Dikatakan 'klon' Mira Filzah, Tracie sudah lali
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Tracie mahu membahagiakan keluarga sebelum memikirkan mengenai diri sendiri termasuk mendirikan rumah tangga. Foto NSTP Ahmad Ukasyah
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Memiliki wajah yang dikatakan seiras, Tracie Sinidol semakin lali dikaitkan dengan Mira Filzah, namun, menafikan dakwaan konon menumpang populariti aktres popular itu. Tracie yang menjadi teraju utama drama Luruhnya Bunga Cinta 2 yang ditayangkan di slot Akasia TV3, sebaliknya cuba mencipta nama sendiri dan membuktikan bakat sebagai pelakon. "Sudah banyak kali beritahu bahawa saya cuba berdiri dengan nama sendiri. Sebab itu, saya ikuti sesi uji bakat supaya dapat tonjolkan keupayaan diri. "Saya pernah terdengar orang cakap saya mahu tumpang populariti Mira, tetapi, tidak. Saya mahu cipta nama atas kebolehan sendiri," katanya pada sesi ramah mesra bersama peminat drama Luruhnya Bunga Cinta 2 di sini, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai drama Luruhnya Bunga Cinta 2, Tracie mengakui menghadapi kesukaran menangis pada awal penggambaran. Namun, katanya, dengan tunjuk ajar pengarah, Muhammad Riza Baharuddin, Tracie dapat menjiwai watak Nuha sehingga mampu menitiskan air mata dengan membaca skrip.
Dengan bantuan pelakon lama seperti Laila Nasir dan membayangkan diri saya yang jauh dari keluarga, sarat dengan kesedihan dan kerinduan, akhirnya saya berjaya menghayati watak itu," katanya. Menyentuh kisah peribadi, Tracie yang lahir daripada program pencarian bakat Dewi Remaja 2021/2022 belum terfikir menamatkan zaman bujang. Tracie mahu membahagiakan keluarga sebelum memikirkan mengenai diri sendiri. "Saya masih muda, fokus saya sekarang untuk kerjaya. Niat saya ingin banggakan keluarga dan beri keluarga rasa kehidupan yang bagus. "Saya juga tidak pernah meletakkan sasaran bila mahu berkahwin. Jika saya sukakan seseorang, saya suka fikir ke depan. "Apabila berkawan fokus tentulah untuk berkahwin. Namun, seperti saya katakan, fokus saya sekarang adalah pada kerja," katanya. Luruhnya Bunga Cinta 2 mengisahkan perjalanan cinta yang penuh liku antara Nuh lakonan Redza Rosli dan Nuha (Tracie) yang dihimpit cabaran.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1325884/dikatakan-klon-mira-filzah-tracie-sudah-lali
|