CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adiya

[BEST] Lima jam yang tiada kesudahan

[Copy link]
Post time 11-11-2013 11:50 PM | Show all posts
Hehe 73 jalan. Takpa.
Sampainya satu juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2013 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada kena mengena dgn jalan2 itu saudaraku..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 09:31 AM | Show all posts
Bro,,
leka kawe membaca, bagus, pengalaman sendiri akan mematangkan diri dan peringatan utk masa depan.

Bro bagus gak kalo di kupaskan apa "KIFARAH" tu bro,..baru ade iktibar dalam ceritenyer.

teruskan kawe followwwww..i followww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 09:45 AM | Show all posts
gammbir33 posted on 12-11-2013 09:31 AM
Bro,,
leka kawe membaca, bagus, pengalaman sendiri akan mematangkan diri dan peringatan utk masa de ...

yaaaa..sudah lama aku menyeru batinmu, baru kini kita bersua.. silakan sahabatku perhalusi perihal kifarah itu agar menjadi pedoman hidup sesama insan. sama2 kita berkongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:28 AM | Show all posts

bro, jgn lupa cerita pasal pak adu kawal pesilat kerasukan tu.. teringin plak nak dengar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 11:28 AM | Show all posts
Sambungan


Malam itu pertemuan keluarga Pak Din dengan Pak Adu telah ku rencanakan pada jam 11 malam memandangkan mereka mahu Pak Din dimandikan pada malam itu. Aku dan abah tiba lebih awal berbanding keluarga pak din untuk berbincang serba sedikit tentang permasalahan ini dan mengambil peluang itu untuk menambahkan ilmu yang berguna pada diri masing2..

Jam menunjukkan pukul 11.10malam, keluarga pak din tiba dengan sebuah MPV dan sebuah proton wira di pekarangan rumah pak adu. Pak din berjalan terketar2 sebaik sahaja turun dari kereta MPV milik anaknya. Salam sejahtera diberikan dan kami di dalam rumah turut memberi ucapan balas seperti mana yang di tuntut ugama. Pak din sekeluarga dijemput masuk oleh Pak Adu lalu duduk bersila di ruang tamu yang agak sempit di tambah pulak dengan ahli keluarga Pak Din yang ramai. Aku berdiam di sisi Pak Adu umpama seorang anak kecil yang taat pada ayahnya takkala tetamu bertandang ke rumah.

Sedikit suai kenal diantara Pak Adu dengan keluarga Pak Din memulakan bicara malam itu.. Aku hanya berdiam diri tanpa sepatah kata terbit dari bibirku. Pak Adu seperti biasa menepuk lutut kananku, “Heeemmm apa lagi? Buat le..awok nak nengok ajer…” arah Pak adu seperti biasa bila aku berada bersama dalam proses rawatan beliau. “Eh! Awok udah berpeluh-peluh dah petang tadi…Pak Adu le yang buat..” aku menolak arahan Pak Adu itu bersahaja.. Pak Adu dengan aku umpama anak dengan ayah. Tiada apa2 perkataan yang terbit dari mulut yang menyakitkan hati antara kami.. Masing2 suka bergurau.
Pak Adu membuka tudung botol dan menolak botol ke hadapan aku.. “dah2..jangan cakap banyak..buat cepat..dulu sebok nak amik.dah ada taknak buat pulak..” sekali pak adu sound pulakkkkk.

Aku mengambil mood untuk mulakan permainan malam ini..Setelah agak selesa, aku mulakan tarikan pertama aku..kali ini tarikan pertama berjaya aku lepasi.. Pak Din sudah mula menggigil seperti siang tadi.. Aku teruskan tarikan kedua dan ketiga sehingga selesai.. Butir2 pelih sudah mula terbit di dahi ku. Aku tanpa berlengah, meneruskan tarikan..kali ini tarikan aku tersekat. Urat belikat ku seakan tertarik menyebabkan aku mengalami kekejangan pada belikat kiriku. Aku lepaskan tarikan itu dan berhenti berzikir seketika untuk menahan sakit. Aku tolakkan botol dihadapanku ke sebelah Pak Adu. “itu saja yang awok mampu malam ni Pak Adu” kataku pada guruku itu sambil mengerutkan dahi menahan sakit pada belikatku. “Apa la orang muda macam ni. Baru tarik 2 3 kali dah sentap?” Pak adu mengejek aku dengan niat untuk mengendurkan suasana malam itu. Kelihatan anak2 Pak Din sedikit tersenyum mendengar kata Pak Adu itu.
“Mane nak buatnye Pak Adu…Siang tadi awok udah nak pengsan dibuatnye. Pak Adu la buat pulak.. Benda tu ada pada kaki sebelah kiri dia. Tarik le..” aku tersenyum sinis pada pak adu seakan mencabar kewibawaan orang tua itu. Pak adu tanpa lengah mengambil botol disisinya tadi lalu bangun melangkah ke depan dan duduk semula dihujung kaki Pak Din. Botol masih di pegang di tangan kirinya. Pak Adu membaca sesuatu pada tapak tangan kanannya lalu menepuk betis Pak Din kemudian dilurutkan kebawah sehingga ke ibu jadi kaki. Botol di tangan kirinya didekatkan ke ibu jari kaki Pak Din lalu terdengar hembusan nafas Pak Adu agak berdesing serentak tangan kanannya menarik dan membenamkan sesuatu di dalam botol..
Perbuatan itu pak adu ulangi sebanyak 2kali lagi pada kaki kiri pak din dan dituruti kaki kanannya pulak sebanyak 3 kali. Selesai sahaja Pak Adu menarik keluar sihir2 tu, dia kembali duduk di sisi ku dan memantau keadaan Pak Din.. Nampak gayanya ada kurang sedikit getaran tubuh pak din. Tapi dimulutnya tidak henti2 berzikir nama Allah. Kesihan sungguh aku melihat keadaan itu. “Cuba tengok semua yang ada dalam rumah ni kalau2 ada yang menyorok” arah Pak Adu pada aku dan abah. Kami serentak mengimbas lalu dapat dikesan beberapa ekor lagi sedang bersembunyi dikalangan anak2 dan isteri Pak Din. Serentak aku, abah dan Pak Adu menarik makhluk2 engkar ini dengan kaedah masing2.. Selesai sahaja, pak adu minta untuk diperiksa sekali lagi agar tiada yang terlepas.. Imbasan kali ini menunjukkan pak din dan keluarga sudah bersih dari gangguan sihir..


Pak Adu minta barangan untuk memandikan Pak Din, lalu beliau mengambil tempat untuk menyediakan upacara mandi pada malam itu.. Selesai sahaja dimandikan dan ditutup segala rongga dari laluan sihir sebelomnya, Pak Din dipimpin ke ruang tamu oleh anknya. Ketika ini pak din sudah terlalu lemah. Dia seakan merepak yang bukan2. Dalam anak2 dan isterinya bersembang dengan pak adu, tiba-tiba pak din meminta pada isterinya duit rm50 untuk diberikan pada pak adu tanda terima kasihnya. Dia meronta2 seakan kanak2 pabila meminta not 50 itu..Sebaik sahaja diberikan, dia lalu menghulurkan salam pada Pak Adu sambil rm50 digenggamnya.. “ini sahaja yang saya ada…saya bukan orang kaya..saya mintak maaf..saya mintak maaf..saya mintak maaf..terima kasih…” kata pak din yang membuat keluarganya berpandangan sesame mereka. Pak Din tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelom ni. Dia lalu diangkat oleh anaknya untuk dibawa pulang.. Sekali lagi kejutan berlaku. Kaki pak din lembik. Dia tidak bisa lagi berdiri apatah lagi berjalan seperti di awal kedatangannya tadi.. Pak Din dipimpin oleh anak2nya dan dibawa pulang.. Kata Pak Adu, mungkin dia terlalu letih. Biarkan dia berehat semalaman ini dan lihat bagaimana keadaannya esok hari.


Keesokkan harinya abah mendapat khabar yang pak din di bawa oleh anak2nya ke kuala lumpur untuk berubat pula dengan darul syifa’. Rupa-rupanya pak din masih belom sembuh sepenuhnya setelah melalui hari yang sukar semalam.


Abah menceritakan kepadaku keadaan pak din selepas seminggu kejadian itu.. beberapa hari selepas berubat di Darul Syifa’, pak din dibawa pulang ke rumahnya. Abah melawat beliau untuk bertanya khabar. Sebelum itu abah telah mendapat firasat yang mana Pak Din telah mengambil hak orang. Jalan untuk menyelesaikan masalah dia, hanyalah dengan mengembalikan hak itu kepada empunya nya. Dari risikan abah, rupanya ada kekilafan tentang pembahagian tanah milik ayah pak din.. Adiknya yang berlainan ibu tidak mendapat hak keatas pusaka itu atas alasan ibunya adalah orang seberang yang tiada kerakyatan negara ini. Dengan dendam adiknya itu, maka dia di sihir.
Abah menyampaikan firasatnya itu setelah melawat pak din. Akhirnya harta2 itu dibahagi sama rata antara susur galur keturunan ayah mereka yang mempunyai hak keatas pusaka itu. Pak Din serta merta pulih dari sakitnya sesudah itu..



KINI LENGKAPLAH SATU CATITAN DENGAN DARAH DAN KERINGAT
DALAM TANGISAN SENYUM KETAWA, DALAM CINTA ADA DUKA, ADA BENCI, ADA RINDU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2013 01:03 PM | Show all posts
Adiya posted on 12-11-2013 09:45 AM
yaaaa..sudah lama aku menyeru batinmu, baru kini kita bersua.. silakan sahabatku perhalusi perihal ...

Aiiyorkkk!!!
Patutlaaa..resah gelisah aku di buatnyer nak tidor pon rasa x besstttt jek hehehe
ade yg manggil rupenyer..

Kifarah tu denda/saman/balasan dan sewaktu dengannyer.

Bila langgor undang2 kene laaa dendenyer.

antaranyer.

jgn engkari syahadah setelah beriman,
jgn engkari ibu dan bapa..di situ tanah dan langit kite.
jgn engkari guru di situlah rujukan kite
kite semua bersaudara..maka jagalah hak saudara kite.

kalo sakit kifarah ubatnyer taubat..kebiasaanyer laaa..jadi rajin2 lah bertaubat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 01:10 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 12-11-2013 01:03 PM
Aiiyorkkk!!!
Patutlaaa..resah gelisah aku di buatnyer nak tidor pon rasa x besstttt jek hehehe
...

tidak sia2 panggilanku itu.. semoga pencerahanmu ini menjadi ilmu berguna kepada sekalian yang ada serta menjadi hartamu di alam sana kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2013 01:18 PM | Show all posts
ninja9 posted on 12-11-2013 11:28 AM
bro, jgn lupa cerita pasal pak adu kawal pesilat kerasukan tu.. teringin plak nak dengar... :lovel ...

sory cho..aku tak brapa ingat kisahnya sebab aku tak de masa tu.. itu pun Pak Adu yang cerita kat aku masa aku melawat dia..memang waktu kejadian, aku ada di kampung.. tp Pak Adu boleh handle sendiri tu pasal dia tak ajak aku.. yang aku ingat, masa tu cuma serangan hysteria saja.. tapi ramai le murid silat yang kena waktu tu.. Pak Adu di panggil oleh jurulatih gelanggang dan dibawa ke sekolah tu.. dia settlekan satu persatu dalam bilik kat sek tu..tu la bahaya jugak kalau main silat kat gelanggang lama.. takut gelanggang hidup tak kena cara, mau meroyan sampai tua..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 03:58 PM | Show all posts
lain2 pengalaman bro adiya boleh la sudi2 ceritakan dekat sini... kami setia menanti..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 05:02 PM | Show all posts
Adiya posted on 12-11-2013 11:28 AM
Sambungan

nexttttt!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 05:50 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 12-11-2013 01:03 PM
Aiiyorkkk!!!
Patutlaaa..resah gelisah aku di buatnyer nak tidor pon rasa x besstttt jek hehehe
...

nak syer yg ni boleh tak bro???

jgn engkari syahadah setelah beriman,
jgn engkari ibu dan bapa..di situ tanah dan langit kite.
jgn engkari guru di situlah rujukan kite
kite semua bersaudara..maka jagalah hak saudara kite.



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 06:58 PM | Show all posts
leenaz posted on 12-11-2013 05:02 PM
nexttttt!!!!

next next...

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 09:03 PM | Show all posts
Nak sentuh pasal tanah. semalam aku ada terbaca pasal kes mak cik bongkok yg makan tanah kat benang lain (tak ingat benang mana). lepas makan tanah terus baik sakit bongkok badan dia, sebab segala susuk abis tercabut.

bila sebut pasal makan tanah ni, aku teringat dulu2 pernah terbaca cerita org yg makan tanah. dia amik tanah, kepal2 & makan. mcm makan kuih. tapi org tu bukan sebarang org la. dia tu kiranya org yg istimewa di sisi Allah. mungkin sedap agaknya 'tanah' yg dia makan tu..... kita nampak dia makan tanah, tapi mungkin sebaliknya kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:36 PM | Show all posts
krukx posted on 12-11-2013 09:03 PM
Nak sentuh pasal tanah. semalam aku ada terbaca pasal kes mak cik bongkok yg makan tanah kat benang  ...

aku ada dpt petua
manusia ni asal tanah
so tanah ubat dia
x tau laaa

kes aku dpt pasal anak aku nangis malam (2-4pagi) hari2
sorg forumer ni balas msg aku bgtau calitkan tanah kat dahi...
betul...anak aku senyap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 10:41 PM | Show all posts
amboiiii sedapnye kome main next2 pulak... aku yang tercirit2 dok mengarang. kome sedap le bace aje.. lepas ni aku nak buat point2 je..pandai kome la nak buat ayat.. hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2013 10:41 PM | Show all posts
amboiiii sedapnye kome main next2 pulak... aku yang tercirit2 dok mengarang. kome sedap le bace aje.. lepas ni aku nak buat point2 je..pandai kome la nak buat ayat.. hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 10:58 PM | Show all posts
krukx posted on 12-11-2013 09:03 PM
Nak sentuh pasal tanah. semalam aku ada terbaca pasal kes mak cik bongkok yg makan tanah kat benang  ...

Apa yang aku sampaikan di sini bukan rekaan semata2 cho..tp aku tak bisa menerangkan menerusi tulisan bab2 ni..lebih afdal, bersuri la baru cantik..
aku jugak bukan nak meraih pujian dengan penyampaian aku disini..sekadar berkongsi apa yang aku pelajari dan aku alami..kehebatan tanah kalau mike tau, memang tanah tu akan sentiasa ada la dalam rumah mike 24jam disebabkan 1001 macam kehebatannye. apa2 pun kena kaji la dulu..jangan ambil bulat2 perkara asas yang aku sampaikan..nti mudarat diri, aku yang di keji..











HIDUP BUKAN KERANA PUJI
MATI BUKAN KERANA KEJI



Last edited by Adiya on 12-11-2013 11:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye ke tanah pun bleh sembuhkan sakit2 jga tp tanah yg mcm mna..mcm sy ni kat kampung silap ambk tanh dpt skali baja kucing..naya sja..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:29 PM | Show all posts
Adiya posted on 12-11-2013 10:58 PM
Apa yang aku sampaikan di sini bukan rekaan semata2 cho..tp aku tak bisa menerangkan menerusi tuli ...

Alamak bro. aku tak sekali2 menafikan khasiat tanah tu. dan aku percaya apa2 yg kau citer tu bukan rekaan.

kalau ikut hukum akal pun, diri zahir kita ni asalnya dari tanah. dah tentu2 tanah tu banyak rahsianya kan. selama ni pun tanpa kita sedari kita makan zat tanah iaitu melalui makanan yg kita makan samada dari tumbuhan & haiwan. tapi dah tak pure la.

P/S- aku tak puji kau pun. sebab aku payah nak puji orang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.125724 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list