CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal

[Copy link]
Post time 8-6-2011 02:56 AM | Show all posts

kalau ayat Quran itu sesuai denganmu, engkau bawa.

jika tidak sesuai dgnmu atau berlawanan dgn konsepmu, engkau kata Allah saja pentakwil.


adil lah sikit.wahai sirri kahfi.


تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ
45:6
Itulah Ayat-ayat Allah yang telah Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, Maka dengan Hadis yang manakah, Sesudah Allah &Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai?!! 45:6



Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 02:58 AM | Show all posts
A'uzubillah himinash syaitonirrojiim....

78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”


Itulah Ayat-ayat Allah yang telah Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, Maka dengan Hadis yang manakah, Sesudah Allah &Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai?!! 45:6
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:07 AM | Show all posts

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
3:95
Katakanlah: "Telah benarlah oleh ALLAH! Maka ikutilah oleh kamu akan anutan Ibrahim yang lurus! Dan bukanlah dia itu dari Orang-orang yang menyekutukan 3:95



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 8-6-2011 03:20

Reply 423# sirrikhafi
amaran Allah kepada atheis, yg bilamana sy katakan bahawa mereka tiada tempat dlm Quran, maka engkau bawakan ayat tiada paksaan dlm agama, ini antara jawapannya,


   A'uzubillah himinash syaitonirrojiim....


36:77. Sudahkah manusia merenungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.

36:78. Dan dia membuatkan bagi Kami suatu persamaan dan melupakan ciptaannya; dia berkata, "Siapakah yang menghidupkan tulang-tulang apabila ia sudah reput?"



3:114. Mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.


78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”


Itulah Ayat-ayat Allah yang telah Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, Maka dengan Hadis yang manakah, Sesudah Allah &Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai?!! 45:6



iam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:19 AM | Show all posts

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
2:256
Tiada Paksaan dalam Agama! 2:256



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:28 AM | Show all posts
Reply 425# sirrikhafi


maka, jikalau bukan secara takwilan,

dan secara zahiri dan akal,

maka ayat ini utk siapa,?

A'udzubillah himinash syaitonirrojiim,

78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Itulah Ayat-ayat Allah yang telah Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, Maka dengan Hadis yang manakah, Sesudah Allah &Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai?!! 45:6
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2011 03:31 AM | Show all posts

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
2:256
Tiada Paksaan dalam Agama! 2:256



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:37 AM | Show all posts
Reply 427# sirrikhafi


maka perhatikanlah wahai sirri kahfi,

seandainya tiada paksaan dlm agama,

maka tentulah si tidak percaya dlm ayat terakhir surah berita itu, tidak akan mengeluh.

pasti dia tidak akan diazab.

namun,

dia mengeluh, kerana mengetahui kesudahan buruk baginya, memilih sesuatu yg salah ketika hidup.


ini menunjukkan kefahaman Ahlussunnah wal jamaah bahawa tiada paksaan dlm agama itu bermaksud, di dunia,
manusia tetap bebas memilih agamanya, selepas di nasihati dgn kebenaran.

namun akibatnya di akhirat, jika pilihannya salah, maka dia akan mendapat kesan yg buruk,

kerana tidak mengambil pelajaran akan kebenaran.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 03:44 AM | Show all posts

فَيَوْمَئِذٍ لَا يُسْأَلُ عَنْ ذَنْبِهِ إِنْسٌ وَلَا جَانٌّ
55:39
Maka di hari itu, Tidaklah akan di Tanya tentang Dosanya Manusia, Dan Tidaklah Jin! 55:39

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
55:60
Bukankah Balasan Kebaikan itu Kecuali Kebaikan?!! 55:60

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ 99:7
Maka Sesiapa yang melakukan Seberat Atom Kebaikan, Ia akan melihat akan nya! 99:7


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
2:256
Tiada Paksaan dalam Agama! 2:256



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 01:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by tolokminda at 8-6-2011 14:02

Salam ussopp,

Kepada siapakah ayat 78:40 ditujukan boleh diperolehi jawapannya dari 4 ayat pertama surah 78.

78:1  Tentang apakah yang mereka saling persoalkan?
78:2  Tentang Berita Yang Besar
78:3  Yang mana mereka saling berbalah
78:4  Tidak, tidak lama lagi mereka akan mengetahuinya


Dari ayat-ayat di atas kita dapat faham bahawa mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang telah sampai kepada mereka "Berita Yang Besar". Apakah "Berita Yang Besar" yang dimaksudkan? Ia adalah Al-Quran. Pendek kata, selepas sampai Al-Quran, mereka cenderung berbalah mengenainya. Tapi Tuhan kata, tidak - tak apa - tidak lama lagi mereka akan tahu (samada mereka benar atau tidak),

Tetapi bila yang dikatakan tidak lama lagi itu? Kita boleh dapat jawapannya dalam 3 ayat terakhir surah yang sama.  

78:38  Pada hari di mana roh dan para malaikat berdiri dalam barisan, tiada siapa akan bercakap kecuali Yang Berkuasa membenarkannya dan dia hanya akan berkata apa yang benar.

78:39  Itulah Hari Kebenaran, maka sesiapa yang menginginkan biarlah dia memilih perlindungan dari Pemeliharanya.

78:40  Aku telah memberi amaran kepada kamu tentang pembalasan yang hampir, Hari di mana seseorang akan melihat apa yang telah dikerjakan tangan sendiri sebelum ini dan mereka yang tidak percaya akan berkata: Kalaulah aku hanya debu!


Kesimpulan yang saya faham dari ayat-ayat di atas adalah, apabila Al-Quran sampai kepada kita, maka kebanyakan kita akan berbalah mengenainya. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Bagi sesiapa yang mahu percaya, janganlah dihalang pilihan mereka untuk berlindung kepada Pemelihara mereka (78:39) tetapi bagi yang tidak mahu percaya nescaya mereka akan menyesalinya (78:40).

Daripada ayat-ayat di atas, kita juga diberitahu bahawa Hari Kebenaran/Hari Pembalasan itu sebenarnya amat dekat kepada setiap orang. Sebenarnya memang dekat cuma kita yang tidak menyedarinya akibat tidak faham akan isikandungan Al-Quran. Berikut adalah artikel saya yang mengutarakan pandangan bagaimana akhirat sebenarnya amat dekat kepada sesiapa saja tanpa mengira di zaman mana mereka telah hidup dan mati.

Apa yang berlaku apabila kita mati

Kali ini saya ingin berkongsi kefahaman saya mengenai kematian selepas memikirkannya melalui petunjuk Al-Quran. Sebelum ini saya pernah menulis tentang ritual kematian dan kubur. Ia boleh dibaca di sini. Jadi, apakah yang sebenarnya berlaku apabila kita mati? Adakah akan berlaku perkara-perkara sepertimana yang digambarkan oleh para ustaz misalnya?

Benarkah roh kita akan dikembalikan ke jasad sebaik saja orang terakhir meninggalkan kubur kita sejauh 7 langkah? Adakah kita akan didatangi malaikat yang bernama Munkar dan Nankir? Adakah kubur kita akan berubah menjadi ruang yang selesa jika kita seorang yang baik? Atau adakah kita akan dipukul dan kubur kita akan disempitkan jika kita seorang yang jahat?

Selepas memikirkan tentang mati menurut petunjuk yang ada di dalam Al-Quran, saya berasa yakin dan tenteram mengenainya. Jika para pembaca budiman ingin tahu apakah yang berlaku apabila kita mati, saya berpendapat caranya mudah saja. Bayangkan tidur. Pada pendapat saya itulah sebenarnya yang akan kita lalui. Blank. Shut off. Total black out. Bagaimana keadaannya apabila kita tidur atau malah sewaktu kita belum lahir, begitulah juga keadaannya apabila kita mati. Tidak ada apa-apa!

Petunjuk bahawa keadaan mati adalah sama dengan keadaan di waktu tidur boleh difahami dari ayat berikut.

   
39:42  Tuhan mengambil jiwa-jiwa apabila tiba masa kematian mereka dan juga mereka yang belum mati semasa mereka tidur. Justeru Dia menahan mereka yang telah ditetapkan kematiannya dan mengembalikan yang lain sehingga tiba waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda kepada mereka yang memikirkannya.


Saya berpendapat tidak ada bezanya keadaan jiwa ketika diambil Tuhan apabila seseorang itu mati atau tidur. Perbezaan hanya berlaku di peringkat badan. Badan fizikal mereka yang mati akan berhenti berfungsi sedangkan badan fizikal mereka yang tidur terus berfungsi seperti biasa walaupun buat sementara waktu jiwa mereka tiada di situ. Maka apabila jiwa mereka yang tidur itu dikembalikan, mereka akan mendapat kembali kesedaran dan kesinambungan hidup diteruskan.

Ini bermakna kesedaran memanifestasikan kehidupan. Sewaktu tidur kita tidak memiliki kesedaran. Dan melalui petunjuk 39:42, saya percaya keadaan yang sama berlaku apabila kita mati. Dalam kedua-dua keadaan, dunia tiga dimensi tidak wujud. Dengan kata lain, dimensi ruang-waktu tidak memberi sebarang impresi kepada mereka. Jiwa yang sedang tidur atau mati tidak tahu samada dia telah melaluinya selama 10 minit atau 10 jam. Malah kalau 10 juta tahun atau 10 billion tahun pun tempohnya, ia tetap tidak memberi sebarang makna.

Tuhan ada menggambarkan keadaan ini melalui reaksi sekumpulan lelaki yang dibangkitkan semula oleh Tuhan selepas tidur di dalam sebuah gua selama beratus tahun.

   
18:19  Begitulah, Kami bangkitkan mereka supaya mereka tertanya-tanya di antara satu sama lain. Kata seorang dari mereka: Berapa lama kita telah berada di sini? Mereka berkata: Kita mungkin telah berada di sini selama sehari atau kurang dari sehari. Berkata: Pemeliharamu lebih tahu berapa lama kamu telah berada di sini. Sekarang suruhlah seorang dari kamu dengan syiling yang kamu miliki ke bandar, supaya dia mendapatkan makanan yang elok dan membawa bekalan untuk kamu. Dan suruh dia berhati-hati dan jangan beritahu sesiapa tentang kamu.


Pendek kata, kesedaran memerlukan jiwa digabungkan dengan badan fizikalnya. Dan dengan adanya kesedaran barulah dimensi ruang-waktu memberi impresi dan nilai yang kita panggil realiti.

Apabila kita faham konsep tidur/mati yang sebenar, maka kita akan faham hakikat kehidupan dan kematian dengan mudah. Dalam perspektif setiap jiwa manusia yang Tuhan beri peluang hidup di dunia ini secara silih berganti sejak generasi pertama sehinggalah ke generasi terakhir – sebelum tibanya kiamat – satu-satunya pengalaman hidup yang akan dikenali dan dilalui oleh seseorang hanyalah hidupnya yang bermula dari saat dilahirkan sehinggalah saat dia dimatikan. Itulah realiti baginya. Itulah tempoh kewujudan yang mempunyai makna kepadanya.

Selain tempoh berkenaan setiap jiwa, tidak mempunyai kesedaran terhadap sebarang bentuk kehidupan atau kewujudan lain sehinggalah apabila mereka dibangkitkan kembali di akhirat nanti – di mana pada ketika itu jiwa dikembalikan semula kepada badan fizikalnya. Sebab itulah menurut Tuhan, kita akan mendengar dialog seperti ini dalam kesibukan kebangkitan semula di akhirat nanti.

   
36:52  Celakalah ke atas kami! Siapakah yang telah membangkitkan kami dari tempat tidur? Inilah yang telah dijanjikan oleh Yang Pemurah dan para rasul telah berkata benar.


Saya bina satu analogi melalui satu watak yang saya namakan Abdullah.

Jika Abdullah lahir di kalangan generasi pertama manusia dan dia mati pada umur 50 tahun, apabila dia dibangkitkan semula oleh Tuhan selepas kiamat nanti, dia sebenarnya tidak akan berasa yang dia telah menunggu lebih lama berbanding dengan orang lain yang lebih kemudian – misalnya berbanding dengan orang yang lahir 100 tahun sebelum kiamat. Walaupun pada skala masa yang diukur oleh mereka yang sedang melalui realiti kehidupan di dunia Abdullah mungkin telah mati selama sejuta tahun, tapi kepada jiwa Abdullah realiti itu tidak wujud.

Malahan jika pada skala masa mereka yang hidup kiamat berlaku 10 billion tahun selepas Abdullah mati sekalipun, apabila dia dibangkitkan semula bersama-sama seluruh manusia lain di akhirat, Abdullah sebenarnya tetap akan merasakan bahawa dia baru saja dibangkitkan dari tidur sebagaimana orang lain – hatta jika dibandingkan dengan mereka yang baru mati akibat trauma kiamat itu sendiri.

Begitu juga sebaliknya jika Abdullah adalah orang yang lahir 100 tahun sebelum kiamat. Dia juga tidak akan berasa telah menunggu lama sebelum dilahirkan walaupun jarak masa di antara dia dengan anak-anak generasi pertama manusia adalah 10 billion tahun. Ini kerana di sepanjang tempoh Abdullah belum dilahirkan, Tuhan tidak memberinya sebarang kesedaran – iaitu keadaan yang sama apabila kita tidur ataupun mati.

Sebagai kesimpulan, sekarang kita nampak bahawa sesungguhnya setiap manusia tidak mempunyai kesedaran di kedua-dua sisi kehidupan mereka di dunia samada sebelumnya atau sebaik saja mati. Kepada setiap orang yang tiba-tiba merasai hidup pasti akan merasai mati dan apabila tiba-tiba sedar kembali mereka sudah pun berada di akhirat. Oleh itu jarak masa di antara setiap orang dengan pengadilan Tuhan sebenarnya amatlah dekat walaupun pada perspektif mereka yang telah hidup jauh lebih awal dari kita.

Dengan ertikata lain, kebangkitan semula di akhirat akan dirasai oleh setiap orang sebagai “effectively immediately” selepas kematian mereka. Berikut adalah laluan perjalanan kehidupan setiap jiwa manusia secara ringkas.

  
2:28 Bagaimana kamu boleh tidak percaya kepada Tuhan sedangkan kamu telah mati (Mati 1) kemudian Dia menghidupkan (Hidup 1) kamu kemudian Dia matikan (Mati 2) kamu kemudian Dia menghidupkan kamu kemudian kepadaNya kamu akan kembali (Hidup 2).


Mati 1 : Kematian pertama – sebelum lahir
Hidup 1 : Kehidupan pertama – lahir ke dunia
Mati 2 : Kematian kedua – akhir usia kehidupan dunia
Hidup 2 : Kehidupan kedua – dibangkitkan di akhirat/kembali kepada Allah dan hidup berkekalan

Sumber: http://tolokminda.wordpress.com/ ... -apabila-kita-mati/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 8-6-2011 14:54

Reply 430# tolokminda


Alhamdulillah, anda menerangkan kpd org yg tepat yakni sy tentang itu....

semua ini dapat saya fahami, Alhamdulillah.

dapat dilihat dari teori relativiti einstein, bacaan daripada harun yahya, idea separa sedar half-conciouseness, idea sami hindu dan buddha mengejar alam nirvana, idea out of body expirience(OBE),
idea astral projection,

Alhamdulillah sy faham semuanya. sy pernah mendalami tahap itu.


masalah sekarang adalah lebih tepat lagi jika anda boleh buktikan kepada sirri kahfi bahawa kiamat itu wujud. samada secara ainul yaqin dan haqqul yaqin. bukan pada sy kerana sy sudah pun percaya.

sebenarnya sy tidak suka kaedah ini,(menerangkan dari sudut ainul yaqin dan haqqul yaqin) kerana org2 beriman, mereka percaya sekalipun mereka tidak nampak(ainul yaqin) dan rasa(haqqul yaqin).
walopun apabila nampak dan rasa, iman mmg akan makin kukuh.

tp, cukuplah sy percaya dgn ilmu.
sy tak prefer utk pergi kepada cara lihat dan rasa, kerana sy rasa ada perangkap setan di dunia intelektual bg mereka yg menerobos alam ghaib .ada yg kata alam minda.

cukup bg sy sunnah(kefahaman) nabi yg simple di dunia materialistik ini. kerana nabi pun hanya ada sedikit ilmu ghaib, tak banyak mcm2 sesetengah org yg klaim mereka tahu banyak hal ghaib, dan terlalu fokus bab ghaib sehingga terlupa cara hidup biasa di dunia materialistik ini.

walopun nabi itu nabi, tetapi dia masih fokus bagaimana mahu survive di dunia materialistik ini agar sesuai dgn tuntunan agama.
tidak pula baginda terlalu fokus akan cara hidup ghaib2 seperti yg difokuskan oleh aliran sufism yg jelas berlainan dgn sunnah nabi yg moderate(wasatiah) mengimbang alam ghaib(akhirat) dan dunia nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply 430# tolokminda


Selamat berforum di Cari
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 12:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 9-6-2011 00:32

Salam Tolok Minda,



Saya berpendapat tidak ada bezanya keadaan jiwa ketika diambil Tuhan apabila seseorang itu mati atau tidur. Perbezaan hanya berlaku di peringkat badan. Badan fizikal mereka yang mati akan berhenti berfungsi sedangkan badan fizikal mereka yang tidur terus berfungsi seperti biasa walaupun buat sementara waktu jiwa mereka tiada di situ. Maka apabila jiwa mereka yang tidur itu dikembalikan, mereka akan mendapat kembali kesedaran dan kesinambungan hidup diteruskan.


وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
3:169
Dan janganlah engkau sungguh-sungguh menyangka akan Orang-orang yang di bunuh di Jalan Allah itu Mati, Bahkan Hidup di sisi Pemelihara mereka lagi mereka di rezekikan 3:169

Bagaimana dgn mereka ini? Adakah mereka itu sedang 'Hidup Tanpa Suatu Kesedaran' di sisi Tuhan mereka? Lagi pula, Bagaimana mereka sedang 'Di rezekikan dgn Tanpa Suatu Kesedaran& kesinambungan Hidup', di sisi Tuhan mereka?

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرً
ا  
4:97
Sesungguhnya Orang-orang yang telah di wafatkan akan mereka oleh Malaikat itu, Yang menzalimi diri mereka itu, Mereka telah berkata: "Bagaimana adalah kamu itu?" Mereka telah berkata: "Adalah kami itu Orang-orang yang lemah di Bumi!" Mereka telah berkata: "Apakah bukan adalah Bumi Allah itu Luas, Lalu kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, Tempat Tinggal mereka itu ialah Jahanam dan Seburuk-buruk Tempat kembali! 4:97


Kalimah  تَوَفَّا di sini adalah Past-Tense, maka sudah tentu mereka itu sudah Mati. Persoalannya, Adakah Dialog di atas itu 'Suatu Kesedaran' & 'Kesinambungan hidup'? Jika Tidak, Bagaimana mereka berdialog dlm keadaan 'Blank, Shut Off &Total Black Out' Tanpa 'Suatu Kesedaran &Kesinambungan Hidup'?

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ
23:99
Sehingga apabila telah datang kepada seseorang mereka oleh Kematian, Ia berkata: "Pemelihara! Kembalikanlah mereka/kami/saya!" 23:99

جَاءَ
adalah Past-tense dan sudah tentu mereka sudah Mati, Blank, Shut-Off, Total Black Out, etc, Namun bisakah mereka membuat Permohonan dgn 'Tanpa Suatu Kesedaran &Kesinambungan Hidup'?

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ
4:18
Dan bukan Taubat bagi Orang-orang yang mengerjakan Keburukan sehingga apabila telah hadir kepada seseorang mereka oleh Kematian itu, Ia berkata: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang!" 4:18

حَضَرَ Pun Past-tense jugak. Maknanya dah Mati, Blank, Shut Off, Total Black Out, etc. Namun maseh sempat membuat permohonan dlm keadaan 'Tanpa Sebarang Suatu Kesedaran &Kesinambungan Hidup'?

وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
8:50
Dan jikalau engkau telah melihat ketika sedang di wafatkan akan orang-orang yang telah Mengingkari itu, Oleh Malaikat yang sedang memukul wajah-wajah mereka dan belakang-belakang mereka, 'Dan Rasalah oleh kamu akan azab yang membakar!' 8:50

Kalau lah Kematian itu sungguh 'Mudah' seperti Blank, Shut Off, Total Black Out, etc, Tentulah Orang-orang yang mengingkari itu 'Tiada Kesedaran' akan 'Azab yang membakar' itu.


Namun dlm masa yg sama juga Quran ada mengatakan:

إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ
27:80
Sesungguhnya engkau itu, Tidaklah engkau akan memperdengarkan akan Orang-orang yang Mati itu, Dan tidaklah engkau akan memperdengarkan akan Orang-orang yang Pekak itu akan Seruan itu, Apabila Mereka telah Berpaling lagi membelakangi! 27:80



Dah Mati, Blank, Shut Off, Black Out, etc, Tapi maseh boleh Berdialog &merasakan Azab yg membakar pula!





Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:23 AM | Show all posts

masalah sekarang adalah lebih tepat lagi jika anda boleh buktikan kepada sirri kahfi bahawa kiamat itu wujud. samada secara ainul yaqin dan haqqul yaqin. bukan pada sy kerana sy sudah pun percaya.


Saya tak jumpa lagi Istilah Haqqul-Yaqin dlm Quran tapi istilah 'Ilmul-Yaqin &'Ainul-Yaqin tuh ada di sebut dlm Surah 102.

Pendapat Saya ialah 'Kebendaan' itulah 'Ilmul-Yaqin'& ''Ainul-Yaqin'. Kerana 'Kebendaan' itu adalah Sesuatu yg Benar-benar Wujud, Hidup, Real, Nyata, Jelas, Di Alam ini. Ia bukannya Logik Mistik seperti Keagamaan, Kerohanian mahupun Kepercayaan.  


tp, cukuplah sy percaya dgn ilmu.
sy tak prefer utk pergi kepada cara lihat dan rasa, kerana sy rasa ada perangkap setan di dunia intelektual bg mereka yg menerobos alam ghaib .ada yg kata alam minda.


Sikap membatalkan 'Lihat' &'Rasa' di Alam Kebendaan adalah Persis Sikap Org-org Mistik yg cuba 'Membatalkan Dunia Kebendaan' ini.
Setan itu perkara yg Ghaib.

Lihat &Rasa adalah Sesuatu yg Wujud, Nyata, Jelas, Ilmul-Yaqin, 'Ainul-Yaqin, Real, Hidup di Alam Kebendaan.

Oleh itu, Sudah semestinya Yg Ghaib &Yg Wujud akan saling 'Membatalkan' diri mereka antara satu sama lain.




Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 05:07 PM | Show all posts
Salam Sirrikhafi,

3:169 Dan janganlah engkau sungguh-sungguh menyangka akan Orang-orang yang di bunuh di Jalan Allah itu Mati, Bahkan Hidup di sisi Pemelihara mereka lagi mereka di rezekikan

Bagaimana dgn mereka ini? Adakah mereka itu sedang 'Hidup Tanpa Suatu Kesedaran' di sisi Tuhan mereka? Lagi pula, Bagaimana mereka sedang 'Di rezekikan dgn Tanpa Suatu Kesedaran& kesinambungan Hidup', di sisi Tuhan mereka?


Konteks ayat ini harus difahami dari ayat sebelumnya yang mana mereka yang hipokrit mendakwa orang-orang yang mati berperang di jalan Tuhan itu mati sia-sia. Ayat 3:169 adalah penjelasan Tuhan bahawa mereka itu tidak mati sia-sia bahkan mendapat ganjaran di sisi Tuhan. Kena faham. Mati tetap mati. Cuma mereka tidaklah mati sia-sia seperti yang didakwa orang-orang hipokrit.

4:97 Sesungguhnya Orang-orang yang telah di wafatkan akan mereka oleh Malaikat itu, Yang menzalimi diri mereka itu, Mereka telah berkata: "Bagaimana adalah kamu itu?" Mereka telah berkata: "Adalah kami itu Orang-orang yang lemah di Bumi!" Mereka telah berkata: "Apakah bukan adalah Bumi Allah itu Luas, Lalu kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, Tempat Tinggal mereka itu ialah Jahanam dan Seburuk-buruk Tempat kembali!

Kalimah  تَوَفَّا di sini adalah Past-Tense, maka sudah tentu mereka itu sudah Mati. Persoalannya, Adakah Dialog di atas itu 'Suatu Kesedaran' & 'Kesinambungan hidup'? Jika Tidak, Bagaimana mereka berdialog dlm keadaan 'Blank, Shut Off &Total Black Out' Tanpa 'Suatu Kesedaran &Kesinambungan Hidup'?


Saya telah jelaskan di dalam artikel saya bahawa bagi mereka yang mati, hari kebangkitan semula itu sebenarnya akan dirasai sebagai "effectively immediately" selepas kematian mereka. Hanya kita yang sedang hidup ini mempunyai kesedaran terhadap dimensi ruang-masa. Fahami betul-betul. Dialog di antara mereka yang telah mati dengan malaikat dalam 4:97 adalah jelas merujuk keadaan pada hari mereka dibangkitkan semula.

23:99  Sehingga apabila telah datang kepada seseorang mereka oleh Kematian, Ia berkata: "Pemelihara! Kembalikanlah mereka/kami/saya!"

جَاءَ adalah Past-tense dan sudah tentu mereka sudah Mati, Blank, Shut-Off, Total Black Out, etc, Namun bisakah mereka membuat Permohonan dgn 'Tanpa Suatu Kesedaran &Kesinambungan Hidup'?


Saya berpendapat ayat 23:99 tidak merujuk kepada orang yang sudah mati. Tetapi merujuk kepada orang yang sudah sangat hampir dengan kematian. Konteksnya boleh difahami melalui ayat seterusnya 23:100.

4:18  Dan bukan Taubat bagi Orang-orang yang mengerjakan Keburukan sehingga apabila telah hadir kepada seseorang mereka oleh Kematian itu, Ia berkata: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang!"

حَضَرَ Pun Past-tense jugak. Maknanya dah Mati, Blank, Shut Off, Total Black Out, etc. Namun maseh sempat membuat permohonan dlm keadaan 'Tanpa Sebarang Suatu Kesedaran &Kesinambungan Hidup'?


Saya berpendapat ayat 4:18 membawa mesej yang serupa dengan 23:99. Di mana kedua-duanya merujuk kepada orang yang sudah terlalu hampir dengan kematiannya tidak akan lagi diterima permohonan ampunnya atau diberi peluang kedua.

8:50  Dan jikalau engkau telah melihat ketika sedang di wafatkan akan orang-orang yang telah Mengingkari itu, Oleh Malaikat yang sedang memukul wajah-wajah mereka dan belakang-belakang mereka, 'Dan Rasalah oleh kamu akan azab yang membakar!'

Kalau lah Kematian itu sungguh 'Mudah' seperti Blank, Shut Off, Total Black Out, etc, Tentulah Orang-orang yang mengingkari itu 'Tiada Kesedaran' akan 'Azab yang membakar' itu.


Ayat 8:50 adalah gambaran keadaan orang-orang yang tidak percaya di neraka. Konteksnya boleh dijelaskan melalui ayat berikutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 12:08 PM | Show all posts
Salam

Konteks ayat ini harus difahami dari ayat sebelumnya yang mana mereka yang hipokrit mendakwa orang-orang yang mati berperang di jalan Tuhan itu mati sia-sia. Ayat 3:169 adalah penjelasan Tuhan bahawa mereka itu tidak mati sia-sia bahkan mendapat ganjaran di sisi Tuhan. Kena faham. Mati tetap mati. Cuma mereka tidaklah mati sia-sia seperti yang didakwa orang-orang hipokrit.


Maaf, itu pendapat anda, sedangkan Tuhan Allah anda jelas mengatakan:

بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
3:169
Bahkan Hidup di sisi Pemelihara mereka lagi mereka di rezekikan 3:169

Tuhan Allah anda kata Hidup &di rezekikan, anda kata mati. Hidup itu lawannya Mati. So, ianya kontradik.



Saya telah jelaskan di dalam artikel saya bahawa bagi mereka yang mati, hari kebangkitan semula itu sebenarnya akan dirasai sebagai "effectively immediately" selepas kematian mereka. Hanya kita yang sedang hidup ini mempunyai kesedaran terhadap dimensi ruang-masa. Fahami betul-betul. Dialog di antara mereka yang telah mati dengan malaikat dalam 4:97 adalah jelas merujuk keadaan pada hari mereka dibangkitkan semula.


Maaf. Saya tak mahukan Kefahaman sesiapa pun. Yg Saya mahukan ialah TEKS yg telah tertera dlm Kitab Quran Tuhan Allah anda. Dan ternyata ayat 4:97 LANGSUNG tiada menyebut HARI KEBANGKITAN. So, ianya adalah Suatu Yg Bercanggah.



Saya berpendapat ayat 23:99 tidak merujuk kepada orang yang sudah mati. Tetapi merujuk kepada orang yang sudah sangat hampir dengan kematian. Konteksnya boleh difahami melalui ayat seterusnya 23:100.


Pendapat shj. Rujuk balik Teks Kitab Quran Tuhan Allah anda tu betul-betul. Ada ke tertulis 'Hampir Mati'?


Saya berpendapat ayat 4:18 membawa mesej yang serupa dengan 23:99. Di mana kedua-duanya merujuk kepada orang yang sudah terlalu hampir dengan kematiannya tidak akan lagi diterima permohonan ampunnya atau diberi peluang kedua.


Pendapat anda shj. Cuba rujuk balik Kitab Quran Tuhan Allah anda tu betul-betul. Adakah Teks di atas tertulis 'Sudah terlalu Hampir dgn Kematian'?


Ayat 8:50 adalah gambaran keadaan orang-orang yang tidak percaya di neraka. Konteksnya boleh dijelaskan melalui ayat berikutnya.


Di Neraka? Cuba lah anda Quotekan Teks nya DI SINI dan lihat betul-betul, adakah Tuhan Allah anda mengatakan 'Di Neraka'? atau itu hanyalah Pendapat semata-mata?


Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by tolokminda at 10-6-2011 14:59

Salam Sirrikhafi,

Maaf, itu pendapat anda, sedangkan Tuhan Allah anda jelas mengatakan:

بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ 3:169
Bahkan Hidup di sisi Pemelihara mereka lagi mereka di rezekikan 3:169

Tuhan Allah anda kata Hidup &di rezekikan, anda kata mati. Hidup itu lawannya Mati. So, ianya kontradik.


Ia berbalik kepada hakikat bahawa kepada yang mati itu, kebangkitan semula berlaku effectively immediately selepas kematiannya. Memang kita anggap dia mati dan tidak ada apa-apa berlaku. Kerana kita masih tinggal dalam kesedaran berasaskan ruang dan masa. Tetapi dari perspektifnya, dia telah pun dihidupkan semula dan berada di sisi Tuhan dan tinggal di syurga yang serba lengkap sempurna.


Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 02:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by tolokminda at 11-6-2011 10:38

Baiklah Sirrikhafi, biar saya jelaskan kesimpulan-kesimpulan saya,

Sebelum itu, biar saya beritahu dulu bahawa saya tidak tahu berbahasa Arab. Saya bergantung kepada para penterjemah. Bagaimanapun saya seorang yang percaya bahawa kita boleh memahami mesej Tuhan dalam bahasa apa pun walaupun Al-Quran asal diturunkan dalam bahasa Arab. Dalam perbincangan ini saya akan gunakan terjemahan Yusuf Ali, Pckthall dan Asad yang akan saya pindahkan sebagai terjemahan bahasa Melayu saya. Kalau saya melakukan kesalahan dan tuan tahu mengenainya, betulkanlah.
Maaf. Saya tak mahukan Kefahaman sesiapa pun. Yg Saya mahukan ialah TEKS yg telah tertera dlm Kitab Quran Tuhan Allah anda. Dan ternyata ayat 4:97 LANGSUNG tiada menyebut HARI KEBANGKITAN. So, ianya adalah Suatu Yg Bercanggah.


-->  4:97 Apabila malaikat mendekati mereka yang telah mati ketika melakukan kesalahan ke atas diri mereka sendiri, mereka berkata: Apa yang menyebabkan kamu? Mereka menjawab: Di bumi kami lemah dan ditindas. Mereka berkata: Tidakkah bumi Tuhan itu cukup luas untuk kamu berpindah? - Mereka yang begitu akan mendapati tempat tinggal mereka di dalam Jahanam; destinasi yang teruk!

Saya berpendapat dialog di antara malaikat dan mereka yang telah mati dalam kesalahan dalam ayat 4:97 memang berlaku selepas peristiwa kebangkitan semula di akhirat nanti. Konteks maksudnya jelas. Dialog itu tidak berlaku di bumi. Menurut Al-Quran kita hanya hidup di dua alam. Iaitu alam dunia dan alam akhirat. Jadi tentulah dialog itu berlaku di akhirat.

Mesej yang disampaikan dalam ayat tersebut adalah, lemah dan ditindas tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berusaha menyelamatkan diri. Orang-orang yang tidak berusaha melepaskan diri dari kelemahan dan penindasan dan mati dalam keadaan sedemikian adalah orang-orang yang melakukan kesalahan ke atas dirinya sendiri dan destinasi mereka tidak lain adalah Jahanam.

Tidak mahu terima kefahaman saya? Terpulang kepada tuan kerana ia tidak merugikan saya sedikit pun.

Pendapat shj. Rujuk balik Teks Kitab Quran Tuhan Allah anda tu betul-betul. Ada ke tertulis 'Hampir Mati'?


Komen tuan ini merujuk kepada ayat 23:99. Mari kita lihat ayat ini dan ayat selepasnya.

-->  23:99  Sehinggalah kematian telah mendatangi salah seorang dari mereka. "Pemeliharaku, kembalikanlah aku".

-->  23:100  "Supaya aku dapat bertekun dalam perkara-perkara yang telah aku abaikan". Tidak lain, itu hanyalah kata-katanya saja. Di hadapan mereka adalah pemisah sehinggalah tiba hari mereka dibangkitkan semula.

Saya katakan di atas, konteks ayat 23:99 yang menjelaskan bahawa ia merujuk satu keadaan di ambang kematian (belum mati lagi tapi sudah dekat nak mati) boleh dilihat dalam ayat seterusnya iaitu ayat 23:100. Perhatikan "di hadapan mereka adalah pemisah sehinggalah tiba hari mereka dibangkitkan semula". Yang dimaksudkan dengan "pemisah" itu adalah kematian. Dan ia berada di hadapan orang itu. Jadi, maknanya orang itu belum mati lagi tetapi sudah berada di ambangnya. Tidak boleh juga dikatakan di akhirat sebab diberi petunjuk "sehinggalah tiba hari mereka dibangkitkan semula".

Pendapat anda shj. Cuba rujuk balik Kitab Quran Tuhan Allah anda tu betul-betul. Adakah Teks di atas tertulis 'Sudah terlalu Hampir dgn Kematian'?


Komen tuan ini pula merujuk kepada 4:18. Berikut adalah ayatnya.

-->  4:18  Pengampunan bukan untuk mereka yang melakukan kejahatan sehingga apabila kematian telah mendatangi salah seorang dari mereka, dia berkata: "Aku bertaubat sekarang!, atau untuk mereka yang mati ketika dalam ketidakpercayaan. Untuk yang seperti itu kami telah sediakan balasan yang sangat buruk.

Saya katakan ayat ini selaras dengan ayat 23:99. Cuma di dalam ayat ini Tuhan menyenaraikan 2 jenis keadaan di mana permohonan ampun tidak akan dilayan. Pertama, apabila sudah berada di ambang kematian seperti yang dinyatakan dalam 23:99-100 dan yang kedua jika kita mati sebagai orang yang tidak percaya.
Di Neraka? Cuba lah anda Quotekan Teks nya DI SINI dan lihat betul-betul, adakah Tuhan Allah anda mengatakan 'Di Neraka'? atau itu hanyalah Pendapat semata-mata?


Komen tuan ini merujuk kepada ayat 8:50. Saya katakan ayat selepasnya dapat membantu kita memahami konteks ayat dengan lebih baik. Tetapi tanpa ayat seterusnya pun kita boleh melihat bahawa ia adalah suatu keadaan yang berlaku di neraka. Mari kita lihat.

-->  8:50  Jika kamu dapat melihat apabila para malaikat menerima mereka yang tidak percaya - mereka memukul muka mereka dan belakang mereka: "Rasakanlah hukuman yang membakar!

Apakah petunjuk bahawa keadaan yang digambarkan dalam 8:50 berlaku di neraka? Jawapannya kata-kata para malaikat itu. Kita hanya akan dihukum di neraka apabila pengadilan Tuhan sudah dibuat. Malaikat tidak akan hukum atau siksa orang sedangkan Tuhan sendiri belum menjalankan pengadilan ke atasnya. Jadi oleh kerana malaikat berkata; "Rasakanlah hukuman yang membakar!" kepada orang-orang tidak percaya yang baru mereka terima, maknanya keadaan yang digambarkan itu tidak lain adalah sesuatu berlaku di neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:53 PM | Show all posts
Reply 434# sirrikhafi


tiada masalah nak kata haquul yaqin dlm versi kau,mmg itu adalah reality.

cuma, satu jer saya nak cakap. jangan sangka apa yg kau lihat sekarang cukup sebagai reality. hal2 ghaib semuanya adalah reality yg mana kita tidak ada sensor utk kesan akan ia.


contoh,

ular memandang dunia dgn ainul yaqin, haqqul yaqin, yg berbeza dgn manusia. pandangan mereka seakan2 pandangan melalui kamera infrared. itu haqqul yaqin mereka, itu dunia mereka, padahal kita sebagai manusia yg ada otak lebih kompleks, tahu bahawa dunia lebih dari itu.

contoh kedua,
semut......
kau tahu apa dunia semut. dunia mereka tidak seindah kita. disisi semut, masih banyak hal ghaib yg dia tidak ketahui yg mana sudah kita ketahui.

kau tak percaya, cuba kau potong laluan semut dgn tangan, dan kau hentak2 kan tangan di laluan tersebut....kau akan dapati semut itu terus saja lalu, di mana dia tak tahu pun tangan kau terhentak2 di situ dan dia akan mati terpenyek di abwah tangan kau.


DALAM DUNIA YG SAMA, SETIAP PANDANGAN, RASA, dan dengar adalah berlainan bg setiap sensor(deria) yg berlainan.

ini bermakna, dlm dunia yg sama, apa yg kita nampak adalah berlainan.

ada yg kita nampak, binatang tidak nampak, ada yg kta tidak dengar, ada binatang dengar,

ada yg kita tidak kesan, binatang tidak kesan.

padahal sekeliling kita ada banyak lg gemlombang2 yg langsung tidak dapat di detect oleh mana2 sensor kita.....


menyebabkan kita patut akui, dalam dunia yg sama, ada banyak lg benda yg kita tak tahu,
seperti mana seekor semut yg tidak nampak dunia seperti yg kita nampak.
mereka memahami ruang dan masa entah bagaimana pun aku tak tahu, tetapi sesuai dgn taraf dia sebagai semut.

dan sebagai manusia, inilah ruang dan masa yg kita fahami,
dlm dunia yg sama bukan semua nampak benda yg sama.  

kalau kau pandai sgt, sepatutnya kau tahu, warna kuning aku belum tentu sama dgn warna kuning yg engkau lihat.
boleh jadi kuning engkau adalah hijau aku.
kita tidak bergaduh mengenai warna kerana engkau telah biasakan diri engkau dan aku telah biasakan diri aku dgn warna itu sbg kuning dan engkau pun telah membiasakan diri engkau dgn warna itu sebagai kuning.
padahal apa yg kita lihat belum tentu sama.

ini bukan hujah Quran , ini hujah akal.(sebab kau hebat sgt guna akal)

point aku kat sini, dlm dunia yg sama, boleh jadi ada banyak lagi yg sensor kita tidak kesan, jadi bagaimana kita boleh berlagak?

aku tak suka guna hujah akal tentang alam ghaib walopun dulu aku suka benda nie.

yang penting aku nak bagitahu kat sini ialah, dgn ilmu akal yg kita ada, belum cukup utk kita buat kesimpulan.

melainkan wahyu.

pasal haqqul yaqin dan ainul yaqin, kalau kau tak nak terima aku tak kisah.
sebab aku pun tak suka explain guna benda tu.

aku lhanya guna apa yg ada dlm quran dan sunnah. yg lain2 tu hanya bonus dan tak penting.


dan aku mintak sirri kahfi, sila nyatakan apa pegangan anda buat masa ini.
aku benci berdebat dgn org yg sekejab2 membawa pendapat atheis, sekejab2 bawak Quran.



wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 12-6-2011 20:38

Salam,



cuma, satu jer saya nak cakap. jangan sangka apa yg kau lihat sekarang cukup sebagai reality. hal2 ghaib semuanya adalah reality yg mana kita tidak ada sensor utk kesan akan ia.


Pendapat anda persis golongan Logik Mistik &Metafizik yg SELALU cuba menafikan &membatalkan Realiti 'Alam Kebendaan'.




contoh,

ular memandang dunia dgn ainul yaqin, haqqul yaqin, yg berbeza dgn manusia. pandangan mereka seakan2 pandangan melalui kamera infrared. itu haqqul yaqin mereka, itu dunia mereka, padahal kita sebagai manusia yg ada otak lebih kompleks, tahu bahawa dunia lebih dari itu.

contoh kedua,
semut......
kau tahu apa dunia semut. dunia mereka tidak seindah kita. disisi semut, masih banyak hal ghaib yg dia tidak ketahui yg mana sudah kita ketahui.

kau tak percaya, cuba kau potong laluan semut dgn tangan, dan kau hentak2 kan tangan di laluan tersebut....kau akan dapati semut itu terus saja lalu, di mana dia tak tahu pun tangan kau terhentak2 di situ dan dia akan mati terpenyek di abwah tangan kau.

DALAM DUNIA YG SAMA, SETIAP PANDANGAN, RASA, dan dengar adalah berlainan bg setiap sensor(deria) yg berlainan.

ini bermakna, dlm dunia yg sama, apa yg kita nampak adalah berlainan.

ada yg kita nampak, binatang tidak nampak, ada yg kta tidak dengar, ada binatang dengar,

ada yg kita tidak kesan, binatang tidak kesan.

padahal sekeliling kita ada banyak lg gemlombang2 yg langsung tidak dapat di detect oleh mana2 sensor kita.....


menyebabkan kita patut akui, dalam dunia yg sama, ada banyak lg benda yg kita tak tahu,
seperti mana seekor semut yg tidak nampak dunia seperti yg kita nampak.
mereka memahami ruang dan masa entah bagaimana pun aku tak tahu, tetapi sesuai dgn taraf dia sebagai semut.


Jangan jadikan Ular &Semut SEBAGAI ALASAN utk menafikan Reality Alam Kebendaan yg bersifat 'Ainul Yaqin &'Ilmul Yaqin.

Sikap sebeginilah yg menjadikan Agama kelihatan seperti suatu bentuk Pelarian &Penafian Manusia dari 'Kelemahannya' dalam menghadapi Reality Dunia Kebendaan ini.
Ianya seperti 'Sebuah Impian' Manusia utk mencapai kesempurnaan &kebahagiaan Hakiki &kekal abadi.

Sikap ini juga boleh di simpulkan seperti "Tidak Bersyukur" &"Tidak mahu menerima Kenyataan".

Justeru itulah ia kelihatan seperti 'Candu Masyarakat'.


dan sebagai manusia, inilah ruang dan masa yg kita fahami,
dlm dunia yg sama bukan semua nampak benda yg sama.  

kalau kau pandai sgt, sepatutnya kau tahu, warna kuning aku belum tentu sama dgn warna kuning yg engkau lihat.
boleh jadi kuning engkau adalah hijau aku.
kita tidak bergaduh mengenai warna kerana engkau telah biasakan diri engkau dan aku telah biasakan diri aku dgn warna itu sbg kuning dan engkau pun telah membiasakan diri engkau dgn warna itu sebagai kuning.
padahal apa yg kita lihat belum tentu sama.


Anda sepatutnya menerima kenyataan bahawa yg Hijau itu Hijau &yg Kuning itu tetap Kuning.

Begitulah jua jika di bandengkan Dunia Realiti &Akhirat yg ghaib itu.

Yg Real itu TETAP Reality &Yg Ghaib itu TETAP sebuah Keghaiban buat selama-lama nya.


point aku kat sini, dlm dunia yg sama, boleh jadi ada banyak lagi yg sensor kita tidak kesan, jadi bagaimana kita boleh berlagak?

aku tak suka guna hujah akal tentang alam ghaib walopun dulu aku suka benda nie.

yang penting aku nak bagitahu kat sini ialah, dgn ilmu akal yg kita ada, belum cukup utk kita buat kesimpulan.


Bukan berlagak tetapi syukur &menerima kenyataan yg sebenar melalui 'Ainul Yaqin (Mata Kepala) &'Ilmul Yaqin (Otak manusia) terhadap alam kebendaan ini.

Justeru kenyataan anda bertolak ke belakang, Kerana anda secara tak langsung cuba menafikan& membatalkan Fungsi Mata& Akal anda di Alam Kebendaan ini.


pasal haqqul yaqin dan ainul yaqin, kalau kau tak nak terima aku tak kisah.
sebab aku pun tak suka explain guna benda tu.


Saya tak pasti dgn istilah Haqqul Yaqin kerana belum di jumpai dlm Kitab Quran Tuhan Allah Anda.

Berkenaan Komen anda tentang 'Ainul Yaqin& 'Ilmul Yaqin', Jelaslah bahawa anda cuba menafikan Fungsi Mata& Akal anda di Alam Kebendaan ini.

dan aku mintak sirri kahfi, sila nyatakan apa pegangan anda buat masa ini.
aku benci berdebat dgn org yg sekejab2 membawa pendapat atheis, sekejab2 bawak Quran.


Dlm Perdebatan kali ini, saya menggunakan KAEDAH NIHILISM, yaitu supaya kita semua menilai kembali KRISIS AGAMA& KEJATUHAN AKHLAQ/MORAL di dlm masyarakat, KHUSUSNYA yg mengaku dirinya 'Muslim' @ 'Orang-orang yang Sejahtera'.




Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.618947 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list