bookehkahkoh posted on 26-4-2014 12:09 AM
Sorang journalist mengamuk kat satu outlet media bila media tu tipu kata ada 750 divers tapi sebenar ...
Yep, Jpn's SAR teams dh ready kt bays (Okinawa, Fukuoka & Osaka), derang mmg dh ready since MH370 lg, takut kita perlukan extra bantuan, so mmg yg bagus2 dh derang ready, tp kita dh x perlu, mmg kena ngan timing dh masa tuh, dlm short time jer derang leh sampai kwsn feri tuh tp nk wat cane dh org xnak, takkan derang terhegeh nk pegi gak kan. Lg satu, feri tuh derang beli dr Jpn, mmg dh elok2 dh org design bab safety, pestu gi refurbish plak utk tmbh seats & increase load capacity. Mmg byk pengajaran utk tragedi ni, hope derang leh berubah. Jauh beza dr keselamatan antara feri2 kt Korea ngan feri2 kt Jepun. Leh try pengalaman naik feri ke Jeju & naik feri dr Kagoshima ke Okinawa. Nk best lg naik feri dr Wakkanai (Hokkaido) ke Sakhalin (Russia), terus leh lawat 2 negara. Ronggeng2 jimba2 jugak, tp keselamatan kenala jaga. Klu jd gak lps dh ambik pelbagai safety measures, tuh nk wat cane kan?
Kittie posted on 26-4-2014 12:59 AM
Yep, Jpn's SAR teams dh ready kt bays (Okinawa, Fukuoka & Osaka), derang mmg dh ready since MH370 ...
Tulah yang paling sadisnya tak kisahlah apa history relationship diorang dengan Jepun sebelum ni tapi Jepun memang antara negara yg ada elit SAR specialize dlm laut (Japan Coast Guard) dan memang terlatih untuk handle issue camni sebab banyak pengalaman dengan tsunami. Tapi tulah semoga diorang ambil iktibar jangan mendabik dada dalam soal keselamatan rakyat, turunkan ego bila perlu sbb sayangnya bila fikir all the what ifs. What if captain dgn crew buat prosedur keselamatan dgn betul, what if kalau gamen mintak pertolongan untuk intensive SAR, tapi itulah dah takdir.
SEOUL - Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletak jawatan semalam selepas menyalahkan rasuah dan kejahatan berakar-umbi sebagai punca feri Sewol karam dan menyebabkan 300 orang mati atau hilang.
Hong-Won mengaku beliau gagal mengendalikan dengan baik operasi menyelamat selepas feri Sewol terbalik bersama 476 orang dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar sekolah pada 16 April lalu.
"Saya memohon maaf kerana gagal menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan gagal mengambil tindak balas sewajarnya kemudian," katanya.
"Saya percaya sebagai Perdana Menteri, saya perlu memikul tanggungjawab ini dan meletak jawatan," tambah Hong-Won.
Sebelum ini, ibu bapa dan waris mangsa menyelar kerajaan kerana lambat melancarkan operasi menyelamat yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Mereka dan orang ramai turut berang berhubung dakwaan rasuah dan kelemahan standard keselamatan yang dikatakan antara faktor tragedi itu berlaku.
Feri Sewol didakwa membawa penumpang berlebihan pada hari kejadian manakala senarai penumpang pula tidak tepat dan tidak lengkap.
"Melihat insiden terbaharu ini, saya menyedari bahawa terlalu banyak kejahatan yang berakar-umbi dan rasuah dalam masyarakat kita," kata Hong-Won.
Perdana Menteri Korea Selatan memainkan peranan istiadat manakala sebahagian besar kuasa pemerintahan pula terletak dalam tangan Presidennya, Park Geun-Hye.
Dalam perkembangan berkaitan, Geun-Hye memutuskan untuk menerima perletakan jawatan Hong-Won tetapi hanya selepas kerajaan selesai melakukan operasi menyelamat dan mengapungkan feri tersebut.
Sementara itu di Jindo yang merupakan pulau terdekat dengan bangkai feri tersebut, waris mangsa-mangsa yang maut dan hilang memandang dingin langkah Hong-Won.
"Justeru ada?" kata seorang waris mangsa, Ji Hyung-Soo.
"Anak lelaki saya berada di dalam feri itu di dasar laut. Peletakan jawatannya tidak akan dapat mengurangkan rasa kecewa dan sedih ini," ujarnya.
Setakat semalam, angka kematian rasmi tragedi feri karam itu kekal 188 orang manakala sejumlah 114 mangsa lagi masih hilang. - AFP
bookehkahkoh posted on 26-4-2014 01:05 AM
Tulah yang paling sadisnya tak kisahlah apa history relationship diorang dengan Jepun sebelum ni t ...
korean mmg taknak turunkan ego dengan japanese..diorang ada satu mindset..kita mesti overcome jepun..bukan other countries k..jepun..jepun tu mcm kayu ukur diorang...
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 12:06 PM
Peliknya, puak2 ketuanan melayu tak kutuk sikap korean yg tampar minister mereka...tapi warga china ...
xde yg pelik pun. tu minister diorg, lantakla diorg nk tampar ke pelangkung ke hape ke. yg pelik tu kenapa ade malaysian sendiri yg tak kutuk perbuatan kurang ajar rakyat china tu dahlah main terjah masuk PC org pastu baling2 botol air. kalau mencederakan orang lain mcm mane? byk saluran lainlah nk meluahkan rasa tak puas hati tu, bkn main baling2 barang. layakke org mcm ni pegang IC malaysia pastu duduk malaysia makan subsidi itu ini kemudahan itu ini ? fikir2kan la....
Kittie posted on 26-4-2014 12:59 AM
Yep, Jpn's SAR teams dh ready kt bays (Okinawa, Fukuoka & Osaka), derang mmg dh ready since MH370 ...
alah dulu kt korea pun kes sampoong runtuh tu. bangunan tu awal2 dah didesign nak buat kawasan perumahan, sekali tu pakai main ubah je jadi department store. siap tmbh 1 tingkat ade ice skating rink lg tu. ngape korean masih tak blaja lg dr tragedi mcm ni kan? dah design elok2 tu ikut jelah toksah terlebih kreatif nk tmbh itu ini..
Post time 28-4-2014 12:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
annehuda posted on 28-4-2014 11:35 AM
xde yg pelik pun. tu minister diorg, lantakla diorg nk tampar ke pelangkung ke hape ke. yg pelik t ...
Yg kurang ajar ialah u. Dan obviously u racist sgt pasal u look at these matter from race point of view dan bukan pandang melalui betul salah pihak berkenaan handle the matter tanpa kenal which race.
Obviously Malaysia gov handle this case sgt lemah, jauh lagi teruk drp korea, tapi org racist tahap sampah mcm u tetap backup kelemahan kerajaan yg highly corrupted ini. Kakau u nak layak jadi Malaysian, stop keep deatriying malaysia, else pls surrender the ic and packed back to Indonesia
cmf_herrhughie posted on 28-4-2014 12:03 PM
Yg kurang ajar ialah u. Dan obviously u racist sgt pasal u look at these matter from race point of ...
Kakau u nak layak jadi Malaysian, stop keep deatriying malaysia,
ape kejadahnye yg ko tulis ni? don't tell me it's another typo error, more like you don't know how to spell at all and somemore kenapa tetiba bangkitkan isu racism kt sini? hanya mereka yg prejudis je yg mampu attack org lain as racist.
cmf_herrhughie posted on 28-4-2014 12:03 PM
Yg kurang ajar ialah u. Dan obviously u racist sgt pasal u look at these matter from race point of ...
lg 1 aku pun pelikla celah mane yg racist statement aku tu? sbb mmg btul la kan tu minister diorg, hal dalaman diorg. let's say ms rakyat china tu baling air terkena wartawan negara lain selain china ke, tak ke menimbulkan perbalahan taraf antarabangsa tu?then again celah mane yg racistnye? perbuatan masuk sesuka hati tanpa dijemput tu mmgla perbuatan takde adab pun, regardless kt negara mana skali pun. kalau rakyat australia ke, usa ke buat mcm tu, pun sama jugak kene kutuk.
annehuda posted on 28-4-2014 12:14 PM
lg 1 aku pun pelikla celah mane yg racist statement aku tu? sbb mmg btul la kan tu minister diorg, ...
Hanya u saja yg tak sedar diri sendiri racist, pasal kedua2 kes Korea dgn mh370 agak sama, dimana pihak berkuasa tak handle kes dgn baik, Dan lepas tu dikutuk Dan ditampar (Korea saja yg buat mcm ni), tapi u pandangan Dari sudut pandangan jenis race, u kata Korea ok pasal race tu sama, tapi u kutuk china pasal bangsa tak sama.
thats already proven u tak tengok betul silap mcm mana pihak berkuasa handle things, but more to who is the race handling this, and for u, some race is untouchable...
what else? U unconscious about ur own racist problem. Dun forget a lot of ketuanan melayu yg racist mempunyai problem yg sama dimana terlupa keluarga melayu juga kutuk pihak berkuasa Malaysia atas Hal ni, and of course, the whole world kutuk juga the incompetency of Malaysia gov, and that is really a fact they did it with lots of errors, takkan u tak mau mereka improved but keep backup blindly saja pasal u rasa race tu untouchable?
Cellphone video from one of the passengers aboard the ferry Sewol, Park Su-hyeon, shows many students not realizing that the ferry would soon capsize and sink off the coast of South Korea.
[size=12.800000190734863px]Read the story here: [size=12.800000190734863px]http://nyti.ms/SdHpBd
SEOUL - Penemuan satu mayat pada jarak agak jauh dari feri karam Korea Selatan, Sewol mencetuskan kebimbangan kemungkinan ramai mangsa yang masih hilang tidak akan dapat ditemui lagi.
Lebih dua minggu selepas feri seberat 6,825 tan itu terbalik dan karam, seramai 213 orang telah disahkan mati tetapi masih terdapat 89 lagi mangsa yang belum ditemui.
Perkembangan itu menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan ramai waris mangsa feri karam Sewol.
Kelmarin, sebuah bot nelayan mengangkat satu mayat dari permukaan laut pada jarak dua kilometer dari lokasi penemuan utama mangsa feri karam tersebut dekat Pulau Jindo, selatan Korea Selatan.
" Penemuan ini meningkatkan kesedaran kami bahawa kami perlu memastikan mayat-mayat mangsa hilang," kata jurucakap Kementerian Lautan dan Perikanan, Park Seung-Ki.
Namun, adalah sukar untuk pihak berkuasa menghalang perkara tersebut daripada berlaku kerana sehingga kini masih terdapat 22 daripada 66 kabin penumpang feri tersebut yang belum diperiksa penyelam-penyelam.
Feri Sewol terbalik pada 16 April lalu bersama 476 orang dengan lebih 300 mangsa merupakan pelajar dan guru sebuah sekolah tinggi di Ansan, selatan bandar raya ini.
Kapten kapal itu, Lee Joon-Seok ditahan selepas kejadian itu atas dakwaan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.
Perdana Menteri, Chung Hong-won turut mengumumkan peletakan jawatan pada Ahad lalu ekoran cara kerajaannya mengendalikan kejadian itu sehingga mencetuskan kemarahan waris keluarga feri tersebut. - Agensi
sedih..budak2 ni taktau situasi sebenar...diorang blur2... boleh gelak2 lagi..gurau2 ckp taknak mati lagi...sampailah lepas scene yang diorang distribute life jacket tu...budak tu tanya ni betul2 ke? lepas tu siap wish ayah I love you..mom I love you
video ni dari handphone salah satu mayat yang dijumpai heartbreaking
xcalibur07 posted on 1-5-2014 11:15 PM
Cellphone video from one of the passengers aboard the ferry Sewol, Park Su-hyeon, shows many student ...
sedih..budak2 ni taktau situasi tu..dok tertanya2..betul2 ke ni? annoucement plak duk suruh stay kat tpt dorang...
yang end of the video tu..boleh dengar budak2 pompuan dah start kalut dan takut