|
Exoskeleton replied at 28-9-2019 11:35 AM
“Begitulah flashback teman”, kata Rashid kepadaku. Aku pun terus bangun dan mengangkat kaki untuk ...
Kg gajah tu kat mane kome?? Keme duduk lerah sane juge. Tp nak menghale ke bote. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..sy ni biasa silent reader je..tp sy amat kagum dgn org2 mcm tuan ni..byk ilmunya..mcm sy baca buku Tamar Jalis.. sy mcm tak tercapai dek akal membaca pengalaman2 mistik org.. |
|
|
|
|
|
|
|
John...juallah citer ko ni kat mamat khalid. Jadi siri kat tv menarik ni..tapi amik pelakon yg baguslah..cakap peghak |
|
|
|
|
|
|
|
Kg gajah area mana tu tt? Hakak selalu ulang-alik ke sana, anak duk sekolah kat area situ. Dah 4 tahun berulang-alik, suka tengok rumah2 kampung yg masih cantik kat area sana. Kat kampung hakak sendiri dah hampir pupus rumah2 kampung tradisional gitu. Banyak juga rumah yg dah usang dan terbiar mereput boleh nampak sepanjang jalan dr kg gajah ke simpang nak ke seri iskandar & manjung. Ada yg nampak creepy & eerie
|
|
|
|
|
|
|
|
Fendi dah balik Malaysia ke?
Ada jumpa dia tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Best gile kawan dgn Fendi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 17-10-2019 10:04 PM
Habis jugak akhirnya baca. Seram pengalaman tt and the gang.
Pak Tahir tu banyak hugak ilmunya ya.
Fendi tu macam toya je dengan makhluk halus ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama aku tak update cerita kat sini. Sibuk dengan urusan keluarga, kerja dan bermalas malasan di rumah . Aku pun dah tak ada banyak cerita seram lagi…tinggal 2 cerita pendek je lagi.
Kisah kali ni dari cerita Paksu aku, masa tu kami bersama2 membersihkan laman rumah opah. Rumput2 kian meninggi dan tak terjaga. Kali ni aku dan Paksu balik bujang saja membuat kerja tersebut. Paksu cakap kalau bawak orang rumah dan anak2 nanti lambat pula siap, lagi pula dalam perjalanan tu ada yang nak singgah ke tandas lagi, beli kudap2 lah dan ada yang nak mencari cenderahati pula (bukannya pergi cuti2 nak beli gift bagai).
Usai saja kerja, kami pun berjalan menyeberangi jalan utama ke arah Warung Minah Janda yang agak lengang ketika itu. Hanya kedengaran suara dari tv antik yang terletak di atas kaunter di antara dapur dan tempat makan. Waktu telah pun telah hampir ke tengah hari.
Warung tersebut masih lagi mengekalkan rupanya seperti yang ditinggalkan oleh arwah Pak Itam dahulu. Kerusi dan meja yang dibuat dari kayu, agak senget benget...al-maklumlah Pak Itam bukannya pandai sangat bertukang, tapi ianya masih lagi kukuh sehingga ke hari ini.
Kami berdua melabuhkan punggung di bangku meja makan, lalu aku membuat pesanan, “Minah, nasi lemak 2, kopi o pun 2 ye”. Minah hanya mengangguk sambil melemparkan senyumannya kepada kami. Paksu pula masih mengibas2kan baju tshirtnya yang basah dek peluh dari melakukan kerja tadi.
Sambil dia menyalakan rokok di bibirnya, dia pun berkata, “fuhh…nasib ler kite dapat siap awal. Kalau idak jenuh juge ler nak buat kerja bawah paneh tengah hari nanti”.
Tidak lama kemudian Aminah menghampiri meja kami, perlahan2 dia menurunkan makanan dan minuman yang telah dipesan tadi dari dulangnya. Sambil itu dia bertanya “balik bujang je ke?”.
Baru sahaja aku hendak membuka mulut, Paksu sudah menjawap, “eh, kami memang bujang lagi”. Aku pun terkejut mendengarkan jawapan dari Paksu tu. Rasanya tak ada manusia di dalam dunia ni yang tak tahu yang kami ni sudah berkahwin.
Aminah yang tertawa kecil itu kemudiannya bertanya, “bujang senang ke?”.
“Ehhhh…itu spesis buaye tu. Kami ni bukannya buaye…kami ni cuma bujang 3 je. Kah kah kah”, jawap Paksuku sambil berdekah2.
“Eh eh eh…kemain lagi orang tua ni…aku report ke Maksu karang, tau la kau langit tinggi ke rendah. Yang si Minah ni pun melayan, memang selera orang tua je ke?”, kataku di dalam hati sambil menggeleng2kan kepala.
Aminah kemudiannya tersipu2 dan masuk kembali ke dapur menyambung kerjanya. “Gatai merenyam nampak?”, aku berkata.
“Alah…sekali sekala bergurau…bukannya dengan orang lain, kawan sekolah kamu jugak kan? Bukannya aku ngajak kamu ke Siam pun?, jawap Paksu sambil menghirup kopi o nya.
“Agak umur pun dah separuh abad pun masih nak ngajak ke Siam ke?”, aku memerli Paksu menyebabkan dia terbatuk2 ketika menghirup kopi o.
“Hishhh…kamu ni. Part separuh abad tu slow2 sikit”, bisik Paksu kepadaku.
Baharu saja aku hendak menyuap nasi lemak, Paksu pun berbicara lagi, “kamu tau idok…minggu lepaih Paksu ade keroje kat Seri Iskandar nun”.
“Ater ngape? Nak ceghite hantu la tu…heee ajer getik”, kataku sambil memandang slack ke arah Paksu.
Penumpang
Kisahnya bermula dari Paksu mengacau seorang awek kat pejabatnya.
Paksu: Lin, weekend ni kau balik Tapah Road kan?
Lin: Ha’ah ye…malam ni aku gerak, kenapa?
Paksu: Sorang2 je naik Alza?
Lin: Iye lah…kau dah kenapa?
Paksu: Alza tu kan 7 seater? Kalau kau balik nanti ade yang menumpang kat seat belakang sekali macam mana? Nak dihalau pun jauh kat belakang…nak ngajak sembang pun tak kena. Kah kah kah kah
Lin: Eeeeeeee…menyampahlah.
Tapi tidak ada apa2 pengalaman mistik yang dialami oleh Lin ketika dalam perjalanan pulang ke Tapah Road. Cuma hatinya saja yang berdebar2 ketika memandang ke arah cermin pandang belakang.
Masuk saja kerja pada hari Isnin, Lin memukul2 paksu dengan handbagnya sambil berkata, “kau memang teruk! Tau tak jalan gelap…aku takut lah bongok!”. Paksu hanya berdekah2 saja ketika menerima pukulan bertubi2 dari Lin tersebut.
Beberapa minggu sebelum kami membersihkan laman rumah opah, Paksu outstation ke Seri Iskandar kerana ada project di sana. Oleh kerana keretanya breakdown, dia menyewa kereta Alza untuk digunakannya seminggu itu.
Kerjanya selesai agak lewat, jam pula telah menunjukkan jam 1 pagi. Disebabkan Paksu ada 1 lagi project di Kampar, dia membuat keputusan untuk bermalam saja di Kampar. Jalan berhampiran Kampong Bali agak sunyi, tiada kenderaan lain ketika itu selain Alza yang dipandunya.
Tiba2 dia teringat akan gurauannya pada Lin, Paksu tertawa kecil. Kemudian baru dia tersedar, dia tak sepatutnya ingat perkara itu. Tidak kena pada waktu dan tempatnya. Dia pun melihat ke arah cermin pandang belakang, kelihatan satu kelibat duduk di seat paling belakang.
“Aiseymen…dia dah datang pulak…”, bisik hatinya yang semakin berdebar2 itu. Peluh membasahi dahinya walaupun aircond kereta agak sejuk ketika itu. Sekali lagi dia melihat cermin pandang belakangnya, perlahan2 senyuman mulai terukir pada wajah lembaga tersebut. Cepat2 Paksu mengalihkan cermin pandang belakangnya itu ke arah lain.
Hatinya semakin tak keruan dan berkata di dalam hatinya, “apa yang patut aku buat ni? Time ni lah pulak apa2 surah pun tak boleh nak ingat”. Tangannya memasang suis radio kereta, manalah tau kalau2 ada siaran mengaji ke, frekuensi IKIM dia tak ingat pula. Tapi malangnya radio hanya berbunyi zrttt…zrrttt…tak dapat siaran pun.
“Hah…aku nyanyi lagu Raihan la…kan banyak ayat2 tu?”, timbul idea bernas di dalam benak fikirannya. Tapi sekali lagi malang baginya, kepalanya blank. Tiada satu lirik pun mampu diingatnya walaupun ianya lagu yang agak ruji baginya ketika mendodoikan anak.
*kembali kepada kami di Warung Minah Janda
Aku: Ater…?
Paksu: Ater apenye? Paksu nyanyi la lagu ya hanana.
Aku: Hahahaha…ape kaitannya? Jumpa hantu pun beruntung ke? Kih kih kih
Paksu: Itu pun nak ingat…udah ler lirik tak tau. Ngulang je ya hanana sampai ke simpang dekat dengan Tanjung Tualang. Paksu cube ngintei lagi kat cermin, tengok2 dia takde dah…huiiii…lega gile masa tu.
Selesai cerita tak berfaedah dari Paksu tu, kami pun beransur pulang ke Kuala Lumpur. Kembali kepada kehidupan masing2.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru habis baca kisah camping ni..
seram plus lawak
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya khatam kisah seram dalam thread niterbaik!
Tt tak nak tulis novel ke pasal kisah ni semua?
menarik sangat ni
kisah haryati tu..seram gila
eh jap, dulu ambik sastera ke? bahasa lama sedap dibaca (rujuk kisah haryati)
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2019 08:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 24-10-2019 10:44 PM
Akhirnya khatam kisah seram dalam thread niterbaik!
Tt tak nak tulis novel ke pasal kisah n ...
kalau untuk novel tu rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki lagi. Penulisan masih amatur sangat...lagi pulak takde kabel nak dinovelkan
aku dulu budak aliran sains |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2019 08:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ezacbee replied at 10-10-2019 05:50 PM
Fendi dah balik Malaysia ke?
Ada jumpa dia tak?
masa 3 minggu cuti 3 hari tu dia ada balik, nanti la aku cerita yang tu...penat aku dibuat si Fendi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 24-10-2019 09:22 AM
Dah lama aku tak update cerita kat sini. Sibuk dengan urusan keluarga, kerja dan bermalas malasan di ...
Hahahaha unexpected tol, tiba2 ya hanana
Lagik John |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-10-2019 02:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
next story baru tulis intro, sekali mata pulak dah overheat...merah2. Doktor bagi arahan kuarantin, jadinya tak dapat lah sambung storynya. Nanti berjangkit dengan lappy payah pulak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
john is back ,john is back...lama aku tunggu ko ni john...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Seram gak hantu usm ni. Ni usm cawangan mana ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-11-2019 04:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
evlinne replied at 3-11-2019 01:47 PM
Seram gak hantu usm ni. Ni usm cawangan mana ni
bukan usm lah...kalau naik keretapi tu dia lagi atas dari stesen georgetown
p/s: cerita tertangguh lagi ye...masih sakit mata lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Memang best !! Abis aku marathon baca... |
|
|
|
|
|
|
| |
|