|
aku nak bagi peluang kat ko, miko, n bunick jadik juara carta plak...
asyik2 aku jek...muak m ...
chengkeh Post at 1-10-2010 14:53
chengkeh... x pe.. aku dengan rela hati nak bagi ko pegang carta tu di tpt yg teratas sekali..
kalo ko nak pegang terus pun aku x kesah.. ehehehhehehhe.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! kaya raya gile imam muda ko..kalo mcm tu,aku nak suruh hijjaz amin t ...
mikoodette Post at 1-10-2010 08:01
ok je... jgn mintak free udah la... makan pasir kawan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
x de smbgn lg ke????
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunick !!!!
n3 ! n3 ! n3 ! |
|
|
|
|
|
|
|
amboi nyah, pg2 dh mintak n3
mak baru nk tuning blk mood menaip nih
br lps pekena lak ...
bunick Post at 4-10-2010 08:37
uiks!!! pepagi lagik dah pekena laksa????
menarik sungguh menu....
mestila....dah lama tau tak letak n3... |
|
|
|
|
|
|
|
nick... apa citer openg house korang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bunick at 5-10-2010 09:13
korang, sorry sebab lama dh xde n3
ini sebagai warming up dulu ye
Kia hanya memerhatikan keriangan Miko dan Chengkeh sebaik sahaja mereka berdua sampai dari kampung. Cara Miko dan Chengkeh bercerita macamlah dia dan Bunick tidak ada semasa kedua-dua majlis pertunangan itu berlangsung. Padahal dia dan Bunick turut sama berkejar dari rumah Chengkeh ke rumah Miko dua hari berturut-turut bagi meraikan majlis pertunangan itu.
“Eh, korang ni tak penat ke dok cerita benda sama je?” terluah juga ketidakpuasan hati Kia.
“Kauni kenapa Kia? Selalu kalau kami ulang siar cerita sampai beratus kali pun kau tak pernah kisah. Kau ada masalah ke?” Bunick mengalihkan pandangannya pada Kia yang sedang berteleku di meja makan.
“Aku okeylah. Korang tu ha, bercerita macam nak masuk pertandingan je.” Jawab Kia perlahan.
“Kia, kalau kau ada masalah ceritalah dengan kami. Mana tau kami boleh tolong selesaikan masalah kau tu,” celah Miko pula. “Lagipun kita ni kan satu rumah, sharing is caring maa…..”
“Aku pun tak tau nak cakap macam mana ni…” keluh Kia.
“Kau ada masalah dengan Jihad ke? Gaduh dengan dia?” Chengkeh tanya Kia yang sudah bersila di atas karpet.
“Jihad sebenarnya anak angkat, sebab tu dia rasa rendah diri dengan aku. Dia cakap, walaupun pada zahirnya dia nampak sempurna, ada kerjaya tetap, ada keluarga yang bahagia, tapi dia rasa kosong sebab dia tak pernah tau siapa mak ayah kandung dia. Dia takut kalau keluarga aku tau status dia yang sebenar, mereka tak akan terima dia jadi suami aku. Sebab tu dia macam tak confident nak kahwin dengan aku.” Luah Kia.
Ternganga Miko, Bunick dan Chengkeh bila dengar cerita Kia. Tak sangka Jihad Ikhmal yang kelihatan begitu tenang itu menyimpan sejarah duka di dalam hidupnya.
“Kia, aku rasa status Jihad tu tak penting asalkan korang berdua saling mencintai. Kau sayang dia ke tak? Kalau kau betul-betul sayangkan dia, siapa pun dia tak penting.” Ujar Miko yang sudah reda dari terkejut.
“Betul tu Kia, aku sokong pendapat Miko. Lagipun aku rasa tak ada cacat celanya ustaz handsome tu biarpun dia cuma anak angkat. Yang penting tahap keimanan dia, budi pekerti dia dan perasaan dia terhadap kau.” Bunick juga sependapat dengan Miko.
Belum sempat Chengkeh menguatkan hujah Bunick dan Miko, telefon Kia sudah menjerit nyaring minta dijawab. Dengan malas Kia mencapai telefon bimbitnya dan dahinya berkerut seribu bila melihat nama pemanggil di skrin.
“Assalamualaikum mak,” ucap Kia perlahan. Apa hal pulak mak aku tiba-tiba telefon ni.
“Kak Long, kenapa tak bagitau mak ada orang nak merisik Kak Long. Nasib baik mak tak kena heart attack tau!” Puan Salmah sudah berkicau dari negeri adat perpatih. “Puan Sri Azizah tu dah bawak cincin tanda untuk Kak Long ni.”
Membuntang mata Kia bila dengar kata-kata ibunya sebentar tadi. Jihad pergi merisik dia? Dan Kia langsung tidak tahu rombongan merisik Puan Sri Azizah kerumahnya pada hari ini. Merenek peluh di dahinya. Miko, Chengkeh dan Bunick kehairanan bila melihat Kia yang sudah mula menggelabah. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.
“Kak Long pun tak tau mak. Betul ni, Kak Long memang tak tahu apa-apa pun pasal ni.”
“Habis tu macam mana sekarang? Kak Long nak terima ke tak ni? Mak tengok Puan Sri Azizah tu macam berharap sangat.” Perlahan suara Puan Salmah menampan gegendang telinga Kia.
“Jihad ada sekali ke mak?” tanya Kia.
“Ada, dia dah cakap dah dengan ayah kamu tadi. Mak nampak dia macam budak baik je Kak Long, sejuk hati mak dengan ayah tengok dia. Dah lama kamu kenal dengan dia ni?” Puan Salmah terus mengorek rahsia Kia. Ye la, angin tidak ribut tidak, tiba-tiba sahaja ada rombongan dari Kuala Lumpur ingin menyunting puteri sulungnya itu.
“Dah lama jugak la mak, kami terjumpa kat surau masa solat terawih.”
“Alhamdulillah, mak dengar itu pun mak rasa lega. Lelaki ni kalau rajin solat di surau, Insyaallah boleh jadi suami yang baik. Kamu ni tak habis fikir lagi ke? Dah lama mereka tunggu tu.”
“Mak dengan ayah macam mana?”
“Kami ikut je pilihan kamu, lagipun Puan Sri cakap kalau kamu setuju, bulan depan terus nak langsung.”
“Hah?! Bulan depan mak? Diorang ni kenapa nak cepat sangat?” Terkejut Kia bila Puan Salmah bagitau Jihad terus nak kahwin bulan depan. Ingat kahwin olok-olok ke ni?
“Katanya Puan Sri nak ke Mekah lagi dua bulan, jadi sebelum dia ke sana dia nak langsung dulu la perkahwinan kamu berdua.”
“Kak Long ikut je mak.”
“Muktamad ni? Tak nak pakai talian hayat kamu yang tiga orang ke dulu?” usik Puan Salmah sambil tergelak kecil.
“Talian hayat Kak Long ni dah nganga kat depan Kak Long ni mak. Tapi Kak Long rasa diorang pun setuju. Tak payah tanya-tanya dah.”
“Muktamad ni?”
“Ye mak, Kak Long kunci lirik ini.” Kia mengekek-ngekek ketawa.
“Kalau macam tu, senanglah hati mak. Mak nak letak dah ni, kesian mereka dok tunggu dari tadi lagi. Kirim salam dekat talian hayat kamu bertiga tu.”
“Ye lah mak, kirim salam ayah jugak.” Kia menghela nafas panjang selepas mematikan talian.
Miko, Bunick dan Chengkeh menagih penjelasan lanjut dari Kia. Masing-masing tidak berganjak dari mengelilingi Kia.
“Jihad pergi merisik aku dan aku dah suruh mak aku terima je. Lagi sebulan kami kahwin.” Senafas je Kia bagitau budak bertiga tu.
“Betul ni Kia?” Miko seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Tadi je baru Kia bercerita pasal Jihad yang seakan menyerah kalah lantaran statusnya yang tidak diketahui asal usul. Dan sekarang Kia bagitau Jihad dah merisik dia.
“Wah,pantas sungguh Jihad bertindak. Nah, kan dah terbukti yang dia memang sayangkan kau. Tahniah Kia.” Bunick menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Kia.
“Maknanya kau kahwin dulu la dari kami yang dah bertunang ni?” Chengkeh buat muka kat Kia. “Gelojoh betul ustaz handsome tu.”
Bunick dan Miko dah gelak besar bila dengar ayat Chengkeh, Kia pulak tarik muka empat belas.
“Huh, dengki la tu sebab aku kahwin dulu.”
“Hish,mana ada. Kitaorang sedia berbakti untuk kenduri kahwin Kak Long ni.” Ketiga-tiga anak dara itu berdiri dan memberi tabik hormat kepada Kia.
“Macam-macamlah korang ni…” Kia tersenyum bahagia. Tak sangka Jihad begitu nekad merisiknya. Ya Allah, kau mudahkanlah urusan kami ini….. |
|
|
|
|
|
|
|
bunick lagik bunick...
ko nagn alex apa cete neh??? |
|
|
|
|
|
|
|
nick... apa citer openg house korang???
Kia_picanto Post at 4-10-2010 22:48
best tapi kesian sama itu bunick...
kepenatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
best tapi kesian sama itu bunick...
kepenatan....
chengkeh Post at 5-10-2010 09:00
apa cer ngan maid yg diupah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|