|
Ipo ni saja je..lambat nak update...hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Arisha dah Conan ambik la..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sambung ni
|
|
|
|
|
|
|
|
hehhee...baru nak sambung Nalle..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 16-2-2015 11:09 PM
Nayla merapati Ipo yang terdiam kaku di situ. "Semuanya dah berakhir.."
Ipo masih diam tidak bersuara. Tidak berkutik dia di situ, memandang makhluk yang sudah bertukar rupa itu. Tidak sangka, Ryan juga menjadi makhluk ganas hasil dari formula yang dimanipulasinya sendiri. Namun apa yang pelik, bagaimana mungkin lelaki itu merelakan diri dijadikan bahan kajian sedangkan selama ini Ryan jadikan Amir dan Alif sebagai perantara untuk merealisasikan kegilaannya. Wajah makhluk yang sudah bertukar menjadi wajah Ryan itu ditatap lama.
"Err..Hanna dah dibawa ke hospital.." Nayla beritahu keadaan Hanna.
Ipo dilihat masih tergamam di situ. Matanya beralih pada Aylanins dan Ana Dahlia yang dari tadi sibuk mengambil foto dan bahan bukti. Sudah sah terbukti makhluk itu adalah Ryan. Tadi sempat Aylanins mengarahkan pegawai polis mengambil video keadaan makhluk itu sebelum bertukar ke wajah Ryan. Itu bukti jelas yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Sekali lagi matanya dikalih ke arah Ipo yang masih diam di sisi tubuh kaku Ryan.
Nayla hanya membiarkan Ipo terkelu di situ. Hanna sudah dibawa ke hospital bersama dengan Kurt yang luka parah. Dia pegang lengan Danish dan bersama anak kecil itu menapak turun semula ke ruang tamu. Anak sekecil Danish tidak sepatutnya melihat semua kejadian itu. Dia tahu apa yang bermain di benak lelaki itu. Mungkin Ipo tidak sangka yang Ryan telah menjadikan diri sendiri sebagai bahan kajian setelah Amir dan Alif sudah pulih dari semua itu. Hanya tinggal satu lagi mangsa yang perlu dicukupkan untuk mendapat ilmu syaitan itu. Mungkin Ryan ingin jadikan Kurt sebagai mangsa ke tujuh belas. Dia menapak perlahan menuruni anak tangga.
"Auntie..is that a monster?" Danish bertanya sambil mendongak ke arah Nayla yang masih memimpin tangannya.
Nayla terhenti langkahnnya. Dia membongkok dan kemudian duduk sama paras dengan Danish yang kelihatan masih keliru. Rambut anak kecil itu dielus lembut. Di benak masih berfikir apakah jawapan sesuai yang patut diberikan pada Danish.
"Danish...it's not a monster. It's just a guy...bad guy.." Nayla melemparkan senyuman, Jemarinya masih mengelus lembut rambut perang Danish yang mewarisi dari keturunan Kurt.
Danish mengangguk-angguk. Nayla bangkit dan terus memimpin tangan Danish menuju ke ruang tamu. Sesekali dia mendongak ke tingkat atas. Entah apa yang Ipo sedang fikirkan.
IPO masih perhatikan Ryan yang sudah terbujur kaku di situ. Darah merah masih galak mengalir dari kesan tembakan oleh Aylanins dan Ana Dahlia tadi. Kesan tembakan itu tepat mengenai kepala, dada dan leher Ryan.
"Ipo...maafkan aku. Aku terpaksa melepaskan tembakan." Aylanins turut duduk di sebelah Ipo.
"Tak apa..Ryan patut terima balasannya. Kalau kau tak tembak, dia mungkin dah bunuh Kurt tadi." Ipo bersuara agak perlahan. Matanya tidak lepas dari melihat keadaan Ryan.
"Aylanins, kita kena bawa mayat ni ke bilik bedah siasat untuk laporan autopsi nanti." Arah Ana Dahlia pada Aylanins yang masih berada di sebelah Ipo.
Pantas Aylanins berdiri. "Baik Puan!!"
Ana Dahlia mula menapak keluar dari bilik itu setelah berpuas hati dengan bahan bukti yang diambil. Sebelum beredar, sempat dia beritahu Ipo agar hadir di balai polis bersama Nayla untuk memberi keterangan.
Aylanins mula menghubungi pegawai yang menunggu dibawah menggunakan walkie talkie. Dia kembali berpaling ke arah Ipo. Dia berkerut kening. "Kenapa? Ada yang tak kena ke?"
"Hmm...aku rasa pelik..macam mana Ryan boleh jadi makhluk ganas ni. Tak mungkin orang seperti Ryan jadikan diri sendiri sebagai bahan kajian. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena.." Ipo masih merenung tubuh kaku Ryan.
Aylanins diam. Dia turut melihat tubuh Ryan yang dipenuhi darah dan ada kesan calar dan luka dalam di seluruh tubuh. Di bahagian dahi, kapak masih terpacak di situ. "Tak kena?"
Ipo mengangguk. Dia memberi laluan kepada dua orang pegawai polis yang tiba dengan beg plastik hitam dan mayat Ryan dimasukkan ke dalam beg plastik dan diusung keluar dari bilik.
"Ipo..aku pergi dulu. Jumpa di balai nanti." Aylanins kemudian membuntuti kedua pegawai polis itu ke hospital.
Agak lama Ipo memerhati sekitar bilik Kurt. Dia cuba mencari nota kaki seperti yang pernah diterima Nicki dan Conan dulu. Ternyata nota kaki itu tiada di situ. Pintu 'sliding' di beranda ditutup. Angin dengan hujan lebat masih menyimbah bumi. Dia menapak ke ruang tamu. Nayla masih di situ bersama Danish.
"Kita kena ke balai beri keterangan.." Ipo mula mengajak Nayla dan Danish dibawa bersama.
Usai memberi keterangan, Ipo menuju ke hospital pula menjenguk Kurt dan Hanna. Sempat dia berpesan pada Nayla agar menjaga Danish untuk sementara waktu. Setibanya di hospital, Ipo terus saja menuju ke bilik kecemasan. Kurt dimasukkan ke ICU sementara Hanna masih tidak sedarkan diri. Doktor bertungkus lumus merawat Hanna dan Kurt. Ipo menunggu di kerusi. Melalui tingkap, hujan masih lebat di luar dengan kilat masih memancar sekali sekala. Telefon bimbit dicapai dari poket seluar. Nombor Conan dihubungi. Tiada jawapan. Sekali lagi dia menghubungi, juga masih tiada jawapan. Kali ini nombor Nicki pula dihubungi.
"Hello..Nicki..Nicki.." Berkali-kali Ipo memanggil nama Nicki yang kedengaran seperti unggas hutan.
"Pelik..dia kat mana? Takkan dalam hutan? Buat apa kat situ?" Ipo masih berfikir. Tadi talian tidak berapa jelas, hanya bunyi cengkerik, hujan lebat dan unggas hutan saja yang kedengaran. Sekali lagi dia menghubungi Nicki, masih seperti tadi.
"Ipo!!!"
Belum sempat Ipo menjawab, talian putus. Tadi suara Nicki kuat menjerit namanya. Suara cemas Nicki tadi sempat ditangkap di telinganya.Ipo bingkas bangun. Dia intai di luar, hujan sudah mula reda. Bergegas Ipo meninggalkan hospital menuju ke rumah Nicki dan Conan. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hello..Nicki..Nicki.." Berkali-kali Ipo memanggil nama Nicki yang kedengaran seperti unggas hutan.
krikkk.. .kriikkkk... kriiikkkkkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
watak Ipo neh.. kejap aku terbayang lelaki.. kejap2 terbayang pompuan.. kejap2.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..aku salah taip la tu..aku nak taip cenggini..
"Hello..Nicki..Nicki.." Ipo memanggil nama Nicki tetapi yang kedengaran hanyalah unggas hutan
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kena terima hakikat yang aku ni LELAKI..
korang pun kena terima hakikat..ingat! korang ni LELAKI
|
|
|
|
|
|
|
|
DALAM hujan masih renyai, Ipo meredah kesibukan jalanraya menuju ke rumah Nicki. Sebaik keretanya membelok ke arah jalan masuk ke rumah Nicki, Ipo berhentikan kereta di luar pagar rumah. Dia keluar dari perut kereta dan meredah hujan membuka pintu pagar. Keretanya kemudian dipandu masuk ke halaman rumah.
"Apa yang dah berlaku?" Ipo tergamam seketika. Jelas dari situ dia melihat pintu rumah itu luas terbuka.
Segera dia menapak keluar dari kereta dan melangkah ke arah pintu yang terbuka luas itu. Habis lantai basah di muka pintu menuju ke ruang tamu. Tiada sesiapa di situ.
"Conan!! Nicki!!" Ipo melaung memanggil nama keduanya. Tiada jawapan.
Dia menapak naik ke tingkat atas ke setiap bilik." Mana dia orang ni? Pintu ternganga!"
Ipo melangkah turun ke ruang tamu semula. Dari muka pintu dia memerhati sekitar halaman, dalam keadaan hujan masih renyai dan keadaan yang agak gelap menyukarkannya mencari kelibat Conan dan Nicki.
"Eh apa ni?"Ipo capai sesuatu dari atas lantai yang basah di muka pintu rumah. Sekeping nota yang sudah basah. Tulisan di atas kertas itu sudah kabur.
Ipo meredah hujan renyai itu di sekitar halaman rumah, Conan dan Nicki juga tiada di situ. Dia berteduh semula di beranda rumah. Nombor Conan pula dihubungi. Kali ini telinganya menangkap deringan telefon dari satu arah. Kakinya mula melangkah ke arah deringan telefon tadi. Tiba di tepi pokok mangga, deringan itu semakin jelas di situ.
"Laa...kenapa handphone mamat ni ada kat sini?" Ipo capai Iphone milik Conan di bawah pokok mangga.
Matanya mula memerhati ke sekitar halaman yang agak gelap, hanya diterangi lampu jalan di sudut kanan pagar rumah. Dalam keadaan hujan masih renyai itu, Ipo masih mencari Conan dan Nicki di sekeliling halaman rumah. Puas mencari, Ipo kembali ke dalam rumah. Mundar mandir pula dia di ruang tamu, menunggu Conan dan Nicki.
"Mesti ada yang tak kena.." Ipo segera tutup pintu dan menaiki kereta semula. Menderum keretanya meninggalkan kawasan rumah itu menuju ke rumah Alif pula. Mungkin Nicki lepak di kondominium Alif. Fikirnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ololo......
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 17-2-2015 08:40 AM
LOCENG pintu ditekan beberapa kali. Waktu sudah menghampiri 1 pagi. Ipo berharap Alif masih belum tidur lagi. Sekali lagi dia menekan butang loceng. Kali ini kedengaran daun pintu dikuak. Senyum dia melihat Alif yang mamai saat pintu dibuka.
"Kau..kau nak apa? Kau tahu tak pukul berapa sekarang ni?" Alif berkata sambil menguap.
"Alif..aku ada hal penting. Err..Nicki ada rumah kau tak?" Ipo masih tercegat di situ.
"Nicki? Tak ada kenapa?" Alif masih menguap. Kain pelekat dikilas kemas.
"Err..aku rasa elok kita bincang di luar saja. Kedai mamak ke..." Ujar Ipo lagi, dia tidak mahu mengganggu Amir nanti.
"Kau ni..dahlah datang time gini.Oklah." Alif menapak ke bilik untuk bersiap.
Sepuluh minit kemudian dia kembali ke muka pintu dan bersama Ipo menuju ke sebuah restoran mamak 24 jam.
|
|
|
|
|
|
|
|
DI RESTORAN MAMAK, Ipo dan Alif menikmati minuman panas. Hujan masih renyai-renyai. Ipo pandang sekitar restoran itu. Jam begini masih ramai lagi pengunjung datang. Betullah orang kata, bandar KL tidak pernah tidur. Kenderaan tidak pernah surut di jalanraya. Kedai atau restoran makin banyak yang buka 24 jam. Malah yang lebih menyedihkan, aktiviti malam juga seolah tidak pernah kenal erti penat. Kopi O panas dihirup perlahan, terasa segar bila dinikmati waktu begini dengan ditemani hujan renyai dan cuaca sejuk.
"Hmm..apa yang penting sangat kau nak bincang?" Alif letak gelas Neslo panas setelah hampir suku diteguk.
"Kau tahu apa yang dah jadi tadi?" Ipo pandang Alif yang sudah menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil berpeluk tubuh.
"Apa?"
"Ryan...dia lari dari lokap dan ditangkap semula di rumah Kurt." Ipo berkata perlahan.
Alif diam. Kata-kata Ipo tadi seperti tidak masuk akal. Lari kemudian ditangkap di rumah Kurt. Apa tak ada tempat lain ke yang Ryan nak tuju? Dah alang-alang nak lari, biarlah sampai hujung dunia! Ryan bukannya mamat sengkek!
"Tapi...sebelum tu..dia adalah sama macam kau dan Amir..kau faham maksud aku kan?" Ipo capai lagi gelas kopi O panas dan disua ke mulut lalu disisip perlahan. Mata masih merenung Alif yang masih diam.
"Maksud kau..dia tu.." Alif tidak habiskan kata-katanya. Luas matanya ketika ini.
Ipo mengangguk. "Dia cederakan Kurt dan Hanna. Sekarang ni mereka dirawat di hospital."
"Ryan??" Alif menelan liur.
"Mati ditembak. Kebetulan Aylanins panggil aku ke balai. Aylanins dan pegawai polis lain ada kat tempat kejadian.." Jelas Ipo melengkapkan ceritanya."Tapi aku pelik..."
Alif masih mendengar. Neslo panas dihirup lagi.
"Aku tak percaya yang Ryan sanggup jadikan tubuhnya bahan kajian. Aku kenal siapa Ryan dan aku pasti, kau pun kenal dia kan?" Ipo mendongak melihat Alif yang masih memandangnya sambil menghirup Neslo.
"Ya.." Hanya itu jawapan Alif.
"Ryan bukan bodoh nak jadikan tubuh sendiri bahan kajian. Aku rasa ada yang tak kena.." Ipo habiskan kopi O panas.
"Kejap..tadi kau kata Ryan cederakan Kurt..maknanya Kurt tu jadi mangsa ke 17?" Alif membuntang.
"Mungkin ya mungkin tidak. Kurt hanya cedera parah. Apa yang aku bimbang sekarang ni pasal Nicki dan Conan. Aku pergi rumah dia orang tadi, pintu rumah terbuka luas. Dia orang tak ada..handphone Conan aku jumpa kat bawah pokok mangga.." Jelas Ipo.
"Maksud kau? Conan dan Nicki hilang??" Alif menelan liur. Bulat mata memandang Ipo yang sudah serius.
"Aku syak saja..kalau dah pintu rumah ternganga macam tu, malam-malam. Nak kata rumah kena rompak, tak ada pulak barang bersepah. Aku syak makhluk tu mungkin pergi ke situ.." Ketika ini Ipo menjeling penuh makna ke arah Alif. Dia tahu dulu, Alif yang menjelma sebagai makhluk itu selalu ke situ kerana Nicki adalah teman sepejabat Alif. Amir pula dia tidak pasti.
"Cuba kau call Nicki.."
"Kejap.." Ipo mula menekan nombor Nicki. Agak lama dia menunggu panggilannya dijawab.
"Tak ada signal. Luar kawasan.." Ipo berkata lemah.
Alif diam. Ipo pun turut diam. Masing-masing buntu memikirkan apa yang sebenarnya sudah terjadi.
"Kalau betul makhluk tu ke sana, kau rasa...makhluk tu dah.." Ipo terhenti kata-kata.
"Hish! Kau ni!!" Alif luku kepala Ipo. Celupar sungguh! Walaupun dalam hati apa yang dikatakan oleh Ipo tadi ada kemungkinannya juga.
"Habis, mana dia orang hilang? Masuk alam bunian??" Ipo gosok kepalanya yang terasa sakit. Kuat juga mamat ni luku aku.
"Kita kena cari..kalau lebih 24 jam dia orang hilang, kita lapor polis. Kau kan kenal dengan Hani atau Aylanins tu.." Alif sengih.
Ipo diam. Sengih Alif seperti mengejeknya. Dia turut senyum. Tiba-tiba rasa Aylanins tu serasi dengannya dalam banyak perkara. Ah! Mahunya kena penumbuk sebiji dari Conan nanti.
"Aku dengar..kau ada hati dengan Nayla tu.." Ipo juga tidak mahu mengalah. Alang-alang Alif timbulkan soal itu, haruslah dia ingin tahu pasal hati Alif pada Nayla.
"Kalau ya pun..aku tak boleh.." Alif bersuara lemah. Neslo yang hampir sejuk diteguk sampai habis.
"Sudahlah. Cukup cerita soal perempuan ni. Buat otak aku jadi biul saja.." Ipo bingkas bangun. Sebenarnya dia sudah patah hati dengan Pretty Sofea. Dia mula membayar minuman di kaunter dan kemudian mengajak Alif pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan menuju ke kondominium Alif semula, mereka masih berbincang soal tadi. Hujan masih renyai. Agaknya mungkin sampai ke pagi. Dari tadi masih tidak reda walaupun hujan lebat sebentar tadi.
"Ipo!! Brek!!!!" Alif pegang kuat pemegang di sebelah kiri. Dia nampak sesuatu tiba-tiba melintas.
Brek ditekan kuat sehingga terbabas kereta ke bahu jalan. Mereka diam sejenak. Mata masih menghala ke arah sesuatu di depan yang melintas tadi. Terasa keretanya merempuh kuat. Mereka berdua mula menapak keluar. Suasana di kiri kanan jalan gelap. Tiada lampu jalan. Berhati-hati mereka melihat apa yang sudah dilanggar tadi. Masing-masing terkejut.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko langgor aku ke ipo?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dun wori. Nama nicki juga nama guru kelas anak iols. Berpangkat datin lagikkk
ipo... ingat citer ni habis dah... ini mcm kalu, confirm bila dicetak melebihi 1000 ms
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha..harusla ada part 1 n 2
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 2 pun part 2 la..janji ada penamatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sangat la kalau ada part 2...nak sudahkan yang ni pun dah huru hara otak
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|