hug::hug::hug:
biler la nak abis citer nie
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 03:31 AM | Show all posts
hello semua.. wah rasa seronok pulak tgk korang berborak pasal cerita nie.. hehehe .. wah kimmy bagus nyer synopsis awak.. hampir tepat semuanya... emm bunny dari start cerita nie mmg dah tgk.. so dah tahu apa kisahnya.. dari kimmy lah bunny belajar cemana nak guna clubox dan berjaya download kesemua file cerita nie... dah tahu ending dia sekali.. cuma sari kata jelah... emm kimmy apa kata awak buat subtitle dia.. mesti best kan...  bunny baru belajar cemana nak sambung vobsub kat avi.. nasib baik menjadi...
oh yer bunny tahu apa first episode sebenarnya... actually ayah eh sebenarnya kena paksa ayah dia (datuk eh) utk masuk army.. sebab datuk dia nak pisahkan dia dgn mak eh. .. dah ayah dia kan jenis kepala batu...jenis spesis eh jugak.. so dia pun lari dari tentera.. sebab tu masa starting ada adegan kejar emngejar.. dan hide n seek.. agaknya sebab tu eh kuat belari.. ikut style ayah dia aa.. so kebetulan masa tgh dalam pelarian.. mak eh pun lari jugaklah..... dan kebetulan masa tgh lari.. dia terlanggar bapak kh... pastu malam tue.. rasanya masa mak eh pengsan tgh jalan.. rasanya bapak eh pun dah mati.. kena tembak at the same time... (bunny tak clear).. tapi nampak cam something terdampar kat situ beside than mak eh dan beg dia... so dia bawaklah mak eh nie balik... sebab dia mintak tolong... dia nak bersalin,.. dah kebetulan kat umah .. mak kh plak mmg tgh sakit nak bersalin... so dua2 nie bersalin aa.. tapi kan sebab mak eh kan dah takde energy.. so lepas bersalin teruslah meninggal.... memula mak kh takmo jaga baby tue.. ingatkan nak serahkan pada sapa2 jer.. tapi sebab bapak kh kan penyayang.. so dia suruh mak kh susukan jugak...  last2 mak kh bersetuju tapi dgn bersyarat.. maknanya dia boleh layan sesuka hati dia.. nak paksa eh jadi org gaji pun boleh... sebab dia jaga eh tanpa kerelaan dia... so ada masa adegan eh merajuk dgn mak dia sebab kena tampar pasal pinjam baju hujan kh.. pastu kena kerah hantar makanan  kat ayah kh.... dia nampak ayah kh kena belasah dek org perancangan tanah... yg pakat nak tipu ayah dia.... so.. last2 dua2 sekali kena belasah... sian tul.... pastu eh pun cakaplah kat ayah dia,,. kenapa nak susah nak jaga tanah tue.. dia rasa dia ibarat lalang jer... bapak dia pujuk... walalupun lalang.. tapi kalau usahakan dgn tangan sendiri... lama2 tanah tu akan subur jer.. janji kena guna tangan sendiri.. sebab tu bila dah besar eh sgt menghargai kata2 ayah dia... dan boleh diingat masa ayah dia mati.. dia terkenang kata2 ayah dia tue.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 06:52 AM | Show all posts
thx kak kim utk summary tuh.. td masa tgk dok tesengguk2 sbb tgh mengantuk.. dapat gak complete nyer storyline :hug::hug:

bunny.. welcome :hug: dah lama baca post tp baru decide nak join skali eh.. welkam2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2005 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 2005/03/30 06:52:
thx kak kim utk summary tuh.. td masa tgk dok tesengguk2 sbb tgh mengantuk.. dapat gak complete nyer storyline :hug::hug:

bunny.. welcome :hug: dah lama baca post tp baru decide nak join  ...


Hi emiko..saya selalu baca posting u yg kasi link tuk dl episod cerita ni. Kali ni saya nak mintak tlg sikit..boleh..?
Besar harapan saya kalau emiko boleh kasi link tuk ep 13 n seterusnya..(maaf le klu saya terlebih sudu) sebab saya mmg tak sempat nak nengok cerita ni. Hanya harap kat synopsis Miss Kim jer..
Thanks in advance..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 08:20 AM | Show all posts
hi Index

buleh... btw eps 13 dah sy uploadkan.. tgk previous page utk link.. donlot cepat2 tau sbb link tu akan expired 7 days after sy upload..

eps 14 lak akan me uploadkan malam nih.. esok me postkan link dier.. :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2005 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 2005/03/30 08:20:
hi Index

buleh... btw eps 13 dah sy uploadkan.. tgk previous page utk link.. donlot cepat2 tau sbb link tu akan expired 7 days after sy upload..

eps 14 lak akan me uploadkan malam nih.. ...



Thanks emiko:hug:..dah dl dah ep 13..tngh nengok sambil-menyambil..:cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 09:19 AM | Show all posts
NP hikhi. tgk sambil mulut ternganga kan.. sbb sy tgk camgitu.. satu hape pun tak paham nyahaha.. dok forward ke scene yg ada IW & EH je he he..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 26-4-2005 09:19 AM:
NP hikhi. tgk sambil mulut ternganga kan.. sbb sy tgk camgitu.. satu hape pun tak paham nyahaha.. dok forward ke scene yg ada IW & EH je he he..


samala ...tgk tak paham jugak..tp ade beberapa word yg paham ..so ..bleh la tangkap sket apa yg in woo kata kat eun hee...ekeke.makin tgk makin comey la plak eun hee tu ..walau pun dia tak la lawa mana...terutama masa pakai sweater yg tutup kepala dia tu ...:love:
Reply

Use magic Report

alpha_beetle This user has been deleted
Post time 26-4-2005 12:05 PM | Show all posts
makin ari aku smakin suker tgk citer nih...

ade sesape dh jupe vcd citernih yg ade subtitle???

tringin plak aku nk bli buat koleksi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 12:27 PM | Show all posts
tere ek leen.. me kalau setakat helo, goodbye tuh paham la diorg cakap.. yg lain2 hampeh tak paham

alpha, setakat nih tak dengar lagi vcd yg ada sub bm dah kuar.. maybe lepas tgk betapa hangatnye sambutan FWG ni company yg release FWG with chi sub sebelum ni akan keluarkan yg sub bm nyer kot?.. btw, sebenanye torrent cite ni ada kat d-addicts tp takde seeders la.. sayang sbb kat situ ada yg sub english.. hardsub.. kalau softsub leh gak tgk dgn yg kita donlot dr clubbox tu huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 12:28 PM | Show all posts
drama nie memang best giler... kalau ada jual tentu limau beli punyer..

kelakar tengok tuan presiden..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 12:40 PM | Show all posts
erm..bley tanye tak...utk ari rabu n khamis ni nanti..kalu nak donlod..episod beraper eh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 12:44 PM | Show all posts
hikhi.. suker dgr EH panggil sajang-nim.. mungkin akan rasa pelik kalau dier panggil oppa (x besh nyahaha)..

diela.. err tatau la eps berapa.. coz tak tgk abesh pun lagi.. skip terus pi eps 17 haha.. yg lain nak tgk kat tv je kalau boleh.. kalau termissed baru refer to video n summary kak kim mmg betul2 membantu :hug: donlot je sume diela.. fail pun takdo la beso sgt, ne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2005 12:54 PM | Show all posts
memang nak donlod..tapi macam tak bley jer..
yg dr YSI tu pon tak bley donlod gak :cry:
yg dr clubbox tu..pon tak bley donlod lagi,...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 01:10 PM | Show all posts
huu? kenapa takleh donlot lak yg YSI? org lain buleh je.. pelik gak nih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 26-4-2005 12:54 PM:
memang nak donlod..tapi macam tak bley jer..
yg dr YSI tu pon tak bley donlod gak :cry:
yg dr clubbox tu..pon tak bley donlod lagi,...


diela ..masa tetengah nak download tu ..tetiba dia kata the server was reset ekk ?kalau macam tu ..maknanya berlaku cut off ..diela kena download pakai download manager....
Reply

Use magic Report

Wizzling This user has been deleted
Post time 26-4-2005 01:20 PM | Show all posts
:lol Part yg IW cakap bila makan sama IW makan sampai nak pecah mulut, tapi kalau depan doktor bukan main sopan :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058665 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list