CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Pada AR Tompel(melissa kunci mulut #112)

[Copy link]
Post time 20-10-2014 10:34 PM | Show all posts
jijiezie posted on 11-10-2014 10:53 AM
Tq tukang tepek.baru tgk full smlm.best sgt docu ni.Sedihnya kisah p.ramlee masa nk hujung2 usia d ...

sama-sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:40 PM | Show all posts
sixret posted on 20-10-2014 10:34 PM
sama-sama.

six, nak tgk ni kena register ker? tengkiu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
I lepas baca kontroversi kat porum ni, baru rasa nak tengok sangat biopic ni lebih2 lagi ramai forumer yg puji lakonan azhan rani tuh.
Tapi i nak tggu yg free atau kot ada sape2 boleh tepek youtube biopic tu di sini :lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik i (umur 60) kata, mariani muda2 dulu lawa maklumlh bekas ratu chantek. Skrg dh tua mmng agak kureng. Tp cuba uolls tengok darah daging dia si melisa saila & anak2 semua muka SIAP. jadi mmng tak  mustahil kalau dikata p.ramlee pernah jatuh hati pada nenek mariani  sblm saloma krn kecantikknnya itu. Cuma mungkin rezeki lebih memihak kpd saloma atas faktor lain conthnya  mpunyai suara merdu, bentuk bdn seksi/lentik & pandai mgambil hati.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:50 AM | Show all posts
Juadah posted on 21-10-2014 07:15 PM
Pakcik i (umur 60) kata, mariani muda2 dulu lawa maklumlh bekas ratu chantek. Skrg dh tua mmng agak  ...

dulu aku penah baca....artis veteran juga bagitau p ramlee sebenarnya tak suka saloma, tup tup nak kawen dgn saloma....semua orang heran sgt masa tu......kehkehkehkeh...kesah lamaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
soraya posted on 22-10-2014 09:50 AM
dulu aku penah baca....artis veteran juga bagitau p ramlee sebenarnya tak suka saloma, tup tup nak ...

Misteri nusantara sgt... Yg jd mangsa norizan..
kesian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 11:06 AM | Show all posts
Juadah posted on 22-10-2014 02:15 AM
Pakcik i (umur 60) kata, mariani muda2 dulu lawa maklumlh bekas ratu chantek. Skrg dh tua mmng agak  ...

Dalam biografi bersiri Norizan yang aku baca kat sokabo
nyamok, Norizan cakap dia terserempak P.Ramlee dengan
seorang bintang filem atas katil, dalam rumahnya. Norizan
tak sebut SIAPA, jadi aku rasa itu mungkin Tok Yam yang
ngaku bercinta dengan P.Ramlee sebelom P.Ramlee kawen  
dengan Saloma. Sebab tu tulah agaknya Norizan lempang
dia. Takat lempang je, itu pun Tok Yam dendam sampai
sekarang sebab asik ulang ceta ni sampai masok sekali dalam
biopic Melissa ni. Kesian Norizan, dituduh nak memalukan
P.Ramlee melalui biografi dia tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 12:16 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 22-10-2014 03:09 AM
Misteri nusantara sgt... Yg jd mangsa norizan..
kesian..

memang nokkss.....yg paling kesian norizan ler....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
soraya posted on 22-10-2014 12:16 PM
memang nokkss.....yg paling kesian norizan ler....

Tetiba teringat plak ada bdk AF kot dulu nyanyi tribute to saloma...alih2 muka mcm saloma betul jd..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 22-10-2014 05:42 PM
Tetiba teringat plak ada bdk AF kot dulu nyanyi tribute to saloma...alih2 muka mcm saloma betul jd ...

Tu arr...trgt dl ada bdk AF nyanyi tribute to saloma..asenya ms AF4 kot kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam posted on 22-10-2014 08:44 PM
Tu arr...trgt dl ada bdk AF nyanyi tribute to saloma..asenya ms AF4 kot kan..

Khenn..pastu semua rasa seram..kat studio xde benda... Org yg tgk tv je nmpk perubahan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 23-10-2014 01:28 AM
Khenn..pastu semua rasa seram..kat studio xde benda... Org yg tgk tv je nmpk perubahan tu..

Tau tkpe..seram..ms tu pengcara diari AF sarimah kan..ms dia ckp tu pun dia pun seram..xslh aku la..salima kot yg muka dia jd mcm saloma tu..klu slh minx tlg btulkn n hrp dimaafkn..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kitykatyz posted on 21-10-2014 11:40 PM
six, nak tgk ni kena register ker? tengkiu

Taklah. Boleh je tengok tanpa register.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:19 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 22-10-2014 11:06 AM
Dalam biografi bersiri Norizan yang aku baca kat sokabo
nyamok, Norizan cakap dia terserempak P.R ...

aku plak terbaca norizan cakap..rumah tangga dia kucar kacir masa p.ramlee berlakon dalam filem ibu mertua ku..aku terbayang sarimah jer..nanti aku cari balik artikel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:32 AM | Show all posts
ARTIKEL EKSKLUSIF
OLEH BAHYAH MAHMOOD
DIPETIK DARIPADA
MAJALAH URTV
KELUARAN 1 JUN 1978




Bekas isteri kedua P. Ramlee, Norizan, yang sekarang hidup berbahagia dengan suaminya, adalah satu-satunya wanita yang telah menggemparkan masyarakat, dari Permaisuri Sultan, Norizan telah jatuh cinta pandang pertama dengan P. Ramlee.

"Segala peristiwa suka duka yang saya alami selama hidup di samping P. Ramlee tetap menjadi kenangan, sampai sekarang kadangkala saya teringat-ingat seolah-olah semuanya itu baru saja berlaku, entahlah!" kata Norizan menghela nafas panjang.

Norizan masih teringat-ingat lagi perkahwinannya dengan P. Ramlee sangat berbahagia sekali, "Hidup kami rukun dan damai, memang betul seperti yang selalu diceritakan oleh Saloma, P. Ramlee sifatnya terlalu penyayang! dia suka memanjakan isteri dan dirinya pun meminta isteri memanjakannya."

Norizan termenung jauh untuk mengingatkan kembali bagaimana rumahtangganya boleh retak, sehingga masing-masing terpaksa berpisah.!

"Tetapi yang saya ingat, agaknya kerana ditinggalkan kesepian di rumah menyebabkan saya merasa begitu cemburu, cemburu melihat dia selalu berdampingan dengan heroin-heroin yang selalu berlakon dengannya di dalam filem.

"Baru sekarang saya sedar! rupanya berkahwin dengan orang filem, mesti bersifat sabar, walaupun kadangkala terpaksa, 'makan hati berulam jantung!'

Norizan masih ingat lagi, rumahtangganya mulai bergoncang ketika P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem "Ibu Mertua Ku", rumahtangga mereka sekejap aman sekejap berantakan, dan dalam suasana beginilah P. Ramlee telah mencipta tiga lagu - "Jeritan Bathinku", "Jangan Tinggal Daku" dan "Di Manakan Ku Cari Ganti".

"Suasana rumahtangga yang berantakan ini banyak mencetuskan ilham P. Ramlee mencipta lagu. Ketiga-tiga lagu ini menggambarkan suasana rumahtangga kami seolah-olah kami berdua sudah membayangkan 'perpisahan', walaupun kami takut berpisah, tapi akhirnya terpaksa juga berpisah!" kata Norizan mengeluh kesal.

Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Norizan, "Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!"

Norizan juga tidak dapat melupakan, sesudah lama mereka bercerai dan sesudah masing-masing berpindah ke Kuala Lumpur, mereka kadangkala secara kebetulan betemu muka di studio Merdeka Film di Hulu Kelang.

Walaupun telah berpisah, namun perhubungan P. Ramlee dengan Norizan tetap baik, masing-masing saling hormat menghormati.

Ketika pengarah S. Kadarisman megambil Norizan berlakon dalam filem "Tunggal", P. Ramleelah yang mengajarnya berlakon. "Kalau dah pandai berlakon, nanti senang nak cari duit," kata P. Ramlee kepada bekas isterinya itu.

"Pelik! semasa menjadi isterinya dulu dia tak izinkan saya berlakon, cemburu! Sekarang pulak dia yang mengajar saya berlakon," kata Norizan dalam hatinya.

"Bila dia mengarahkan filem "Laxmana Do Re Mi" filem terakhirnya di Merdeka Studio, P. Ramlee menawarkan saya berlakon, menjadi Permaisuri.

"Katanya kepada saya, dulu I ambil You, Permaisuri! sekarang I nak kembalikan You sebagai Permaisuri dalam "Laxmana Do Re Mi", katanya sambil ketawa". Lucunya P. Ramlee ni, dia suka bergurau," kata Norizan mengenang cerita yang masih segar dalam ingatannya.

Kata Norizan, sepanjang hayatnya, P. Ramleelah lelaki pertama yang dicintainya. "Itulah sebabnya bila saya bercerai dengannya, hati saya berkata-kata, biarlah aku jadi jahat kerana P. Ramlee dan biarlah hidupku hancur kerana P. Ramlee," katanya semacam orang berputus asa!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:41 AM | Show all posts
sixret posted on 24-10-2014 08:11 AM
Taklah. Boleh je tengok tanpa register.

kena register la nokkss....aku dah tried byk kali....kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 09:45 AM | Show all posts
kakprik posted on 26-10-2014 02:32 AM
ARTIKEL EKSKLUSIF
OLEH BAHYAH MAHMOOD
DIPETIK DARIPADA

sedihnya baca artikel ni.....

'biarlah aku jadi jahat kerana p ramlee'.....rasa mcm frustrated sangat norizan dgn kehidupan dia....

(tetap nak kehkehkehkeh tapi bukan nak ketawakan norizan ekkk...kehkeh)
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:00 AM | Show all posts
soraya posted on 26-10-2014 09:45 AM
sedihnya baca artikel ni.....

'biarlah aku jadi jahat kerana p ramlee'.....rasa mcm frustrated  ...

kan...aku plak paling sedih bila baca bab dia bercerita tentang filem Laxmana Do Re Mi tu..sedihnya..walaupon dalam filem tu haram satu dialog pon tak der..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:11 AM | Show all posts
kakprik posted on 26-10-2014 02:19 AM
aku plak terbaca norizan cakap..rumah tangga dia kucar kacir masa p.ramlee berlakon dalam filem ib ...

ye la....macam merujuk pada sarimah jer plak....kehkehkehkeh....

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:16 AM | Show all posts
soraya posted on 26-10-2014 10:11 AM
ye la....macam merujuk pada sarimah jer plak....kehkehkehkeh....

kan..sebab dalam filem tu ada 2 orang heroin..sarimah dgn zaiton..manakala zaiton plak tak mungkin la ada affair..sebab time tu kalau tak silap aku zaiton dah kahwin pon..tinggal sarimah jer la..kerr mak dara...ntah la..konpius aku kekadang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.195627 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list