SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 10 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 10,959 kes (2,195,669 kes kumulatif, 93.8%);
- Kes baharu : 7,373 kes 2,339,594 kes kumulatif);
- Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,371 kes [6,991 warganegara (94.8%); 380 bukan warganegara (5.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 410 kes (293 kes COVID-19; 117 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,588 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,778 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 810 kluster.
Daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 133 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 10 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 10 OKTOBER 2021
NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Kampung Gertak KechupuKomunitiKelantanKota Bharu1318
2Jalan Tali Air Kuala LemalKomunitiKelantanPasir Mas1011
3Kampung JejulokKomunitiKelantanKota Bharu1017
4Taman Kenerek JayaKomunitiKelantanPasir Mas78
5Kampung LondangKomunitiPahangMaran1213
6Dah 13 Industri BalingTempat KerjaKedahBaling dan Kuala Muda2659
7Jalan Seroja MuarKumpulan Berisiko TinggiJohorMuar2038
8Jalan Bunga CempakaKeagamaanJohorKota Tinggi940
LAMPIRAN 4
NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 9 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | PERLIS | 1.10 | WP PUTRAJAYA | 1.03 | NEGERI SEMBILAN | 1.02 | KELANTAN | 0.96 | TERENGGANU | 0.96 | MELAKA | 0.95 | PAHANG | 0.94 | WP KUALA LUMPUR | 0.90 | KEDAH | 0.87 | PERAK | 0.86 | SELANGOR | 0.85 | SARAWAK | 0.85 | SABAH | 0.85 | JOHOR | 0.84 | PULAU PINANG | 0.82 | WP LABUAN | 0 | MALAYSIA | 0.86 |
|