CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 9-5-2013 02:37 PM | Show all posts
kaka..beshnye cite nie..nk lg..nk lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2013 04:40 PM | Show all posts
biozipstar posted on 3-5-2013 04:16 PM
kaka juna.. mintak izin.. nak copy paste cite ni... best la.. best gler..hehehe

boleh...silakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2013 04:41 PM | Show all posts
kakZue posted on 5-5-2013 09:35 AM
Bestnya..berdebar2 bc..

terimakasih
debaran dah nak habis dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2013 04:41 PM | Show all posts
katakau posted on 9-5-2013 02:37 PM
kaka..beshnye cite nie..nk lg..nk lg..

tenkiu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2013 04:47 PM | Show all posts
Selamat Menyambut Bulan Rejab pada semua warga forum. Perbanyakkanlah istighfar di bulan mulia ini
..............................................................................................................................

Bab 33

Baju baju yang  tidak di beli oleh pelanggan di sangkut semula ke tempat asal. Nurul kemudian membetulkan kusyen kecil atas  sofa dan menyusun semula majalah yang di baca oleh pelanggan. Datin Anisa seorang yang sangat teliti, butiknya mesti sentiasa kemas dan di hias cantik. Pakaian yang di pamer tidak boleh berkedut atau senget dan mesti di atur mengikut saiz dan design. Dua hari pertama Datin Anisa mengajarnya selok belok melayan pelanggan dan sistem inventori dan bayaran. Nurul juga di ajar cara mengikat tudung yang berbeza supaya dapat memberi demonstrasi pada pelanggan. Wah, banyak ilmu bermanafaat yang aku dapat.
Hari yang ketiga Nurul terpaksa mengendalikan butik seorang diri kerana Datin Anisa sibuk dengan urusan persatuan kebajikan. Butik yang baru enam bulan beroperasi agak lengang pada waktu pagi. Waktu makan tengahari dan selepas waktu pejabat, barulah ramai pelanggan yang terdiri dari pekerja pejabat berdekatan. Namun tidaklah sibuk sampai tak menang tangan. Selain pelanggan walk-in, ada juga pelanggan tetap yang terdiri dari kawan kawan Datin Anisa. Selalunya mereka akan menelefon Datin Anisa sebelum datang dan Datin Anisa sendiri akan melayan mereka. Nurul bersyukur yang bosnya seorang yang bertimbangrasa dan melayan pekerja seperti adik sendiri.

Loceng di pintu depan berdenting dan Nurul bersedia untuk menyapa pelanggan. Matanya membuntang melihat dua orang wanita yang sedang menolak pintu kaca.

“ Hmmm…. Boleh tahan butik  ini. Cantik décor dia. Nampak ada kelas “ komen Datin Wan Hamidah. Wanita yang lebih muda di sebelah mengangguk sambil tersenyum pada Nurul.

Ini tentu Alia, kakak Redza. Kakak ipar aku juga. Nurul berusaha menutup kegugupan bila mendekati mereka.
“ Datin Wan Hamidah, apa khabar? Saya Nurul, ingat lagi tak? Saya kawan Elly, kita pernah jumpa di London”

“ Nurul! Tentulah Auntie ingat. Lama kita tak jumpa. Bila Nurul pakai tudung?” Nurul di peluk. Ramah sungguh Datin Wan Hamidah. Tudung yang menutupi rambut Nurul di belai. Dah buang tabiat ke Mak Datin ni? Nurul bingung dengan sikap ibu Redza.

“ Baru lagi. Datin tengok tengok lah ya pakaian di sini. Di sebelah kanan, casual wear dan pakaian pejabat. Yang belah kiri, pakaian untuk majlis yang lebih formal macam perkahwinan, dan kita guna kain tenun atau sutera. Tudung pun kita ada macam macam jenis. Kalau Datin nak design yang eksklusif, kita boleh tempah khas untuk Datin.”

“ Tak payah ber datin datin, Nurul.  Panggil Auntie saja, macamlah kita tak kenal. Dah pernah duduk sebumbung pun. Lia, inilah Nurul yang Mama selalu cerita. Nurul, ini anak sulung Auntie, Alia.”

“ Apa khabar Puan Alia? Nice to meet you”

“ Nurul panggil Kak Lia saja ya. Kita bukan orang lain” katanya perlahan. Isyarat matanya memberitahu yang dia tahu segalanya.
Nurul terkedu, tak sangka Alia bertudung dan  merendah diri orangnya. Datin Wan Hamidah pula nampak jauh lebih sihat dari waktu di London. Airmuka nya tenang. Betul kata Redza, rawatan cara Islam mengguna ayat quran mengubat penyakit zahir dan batin. Berapa lama hayatnya, itu hanya Allah yang tahu.

“ Di sini ada juga children’s wear. Semua dari T shirt material, tie and dye designs.”

“  Akak memang nak cari pakaian untuk anak anak. Cepat betul mereka membesar, sekejap saja baju dah tak muat. Lasak pula tu, asyik kena tukar baju” Alia terus menghala ke ruang belakang. Pakaian kanak kanak yang tergantung berwarna terang dan sangat menarik dan praktikal. Datin Wan Hamidah pula membelek pakaian yang di rak sambil berbual dengan Nurul.

“ Nurul dah berhenti kerja dengan MAS? Sejak bila kerja di sini?”

“ A’ah, saya dah berhenti lepas pulang dari London.  Baru tiga hari saya kerja di sini. Tuan punya butik ini kakak kawan saya, Datin Anisa nama dia. Auntie kenal? “ Datin Wan Hamidah memincing mata sekejap sebelum menggeleng.

“ Nurul tinggal di mana?”

“ Di Bukit Jalil” Sudah hampir seminggu dia tinggal dengan Aireen. Rumah Aireen jauh dari sini, nasib baiklah ada LRT.  Itupun mengambil masa 45 minit untuk sampai. Bersesak dan berhimpit itu perkara biasa.

“ Jauh tu. Kesian Nurul berulang alik. Apa kata Nurul tumpang rumah Auntie saja? Rumah Auntie tak jauh dari sini. Rumah Auntie banyak bilik kosong. Tak ada siapa pun di rumah, anak anak Auntie tinggal di rumah sendiri. Bila Redza nak kahwin nanti baru meriah.“

Parah! Ini sudah cadangan gila!  Mata Nurul terbeliak. Hati aku bukan di buat dari besi tau, Mak Datin. Aku tak mampu nak tengok persiapan menjelang perkahwinan Redza nanti. Sadis!

“ Eh, tak … tak payah Datin. Saya dah lama tinggal dengan kawan saya. Haa… cantik baju yang Datin pegang. The colour suits you, designnya pun elegant.” Nurul segera menukar topik. Jubah hijau epal kain syifon Perancis dengan sulaman dan taburan mutiara di lengan dan leher rekaan pereka terkenal Ghea Panggabean dari Indonesia sesuai untuk wanita yang berusia tapi masih ingin kelihatan fashionable.

Datin Wan Hamidah mengacu baju hijau itu di tubuhnya dan berdiri depan cermin. Senyum segaris menghiasi wajahnya.

“ Berapa harganya?  “

Tanda harga yang di kepil menunjukkan harga empat angka. Harga yang di luar kemampuan pekerja dari pejabat pejabat berdekatan. Sejak dia bekerjai tak ada lagi pelanggan beli jubah dari range eksklusif.

“ RM 1, 199.00. Ini rekaan designer Indonesia. Auntie tak akan jumpa orang lain pakai baju yang sama.”

“ Oh… tak lah mahal benar harga dia. Workmanship dia halus. Kalau macam tu, Auntie nak try baju ni. Harap harap muat sebab warna hijau epal ini warna tema persandingan Redza di rumah Auntie. Auntie dah tempah sepasang baju kurung moden tapi  tak berapa cantik.”

Nurul menelan airliur yang terasa berpasir sambil membuka pintu fitting room untuk Datin. Tinggal seminggu saja lagi sebelum Redza bernikah dengan Elly. Rahsia Nurul dan Redza masih tersimpan rapi setakat ini kerana mereka mengelak dari bertemu. Bukan dia tak rindu tapi itulah keputusan yang paling baik. Siapa berani cari pasal dengan Tan Sri Effendy?

“ Nurul, jom lah tinggal di rumah Mama. Sekurangnya Nurul dapat jumpa Redza sebab dia selalu singgah bila ada masa. Kasihan Redza, asyik termenung saja. Dia rindu kat Nurul lah.” Alia mendekati nya. Suaranya direndahkan agar tidak di dengari Datin.

“ Susahlah Kak Alia. Saya segan. Kalau Datin tahu siapa saya, mesti dia marah. Saya dah banyak menipu, saya tak nak tambah lagi dosa. ”

“ Nurul, sampai bila nak bersembunyi? Kakak tahu tentang ugutan Tan Sri Effendy tapi kenapa nak takut pada manusia lain. Hanya Allah saja yang patut kita takuti. Lagipun Mama dah suka Nurul. Dia selalu puji Nurul. Mama dah banyak berubah, kakak rasa dia akan restu perkahwinan Redza dengan Nurul“

Mungkin betul Datin suka aku tapi bukan sebagai menantu. Walau baik macam malaikat pun, aku tetap Nurul Aishah Anuar, gadis yatim piatu dari kampung. A nobody. Bukan anak hartawan atau berasal dari keturunan kerabat. Elly tetap unggul di hatinya. Tentu Datin tak boleh terima yang aku dan Redza dah kawin senyap senyap. Kalau aku tinggal di rumahnya, lambat laun terbocor juga rahsia. Huisssy! Jangan nak tambah masaalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2013 04:49 PM | Show all posts
“ Sorry lah, Kak Alia. Bukan tak sudi tapi saya rasa kurang selesa tinggal di rumah Auntie. Penat saya nak bertudung sepanjang masa kalau Redza atau Papa ada di rumah. Kalau saya tak bertudung , tentu Auntie syak sesuatu ” Nurul memberi alasan yang logik. Lagipun dia sudah ada rancangan untuk masa depannya. Rumah teres di Saphire Hills sudah di sewakan. Dengan sewa yang di terima setiap bulan, Nurul bercadang untuk menyewa sebuah rumah kecil yang lebih murah.  Cukup sekadar rumah teres setingkat. Zahid yang akan memulakan latihan praktikal di sebuah firma akitek tak lama lagi, boleh tinggal bersamanya. Tok Nah pun ada tempat tinggal kalau datang ke Kuala Lumpur. Biarlah  hidup sederhana tapi tenang. Aku akan jaga martabat aku sebagai seorang isteri  walaupun Redza tidak bersama aku.

“ Hmm… betul juga. Tapi sekurangnya datanglah ke rumah bila senang. Kakak menyesal sebab tak jadi orang tengah masa Redza nak berkahwin dengan Nurul dulu. Sepatutnya kakak lah yang memujuk Mama supaya menerima Nurul sebagai menantu. Jika kita berterus terang dulu, tentu Redza tak akan di paksa berkahwin dengan Elly. Jodoh antara Redza dan Nurul sudah di tentukan Allah. Things would have turned out differently.”

Hidup bermadu pun sudah di tentukan, sambung Nurul dalam hati.

“ Tak apalah kak, semuanya dah berlaku. Saya kena redha dengan takdir. Sekurangnya saya tahu siapa madu saya dan sebab musabab kenapa Redza terpaksa kahwin dengan dia. Bukan sebab kekurangan saya atau sebab Redza saja gatal. It still hurts but I can take it. “

Dia melipat dua pasang pakaian kanak kanak berwarna biru dan cokelat untuk anak anak Alia dan menekan nombor kod ke dalam komputer. Sejurus kemudian, jumlah pembelian tertera di skrin.

“ How much?” tanya Alia sambil membuka wallet LV.

“ RM88.00. Kak Alia nak bayar sekarang atau nak tunggu Auntie? Kalau beli lebih RM1000 dalam satu resit saya bagi diskaun 10% “ jelas Nurul. Pintu fitting room di buka dan Datin Wan Hamidah keluar memegang jubah hijau yang di cuba tadi. Senyumannya lebar. Ini sudah bagus, tentu aku dapat insentif bulanan, bisik hati Nurul.

“Kenapa tak bagi kita orang tengok masa Auntie pakai tadi? Okay tak jubah itu, Auntie?”

“ Just nice. Tak besar tak kecil. Tak bolehlah bagi you all tengok, nanti tak surprise bila Auntie pakai masa wedding Redza. Tak sabarnya Auntie!” Jantung Nurul tersentap mendengar kata kata Datin Wan Hamidah, tambah pula dengan ekspresi wajahnya yang bangga dan teruja. Kenapa lah makcik ni tak habis habis nak ingatkan aku pasal hari bersejarah itu? Dah luka , di tenyeh limau nipis pula.

“ Kalau dah cantik, beli sajalah Mama. Alia kena cepat. Nanti lambat pula Alia nak ambil budak budak dari tadika” gesa Alia. Dia dapat meneka yang Nurul terguris dengan kata kata ibunya.

Bil di cetak dan pembelian mereka di lipat kemas dan di letak dalam dua beg berlogo Imann Couture. Nurul menyimpan wang dalam mesin tunai sebelum menghantar mereka ke pintu depan.

“ Nurul cuti berapa hari seminggu?” tanya Datin Wan Hamidah

“ Satu saja. Hari Ahad. “

“ Oh, baguslah macam itu. Hari Ahad ini jemputlah datang rumah Auntie. Semua anak beranak berkumpul dan Auntie masak special. Nurul mesti datang tau” Nurul tak sampai hati nak menolak bila Datin Wan Hamidah memeluknya sambil berpamitan. Aduh… aku kena jaga mata dan lidah nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2013 11:51 AM | Show all posts
singgah skodeng sambungan citer nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 02:05 PM | Show all posts
tq sebab smbg ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 04:52 PM | Show all posts

nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:07 AM | Show all posts
sedeynya........ok kaka..nk lg..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:23 AM | Show all posts
abang arjun..nak lagi..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 03:29 PM | Show all posts
TT.. where aree youuuuuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 12:50 AM | Show all posts
ciksurie posted on 12-5-2013 11:51 AM
singgah skodeng sambungan citer nie

sila sila
masuk lah buat mcm rumah sendiri
TT tak ada pun takpe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 12:50 AM | Show all posts
mie07 posted on 12-5-2013 02:05 PM
tq sebab smbg ..

you r welkam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 12:51 AM | Show all posts
yaya4075 posted on 13-5-2013 04:52 PM
nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi

okay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 12:51 AM | Show all posts
katakau posted on 14-5-2013 10:07 AM
sedeynya........ok kaka..nk lg..

sedey ka?
kita happy plak pasni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2013 12:52 AM | Show all posts
juanaperez posted on 16-5-2013 10:23 AM
abang arjun..nak lagi..hehehe

juana .... lama tak nampak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 12:53 AM | Show all posts
alaa posted on 17-5-2013 03:29 PM
TT.. where aree youuuuuuu...

i am heeeeeeere
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 01:00 AM | Show all posts
Bab 34

Bibir Redza mengorak senyuman bila pandangan di lontarkan dari balkoni bilik tidurnya. Nurul, Izreen dan anak buahnya Humaira dan Haiqal sedang bermain di gazebo di halaman rumah. Dari pemerhatiannya nampak seolah mereka main “sekolah sekolah”. Nurul jadi cikgu  dan yang tiga lagi jadi  anak murid. Tawa riang dan celoteh memenuhi ruang. Redza segera menukar kain pelikat dengan jeans biru lusuh dan turun ke bawah. Rambutnya yang makin panjang ala M Nasir di suak ke belakang. Ibunya tak henti berleter suruh gunting rambut sebelum hari perkahwinan, agar nampak segak dan kemas macam Aaron Aziz. Barulah nampak macam pengantin. Huh.. ada aku kisah?

Dato Aminuddin dan suami  Alia, Dr Aidil sedang menonton TV di ruang tamu. Masing masing tersandar kekenyangan. Menu makan tengahari iaitu soto ayam Madura yang di sediakan oleh Datin Wan Hamidah sendiri dan lasagna yang di buat oleh Alia memang menepati citarasa. Tambahan pula dengan cupcakes perisa lemon dan cokelat yang di bawa oleh tetamu istimewa, Nurul. Sedapnya! Tak sangka Nurul berkebolehan membuat kek tahap Masterchef. Redza terharu campur gembira melihat Nurul bersama keluarganya. Papa dan Izreen tolak tepi lah , memang dah lama jadi penyokong kuat Team Nurul. Kak Alia pun sudah bersekongkol sejak akhir akhir ini. Tapi Mama paling mengejutkan, dia nampak begitu ikhlas dan mesra dengan Nurul. Syukur Alhamdulillah! Suasana di meja makan ceria dan santai. Insyaallah satu hari nanti aku akan berterus terang dengan Mama dan kita akan jadi one big happy family.

“ Ja, nak ke mana tu? Mari lah borak. Men’s talk” Dato Aminudin mengangkat sebelah kening. Dr Aidil yang pendiam mengulum senyum. Redza melabuh punggung di sofa sebelah Papa nya.

“ Macam mana dengan hal Uncle Effendy? ”

“ Redza nekad tak akan ceraikan Nurul biar apa pun terjadi. Hanya tinggal lima hari saja lagi sebelum Redza nikah dengan Elly dan setakat ini rahsia kita belum bocor. Hopefully everything goes well. Kalau Uncle Effendy ingat semua orang akan ikut telunjuk dia, sorry lah. Ja ada plan sendiri.”

“ Papa doakan semuanya selamat. Walaupun pernikahan Redza dengan Elly hanya di atas siekeping kertas tapi Redza tetap ada tanggungjawab sebagai suami. I wish you all the best, my son.”

“ Betul Ja, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Bila dah lafaz ijab kabul depan kadi, sebagai suami, Ja wajib memberi nafkah zahir dan batin dan membimbing isteri ke jalan yang di redhai” nasihat Dr Aidil.

“ Insyaallah. Ja cuma terkilan dengan sikap keluarga Elly. Bukan senang bila ada pihak yang main kotor, Abang Aidil. “ Bulu romanya meremang bila Nurul memberitahu kisah Elly berjumpa dengan Nenda Suri. Segala yang berbuku dalam hati di luahkan pada bapa dan abang iparnya.

“ Abang akan minta ustaz di tahfiz  buat solat hajat dan baca Yasin 40. ja sendiri kena buat solat hajat. Ini sudah kes berat, ibarat melepas anjing tersepit. Ja nak tolong tapi dia pula yang nak aniaya kamu guna ilmu hitam. Nama saja orang educated dan high class tapi perangai… issyyy! Astaghfirullah” Dr Aidil menggeleng kepala.

“ Thanks. I need all the help I can get.  Ja nak ke gazebo, tengok Maira dan Qal main. “

“ Tengok Maira dan Qal atau tengok yang seorang lagi. Tak mengapa, Papa faham. Tadi masa makan sikit punya control. Tak sangka anak Papa boleh jadi  begitu sopan sampai takut nak jeling anak dara orang. Eh, isteri orang.” Mereka bertiga ketawa.

“Kena berlakun, Pa. Mama baik dengan Nurul, tapi kita tak tahu apa reaksi dia kalau rahsia terbongkar. I don’t want an atomic bomb explosion now. Uncle Effendy dan Elly dah cukup problematic.“

“ Betul cakap Ja. Kita jangan cari pasal. Pergilah Ja. Jangan buang masa kat sini” Dato Aminudin bergurau mengusir anaknya. Masa bersama Nurul terlampau berharga. Bukan mudah nak berjumpa dengan Nurul tanpa merumitkan keadaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2013 01:14 AM | Show all posts
“ Auntie! I want to go to the toilet” Petah Humaira berbicara. Slanga Amerika sudah sebati dengan lidahnya walaupun dia cuma berada di sana selama enam bulan. Kanak kanak memang cepat menangkap sesuatu yang baru. Nasib baik Humaira dan Haiqal tak lupa bahasa ibunda.

“ Auntie? I am not your auntie, I am your teacher” Nurul membuat muka garang sambil mencekak pinggang.

“ Oh, sorry, teacher” Humaira membetulkan kesilapan. Adiknya Haiqal ketawa mengekek sambil menuding jari pada si kakak. Keduanya kalau tak saling menyakat memang tak sah. Bila Redza berdehem, mereka pantas menoleh.

“ Uncle ! Come and join our game. Uncle nak jadi apa?”

“ Uncle nak jadi principal” balas Redza selamba

Haiqal membuat muka pelik ” Apa tu?”

“ Principal  sama dengan headmaster. Melayu cakap Guru Besar. Teacher punya boss”

“ Ooooooh….” Serentak mereka menyebut huruf yang panjang enam harakat. Nurul ketawa. Keletah mereka memang buat orang tak kering gusi. Comel tak hengat!

“ Mr Headmaster, have you met our teacher?” tanya Izreen.

“ No, I don’t know her. What is your name? I am Redza. ” Tangan kanan di hulurkan. Nurul mengerling pada Redza. Eh..eh… mengada lah.

“ I am Nurul. Nice to meet you Encik Redza” Salam di sambut.

“ I am very happy to meet you too. You look very hot today ” Redza mengenyit mata. Belum apa lagi nak kena saman sebab sexual harassment

" Teacher look very hot? Mana ada ? Teacher tak berpeluh pun?" Haiqal menggaru kepala

" I'm sorry. I mean to say, teacher is very pretty today" Redza membetulkan ayatnya.

" Okay. Baru lah betul. Apa lah Uncle Ja... eh, headmaster ni"

“ Mr Headmaster, where are you going to sit?” soal Humaira

“ I will sit next to the teacher” Redza menarik sila sebelah Nurul. Macam tengah bersanding pula. Nurul bersimpuh lendit. Hujung tudung nya yang menari nari di belai angin di betulkan.

“ Excuse me,  sir, aren’t you supposed to sit in your own office? Its over there” tegur Nurul  seraya menunjuk ke buaian  kayu di sebelah gazebo.

Huk eleh… buat lawak pula pula bini aku ni. “ I am the boss so I will sit anywhere I like” balas Redza sambil menginjak lebih dekat.

“ Teacher dengan Headmaster ni banyak cakap. No talking in class.” Haiqal meletak jari ke bibir. Nurul terpaksa menahan tawa yang hampir meletus.

“Cukuplah lah. Kita nak main classroom.” Humaira mengomel.

“ Okay, let’s play a game. What game would you like to play?”

“ Pukul berapa Datuk Harimau?!” jerit Humaira. Baguslah anak dara Kak Alia ini, bisik hati Nurul. Permainan Melayu tetap tak di lupa walaupun ada Playstation, Ipad dan lain lain gadget.

“ Cina buta” kata Izreen

“  Tak best!  Polis sentry lah” laung Redza pula. Hmm… memang aku dah target siapa akan ku tangkap.

Akhirnya," Pukul berapa Datuk Harimau?" menjadi pilihan dan Redza di nobatkan sebagai Datuk Harimau.  Nurul yang memakai seluar palazzo tidak boleh lari pantas dan terus di cengkam Datuk Harimau. Lengannya di paut erat. Bila lagi nak ambil kesempatan? Susah nak cari peluang melepaskan rindu dendam.

“ AUUMMM! Datuk Harimau lapar! Datuk Harimau nak makan awak!” acah Redza sambil berpura pura menggigit Nurul.
Nurul meleraikan diri dengan muka merah. Malunya!  Tak senonoh punya Uncle!

“ Janganlah! Uncle jahat! Kesian Auntie Nurul!” jerit Haiqal dan Humaira

“ Okay, Teacher dah kena tangkap. Kita main game lain pula. “ putus Izreen. Kalau di biarkan abang aku ni, entah apa adegan kurang sopan boleh tercetus.

Haiqal terus mengadu letih dan haus. Mana tidaknya, cuaca tengahari agak panas walaupun mereka berada di gazebo yang di lindungi pohon merimbun. Mereka semua sedang beratur masuk ke rumah bila Redza  mendapat panggilan telefon.  Nurul dan Izreen terus ke dapur untuk menyediakan minuman.

“ Kak Yuyu tidur lah di sini malam ni. Besok kak Yuyu boleh pergi kerja dari sini, tak jauh pun ke butik.” Usul Izreen.

“ Tak mengapalah. Petang nanti akak kena pergi fitting baju untuk majlis Elly. Lepas itu akak terus balik ke rumah.” Ketulan ais di letak dalam jag berisi sirap dan di kacau.

“ Macam mana akak boleh se kuat ini? Kalau Reen di tempat Kak Yuyu, mesti Reen dah belasah Elly. By the way, I don’t like her. Dia manja sangat, tak padan dengan umur. Semua orang kena ikut cakap dia. Mama pun dah mula bengang.”

“ Memanglah Elly manja sebab dia anak tunggal tapi  dia baik hati. Dia sebenarnya seorang yang insecure dan punya low self esteem. Uncle Effendy dan Auntie Lily jarang luangkan masa bersama Elly dan dia sunyi. Sejak dulu  Elly turut setiap permintaan Uncle dan Auntie sebab nakkan kasih sayang mereka. I feel sorry for her. Dia tak ramai kawan, percintaan dia semua gagal. Duit banyak, tapi tak dapat kasih sayang dan kebahagiaan. ” Itulah hakikat sebenar. Aku tak  membenci Elly walaupun dia akan jadi madu aku. Tapi yang buat darah aku mendidih, dia tergamak nak bomohkan Redza! Itu aku tak boleh terima!

Alia masuk ke dapur ketika mereka berdua sedang berbual. Nurul segera mengunci mulut. Walaupun Alia makin rapat dengannya tapi dia masih segan dengan kakak iparnya. Alia agak serius berbanding Izreen yang lebih terbuka dan sekepala dengannya.

“ How’s Mama?” tanya Izreen. Selepas makan tengahari, Datin Wan Hamidah naik ke bilik untuk berehat.

“ She’s okay cuma penat sikit sebab masak soto tadi. Tapi dia seronok dapat makan beramai ramai. Dah lama dia tak makan dengan berselera macam tadi. Dia suka bila Yuyu layan dia.“

“ Ya kah? Eh, tak adalah Kak Alia. “ tukas Nurul sambil mengelap tangan yang basah pada tuala yang tersangkut di dinding.

“ Betul. Banyak kali dia sebut kat akak. Sebelum Yuyu balik, naik lah ke bilik jumpa Mama. Ada benda dia nak cakap kat Yuyu”

“ Apa dia? Auntie… Datin… tahu pasal saya dengan…” Kalau begitu, baik aku angkat kaki sekarang. Kalau tak, mungkin kaki Datin naik ke badan aku.

“ Jangan risau lah. Kalau Mama tahu pun, rasanya dia akan tepuk tangan dan menari salsa. Mama pun dah fed up dengan Elly yang “ hangin” tak tentu pasal. Agaknya dia baru sedar yang dia dah tersalah pilih menantu”  sampuk Izreen.

Pelik betul perangai ‘mak mertua gelap’ aku ni? Nak jumpa aku pasal apa pula? Nak sedekahkan harta pada anak yatim? Apa apa sajalah, janji dia tak tahu rahsia aku dan Redza.

Izreen mengatur mangkuk dan tumbler Tupperware berwarna merah, biru dan kuning bersama jag air sirap atas dulang sementara Nurul mengambil sekotak aiskrim perisa strawberi Baskin Robbins  dari peti ais. Mem dan Tuan Kecil sudah mula bising dari bilik TV meminta minuman. Ketika mereka melangkah keluar dari dapur, terdengar suara Redza berbual di telefon. Walaupun cuma sempat mendengar ayat terakhir Redza, Nurul rasa tak sedap hati. Saspen!

“ Okay, Inspektor, saya akan bantu setakat yang mampu. See you soon.”

Redza berpaling ke arah mereka. Di wajahnya terpamir pelbagai emosi; marah, risau dan konfius. Tidak pernah Nurul melihat Redza serabut begini.

“ Abang? Who was that? What’s happening?” desak Izreen sambil menggoncang lengan abangnya.

“ Tak ada apa. Just a small problem with one of the models in our ad. Abang kena ke balai polis sekarang untuk bagi statement. Ecah, jangan risau. I will tell you everything later. Tapi Ecah kena pergi ke butik dengan Mike dan jumpa Elly di sana. Jangan cerita apa apa pasal Abang. I will call her and make up some excuse.” Redza bergegas meninggalkan rumah. Tak sampai beberapa saat , enjin kereta Range Rover di hidupkan. Selang beberapa minit kemudian, Honda CRV kepunyaan Mike pula memasuki pagar.
Last edited by sang_arjuna on 25-5-2013 01:17 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053828 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list