|
ladyFinger12 posted on 13-6-2013 08:43 AM
Sorry I'm late. Okeh... hari ini penamat.
---
danke....
penamat ke
alaaaaaaaaaaaaa... rindu pula nanti dengan jiha & rahul...
|
|
|
|
|
|
|
|
----edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 26-6-2013 01:10 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
----edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 26-6-2013 01:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
----edited ---
----edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 26-6-2013 01:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 13-6-2013 09:18 AM
“Ya Allah! Kau kurniakan kami rezki yang halal dan zuriat-zuriat yang comel sebagai pewaris generas ...
bestttttttttttttt
thank you...
|
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 12-6-2013 04:40 PM
tk reti nk beri pandangan , tp....nk novel free bulehhh ? hikhikhik
Wah! 2 kali tu mintak.. hikhik...
psst.... kalau, KALAUUUU novel ini ke versi cetak, Jiha akan hadiahkan kepada mentornya... Ustazah Wardah.
|
|
|
|
|
|
|
|
hikhikhik ...terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
oo...dah habis yer...
tq lady...
psssttt: macam tergesa-gesa jer nak habiskan..
tapi nape rasa cam tak puas baca...
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan usu, kali ini mmg kurang ' umphhh ' sikit hasil nukilan sahabat kita ni . secara peribadi ..saya lebih suka novel PLK dan YM. mungkin kalau novel ini ke versi cetak nanti, lebih banyak penambahan plot yang perlu lady garap untuk cantikkan lagi jalan cerita. Apa pun saya tau lady sedaya upaya cuba puaskan hati kita sebagai pembaca walaupun dalam keadaan terpaksa. ( kes ramai meroyan suruh update sokmo..pstttt saya di antaranya okkk ) . saya ttp bersama kamu lady ! Last edited by wardah75 on 14-6-2013 08:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnye khatam gak baca...
da abes eh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah! Epilog lak... Tak kira best ke tak best ke... janji habis!
---
EPILOG
Pulau Redang, Terengganu.
5 tahun kemudian...
Percutian bulan madu kami kali ini semakin bertambah bilangan korumnya. Anak-anak kami seramai tiga orang dan masih kecil-kecil itu sedang bergelak ketawa di pantai sambil ditemani oleh paatti dan thatha.
Aku menemani Rahul yang mahu berehat di bilik. Dari balkoni bilik resort yang kami tinggal, aku memerhatikan pemandangan indah pantai yang begitu jernih dan bersih. Melalui teropong yang aku bawa, aku melihat gelagat ketiga-tiga hero kami.
“Enough looking at the Three Stooges. I want you to look at me.” Pinggangku dipeluknya kejap dari belakang sambil bibirnya tak henti-henti menjelajah ke tengkuk aku.
“Saya nak tengok pemandangan yang indah ni. Cuba awak tengok tu... Awan yang begitu cerah dengan sinaran matahari yang tidak begitu terik, menjadikan pemandangan begitu cantik. Saya nak ambil gambar.” Tangan yang memeluk pinggang, aku rungkai lalu aku beredar mahu mengambil kamera.
“Jom, kita laksanakan projek menggapai awan.” Rahul tersengih-sengih.
“Eee... awak ni... Tak ada kerja lain!” Aku memarahinya. Patutlah dia tak benarkan aku turun.
“Laa... bukan tujuan honeymoon untuk menggapai awan ke?” Dia persoalkan aku sambil tertawa kecil.
“Awak memang tau! Balik dari percutian honeymoon aje, bertambah sorang lagi.”
“Dah subur. Awak patut bersyukur tau! Orang lain nak dapat seorang pun susah. Lagi pun ini memang doa saya masa kat Mekah dulu.”
“Pandailah awak... Yang penat saya tau!” Geram aku dengan sikap Rahul yang suka ambil lewa setiap kali bercakap soal anak. |
|
|
|
|
|
|
|
“Penat ke? Bukan amma dengan appa yang lebih banyak masa dengan dia orang?” Dia kembali merangkul tubuh aku. Aku cepat-cepat tolak tubuhnya.
“Marah? Honey, selagi belum dapat baby girl, tak boleh berhenti berusaha tau!”
“Kalau dah sampai tujuh pun tak dapat juga?” Sengaja aku menyindirnya
“Kita cuba sampai sepuluh.” Kali ini lengannya pula menerima cubitan dari aku. Geram aku apabila dipermainkan olehnya. Rahul hanya tertawa.
Sememangnya anak-anak kami sangat rapat dengan paatti dan thatha mereka. Appa sudah berhenti dari menjadi jaga selepas aku melahirkan anak yang pertama. Sejak itu dia menjadi jaga aku. Empat bulan selepas aku keguguran, Allah gantikan dengan yang baru.
Aku terpaksa berhenti kerja kerana aku memerlukan kerehatan dan penjagaan yang rapi jika aku mahu kandungan aku selamat. Aku bertuah kerana appa menatang aku bagai minyak yang penuh. Beria-ia dia menjaga aku setiap kali aku mengandung sehinggalah aku habis berpantang. Apakah dia lakukan semua itu untuk menebus rasa bersalahnya atau sememangnya dia sayangkan aku, hanya dia yang tahu. Aku tak mahu tahu dan aku tak kisah apa pun alasan appa. Yang penting, keluarga kami sudah besatu. Berkat munajat di depan Kaabah, appa menerima Islam seikhlas hati.
Selepas lima tahun, aku tetap menjadi suri rumah. Mana taknya tiap-tiap tahun rezki bertambah. Tak sempat nak berehat dan mencari kerja. Lagi pun itu kehendak Rahul. Atas sokongan emak dan ayah, aku akur. Demi membahagiakan hati suami, aku turuti kemahuannya. Sebagai balasan, Rahul tak pernah lupa membawa kami sekeluarga “bercuti-cuti Malaysia” setiap tahun. Alhamdulillah, rezkinya juga semakin bertambah. Kini suami aku itu mempunyai syarikatnya sendiri.
Aku buka almari, capai tudung dan menyarungkannya ke kepala. Kemudian aku tarik tangan Rahul. Memaksanya keluar bersama-sama aku menikmati cuaca yang begitu nyaman di luar.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-6-2013 11:26 AM
Dun worry, versi terkawal.
Biar pembaca teringat2 bab penamat. Yg lain2 tu lupa habis. Na ...
fuhh...nasib versi senak perut terkawal...
padan ler hotmum tak berani nak masuk sini....
takut terepeat epilog berulang kali...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Assalamualaikum.” Suara lelaki memberi salam menghentikan bualan kami suami-isteri di bangku.
“Waa'laikumussalam.” Rahul dan lelaki yang menyapa kemudiannya bersalaman dan berpelukan.
Lama bebola mataku memerhatikan lelaki itu. Wajahnya seperti aku kenal tapi aku ingat-ingat lupa.
“Happy family. Tahniah.” Lelaki itu melabuhkan duduk.
“Awak apa khabar Jiha?” Dia tersenyum memandang aku.
Ya Allah! “Eddie?” Tak berkesip mataku memandangnya. Pada bibirnya tergaris senyuman apabila aku mula mengecam wajahnya. Aku toleh pula ke arah Rahul. Dia cuma mengangkat bahu sambil melemparkan senyum.
Lama kami berbual-bual. Dari soal pekerjaan hinggalah ke soal keluarga.
“Tahniah Eddie! Dah jadi tokeh besar.”
“Rezki... menumpang rezki bapa mertua.” Eddie tertawa.
“It's alright asalkan kita jujur mengendalikan perniagaannya.” Balas Rahul.
“Malam nanti, jangan lupa. Kita dinner sama-sama. Isteri saya tak sabar nak berkenalan dengan awak, Jiha.”
“Saya pun tak sabar nak kenal.” Aku membalas.
“Ok, Rahul, I've got to go now. Don't forget tonight. Bring all your family members.” Sekali lagi Eddie mengingatkan sebelum dia berlalu.
“Awak sebenarnya dah rancang semua ni, kan?” Aku menanyakan Rahul soal pertemuan dengan Eddie yang tidak disangka-sangka itu.
“You are right honey. To be honest, yes... saya dah rancang percutian serta pertemuan ini. Saya ada projek dengan resort ini. Syarikat saya yang bekalkan sistem pengurusan resort di sini.”
“Kenapa awak tak beritahu saya?”
“Surprise! You know me... I like to give you surprise. Don't you like it?”
“I do. Thanks.” Aku genggam tangannya lalu aku kucup puas-puas.
Alhamdulillah! Eddie masih bertahan dengan keimanannya. Selepas kami berpisah, Eddie membawa diri ke Terengganu. Bekerja dengan penuh jujur sehingga menimbulkan kepercayaan dari majikannya, iaitu pemilik resort di mana kami menginap.
Kehadirannya bukan sahaja memikat hati si tuan besar, rupa-rupanya anak tuan besar juga tertawan kepadanya. Mereka baru sahaja berkahwin tahun lepas dan mempunyai seorang anak.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik hotel.
Pagi-pagi lagi aku sudah mengadap televisyen. Biasanya pada hari minggu, ada sesi motivasi dari pakar motivasi kegemaran aku. Semenjak pakar itu muncul di kaca televisyen, aku akan memastikan tidak terlepas slot motivasinya. Anak-anak pula kesemuanya mahu tidur di bilik paatti dan thatha.
Selepas menunaikan solat subuh, Rahul kembali berlingkar atas katil. Mungkin terganggu dengan bunyi televisyen, dia bangun lalu memeluk aku yang duduk di hujung kakinya sambil tekun menunggu pakar kegemaran aku muncul.
“Eee... busuklah. Pergilah cuci muka.” Aku memarahinya.
“Amboi! Mentang-mentanglah pakar kesayangan awak nak muncul, awak kata saya busuk, ya?” Aku enggan melayannya nanti tak habis. Silap-silap terlepas rancangan yang aku tunggu-tunggu. Rahul menyuak rambut aku lalu mendaratkan bibirnya ke tengkuk. Dia seperti sengaja mahu mengganggu kosentrasi aku.
“Yes! Dr Fahmi dah keluar!” Aku menjerit kegirangan.
Kami kemudiannya sama-sama menonton rancangan motivasi yang dikendalikan oleh Dr Fahmi. Namun belum pun sempat habis topik yang diperkatakan oleh Dr Fahmi, pakar motivasi yang mula dikenali ramai itu, Rahul menarik tubuh aku.
“Awak!” Aku memarahinya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
“Honey, Dr Fahmi kata lelaki biseksual lebih bahaya dari lelaki gay. Lelaki gay memang langsung tak berminat dengan perempuan. Ramai lelaki yang sudah beristeri masih mencari pasangan lelaki di luar. Tahu sebab apa?”
“Ayooo!!! Are you bisex?” Marah aku mendengar kata-katanya.
“I might opt that if my wife didn't treat me well.”
AUMMMM!!! Aku pantas menerkam Rahul. Nak sangat aku jadi kougar kan?
Dari dalam selimut, telinga aku masih mengikuti apa yang dibincangkan oleh Dr Fahmi. Beliau banyak memperkatakan soal gejala masyarakat yang semakin bernanah. Dr Fahmi giat membenteras penyebaran virus yang dibawa oleh golongan LGBT.
Jihad yang dilancarkannya adalah melalui sesi kaunseling dan motivasi. Dr Fahmi banyak memberi taklimat dan ceramah di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah berasrama penuh. Menurut Dr Fahmi lagi, aktiviti pelajar di asrama perlu dipantau terutamanya bagi sekolah yang tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
Di rumah pula, tugas ibu bapa memantau segala kegiatan anak-anak mereka. Merentur buluh biar dari rebung. Ibu bapa wajib memberikan didikan moral yang berlandaskan agama. Tugas memerangi gejala sosial ini adalah tugas semua, kata Dr Fahmi.
Semuga Allah membantu usaha yang dijalankannya. Amin!
**********
Yeay! Yeay! MERDEKA!!! Last edited by ladyFinger12 on 14-6-2013 02:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|