CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

[Copy link]
Post time 7-4-2019 01:54 PM | Show all posts
JunkMail replied at 3-4-2019 06:31 PM
Dulu masa zaman lutut masih kental, gigih jugak aku memanjat. Kadang2 tiap2 minggu masuk hutan. Gigi ...

hebatnya...i suka je baca,bagi i yg penakut ni yr story best tapii tak menahan kat bau lembu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2019 02:26 PM | Show all posts
JunkMail replied at 3-4-2019 06:31 PM
Dulu masa zaman lutut masih kental, gigih jugak aku memanjat. Kadang2 tiap2 minggu masuk hutan. Gigi ...

HA HA..aku pulak yang rasa seriau bila kau kata bau hamis lembu...Itulah kata orang biasanya ada cawangan Maybank ynag terdekat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 02:33 PM | Show all posts
kitab replied at 5-4-2019 05:57 PM
ke CBL tahun 2017..

so far the best gunung ive ever hiked...scenery subhanallah cntekk sungguh. ...

aku dah 2 kali naik CBL, dan akan naik lagi pada 24-26 April 2019 ni. Kat puncak lansir tu cantik kan...macam taman yang sengaja di reka untuk puteri2 mandi. Masa aku pergi 1st dulu kawasan tu masih belum ditutup..boleh turun sehingga bawah sana. Tapi pergi kali ke2 , kawasan tu dah ditutup sedikit, dah tak boleh turun sampai bawah sana. Dulu masa mula2 pergi, masa mula2 turun, aku adalah insan yang pertama turun tau ( maksudnya dalam grup2 aku dan juga grup2 yang naik sama masa tu). memang cantik kawasannya seperti tempat mandi putri2. Ada juga bebunga liar tumbuh di pinggir kolam tu...dan kami mengambil gambar. Alhamdulillah, kami sentiasa jaga tingkah laku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 05:21 PM | Show all posts
baru jumaat lepas iols cuti ke sabah dan panjat meragang hill pukul 4 pagi
sempat la tengok sunrise
yang comelnya ada chipmunk manja kat situ
rasanya 2 ekor kot
kami bagi makan roti
then ada ular manja jugak bersidai kat tepi tu
pengalaman paling best dapat tengok sunrise dan mengadap gunung kinabalu
next trip panjat gunung kinabalu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 12:03 PM | Show all posts
misteri kehilangan ashraf hassan di gua tempurung gopeng telah membawa aku ke benang ni..

sempat selak2 sikit page kat belakang2 tu..menariknya kisah2 pengalaman berharga korang share kat benang ni..tq for sharing guys..bagi orang2 yang penakut mcm aku ni mmg takkan ada  la pengalaman cam korang ni..ada masa nnti aku nak baca dari page mula..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 01:03 PM | Show all posts
SETIAP KALI NAIK GUNUNG, MSTI ADA LEBAM2 DI SEKITAR LUTUT ATAU PEHA (TP BUKAN SEMUA KESAN JATUH ATAU TERLANGGAR KAYU)

DAN KUKU KAKI MESTI ADA YG TERCABUT..      NAK2 KALU NAIK GUNUNG YG BERMALAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2019 01:11 PM | Show all posts
masa sekolah kat utara semenanjung..ramai yang cakap g.jerai ada yang tunggu..katanya puteri
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 20-9-2016 12:09 PM
sebut pasal gunung ni..
ada sapa2 pernah dengar cerita angker kt Gunung Tampin x?


Adik sedara i nmpak rnr gunung tampin tu meriah tgh2 mlm...diorang ni rajin blik pepagi buta dr seremban...padahal rnr tu mna operate dah kn..kg i klau blik ikut jln lma cpt sikit sampai dr ikut highway..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 03:53 PM | Show all posts
hanasensei replied at 5-4-2019 09:56 PM
Aku pernah skali je naik gunung.. Tu pun gunung kinabalu.. Rsanya xda encounter bnda2 yg seram walau ...

hebatnya u..tak pernah panjat mana2 gunung/bukit terus daki gunung kinabalu.. berani pulak tu jalan sorg2 semua.. i sgt kagum..kalau i memang tak la nk ikut hiking lagi2 kalau kena jalan sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 10-4-2019 03:53 PM
hebatnya u..tak pernah panjat mana2 gunung/bukit terus daki gunung kinabalu.. berani pulak tu jala ...

Tpksa gagahkan dri sbb dh byar almost 800 utk flight, accommodation, full package. Memang rsa nk carut jer kwan aku tu tp dlm hti jer la. Sbb dia yg beriya ajak aku join. Aku pun join la sbb dia jnis obes gak. Aku petite pun jnis lembik xpernh join aktviti fzikal. Joging or join fun run pun xpernah.
Tp memg best la. Pgalaman x lupa. Memg cntik view kat sana. Lgi2 ikut mersilau sbb trek lereng bukit, so boleh nmpk view. Tp xbest sbb xda byk gmbar la. Aku dok selfie sorg2. Nsib baik xda entiti mnjelma join skali.
Msa tu bujang lagi. Klau ada geng hikers nk gak join. Skrg dh mngandung beranak.. Nk gerak pergi dpur pun malas.
Aku org last naik puncak n org last gak trun. Ofis dh nk tutup pun masa tu. Seb baik malim aku minta ofis tggu dlu.. Yer la kang xdpat lak aku sijil. Ambik kau smpai 2jnis sijil aku beli.
Tp aku rasa g. Kinabalu x seram sangat kot bnding gunung lain. Mgkin trek dia pun proper kot n byk visitor. So xda lah sunyi sangat.
Aku prgi 2013..rsnya 2014 kot yg ada gempa bumi kat sabah yg few part puncak g. Kinabalu runtuh. Sedih rasa msa dengar tu. Teringat kat pkcik malim aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 10:06 AM | Show all posts
handbagpink replied at 23-10-2018 03:17 AM
Sebelum-sebelum ni memang dah faham sangat perangai selfish, OCD and control freak dia tu.

Jus ...

cuba la cari ustaz2 yg boleh bantu....kalau dr awal dia mmg perangai mcm tu.. xpelik...

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku x penah hiking Seumur hidup, Tapi Bila baca kisah Hasan ayat benar2 menyentuh hati aku. Walaupun x kenal beliau. Semoga ada closure utk family beliau satu Hari nnt
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:05 PM | Show all posts
Best baca experience korang
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis gak baca benang ni dan seronok la dgr pengalaman korang panjat gunung. Aku xde keberanian la nk xpdc gunung ni tp suka tgk video2 yang utuber share. Xleh panjat sdiri, tgk video dan baca citer kome pun dah cukup best bagi aku.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 04:56 PM | Show all posts
Edited by bottombikini at 30-4-2019 04:59 PM
hanasensei replied at 10-4-2019 10:51 PM
Tpksa gagahkan dri sbb dh byar almost 800 utk flight, accommodation, full package. Memang rsa nk c ...

cite ni mengingatkan kisah diri sendiri tapi berlaku taun 2003
tak sangka ada geng
kami 2 org mmg tak plan pun nak naik gunung
semuanya bermula masa kami melepak kat kundasang & dok tengok gunung
dengan tak penah training, even daki bukit melawati pun aku tak penah

tetiba pegi register, beli barang hiking & esoknya terus naik
dan kami macam ko juga..orang last naik & org last turun

diingatkan balik mmg macam keje gile

pastu mak aku bising & memadankan muke aku sbb kaki sakit


tak sempat nak ingat seram ke tak sbb penat yakmat
cuma last masa turun tu ada sekor lalat dok ngekor sampai bawah
stop buang air kat satu toilet tu
tapi yg peliknya tak lama pas kami beredar pintu toilet tu berdentum mcm ada org tendang dari dalam
cecepat turun & lalat tersebut pun takde dah ngekor

dah kami org last..mana ada lagi org kat belakang


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts

Camping Templer Park

Edited by Yonza at 3-5-2019 01:31 AM

Salam dan selamat sejahtera...seronok, sedih, seram dan macam2 perasan yang timbul bila membaca kisah2 di dalam ni...terutama kisah Hassan Ayat dan sekarang Acap yang hilang.

Aku juga nak berkongsi sedikit pengalaman ber'camping' di Templer Park (taklah setinggi gunung atau setebal hutan...namun kisah yang menarik juga bagi aku dan semoga yang membaca pun tertarik juga)

Kisah ni berlaku sewaktu umur aku 20-an(sekarang dah 4 siri)...bercamping dengan rakan2 di Templer Park.

Aku, Adi, Ilmi, Epoy dan Nuar ke sana dengan menaiki bas(kami duduk dekat jer...di Selayang). Setiba di sana kami berjalan ke atas bukit di TP, dan memilih satu kawasan di seberang sungai untuk pacak khemah. Kawasan agak bersemak, tapi kami bersihkan sehingga menjadi lapang. Epoy...yang paling alim dikalangan kami sempat juga azan dan bersolat asar(hari pertama jer) dikawasan khemah...yang lain tukang tengok jer sambil hisap rokok(jahil dan bangang semuanya waktu tu)

{Hari pertama}
Bila khemah dah dipacak...Epoy jugaklah yang tabur kabait sekeliling khemah...nak halang binatang berbisa masuk katanya(tapi sia2 sebab malam tu hujan). Hari pertama berjalan dengan baik...kami lepak main gitar sambil masak meggi. Malam hujan... so kami layan main cho tai ti(main daun terup) dalam khemah.

{Hari kedua}
Hari kedua waktu siang tak jadi apa2...tapi malam tu selepas dinner...kawan kami si Ilmi tetiba mulut celupar...tengah basuh periuk meggi dengan sudu garfu tiba2 dia cakap; "Dah dekat dua hari kita kat sini, sekor ular pun tak nampak!"...selesai jer dia sebut perkara tu...jatuh sekor ular dari atas pokok betul2 depan dia. Akibat terperanjat...terlepas periuk dengan sudu2 dan garfu hanyut dibawa arus sungai. Sungai taklah dalam...tapi tak ada siapa berani pergi kejar dan ambik...semua buat bodoh jer...

{Hari ketiga}
Ada kejadian lucu berlaku. Siangnya kami dah tak mahu makan meggi...nak masak nasi pulak. So, aku ditugaskan masak nasi ...pergilah carik beras dalam beg...jumpa...tapi dekat plastik ada tarikh mati, macam plastik roti tu...aku pun jerit; Beras dah tamat tarikh ler woi!"...kejap lagi dengar sorang sambut dalam khemah; "Beras mana ada tarikh tamat...bodoh!"...kehkehkehkeh kena sebijik kat muka.

So malam tu kira hari last...esoknya kami dah nak tamatkan camping ni...jadi malam tu dengan segala periuk belanga yang ada...kami buat live band. Sorang main gitar...sorang ketuk kayu...sorang main dram periuk belanga... semuanya jerit menyanyi. Kami pun terjerit-jerit nyanyi malam2 dalam hutan macam beruk. Habis 2-3 lagu kami berhenti...tapi...lepas berhenti kami dengar ada orang nyanyi jugak...macam suara kami...yang anehnya mereka nyanyi dari awal lagu...kalau bergema takkan dari awal lagu? Lagi satu memang kami confirm tak ada yang camping dekat2 kami...siapa nyanyi?

Semua dah diam, pandang muka masing2... tetiba Epoy cakap, "Jom amik gambar, esok nak balik dah"...kami pun masing posing2 amik gambar...(ada ceritanya jugak gambar2 ni). Dalam asyik bergambar tu...aku terpandang sebatang pokok...tak besar pokok tu kecik jer...dekat dengan khemah. Dalam hati dah buat plan...nak ukir nama aku dan kawan2 kat pokok tu...bla bla bla wuz here...

Malam tu tidur aku mimpi...yang aku pegang sebilah pisau nak ukir nama kat pokok ...pokok yang sama kat tepi khemah tu. Dalam mimpi tu, aku tetak batang pokok tu dengan pisau... whooshhh... dari batang pokok tu keluar beratus ratus serangga...bermacam-macam jenis...

Esoknya aku tak jadi ukir...aku batalkan niat aku...mungkin aku dah diberi amaran...

Adi dan Epoy pun ada cerita...malam tu diorang dengar macam orang mengilai sekejap kat pokok sana...sekejap kat pokok sini....Adi pulak dari tingkap khemah dia nampak ada satu benda atau binatang kecik jer duk perhati khemah...matanya merah...ntah tak tahu apa benda tu...

Pasal gambar tu...setiap satu gambar tu ada nampak macam kabus putih dekat belakang kami...ada satu gambar tu aku posing sorang2...nampak kabus tu macam 'peluk' aku dari belakang. Kalau gambar ramai2...kabus tu melingkar atas bahu2 kami...sayangnya gambar2 tu semua hilang...kawan kami Adi yang simpan...puas dia carik satu rumah tapi tak jumpa...

Pasal suara mengilai ni aku ada satu pengalaman jugak. Waktu tu aku ada kat rumah tingkat 2...dalam bilik tengah layan Youtube pepagi buta... pukul 2 atau 3 pagi. Tengah dok layan...tetiba dengar suara macam budak menangis... menangis mengilai. Suaranya memang seram... betul2 kat luar rumah. Aku gagahkan diri ambik lampu suluh...suluh kat luar, nampak satu benda tengah bertenggek kat cable telephone depan rumah... suluh punya suluh... musang rupanya! Memang bunyi musang tu... sebijik suara macam orang menangis...

Itulah kisah aku yang dapat aku kongsikan...sekian terima kasih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 01:31 PM | Show all posts
JunkMail replied at 3-4-2019 06:31 PM
Dulu masa zaman lutut masih kental, gigih jugak aku memanjat. Kadang2 tiap2 minggu masuk hutan. Gigi ...

hahaha ingatkan apa la Maybank tu. tok rimau rupanya hahahah

ok best cite hang!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 06:11 PM | Show all posts
Yonza replied at 3-5-2019 01:26 AM
Salam dan selamat sejahtera...seronok, sedih, seram dan macam2 perasan yang timbul bila membaca kisa ...

berani pulak kau menyuluh ye
kalo aku memang idak ler


khatam jugak benang ni akhirnya
best2 cite korang
tiap kali tgk hutan mmg aku terpikir predator
dan citer tu bagi aku mmg seram

lagi satu scene dia dok diri kat sayap kapatebang
so everytime naik flight aku akan tgk sayap tu kot2 ada dia diri disitu he he

tak sangka makhluk tu wujud ye
memang idak ler nak hiking ..tobat !


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:37 PM | Show all posts
Edited by markming at 19-2-2021 04:09 PM

Salam semua. Seronok baca cerita pengalaman pendaki-pendaki gunung dalam ni.

Aku pun ada satu cerita yang tak kurang seramnya la untuk diceritakan. Aku ni boleh la dikatakan akfif jugak dalam aktiviti mendaki gunung-gunung di Malaysia. Tapi sejak-sejak PKP ni macam dah lama tak naik gunung. Okay balik kepada cerita.

MISI GAGAL: PART I

Cerita ni berlaku awal tahun 2020 sebelum PKP yang pertama dikuatkuasakan. Berlaku masa aku dan geng-geng gunung pergi trip Tok Nenek-Bubu-Yong Yap (TNBYY). Bagi yang tak biasa naik gunung, trip TNBYY ni adalah trip yang boleh dikatakan hardcore dari segi kesukaran dan panjang perjalanan, yang mana trip ini kebiasaannya memakan masa 3h2m atau 4h3m. Trip yang aku join ni disertai oleh 15 orang termasuk 2 guider. Kalau dipecahkan ada 10 lelaki dan 5 perempuan..semua kawan-kawan sepergunungan.

(Hari 1)
Hari pertama bermula dengan baik. Mula trekking dari surau Kg. Orang Asli Rengil, Lojing lebih kurang pukul 8 pagi diiringi bacaan Al-Fatihah dan doa. Masa mula-mula start ni semua orang masih bergelak tawa dan bergurau senda disebabkan masing-masing lama tak jumpa, masing-masing duduk negeri asing-asing dan kalau jumpa pun time ada trip je lah.

Starting dari surau tu, akan lalu jalan balak dalam setengah jam sebelum sampai di sungai. Kat sungai tu kena cross guna jambatan gantung yang dibina dengan batang-batang pokok. Kalau siapa yang gayat dipersilakan mengharung air sungai takat lutut untuk cross. Disebabkan masih awal dan aku masih belum bersedia untuk membasahkan kasut, so aku ambil keputusan untuk cross pakai jambatan gantung. Selepas cross sungai tu, baru masuk laluan hutan yang dilitupi pokok-pokok renek dan laluan yang basah dan licin.

Lepas satu jam dari cross sungai tersebut, aku dan team sampai ke persimpangan (junction) yang memisahkan laluan ke Gunung Tok Nenek dan Gunung Yong Yap. Disebabkan team kami memilih untuk naik Tok Nenek dulu, so kami ambil jalan ke kiri yang menghala ke arah gunung tersebut.

Setelah hampir 10 jam berjalan, team kami pun sampai di Puncak Kambing yang terletak bersebelahan puncak Tok Nenek. Disebabkan waktu yang dah senja, guider mencadangkan untuk segera set up fly dan ground dan hanya ke puncak Tok Nenek pada pagi keesokan harinya.

(Hari 2)
Mentari yang terbit pada pagi itu sangat-sangat memihak kepada kami. Perjalanan dari Puncak Kambing ke Puncak Gunung Tok Nenek hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit. Dari puncak Tok Nenek, kita akan dikurniakan view 360 dengan tiada apa-apa pokok dan halangan yang menghalang. Orang yang pernah naik Tok Nenek dia akan tahu betapa cantiknya pemandangan dari puncak gunung ini. Setelah puas bergambar dan breakfast, sekitar jam 8.30 pagi kami mula angkat sauh untuk meneruskan perjalanan ke puncak Bubu. Mengikut kata guider, perjalanan ke puncak Bubu akan memakan masa lebih kurang 4-5 jam. Sekitar jam 2.00 kami tiba di puncak Bubu. Ngam-ngam pulak time lunch dan Zohor, kami ambil masa lebih kurang sejam di puncak Bubu untuk makan-makan dan solat jamak Zohor Asar. Ada yang masak maggi, bancuh kopi, milo, ada yang keluarkan jajan dari beg masing-masing.

Lepas setel semua, perjalanan kami teruskan ke Simpang Y Bubu yang menjadi junction untuk ke peak Yong Yap (YY) dan untuk turun ke starting point melalui Kem Balak Pecah, Kem Agas etc.

Dalam perjalanan ke Simpang Y Bubu inilah cerita seram ni mula terjadi dan menghantui kami satu team hingga keesokan harinya. Dalam perjalanan ini, team kami terpecah kepada 3 group. Group depan diketuai oleh guider 1 dan guider 2. Guider 2 ni sepatutnya bertindak sebagai sweeper (orang paling belakang), tapi sebab sorang member aku ni dah pernah naik YY so guide bagi tugas tu kat dia. Group depan memang jalan laju. Tak terkejar. Group tengah pulak diketuai oleh aku sendiri yang jalan santai-santai sepak daun dengan seorang member perempuan. Group belakang terdiri daripada 3 orang. Sorang perempuan dan 2 lelaki. Aku namakan perempuan tu S. Dan lelaki tu sebagai K dan A. Jarak group aku (tengah) dengan group belakang tak jauh mana pun, sepelaung. Aku memang tak jarak jauh sangat disebabkan hari yang mula menginjak petang. Plan asalnya, ketua guider cakap akan shoot ke Puncak YY haritu jugak dan akan mula turun ke Kem Balak Pecah dan bermalam di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:41 PM | Show all posts
markming replied at 16-12-2020 04:37 PM
Salam semua. Seronok baca cerita pengalaman pendaki-pendaki gunung dalam ni.

Aku pun ada satu cer ...

best ni. Sila sambung lagi..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.126963 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list