CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 25-10-2014 11:56 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 25-10-2014 11:45 PM
Qusyairi, megatron, arania, syakilla, dariz, khuzril, teja, judasi, zaffar, zulkhan, amsyar...
aiyo ...

aku pun dah pening nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 11:53 AM | Show all posts
bila nak sambung nih?

aku dah bosan dah ni..cepatlah Qi masuk ke Amariya sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:18 PM | Show all posts
dah ala-ala merlin pulak.. bila bapak arthur naik terus magic kena ban

teruskan nicki..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 01:47 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 27-10-2014 12:18 PM
dah ala-ala merlin pulak.. bila bapak arthur naik terus magic kena ban

teruskan nicki.. {:1_152: ...

betol2...   teringat ceta merlin.. negara y tak mengamalkan sihir...

rindu plak nk tgk ceta merlin...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 02:38 PM | Show all posts
Alaf 21 dan Alaf ke berapa ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:06 PM | Show all posts
citer nicki neh 2 alam. konflik pon kat dua alam..
yg jadi mangsanya Qi laa
mcm narnia pon ada gak ni.. tapi narnia idok le mimpi2..
terjun dlm lukisan.. terjun kat landasan ketapi jah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 09:50 PM | Show all posts
berapa lama lagi nak smp deadline projek bank QI tu??
nnt asyik sibuk ngan projek amariya die tu.. projek bank tak siap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 08:33 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 28-10-2014 02:38 PM
Alaf 21 dan Alaf ke berapa ni

Sama alaf, berlainan dimensi....

Boleh tak camtu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2014 08:37 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 29-10-2014 09:50 PM
berapa lama lagi nak smp deadline projek bank QI tu??
nnt asyik sibuk ngan projek amariya die tu.. ...

Ala...kan ke masa di beri dua bulan. Banyak lagi masa Qi nak siapkan projek dia....

Rajin ko up benang ni kan, walau susah nak masuk dgn jalan ceritanya...

Last edited by Nicki_Meow on 30-10-2014 08:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 08:46 AM | Show all posts
BAB 18

Di Istana Suriyan

Syakilla berjalan melalui anjung menuju ke bahagian hujung Istana. Sedari kecil, Istana ini sudah menjadi tempat dia tinggal dan bermain. Dia bebas ke mana saja tanpa sekatan. Di ambil menjadi anak angkat kepada keluarga di raja dan menjadi pendamping pewaris takhta, hidupnya boleh dikatakan bertuah. Raja Amsyar dan Ratu Malaeka menjaganya seperti anak sendiri. Apa saja kelebihan yang diperoleh Arania, dia turut merasa. Namun, semuanya ada harga. Dan Syakilla perlu membayarnya. Bukan dengan harta benda tetapi, dengan sumpah taat setia.

Demi Amariya ini, jangankan taat setia. Andai perlu, nyawa juga sanggup dipertaruhkan.

Dari anjung itu juga, dapat dia melihat kelibat Arania sedang menuju ke Taman Di Raja sendirian. Entah mengapa, sejak beberapa hari ini, fikiran pewaris Arania itu bagaikan terganggu. Arania lebih kerap berdiam diri dan termenung jauh. Syakilla sendiri terduga-duga. Belum pernah lagi dia melihat Arania sugul sebegini.

Tidak mengapalah. Akan dia turuti Arania ke taman nanti.

Syakilla menuruni tangga yang berpusing menuju ke bahagian bawah. Di sebelah selatan Istana ini, terdapat sebuah bilik yang menyimpan pelbagai senjata. Semuanya milik kerajaan Amariya. Kelihatan dua orang pengawal sedang mengawal pintu bilik itu. Berbadan sasa dan berwajah bengis, sesiapa yang melihat pasti gerun. Di tambah dengan tombak dan pedang yang menjadi senjata, pastinya tiada sesiapa yang berani mencari geruh.

Tapi, bagi Syakilla, ini semua sudah menjadi satu kebiasaan. Bilik Senjata ini memang sentiasa dikawal rapi. Hanya orang-orang tertentu saja dibenarkan masuk ke dalamnya. Namun, kehadirannya ke bilik ini tidak pernah dihalang. Malah, kedua-dua pengawal itu sudah lama dia kenali. Syakilla menggemari senjata dan kegemarannya itu telah diketahui umum. Raja Amsyar sendiri telah memberi kebenaran khas agar Syakilla dibenarkan masuk ke bilik ini tanpa sekatan.

Menghampiri bilik senjata, satu senyuman Syakilla berikan kepada dua pengawal itu.

“Tuan.” Sapa Syakilla kepada dua pengawal itu lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Dua pengawal itu turut memberikan tunduk hormat kepada Syakilla.

“Izinkan kita masuk.” Syakilla meminta kebenaran. Tanpa banyak soal-jawab, dua pengawal itu menurut. Salah seorang pengawal membuka pintu bilik senjata untuk Syakilla.

“Terima kasih.” Ucap Syakilla dan terus berlalu masuk.

Bilik itu dipenuhi dengan pelbagai senjata. Syakilla sudah arif dengan susun atur dan letak semua senjata ini. Pedang dan tombak adalah senjata yang sering digunakan oleh para pengawal istana adalah senjata yang paling banyak terdapat di sini. Ianya terletak kemas di bahagian kiri bilik, di dalam beberapa peti kayu. Pisau, golok dan badik pelbagai ukuran dan jenis berada di satu bahagian lain.

Di bahagian paling belakang bilik itu tersimpan Chakram, senjata yang ditempa dari logam itu berbentuk bulatan dan mempunyai bilah yang sangat tajam disekelilingnya. Untuk menggunakan senjata ini, latihan yang banyak amatlah diperlukan. Jika tersilap langkah, kemungkinan kecederaan yang tidak diingini boleh berlaku. Last edited by Nicki_Meow on 30-10-2014 08:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 08:56 AM | Show all posts
Syakilla menuju terus ke tempat penyimpanan panah. 10 batang anak panah diambil dari tempat penyimpanan. Panah dan busur adalah senjata yang paling digemarinya. Setiap panahan yang dibuat, pasti mengena. Ketika dalam perguruan dahulu, gurunya pernah memberitahu bahawa Syakilla dianugerahi gerak hati yang sangat tajam. Lalu, senjata panah adalah yang paling sesuai dengannya. Bahkan gurunya juga telah menghadiahi Syakilla dengan sebuah busur yang diperbuat dari logam. Busur itu tidak pernah lekang darinya sehingga kini.

Tatkala mahu keluar dari bilik senjata, mata Syakilla tertancap pada sebilah pedang yang tergantung di dinding. Pedang yang di gelar Pedang Ghowir.

Pedang Raja Zulkhan.

Raja Zulkhan memang terkenal dengan kehandalannya menggunakan pedang. Malah, ada yang mengatakan jauh lebih handal dari Raja Amsyar. Namun, sehandal mana Raja Zulkhan itu, sudah tertulis takdirnya bahawa nyawa Raja Zulkhan berakhir di tangan saudaranya sendiri.

Syakilla memerhatikan pedang itu, lama. Sudah lama Syakilla akui, pedang itu memang terserlah kehebatannya. Bilah Pedang Ghowir ditempa dari campuran besi baja dan perak. Gagangnya diperbuat dari emas. Ukuran Pedang Ghowir sederhana besar. Mata Pedang Ghowir melengkung ke atas. Pernah Syakilla terdengar cerita, Pedang Ghowir ini tidak pernah tumpul. Tajamnya mata pedang itu hingga mampu membelah angin.   

Perlahan-lahan, Syakilla menyentuh Pedang Ghowir. Terdapat satu tulisan panjang terpahat di badan pedang. Sehingga kini, Syakilla tidak tahu apa maksudnya. Setiap kali dia ke bilik ini, Pedang Ghowir akan mencuri perhatian. Hatinya benar-benar tertarik untuk mengambil dan bermain dengan pedang itu namun akalnya menghalang.

Pedang Ghowir itu milik Raja Zulkhan. Anak Raja Aryan yang sanggup berperang dengan adindanya sendiri demi merampas takhta. Yang langsung tidak memperdulikan nasib rakyat Amariya demi memuaskan kehendaknya sendiri. Tidak sepatutnya dia mengagumi apa saja perkara yang berkenaan dengan Raja Zulkhan walau hanya sebilah pedang.

Syakilla menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Niat di hatinya terus dilupakan. Dia akhirnya melangkah keluar.

“Tuan.” Sekali lagi, Syakilla menyapa pengawal Bilik Senjata. Kedua-duanya berpaling. Syakilla memberikan senyuman.

“Ada apa-apa yang diambil dari sana?” Soal salah seorang pengawal.

“10 batang anak panah.” Jawab Syakilla. Si pengawal menganggukan kepala. Syakilla tahu, pengawal itu perlu mencatat apa saja yang di bawa masuk atau keluar dari bilik senjata.

Tidak berlengah lagi, Syakilla beredar dari situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 09:09 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 27-10-2014 12:18 PM
dah ala-ala merlin pulak.. bila bapak arthur naik terus magic kena ban

teruskan nicki.. {:1_152: ...

@mizuki20  

Merlin ek? Ini bukan Merlin.

Ini Merlin-tang patah membujur lalu. Tak pun aral Merlin-tang.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:11 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 12:56 AM
Syakilla menuju terus ke tempat penyimpanan panah. 10 batang anak panah diambil dari tempat penyimpa ...

kalau terkena peluru, takde maknanya panah Syakila. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:37 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 09:09 AM
@mizuki20  

Merlin ek? Ini bukan Merlin.

sila sambung sebelum kami pulak merlin-tang depan nicki..



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:42 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 08:33 AM
Sama alaf, berlainan dimensi....

Boleh tak camtu?

1 Soalan.... Anak Raja Zulkhan memang tak kenal mak ayah dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:53 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 08:37 AM
Ala...kan ke masa di beri dua bulan. Banyak lagi masa Qi nak siapkan projek dia....

Rajin ko ...

up kan ada makna tuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2014 12:47 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 30-10-2014 10:53 AM
up kan ada makna tuuuuuuu

Yelah...tima kaseh atas sokongan, gitewww.

(iya, tau. Tak patut biarkan cerita tergantung dan terbengkalai tanpa ending. Buat sakit hati orang je )



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 12:48 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-10-2014 10:42 AM
1 Soalan.... Anak Raja Zulkhan memang tak kenal mak ayah dia ke

Jeng Jeng Jeng....

Tak...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 12:49 PM | Show all posts
Esmiria posted on 30-10-2014 09:11 AM
kalau terkena peluru, takde maknanya panah Syakila. Haha

Kat Amariya takde peluru dik. Semua old skool...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 12:51 PM | Show all posts
Arania merenung jauh ke depan dengan kepalanya ditegakkan. Nafasnya ditarik dan dilepaskan secara teratur beberapa kali. Setelah itu, dia merapatkan kedua tapak tangannya lalu membuat kisaran. Dengan kemas dia, membuka satu langkah kehadapan lalu mula berpencak tari silat. Gemalai gerakannya namun kemas dan tangkas.

Semakin lama, gerakannya semakin pantas. Terakhir sekali, Arania membuat loncatan dan berbalik kuang di udara, sebelum mendarat teguh kembali ke bumi. Nafasnya yang kencang dek kerana melakukan pencak silat tadi diatur semula agar kembali tenang.

Secara tiba-tiba, telinganya menangkap satu bunyi gemersik angin. Matanya bundarnya membulat.

ZUP!

Pantas Arania melompat dan mengelak. Anak panah itu hanya mampu tercacak di di atas tanah, sedikit pun tidak menyentuh tubuhnya. Arania tersenyum sinis.

“Itu saja yang kau mampu?” Teriaknya.

Dua lagi anak panah menjunam ke arahnya. Arania lebih bersedia kali ini. Sekali lagi, dia melakukan lompatan untuk mengelakkan anak panah itu.

Tatkala mendarat ke tanah, matanya segera menjeling ke arah pedangnya, yang terletak 10 langkah dari dari tempatnya berdiri sekarang. Tidak berkira-kira, Arania langsung berlari ke arah pedangnya.

ZUP!

Satu lagi anak panah dilancarkan. Arania bergolek ke tepi untuk mengelak lalu mencapai pedangnya. Pantas, dia bangkit kembali dan bersiap-siaga, menantikan penyerangnya itu keluar mempamerkan diri.

Satu serangan dilancarkan padanya dari arah belakang. Arania menunduk dan melutut, menahan serangan dengan pedangnya yang masih bersarung. Dia bergolek ke depan dan kini, dia dan penyerangnya saling berhadapan. Arania tersenyum sinis lagi.

Arania merenung penyerangnya yang juga dalam keadaan bersiap sedia. Mereka berpusing-pusing dalam satu bulatan, menantikan peluang untuk melakukan serangan. Penyerangnya hanya bersenjatakan busur tapi Arania tahu, lawannya tidak boleh dipandang rendah. Busur itu juga bukan busur biasa yang diperbuat dari kayu. Ianya busur yang diperbuat dari campuran besi dan tembaga. Ampuh.

“Apa kau yakin, mampu mengalahkan aku hanya dengan menggunakan busur?” Arania sengaja mencabar.

“Mengapa tidak?”

Penyerangnya berlari maju ke depan, sekali lagi melakukan serangan.Arania mengelak lalu menendang tepat ke arah dada penyerangnya. Tapi, langsung tak terkesan. Dengan mudah saja penyerangnya bangkit kembali. Beberapa kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya sama tangkas, sama handal.

Kali ini, Arania meluru untuk melakukan serangan. Pedang yang masih tersarung di hayun kiri dan kanan. Sikit pun tidak mengena sasaran. Satu lagi hentakkan cuba dilakukan namun sempat dihadang dengan busur. Satu tendangan dihalakan padanya. Arania segera menangkap namun si penyerang melompat membuat balik kuang, menjauhi Arania.

Sekali lagi, mereka berdiri saling berhadapan, bersiap-siaga. Masing-masing mencuri masa untuk mengatur nafas agar kembali tenang seperti sediakala.

Kemudian, terukir senyuman dibibir masing-masing. Last edited by Nicki_Meow on 30-10-2014 12:59 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.390377 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list