|
wardah75 posted on 18-3-2013 01:20 PM
tul tu sellie , jiha ..apa kata minta pandangan mujahid ttg isu gay ni..
Opkos ler Jiha akan tanya hubby-to-be hubby tak jadi dia tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lowgil posted on 18-3-2013 01:54 PM
jiha meloya, saya mcm nak termuntah je sekarang..
apalah psikologi diorg ni kan...kalau yg Isla ...
so, masih ada hati pd eddie? Ini belum lagi sesi eddie menceritakan hubungan intimnya.. Kompem team eddie muntah berjemaah.
Btw, bab 24 x habis lagi daa... Lady sambung...
-----
Dewan seminar.
“Imam Ghazali mengatakan manusia dideritai oleh dua penyakit... fizikal dan rohani. Kalau penyakit fizikal kita kaitkan dengan virus, kenapa tidak kita katakan penyakit rohani itu datangnya dari gangguan syaitan?” Ustaz Khalim berhenti seketika. Matanya ligat memerhatikan para peserta kursus yang tekun mendengar ceramah yang disampaikannya.
“Dalam kajian psikologi barat, malaikat dan syaitan tidak wujud sedangkan dalam al-Quran menyatakan musuh kita adalah syaitan dan hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam surah An-Nas terang-terang mengatakan syaitan itu membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia.
“Imam Fakhruddin Razi seorang ulama besar Islam yang juga pakar dalam bidang kedokteran dan ilmu mantik telah menulis dalam bukunya bahawa tiga makhluk ciptaan Allah iaitu malaikat, haiwan, dan manusia mempunyai karakteristik masing-masing. Malaikat mendengar, kemudian mentaati kerana tidak memiliki hawa nafsu. Sebaliknya, binatang memiliki tabiat dan nafsu tapi tidak diberikan akal serta hikmah. Jadi mereka berbuat sesuka hati. Di antara ketiga makhluk ini, manusia adalah ciptaan yang sangat unik kerana manusia memiliki kesemua karakteristik tersebut, iaitu berakal, berhikmah, mempunyai tabiat dan hawa nafsu.” Dewan seminar sunyi sepi dek khusyuknya para peserta kursus yang terdiri dari para kaunselor.
“Jadi di sini, manusia memiliki sifat kekurangan dan kelebihan. Jika manusia menggunakan akal dan hikmah untuk mengatur hawa nafsu dan tabiatnya, maka manusia akan memiliki kelebihan berbanding dengan makhluk ciptaan Allah lainnya. Dengan menggunakan akal dan hikmah yang bersumber dari ajaran agama untuk menundukkan hawa nafsu dan tabiatnya, maka manusia akan menjadi khalifah di bumi Allah, sekaligus akan menjadi makhluk yang paling mulia. Sebaliknya, jika tabiat dan hawa nafsu yang menguasai diri dan akalnya, maka ia akan lebih hina dari binatang, yang memang tidak punya akal dan hikmah.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah! Aku kian teruja. Kata-kata Ustaz Khalim membuat orang terpegun. Masa kan tidak pakar psikologi Islam dan motivasi terkenal. Mempunyai kelulusan doktor falsafah tapi lebih dikenali sebagai ustaz, bukannya doktor. Insya-Allah, Fahmi juga akan menjadi seperti Ustaz Khalim suatu hari nanti. Hati kecilku berbisik. Tiba-tiba saja aku teringatkan Fahmi pula.
“Masyarakat sangat memperhatikan kesihatan tubuh tetapi jarang mempedulikan kesihatan jiwa. Tugas kaunselor adalah untuk meyakinkan pesakit bahawa dengan berpegang teguh kepada ajaran agama, masalah jiwa dapat diatasi. Bagi pesakit yang beragama Islam, kita minta dia banyakkan istighfar. Jangan lupa ibadat solat dan galakkan pesakit untuk kerap membaca al-Quran.”
Hmm... aku sebagai kaunselor sendiri pun jarang memegang al-Quran apatah lagi hendak membacanya. Cuma akhir-akhir ini aku membaca al-Quran terjemahan bagi memenuhi permintaan Dona. Tiba-tiba aku rasa malu kepada diriku sendiri. Teringat pula kepada Kak Syirah yang begitu kuat amalan agamanya. Kenapa aku tidak berusaha menjadi sepertinya?
“Kenapa wujudnya gay, lesbian, transgender atau biseksual?” Soalan Ustaz Khalim semakin menyegarkan mata aku. Seronok ni... Ada perkaitan dengan klien aku si Eddie.
“Selalunya golongan ini memberi alasan mereka sudah mencuba untuk mengawal nafsu tapi gagal. Betul, kita tak nafikan memang susah nak kawal kehadiran naluri seperti yang didakwa oleh golongan LGBT ini. Bukan mereka saja sebenarnya yang susah nak kawal nafsu. Golong heteroseksual pun kadang-kadang sukar nak kawal nafsu juga. Sebab itulah terjadinya hubungan di luar nikah. Pada saya sama ada homo, bi atau pun hetero semuanya kena kawal nafus.”
“Jiwa ini adalah nafsu al-ammarah yang mendorong kepada kejahatan. Dalam surah Yusuf, ayat ke-53 mengatakan Sesungguhnya nafsu itu (nafsu al-ammarah) selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhan ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ustaz Khalim menyambung lagi.
Aku mencatit nama surah dan ayat yang dinyatakan oleh Ustaz Khalim sebentar tadi ke dalam buku notaku. Malah tulisan Mujahid juga penuh dalam buku catatan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
“Banyak faktor kenapa mereka terlibat dalam gejala kecelaruan gender ni. Mungkin mereka ini dibesarkan dalam persekitaran dan corak pendidikan yang tidak berlandaskan agama. Namun tak dinafikan ada di antara mereka yang mempunyai asas agama yang cukup kuat. Mungkin ini terjadi akibat pengaruh persekitaran. Pengaruh rakan-rakan dan media pun boleh mendorong kepada penularan kegiatan LGBT. Di Barat mereka begitu aktif menyiarkan aktiviti mereka dalam laman web dengan pelbagai cara untuk menghasut manusia mengikuti kumpulan mereka. Macam mana pun, kita tak boleh membiarkan golongan ini terumbang-ambing dalam alam fantasi yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.”
"Bagaimana caranya untuk mengubati golongan yang celaru ini?" Aku yang penuh teruja menyoal tanpa sabar.
“Perkara berkaitan hawa nafsu dan bisikan syaitan perlu diatasi secara pengisian dan latihan kerohanian. Pakar Psikologi barat juga mengakui bahawa soul sickness ini mesti diubati dengan kaedah kerohanian.” Ustaz Khalim menyambung kembali ceramahnya yang terganggu seketika disebabkan oleh pertanyaanku tadi.
“Manusia yang berada dalam tahap nafsu al-ammarah tidak akan mengubah sikap dan tingkah laku mereka melainkan jiwa atau kerohanian mereka sudah berubah ke tahap nafsu al-lawwamah iaitu jiwa yang boleh mendorong manusia merasai bersalah dan menyesal dengan perbuatan mungkar. Proses ini perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Ini bukan perkara mudah sebab jiwa al-ammarah itu sudah sebati dalam diri mereka. Atas sebab inilah kebanyakan golongan LGBT mengangap mereka dilahirkan dengan jiwa yang bertentangan dengan jantina mereka. Seolah-olah mereka ini menyalahkan takdir.”
“Umat Islam sepatutnya berusaha memulihkan saudara kita yang dipesongkan oleh syaitan dan hawa nafsu supaya kembali ke pangkal jalan melalui proses tazkiyyah nafs iaitu proses menyucikan jiwa. Perjuangan membanteras kegiatan ini adalah jihad akhbar iaitu jihad menentang syaitan yang merupakan musuh yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.”
Kini aku sedar tak sepatutnya golongan ini diperlekehkan. Mereka adalah golongan yang telah tenggelam dalam jiwa al-ammarah.
********** Last edited by ladyFinger12 on 18-3-2013 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi tak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sewa, Kampung Baru.
Kalau kau pernah menjadi seorang gay, kemudian kau jadi straight, aku terima saranan kau. Masalahnya rata-rata kat sini berlagak macam tahu tapi hakikatnya mereka tidak pernah berada dalam situasi golongan gay.
Aku membaca pernyataan Mind_Teaser di Forum Bicara Kita. Sengaja aku meneliti kembali tred yang pernah hangat suatu ketika dulu. Aku ingin mencari fakta-fakta mengenai lelaki gay.
Apa nak buat, masing-masing bersikap holier than you...
Biasalah lebai-lebai ni... dia orang ada alat pengukur iman.
Hmm.. selalunya begitulah pernyataan-pernyataan balas dari kaum gayah. Bila orang beri nasihat, dikatanya cuba berlagak baik dan menganggap orang lain ahli neraka. Habis, macam mana golongan ini hendak dibantu kalau diri sendiri sudah menolak dari awal-awal lagi?
Ini bukan soal siapa lebih kuat iman atau tidak... Apa-apa saja yang tak betul perlu ditegur.
Aku bersetuju dengan kenyataan dari Red Sentra.
Gay tak pernah kacau orang. Golongan gay tak menyebabkan lahirnya anak-anak luar nikah!
Biasalah lebai... gay tak boleh, berzina lelaki perempuan boleh.
Hmm.. Penyokong ketuanan gay masih lagi in denial. Bicara hatiku.
Siapa kata gay tak kacau orang? Sila pergi ke gym. Orang datang gym nak exercise, yang dia orang pulak sibuk tenung tenung orang, cari peluang untuk merembes.
Satu pernyataan yang menyangkal pandangan golongan gay.
Betul, betul, betul... Gay ni suka intai orang kencing kat luar toilet. Ada juga kes gay yang suka kacau lelaki normal terutamanya yang dah kahwin. Siap ajak buat hubungan kelamin lagi.
Tergelak aku membaca pernyataan dari forumer yang menggunakan nama pengguna Conan. Aku tak pernah masuk tandas lelaki, jadi aku tak tahu mengenai ini. |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 18-3-2013 03:31 PM
ada lagi tak...
Ada... dah tepek.
Tepekan terakhir...
---
“Awatnya tu?” Lilimenegur aku apabila dia mendengar aku ketawa sorang sorang.
“LGBT! Golongan yang celaru dan mencelarukan.” Jawabku.
“Yang kau nak celarukan pemikiran kau tu kenapa? Jadi macam aku... Tak ambil pot. Janji tak kacau hidup aku.” Balas Lili.
“Kalau dia kacau hidup kau baru kau nak ambil pot? Kau nak buat apa?” Aku sengaja mengusik Lili.
“Aku ganyang sorang-sorang dengan ganyang style!” Lili ketawa mengekek. Aku turut tertawa.
“Tak boleh macam tu Lili... Kita patut kesian kat dia orang ni.”
“Kesian? Dia orang yang pilih jalan hitam.”
“Betul... Memang mereka sendiri yang pilih sebab itu kita kena banteras kegiatan tak bermoral itu. Kita kena bantu mereka berjuang untuk kembali kepada fitrah kerana mereka adalah golongan yang telah tenggelam dalam jiwa al-ammarah.. Perjuangan ini adalah satu jihad.” Aku mengulang kembali apa yang aku faham dari ceramah Ustaz Khalim. Lili terkebil-kebil memandang aku.
**********
Last edited by ladyFinger12 on 18-3-2013 03:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 18-3-2013 03:37 PM
Ada... dah tepek.
Tepekan terakhir...
mampukah jiha kembalikan eddir ke pangkal jalan...mmg payh kalu kita nasihat dia...tp dia dah cop kita berfikirn negatif...apa motif dia call jiha kalau tak niat hati dia ada sekelumit rasa sesal jugak kan... rasa gerun jugak ngan neraka kan...
pastu nak paksa org terima cara idup songsang dgn menyatakn alasan x berasas...
Taubatlah eddie ooii...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak join team eddie gak la hikhikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Meh sambung...
BAB 25
Hospital Besar Kuala Lumpur.
6.30 P.M
Dari tengahari tadi makcik Anu asyik menangis saja. Kasihan melihatkan keadaannya yang semakin lemah. Makcik Anu tak henti-henti menangis dan enggan menjamah sebarang makanan. Dia begitu terperanjat dengan berita yang diterimanya dari pihak hospital. Kalau bukan kerana Dona pengsan di sekolah, harus sampai ke hari ini keluarganya tak akan mengetahui penyakit Dona. Dalam diam, aku bersyukur kerana disebabkan kejadian itu akhirnya rahsia terbongkar jua. Tidaklah Dona memarahi aku nanti.
“Auntie, auntie balik dulu, biar Jiha yang tunggu Dona.” Aku memujuk makcik Anushia supaya pulang ke rumah dan berehat.
“Auntie nak tunggu Dona Jiha. Auntie masih larat lagi ni.” Walau pun kelihatan amat tak bermaya, tapi kasih dan sayangnya terhadap anak membuatkan semangat makcik Anu begitu berkobar-kobar.
“Amma....” Lemah suara Dona memanggil.
“Amma, please go home and have a rest. Malam ni, Jiha temankan Dona.” Dona membuat permintaan kepada emaknya.
“No! I want to stay and look after you.” Makcik Anu tetap berdegil. Aku faham akan perasaannya. Aku pasti jika aku berada di tempat Dona, pasti emak juga akan berbuat begitu.
“Aci.... aci kena balik berehat dulu. Sekarang anak aci sakit, kalau aci pun sakit, siapa susah?” Jururawat yang bertugas turut memujuk makcik Anushia. Setelah puas dipujuk oleh semua orang, makcik Anu terpakssa akur juga. Aku berasa lega. Sungguh aku simpati kepadanya. Dalam keseronokan menerima kepulangan seorang anak, kini menerima pula berita sedih yang dia mungkin akan kehilangan anak yang lain pula. Dan kehilangan kali ini adalah untuk selama-lamanya...
********** |
|
|
|
|
|
|
|
8.00 P.M
Dona masih lagi tidur setelah menerima suntikan ubat tahan sakit sejam yang lalu. Aku membacakannya surah Yasin bagi meredakan kesakitan yang ditanggungnya. Menurut doktor, penyakit Dona semakin menular.
Tersentak aku apabila aku mendengar bunyi kerusi ditarik. Lekas-lekas aku menutup buku Yasin lalu aku memasukkannya ke dalam beg tanganku. Rahul yang baru tiba duduk di kerusi kosong yang terletak di sebelahku. Aku langsung tak menyangka dia akan datang malam itu kerana waktu melawat sudah tamat.
“Awak bacakan apa untuk Dona?” Soalan dari Rahul membuatkan jantungku berdegup laju. Sangkaku dia tak nampak apa yang aku buat tadi. Aku rasa serba-salah. Bimbang pun ada. Manalah tahu nanti kecoh lagi keluarga Dona. Pagi tadi sudah dikejutkan dengan berita penyakit Dona. Kalau mereka tahu Dona berminat dengan Islam, tentu lagi huru-hara jadinya.
“Tak ada apa-apa... Dona kan sedang tidur tu.” Aku berhelah.
“Tak sangka saya seorang kaunselor kerjanya menipu.”
Pantas aku menoleh ke arah Rahul. Matanya merenung tajam ke wajahku. Wajahnya langsung tak ada riak senyum.
“I heard it. You were reading Quran. Am I right?” Soalan Rahul tidak kujawab. Lelaki itu tiba-tiba bangun dari duduknya.
“Kita berbual di luar. Awak pun tentu tak mahu mengganggu Dona, bukan?”
Dengan lemah, aku akur dan mengatur langkahku mengekori Rahul. Jantungku berdebar-debar.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
lady ..mmg berdebar-debar lah ni nak tunggu sambungan ! lagikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 19-3-2013 11:10 AM
lady ..mmg berdebar-debar lah ni nak tunggu sambungan ! lagikkkkk
sorry... cheq pi menyelam sat tadi ke LD.
Aku melabuhkan duduk ku di atas kerusi besi, sebelah Rahul di lobi hospital.
“Dona sudah convert kepada Islam?” Soalan Rahul mengejutkan aku. Dalam hatiku aku dapat merasakan gegaran jantungku yang kian laju. Aku tak berani menjawab pertanyaannya.
“I saw the books in her room.” Tutur lelaki itu lagi. Aku terus membungkam. Aku tahu Rahul merujuk kepada buku-buku agama yang Dona beli tempoh hari. Dan aku yakin Rahul juga sudah melihat buku yang aku hadiahkan kepada Dona. Habislah.... Rahul sudah tahu segala-galanya.
“So... inilah motif awak rapat dengan Dona?”
Aku berpaling ke wajahnya. Sungguh aku terkejut dengan tuduhannya. Sering saja Rahul menuduh aku yang bukan bukan. Namun aku enggan membalas atau menjawab apa-apa pun. Aku bingkas dari kerusi. Malas aku melayan lelaki yang penuh dengan prejudis ini. Dia bukan sekadar lelaki kuat sentap, malah prejudis ya amat!
“Jiha, awak belum jawab lagi soalan-soalan saya.” Tanganku pantas diraihnya.
PANG! Ambik kau! Satu tamparan hinggap di pipi kanannya. Errr.... aku berangan saja. Ikutkan rasa hati memang aku nak bagi lempang saja kepada lelaki degil ini. Namun, memang benar kata Lili... ini semua poyo! Aku cuma berani belakang-belakang. Bila berdepan, aku kecut.
“Saya dah warning pada awak, jangan pegang tangan saya!” Aku memarahinya. Batal sudah wudhuk aku.
“Answer me Jiha!” Tanpa ada rasa bersalah Rahul meningkah aku.
Ewah, ewah! Dia pula yang nak tinggi suara pada aku? "Awak ni kan... ingatkan kuat sentap saja tapi rupanya penuh dengan prejudis. Kesian! Orang Amerika yang sangat racist." Aku pantas menyindirnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Untuk pengetahuan awak, Encik Rahul.... Saya tak ada apa-apa motif berkawan dengan Dona. Persahabatan saya dengan Dona ikhlas. Awak tak perlu meragui kejujuran persahabatan kami. Kami bukan lesbian dan saya bukannya mubaligh yang bertugas untuk mengislamkan orang-orang bukan Islam melainkan bila dia sendiri yang berminat.” Lantang aku menidakkan syak wasangka Rahul terhadap aku.
“Jangan bohonglah. Awak sengaja tak mahu beritahu keluarga kami mengenai penyakit Dona. Awak takut nanti kami dapat tahu Dona nak masuk Islam. Bukan begitu Miss Najiha?”
“Awak ni programmer, kan?” Soal aku. Rahul menjungkit kening sebaik saja mendengar soalan dari aku yang tiba-tiba lari dari topik.
“Saya kasihan dengan awak sebab nampak sangat awak tak pernah mempunyai sahabat. Kawan awak cuma komputer. Mesti 24 jam masa awak depan komputer saja, kan? Patutlah awak tak mempunyai perasaan kasih sayang. Kalau tak, tak kanlah awak merajuk lama-lama, kan? Sampai merana amma awak sebab rindukan awak.” Aku bantai Rahul habis-habisan. Nak bergaduh dengan aku sangat, kan?
“Kalau saya tak beritahu awak yang Dona sakit, agak-agaknya awak akan balik jengah keluarga awak tak?” Sebaik sahaja aku melepaskan sindiran, aku terus melangkah. Tak ingin aku menatap wajah lelaki itu lagi.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik wad.
Dona sudah bangun ketika aku melangkahkan kaki ke bilik Dona. Memandangkan Dona seorang guru sekolah, Dona layak mendapat bilik kelas satu. Bilik ini lebih selesa kerana tak perlulah Dona bercampur dengan pesakit yang ramai. Bunyi bising hanya akan menambahkan kesakitan Dona.
“Kau nak makan? Aku suapkan kau.” Aku bertanyakan Dona apabila aku melihat dulang makanan sudahpun berada di atas meja pesakit.
“Boleh juga.”
Aku segera melabuhkan duduk di atas kerusi setelah mencapai dulang makanan. Perlahan-lahan aku suapkan nasi ke mulut Dona. Sambil menyuap, aku rabung bercerita untuk menceriakan hati Dona. Yang sebenarnya untuk menghilangkan sakit hati aku terhadap Rahul juga. Setelah beberapa kali suapan, Dona enggan makan lagi.
“Makanan hospital memanglah tak berapa sedap. Tapi kau kena makan juga supaya badan kau tak lemah. Kalau tak, lambat lagilah kau nak keluar dari hospital.”
“Aku tak ada selera Jiha.” Sudu yang kusuakan ke mulut Dona, ditolaknya.
Kali ini aku tak mahu memaksa lagi. Aku letakkan kembali dulang makanan ke atas meja. Kemudian kucapai pula gelas air dan menyerahkannya kepada Dona. Dona minum dengan rakus sekali. Tak apalah.... asalkan air masuk ke dalam badannya, jadilah, bicara hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
“You can have bread, if you want Dona.” Suara Rahul membuatkan jantung aku terhenti sedetik. Uhhh.... ada lagi mamat ni. Ingatkan dah balik selepas kena sembur dengan aku tadi.
“Kalau I lapar, nanti I makan. Thanks Rahul.”
Rahul kemudiannya meletakkan plastik makanan yang dibelinya ke atas meja. Aku diam saja. Hilang terus minat aku untuk berbicara.
“Jiha, kau belum dinner lagi, kan? Apa kata kau pergi makan dulu dengan Rahul.” Tiba-tiba saja Dona memberi saranan. Aku jadi serba-salah. Baru saja bergaduh dengan mamat tu. Memang taklah...
“Aku tak lapar. Aku on diet.” Idea spontan yang lahir dari minda bagi mengelak untuk bersama dengan abangnya yang menyakitkan hati itu. Kemudian aku mendengar suara tawa Rahul. Eh, gelak pulak dia...
“Badan cekeding macam ni pun nak diet?” Rahul mempermainkan kata-kata aku. Pasti dia tahu aku sekadar beralasan. Namun dalam hatiku, aku kagum juga dengan bahasa melayu pasar yang digunakannya itu. Err.... betul ke dia tak ada kawan? Jangan-jangan dia mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu, macam Dona. Suka hati aje aku kutuk dia tadi.
“Mengadalah kau ni Jiha. Dah... kau pergi makan dulu dengan Rahul. Kalau kau tak makan, aku pun tak nak makan.” Bukan setakat mendesak, Dona mengugut pula.
“Aku nak pergi solat isya. Dah masuk waktu ni.” Aku mereling jam di tangan kananku. Dapat lagi idea spontan.
“Ok... jom saya temankan awak ke surau. Lepas tu kita pergi dinner.” Berkejip-kejip kelopak mataku mendengar kata-kata Rahul.
**********
okeh... mahu menyambung selaman. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb ada part rahul tu yang tk sabar menanti sambungan..abis dah 1 bab ? |
|
|
|
|
|
|
|
...how sweet rahul....
terasa mcm comeynya mereka ni...
Last edited by UsuFie on 19-3-2013 01:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|