|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
tg lokman ni sape ek? dia nak dekat hanim ker just jd pelindung hanim jer?
Hana.. cpt smbg lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
jgnlah smpai bercerai...cian amar... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin itu yg terbaik untuk mereka....
kita doakan sja |
|
|
|
|
|
|
|
klu bolah tak mo la hanim cerai ngan izad.. cian amar nti...
just bg pengajaran kat izad utk dia appreciate hanim... |
|
|
|
|
|
|
|
lama sgt stop, blur jap...
manalah linda menghilangkan diri..... :cry::cry: |
|
|
|
|
|
|
|
baru Aizad tahu... Hanim kena strong buat apa nak makan hati hidup ngan Aizad.... |
|
|
|
|
|
|
|
x ada lg ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
aizad mengeluh, permintaan Hanim amat sukar untuk dia tunaikan. Sebaik bibir itu menuturkan katakata itu Aizad rasa bagaikan separuh nyawanya melayang. Sakit yang teramat. Tak mungkin untuk dia lepaskan Hanim.
Ya, mungkin ramai yang mengatakan dia mementingkan diri sendiri namun dia tak boleh melepaskan Hanim. Malah kemesraan Hanim dengan Zahir juga buatkan hatinya tidak enak. Makin dilarang makin galak pula Zahir berjumpa Hanim. Amarannya agar menjauhi Hanim dibiarkan sahaja Zahir. Tercabar maruah dan egonya sebagai seorang lelaki dan suami.
Kini terdengar pula gosip kemesraan Hanim dengan majikannya Tengku Lukman. Bukan Aizad tidak tahu reputasi lelaki itu dengan kaum wanita. Lelaki itu pasti akan dapat mana-mana perempuan yang dia inginkan. Itu lagi merisaukan. Ancaman yang sangat besar berbanding Zahir.
Papa Cuma menasihatkan dia bersabar. Jangan ikutkan perasaan. Ikut sahaja rentak Hanim. menurut papa Hanim takkan bertindak jauh. Mungkin Hanim hanya ingin balas demdam pada dia. Jadi dia ikutkan sahaja rentak Hanim asalkan tidak melampai batas. Sekurang-kurangnya kata mama dan kak Tipah, Hanim sekarang makin gembira dan bersemangat. Wajah itu juga makin ceria. Aizad mengeluh lagi. Entah bila dia mampu bersabar dan entah apa kesudahan perkahwinan mereka…
……………………………………………………………………………………………………….
Hanim merenung jauh. Sudah beberapa hari berlalu. Hubungan mereka makin sepi. Makin dingin. Sejak permintaan Aizad dan syarat yang dia kenakan, lelaki itu makin menyepi. Entah apa kesudahan hubungan mereka. Hanim makin letih untuk memikirkannya.
Kerja yang menimbun juga dibiarkan sahaja. Tidak ada semangat untuk bekerja. Malas dan letih dengan pelbagai persoalan dan masaalah yang tak kungjung tiba. Malah dia tahu pandangan sinis sesetengah pekerja syarikat itu padanya.
“Awak Hanim?” tibatiba satu suara mengejutkan Hanim dari lamunannya. Pantas matanya terarah pada wanita anggun yang berdiri dihadapannya. Wanita itu merenungnya tajam. Riak wajah wanita itu berubah sebaik pandangan mereka berlabuh.
“Ya, boleh saya tahu siapa Puan?” Hanim bertanya. Rasanya dia tak pernah melihat atau mengenali wanita anggun dihadapannya. Cantik walaupun sudah berumur. Rasanya sebaya dengan mama.
“Bukan Puan, Aku Tengku Zahara, panggil aku Tengku Ara. Bonda Tengku Lukman,” Tengku Zahara bersuara dingin. Wajahnya langsung tiada kemesraan. Berkerut dahi Hanim melihat wanita sombong dihadapannya itu. Cantik tapi sombong betul. Mentang-mentang depan nama dia ada Tengku… Hanim merungut sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanim.. kena serang lagi.... kesian nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
“Ada apa Puan Opps Tengku datang ke sini? Nak jumpa Tengku Lukman ke? Tengku Lukman tak de sekarang,” soal Hanim.
“Tak, aku nak jumpa kau,” balas Tengku Ara. Angkuh kedengaran suaranya. Berkerut dahi Hanim. Jumpa dia? Tapi kenapa?
“Jumpa saya? Kenapa?” soal Hanim.
“Aku tak suka kau jalinkan hubungan dengan anak aku. Hanya Tengku Nellysa sahaja yang layak jadi menantu aku. Kau tak layak. Cakap berapa kau nak untuk tinggalkan anak aku?”
“Erk... rasanya Tengku dah salah faham. Hubungan Saya dan Tengku Lukman hanya sebagai majikan dan pekerja. Lagipun buat apa saya nak pikat Tengku Lukman? Saya dah kahwin pun. Mana boleh perempuan kahwin lebih dari satu. Lagi pun saya dah ada anak. Mana saya nak campak anak dan suami saya tu?” jawab Hanim.
“Apa maksud awak?” berkerut dahi Tengku Ara mendengar kata-kata Hanim itu.
“rasanya baik Tengku tanya anak Tengku dan orang yang menyebarkan khabar angin ni. Saya malas nak layan. Banyak lagi kerja saya. Maaf.” Hanim terus berlalu dari situ. Pergi toilet. Malas nak layan perempuan sombong dihadapannya itu. Buang masa je. Dah la kepala tengah serabut dengan masaalah.
Tengku Ara kaku di situ. Huh... tak sopan langsung. Dia terus beredar dari situ. Geram dengan gelagat Hanim. Dia ingat dia siapa. Namun wajah itu mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang telah lama dia lupakan. Seseorang yang tidak ingin dia ingati atau jumpa. Namun wajah itu, senyuman itu persis dia, dia yang menghantuinya. Rasa bersalah, sakit hati kesal dan segalanya berbaur.
Tengku Lukman melangkah tenang masuk ke pejabatnya. Terdengar bisikan-bisikan kecil dikalangan pekerjanya. Tak habis-habis bergosip. Langkahnya terhenti dihadapan Hanim yang langsung tak menyedari kehadirannya. Wanita itu hanya termenung di mejanya. Jarinya mengetuk meja dan ternyata Hanim nampak terkejut melihatnya. Aksi kalut Hanim mencetuskan tawa dibibirnya. Comel betul. |
|
|
|
|
|
|
|
tolong ler sambung cepat2... tak sanggup tunggu lama2.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak ada n3 br?x sbr nak bc smbgnya. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi...lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi..... sambung la panjang2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
“Tengku Luke ni kenapa? Suka kejut-kejutkan orang?” marah Hanim. dah lah mood tengah tak ok. Ada pula yang suka main sergah-sergah.
“Apa pulak, awak yang asyik berangan Puan Hanim, saya pula yang kena,” balas Tengku Lukman. Erk… Hanim terdiam. Aku yang salah ke?
“Kenapa ni? Masaalah apa lagi?” soal Tengku Lukman. Tak suka wajah manis itu bermuram durja.
“You lah, boleh tak Tengku Lukman jangan baik sangat dengan saya. Penat tau nak kena dengan sindiran orang dan lagi penat kalau asyik kena serang. Hari tu Nellysa hari ni mak Tengku Lukman pula. Bukannya saya nak pikat Tengku pun. Saya ni dah kahwin. Suami saya lagi hensome tau. Kenapa dia orang ni tak percaya. Takkanlah nak kena bawa anak dan laki saya tunjuk kat dia orang baru nak percaya…” bebel Hanim. geram.
Tengku Lukman terdiam mendengar kata-kata Hanim. Mummy serang Hanim? takkanlah kot… tapi boleh jadi jugak. Takkanlah Hanim nak fitnah mummy. Apa kes pula Hanim nak kenakan mummy.
“Mummy I serang Nim?” soal Tengku Lukman tak percaya. Hanim mengangguk. Sebal hatinya.
“Sorry K. Nanti I beritahu Mummy yang Hanim dan I tak ada apa-apa hubungan. Lagipun Nim kan dah macam adik I. I anak tunggal jadi I nak jadi abang Nim. Nak jadi guardian angel Nim. Sorry K. I promise benda ni tak akan jadi lagi malah I akan buat pengunguman yang Puan Hanim ni just my PA ok?” pujuk Tengku Lukman.
“OK… baguslah. Senang sikit hati Nim. Lagi pun Nim tak suka dengan gosip-gosip ni. Nim ni isteri orang. Menantu orang. Nim tak nak keluarga mentua Nim salah faham pula,” balas Hanim.
“Ok lah, I masuk office dulu. Siapkan kerja. Jangan mengelamun je. Nanti I potong gaji,” balas Tengku Lukman.
“Yes bos,” jawab Hanim sambil ketawa. |
|
|
|
|
|
|
|
tgku luke
tu abg tiri hanim ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|