CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 17-11-2009 11:21 AM | Show all posts
Suma yang ada tuan "akan" ikut apa yang disuruh (oleh tuannya)

Polong hanya melakukan kerja kemusnahan.
Hanturaya melakukan kerja membantu tuannya.(seperti pengawal kemudaratan, pertanian dan sosial)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 02:41 PM | Show all posts
saya dah emel tok berlagak n cerita sikit2 pasal saya n mintak no phone dia,ptg tu gak dia rely bagi phone no ... lepas beberapa hari baru saya berani call tok berlagak,cakap tapi macam line x berapa clear sangat..dia suruh saya sediakan limau n air 4 botol... saya dah sediakan barang2 tu tapi tah kenapa asyik tertangguh jer nak kol tok ni....harap arini boleh kol dia....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:56 PM | Show all posts
baguslahh, kita berusaha ke arah kesempurnaan... kata2 tenangjeer memang best... sungguh berilmu... bertambah lagi ilmu hari nihh... heheh... TQ again..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:17 PM | Show all posts
sy pn nk join gak bang edy. menarik ni lepak minum2 tnya2 aper yg patut. agk2 bila tu tarikh sebenarnya bleh turun kl ni. best3x.....  
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 04:00 PM | Show all posts
ni yg sy hairan sikit mengenai org kita...bila perawat alternatif mengenakan sedikit bayaran, maka kita katakan dia jual ilmu Allah tetapi jika doktor kenakan bayaran...tiada yg katakan doktor jual i ...
TenangJeeer Post at 16-11-2009 23:57


setuju...tapi nilai yg dikenakan patutnya berpatutan dan semua mampu la..sbb tu selalu perawat kata , kalau nak bayar seikhlas hati...tak letak harga..yg letak harga tu..tak tau la..camno depa kira....tapi org kaya raya yg gi merawat..bg kat perawat seikhlas hati kononnya dgn nilai RM5- 10..tak patut la kan....lps perawat berhempas pulas rawat pesakit,bukan nyawa pesakit je terancam, nyawa perawat dan keluarga pun turut terancam sama.. tak berpatutan la kan....tapi kalau kes serius..tak mampu bayar...rasanya silap2..perawat tak minta apa2 pun...ikhlas menolong kerana Allah...tak tau la kalau perawat tu kejam nak charge ratus2 gak....tanpa tgk background pesakit tu...wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 06:33 PM | Show all posts
Salam,
Terlintas di sini, izinkan saya memberi perspektif dr sudut yg lain. Supaya kita boleh merungkai kerumitan secara back to the basic.
Pada pembuka topic – alangkah baiknya jika pertanyaan/pendapat yang diminta itu dituju kepadaNya..gunakanlah istikharah. Sebab tiap insan ada kawannya dan ada lawannya. Jika yg ditanya kawannya, replynya mesti ok. Kalau tertanya lawannya, replynya mesti x ok. Last2 kita sendiri yang lagi keliru.
Pada hambadia – memang niat kamu bagus. Tapi cabaran perawat itu bukan mudah. Musuh no 1 yg nyata bagi kita semua itu pun berilmu tinggi. Doanya pun banyak terkabul. Hatta doa diminta umor panjang pun terkabul. Dan dia tidak akan/dapat melaksana helah/sakit/kemalangan kecuali bila selepas doanya terkabul. Dan tugas kita pula, berdoa untuk dijauhkan dari kejahatan musuh kita itu. Dan apabila kita lalai/dosa/kaffarah atau memang kita telah berdoa tetapi Allah nak menguji kita bagi menaikkan makam kita, nak tak nak kita kena lalui juga dengan sabar. Jadi sebagai perawat katakan pesakit yang datang itu takdirNya hendak menaikkan makam pesakit itu setaraf dengan nabi Ayub ( 7 tahun penderitaannya , iblis berdoa padaNya untuk menguji kesabaran Nabi Ayub), kita mengubat dari hari pertama, 5/6 tahun berulang-ulang tak juga sembuh, kita yg merawat ini pun dah tak tau nak rasa/kata macammana. Yg kita boleh buat ialah sabar dan menyabarkan pesakit. Katakan tiap minggu kita kena mengubat/melawat, apakah tahap sabar kita bila kos/masa perjalanan yang diperlukan memang tinggi..
Bagaimana pula kalau kita memang diberi kelebihan tahap tinggi pada suatu jenis penyakit itu, memang cara kita buat itu nampak mudah je ( susahnya cara kita orang tak nampak ), orang bertumpu sampai 24jam, hendak pula kita secara percuma, apakah tahap sabar kita masa itu..
Jadi, point dia, samada kita diuji sebagai pesakit ke (memang nampak teruk la), atau kita diuji sebagai perawat ke ( nampak macam mudah, tapi tak juga, kecuali kita sembunyi kuku dan org tak tahu), memang memerlukan kesabaran..
Kalau doa kamu tercapai, akan suatu masa nnt kamu akan terfikir semula soalan ini; masa aku sakit memang la susah, tp bila aku dah bole merawat pun susah jugak ya..sabar sabar. Ramai perawat yg tak lulus ujian ini. Dan semua perawat2 yg berkebolehan itu memang dia orang sendiri dah rasa ujian/sakit tu.
Jadi mana arah tuju kita. Satu, tak payah lah banyak bertekak, compliment lah each other yang dah ada merit dengan kepakaran masing2. Sampai kita semua boleh sampai tahap tinggi sama2 dan boleh backup/gilir satu sama lain, takde lah hectic sangat hidup perawat. Dua, mana yang berkelebihan dari segi lain, harta ke, facility ke, support lah industry tempatan. Adakan tempat dan tabungan untuk yang berkebolehan ini membantu pesakit2 yang serba kekurangan. Tiga, yang tiada apa2 kecuali masa, sumbanglah masa dan tenaga membantu perawat sambil belajar.
Tanyalah diri, apa sumbangan kita untuk membantu pesakit/perawat khususnya yg kita tidak kenali. Mengapa kita pula yang mempersoalkan keikhlasan perawat. Bukankah sharing is caring.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2009 09:58 PM | Show all posts
dapat lagi ilmu terima kasihh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:26 PM | Show all posts
smalah ngan sy. makacih bnyk2. untung gak aku masuk sini bnyk info dpt.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 11:38 PM | Show all posts
"Tanyalah diri, apa sumbangan kita untuk membantu pesakit/perawat khususnya yg kita tidak kenali..."

ni soklan cepu mas nih..
anibedi, answer plsssss..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 08:48 AM | Show all posts
429# halimi78

secara jujurnya.. bila bc kisah2 kat sini..mana yg teraniaya tu.. saya cuma boleh bg pandangan serta doa agar segala yg perit akan berlalu pergi. Kepada perawat.. moga Allah memberkati dan merahmati segala niat suci dan usaha anda untuk merawat pesakit dgn penuh kesabaran. Moga Allah membalas kebaikan anda dengan kebaikan dariNYA jua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 06:38 PM | Show all posts
417# TenangJeeer

betullah....perawat jugak mempetaruhkan nyawa....
sorang perawat abg ipar saya pengsan bila kena serangan "suruhan" tok moh.
kata dia....nilah kali pertama benda ni terjadi sepjg dia jd perawat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:08 PM | Show all posts
semalam baca buku kisah siksa kubur...antara golongan yg terselamat dari siksa/fitnah kubur ialah orang yang menolong orang yg teraniaya..saya kira mereka yg terkena ilmu2 makhluk halus ni org2 teraniaya kalau ada yg sudi menolong tu kira pahala besar buat perawat tu insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:38 PM | Show all posts
431# Mas916

serang menyerang amalan mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:51 PM | Show all posts
Salam,
Terlintas di sini, izinkan saya memberi perspektif dr sudut yg lain. Supaya kita boleh merungkai kerumitan secara back to the basic.
Pada pembuka topic – alangkah baiknya jika pertanyaan/pen ...
ra1s Post at 18-11-2009 18:33


Jadi sebagai perawat katakan pesakit yang datang itu takdirNya hendakmenaikkan makam pesakit itu setaraf dengan nabi Ayub ( 7 tahunpenderitaannya ,

Nabi Illiasa' a.s - 1000 tahun penderitaan hingga tinggal hati dan tulang ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 01:08 PM | Show all posts
seribu thn...
sy yg sethn lebih teruji ni pun rasa bgi terlalu lm nak menanti semua masalah tu pergi...
Terimakasih atas maklumat tu... sekurangnya sy perlu tanam dlm hati.. lama mana sy alami masalah.. ada yg alami lebih lama lagi... teruk mana pun masalah saya.. ada org yg alami lebih teruk lagi...

Ya Allah... kuatkanla Iman ku.. kuatkanla semangat ku
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:19 AM | Show all posts
setuju...tapi nilai yg dikenakan patutnya berpatutan dan semua mampu la..sbb tu selalu perawat kata , kalau nak bayar seikhlas hati...tak letak harga..yg letak harga tu..tak tau la..camno depa kir ...
linamys Post at 17-11-2009 16:00



Salam,

Menyentuh tentang bayaran nie memang suatu isu yang sangat SENSITIF...ye lah mesti ikhlas kata orang semua.
Tapi perlu kita fikirkan akan kerja buat yang telah Perawat lakukan terhadap pesakit sebagai ikhtiar. Kadang-kadang makan masa yang lama sampai 2-3jam. ( Perawat Solo ) Merawat sejam dua je tapi sesi penerangan dan soal-jawab,,,peh kena puaskan hati pesakit dan keluarga.

Saya cadangkan sebelum mula untuk dirawat tanyalah Perawat akan bayaran yang dikenakan. Kalau ikhlas katanya, Alhamdulillah. Bagilah berapa yang kita mampu dengan mengambil kira kerja buat Perawat itu.
Sekiranya dia meletakkan harga kalau kita mampu ON ajelah. Tapi kalau sebaliknya runding dulu atau tarik diri.

Banyak lagi Perawat lain di luar sanaaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2009 08:58 PM | Show all posts
Untuk mengenakan kos perawatan yang sebegini tetap adalah agak payah.
Cara perawatan pelbagai dan tiada standard piawaian.

Lagian pasti ada yang akan menyalahgunakan untuk mendapat pendapatan mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 10:21 PM | Show all posts
Salam,

Menyentuh tentang bayaran nie memang suatu isu yang sangat SENSITIF...ye lah mesti ikhlas kata orang semua.
Tapi perlu kita fikirkan akan kerja buat yang telah Perawat lakukan terhada ...
Kor_Risik Post at 21-11-2009 11:19

setuju benar....tapi kita pi klinik pun tak tahu lagi berapa kena bayar...lepas ambil ubat baru la tahu...jika mahalpun senyap je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 10:46 PM | Show all posts
Aku pun nak tau tentang mengenakan bayaran untuk tujuan apa?
Kalau lah sekiranya keluarga pesakit yang datang dan menjemput perawat.
Andainya makan dan minum serta layanan diberi ( walaupun ala kadar)
Kiranya semua peralatan atau media(barangan) di adakan.
Kepercayaan sepenuhnya disanggupi.
dan jika sembuh mempereratkan lagi silaturrahim.?

Adakah masa yang digunakan perlu pembayaran?
Adakah kehadiran mereka meminta bantuan harus dibayar dengan material?
Adakah pembelajaran perawatan menggunakan kos yang tinggi?
adakah perawat sengaja mempelajari akan perawatan kerana ianya adalah salah satu punca rezeki dan itulah sesatunya punca rezeki?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 06:50 AM | Show all posts
salam semua forumer, semoga sentiasa diberkati Allah s.w.t

nampaknya isu bayaran masih lagi diperbincangan, jika dilihat pada posting saya tempoh hari mengenai isu bayaran, telah saya jelaskan itu adalah pandangan peribadi saya. dan saya tidak berniat nak berdebat. tetapi oleh kerana ia kelihatan tidak puas hati pada saudara tenangdeer...maka izinkan saya memberi sedikit komen.

isu skang ialah patutkah seorang ustaz meletakkan harga tertentu, bukannya perlukan bayar upah atau tidak. fisrt, kita faham dulu isunya. saya mengatakan bahawa memberikan bayaran atau upah secara ikhlas tanpa ditetapkan oleh perawat. saya tidak kata perawat tak boleh terima upah.

saudara tenangdeer memberi contoh kenapa doktor merawat dan kenakan bayaran kita tak komplen....tapi bila perawat / ustaz pula kita nak komplen. untuk menjawap soalan ini biar saya katakan, contoh itu tidak relevan pun sebab seorang doktor yg kita tahu adalah seorang individual yg merawat secara moden, tidak ada bacaan jampi dan dia kita lihat sebagai seorang yg mempunyai ilmu kedoktoran daripada kepandaian otaknya. ia tidak melibatkan samada dia ini beriman ke tidak. maka lumrahnya kita bayar apa saja harga yg ditetapkan.

sekarang kita lihat pula seorang ustaz, kita biasanya melihat dia adalah seorang yg beriman dan taat serta banyak ilmu agama (sbb tu kita gelar ustaz). jadi apabila kita kenali dia sebagai seorang yg taat dan berilmu, kita tahu bahawa seorang yg taat pada agama tentu dia faham bahawa membantu seseorang yg dianiaya adalah suruhan tuhan, dan dia sepatutnya ada rasa tanggungjawap untuk membantu secara ikhlas tanpa harapkan balasan dari org yg dianiaya dan dia hanya menharapkan pahala dan keredaan Allah semata. jadi dalam hal ini, membantu org dalam kesusahan bukankah suruhan tuhan? maka itulah sepatutnya dia tidak letakkan bayaran, " kalau nak ubat rm300, kalau tak maaf saya tidak dapat buat apa". inilah maksud saya.....terima upah boleh saja sebab ada hadisnya. tapi material bukanlah sebab utama untuk dia memutuskan untuk merawat atau tidak.

memang saya tak nafikan, apabila ustaz merawat, mungkin dia juga diserang oleh tok moh, tapi adakah dia meletakkan harga kerana faktor keselamatan diri?? maksudnya lagi teruk dan kuat tok moh, maka lagi tinggilah bayarannya gitu?? merawat nie adalah fardu kifayah, apabila sesorang dengan rela menjadi perawat.....semua kemungkinan ini dia seharusnya bersedia dan sedia maklum.

ada juga mengatakan kos dan perawat pun kena tanggung anak bini. memang betul, tapi takan atas sebab itu nak letak harga, bukankah seorang ustaz tu sedar bahawa apabila kita melakukan kebaikan dan kebajikan kerana Allah taala....bukankah rezeki datangnya dari Allah jua?? apakah dengan sedekah ikhlas dari pesakit (tanpa ditetapkan harga) dia tak dapat hidup??? mungkin dengan sedekah ikhlas dari pesakit dia akan dapat lebih dan rezekinya melimpah ruah. sebagai seorang yg berilmu tentu tahu jika keberkatan dari pemberian upah yg ikhlas adalah lebih berkat dari pemberian yg ditetapkan kerana pesakit terpaksa dalam keadaan darurat.

sebagai seorang yg beriman dan berilmu tinggi....membantu sesama hamba Allah sepatutnya menjadi keutamaannya dan ada rasa tanggungjawap bahwa itu adalah suruhan agama juga. bayaran adalah soal nombor dua.

pesakit biasanya insyallah tetap akan bayar juga upah walaupun perawat tak minta. pesakit jika berkemampuan bayarlah ikut kerja yg telah perawat lakukan.....contoh kalau perawat berubat sehingga 2-3 jam, datang dari jauh.....jgn pula bayar rm5 saje...tak patutlah kan.... berpada padalah.  

jika pesakit dtg kepada perawat pula dari jauh dan tak berkemampuan, perawat ubatkan la juga atas rasa simpati...jgn pula tolak jika pesakit tak mampu dgn harga ditetapkan. give and take la gitu. Ustaz tak sepatutnya menjadinya seperti perniagaan, mesti nak untung.

akhir sekali, harap kita semua faham perbezaan doktor dan ustaz ye. seorang doktor mungkin akan biarkan pesakitnya mati dan derita jika harga rawatan tidak dipenuhi. tetapi seorang ustaz yg sejati, akan tetap merawat pesakitnya dengan ikhlas walaupun pesakit tak mampu.....serangan tok moh ke....2-3 jam ke merawat....dia serahkan bulat bulat pada Allah..

jadi, sebelum saudara saudari beri komen....pastikan isu yg betul....iaitu perawat boleh terima upah (bukan tidak boleh) tetapi isunya upah tersebut bukanlah telah ditetapkan.
kalau ditetapkan contoh rm300, jika pesakit sembuh dan mampu....dia bayar rm 1,000 pun takder masalah asalkan dia ikhlas. terima laa tu rezeki Allah. tapi kalau ditetapkan rm300, jika pesakit tak mampu, janganlah jadi macam doktor...tak nak mengubati. kamu itu ustaz..!!!

sekian, sekali lagi..saya tidak bercadang nak berdebat....hanya pandangan peribadi dan pengalaman pahit yg lalu....kalau saya salah semoga Allah mengampuni saya.


oh ya..untuk info tambahan....isteri saya skang semakin sembuh...dan dah dapat keje. tapi masih lagi berubat di taman melati dengan seorang yg kita panggil tok ayah. baik orgnya......bayar ikhlas dan berbudi bahasa, tidak ada unsur unsur yg bertentangan dgn Islam. alhamdulillah setelah byk beribu ringgit dan begitu banyak masa dihabiskan, akhirnya Allah pertemukan jua dgn org yg ikhlas membantu.

Benar kata rdzaccess…..

Adakah masa yang digunakan perlu pembayaran?
Adakah kehadiran mereka meminta bantuan harus dibayar dengan material?
Adakah pembelajaran perawatan menggunakan kos yang tinggi?
adakah perawat sengaja mempelajari akan perawatan kerana ianya adalah salah satu punca rezeki dan itulah sesatunya punca rezeki?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055754 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list