no worry, orang macam dia dilaknat Allah :
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu orang yang paling jahat dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang suka mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih sayang, yang mencacatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat” [hadis riwayat Ahmad].
Rasulullah ﷺ telah mengumpamakan perbuatan mengadu domba ini seperti sihir, kerana tujuan dan natijahnya seperti perbuatan sihir yang merosakkan perhubungan dan menimbulkan permusuhan. Dosa mengadu domba sangatlah besar sehingga boleh membuatkan empunya diri mendapat balasan Allah ﷻ yang mengerikan:
i) Mendapat azab kubur [hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].
ii) Terhalang dari masuk syurga [hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]. |