|
"BFF?" Soalnya. Keningnya terjungkit tinggi. Pada aku, soalannya itu masih berbaur sinis. Aku mencebik bibir. Geram aku dengan sikap Rahul.
“Saya akan pujuk Dona, tapi saya kena beritahu amma dan appa juga. Kami akan pujuk dia.” Sambungnya kemudian.
Aku tediam sejenak. Nak beritahu makcik Anu dan pakcik Bala? Nanti apa kata Dona? Aku beritahu Fahmi pun dia marah.
“Rahul... Tolong jangan bocorkan rahsia ni. Demi Dona...Nanti dia marahkan saya. Saya tak mahu dia bencikan saya kerana hal ini. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku hari ni.” Aku merayu Rahul untuk bekerjasama. Mata lelaki itu seperti sedang meratah wajahku. Aku jadi tak menentu apabila bebola matanya begitu tajam sekali merenungku.
“Ok.. Dengan syarat awak kena inform saya setiap perkembangan kesihatan Dona.” Tutur Rahul kemudiannya. Lalu aku mengangguk lemah.
“Thanks.” Tuturku perlahan.
Rahul tiba-tiba saja mengambil gelas di tanganku. Aku terkedu. Kemudian dia menuangkan air putih ke dalam gelas hingga penuh bagi menggantikan air yang sudah terluak separuh tadi. Aku hanya memerhati segala pelakuannya. Setelah itu dia menyerahkan gelas itu semula kepadaku.
“Err... sorry sebab terbasahkan baju awak tadi.” Sekali lagi aku memohon maaf.
“Not a big isue... Ada isu yang lebih mengganggu perhatian saya.” Nada suaranya serius. Wajahnya juga tampak serius. Aku memandangnya dengan penuh persoalan. Isu?
“Isu awak tidur dalam bilik saya tu... Do you know, Miss Najiha?” Rahul menghampiri aku lagi. Aku gugup bercampur malu. Aku memang tak mahu ingat dan ungkit lagi peristiwa yang memalukan dulu itu. Kalau boleh aku nak anggap ianya tak pernah terjadi.
“Setiap kali saya tidur atas katil, saya tercium bau awak.” Lelaki itu berbisik ke telingaku. Membundar besar kedua biji mataku mendengar kata-kata Rahul. Dia sengaja nak buat aku rasa bersalah atau malu, kah? Dan sekarang, hidungku pula yang menangkap bau perfume di badannya. Aku segera meninggalkan Rahul. Tak sanggup aku mahu berdepan dengannya lagi. Pipiku berona dan tebal rasanya. Ketika berlalu telingaku menangkap bunyi tawanya.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam bilik Dona.
Puas aku berkalih tidur. Jemu menelentang aku berpusing ke kiri. Tak lena mengiring ke kiri, aku mengiring pula ke kanan. Namun, masih lagi aku tak mampu lena kerana asyik teringatkan kata-kata Rahul.
Haishhh.... kalau ada bau aku, basuhlah cadar dengan sarung bantal tu! Aku merungut-rungut dalam hati.
“Aku tak nak dia orang tahu sebab nanti dia orang akan kawal aku. Aku tahu dia orang terlalu sayangkan aku. Silap-silap dia orang suruh aku berhenti kerja. Tambah pula Rahul dah balik ni. Nak jumpa kau dengan Fahmi pun susah juga nanti. Macam mana aku nak mendalami Islam?” Kata-kata Dona terngiang-ngiang di telingaku. Itu merupakan alasan yang paling kukuh Dona berikan.
Kami memang merancang untuk lebih kerap bertemu dengan Fahmi lagi selepas ini. Dona mahu bertemu dengan Fahmi untuk belajar serba sedikit asas-asas agama Islam terutamanya bab tauhid. Malah Dona juga mahu aku bermalam di rumahnya selalu untuk membacakannya ayat-ayat al-Quran.
Dulu aku memberi alasan kerana aku malu dengan Rahul apabila Dona mengajak aku bermalam di rumahnya. Namun malam ini aku tak mampu mengelak lagi kerana Dona merayu aku menemankannya. Dan hasilnya.... memang sekali lagi aku mendapat malu ketika berdepan dengan abangnya itu. Hai lah nasib!
Kupandang pula wajah Dona yang sudah nyenyak setelah makan ubat tadi. Kelihatan tenang sekali raut wajahnya. Dona... bersungguh-sungguh kau mahu menggapai syurga. Sesungguhnya syurga tak mampu engkau miliki tanpa syahadah.
“Ya Allah... Aku tahu kami tak bisa meneruskan persahabatan ini hingga ke syurga andai kalimah agung-Mu tak mampu Dona tuturkan. Ya Allah... Kau berilah kekuatan kepada Dona dan Kau berilah kesempatan buatnya untuk melafazkan syahadah. Dona tak mampu menggapai bahagia dunia, maka Kau berilah dia kenikmatan syurga....” Air mataku mengalir perlahan. Aku kesat air mata yang membasahi pipi dengan jari. Sesungguhnya aku terlalu berharap agar Dona bisa mengakhiri hayatnya dengan kalimah Lailahaillallah. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 15-3-2013 03:47 PM
Tak pe... Kita tengoklah nanti mampukah Dona menggapai syurga atau syurganya terbakar?
...
Kesungguhan Dona dlm mencari sinar Islam Insya Allah berhasil apa yg dia dambakn
|
|
|
|
|
|
|
|
woot woot eddie chapter 24 is coming |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua. Eddie dah muncul ni...
BAB 24
Pejabat kaunseling.
12.00 A.M
“Apa khabar Jiha?”
“Alhamdulillah. Eddie apa khabar?”
“Ok... cuma jiwa saya kurang tenteram sejak kebelakangan ini.”
“Kenapa, Eddie?”
“Jiha...”
“Ya, Eddie.”
“Kalau cinta sejenis dilaknat Allah, kenapa Allah datangkan rasa cinta itu?”
Perrghh... Terkedu aku sejenak.
“Bukankah ini tak adil?” Soalnya lagi.
“Eddie... benar perasaan cinta itu anugerah Allah, namun kita punya akal untuk memilih ke mana perasaan itu patut kita salurkan.”
“Tapi perasaan itu wujud bukan dibuat-buat. Malah saya langsung tak punya rasa cinta tehadap kaum hawa. Ada ketikanya saya rasa jijik apabila ada kaum Hawa melahirkan rasa cinta kepada saya.”
Aku menarik nafas panjang. Hurmm... Sampai macam tu sekali?
“Anggap saja ia sebagai ujian. Allah mahu menguji sejauh mana keimanan kita dalam mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.” Aku kemudiannya cuba memberi kata-kata nasihat. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bukan lelaki gay saja yang diuji dengan perasaan, Eddie. Manusia hetero pun diuji juga.” Aku teringatkan perasaan aku terhadap Mujahid merangkap Fahmi yang terpaksa aku kuburkan.
“Tapi itu masih tak sama!” Bangkang Eddie.
“Kenapa tak sama?” Soal aku.
“Sekurang-kurangnya lelaki hetero masih berpeluang mencari cinta baru. Tapi lelaki gay? Walau seribu kali mencari cinta baru, cinta itu tetap tak akan bersatu.”
Terkedu seketika aku mendengar kata-kata Eddie. Hilang kata-kata untuk aku meneruskan bicara. Rumit juga...
“Awak tak pernah cuba untuk menyintai kaum hawa?” Soalku kemudian.
“Macam mana saya nak cuba sedangkan perasaan terhadap hawa itu tak pernah ada?”
“Awak pasti? Dan awak langsung tak ingin mencuba?”
Eddie tertawa. “Buat apa Jiha? Apa gunanya saya mencuba jika akhirnya nanti perempuan itu akan merana?” Dan aku kembali terdiam mendengar kata-kata Eddie.
“Jadi sekarang apa masalah awak?”
“Saya menyintai seseorang tapi dia tak pernah mahu melayan saya.”
“Errr... maksud awak... yang tak mahu melayan perasaan awak itu lelaki kah?”
“Yup!”
“Kalau dia lelaki normal, tentu saja dia tak mahu melayan awak, Eddie.” |
|
|
|
|
|
|
|
“Tapi dia bukan normal. Dia juga sama macam saya.”
Berkejip-kejip mataku beberapa kali. “Macam mana awak tahu dia juga macam awak?” Kedengaran suara Eddie tertawa lagi. Aku tarik nafas panjang. Kenapa pula dia tertawa? Aku tak nampak pula soalan aku itu lucu.
“Hanya gay yang mengenali gay, Cik Najiha.” Jawab Eddie kemudiannya. Aku terbungkam. Memang aku tak mengenali lelaki gay. Abang aku, ayah malah sahabat aku semuanya lelaki normal. Aku tak pernah mengenali mana-mana lelaki gay kecuali Mind Teaser. Itu pun sekadar di maya berdasarkan penulisannya sahaja.
“Kenapa dia tak mahu melayan awak, Eddie? Dia ada kekasih lain?” Aku kembali menyoal setelah beberapa detik kami terdiam.
“Dia kata dia ada tapi saya tak percaya. Minatnya bukan terhadap kaum hawa. Jika dia meneruskan niatnya, dia hanya akan membuatkan perempuan itu menderita.”
“Mungkin dia mahu bertaubat. Awak tak suka kah kalau dia hidup normal? Dan awak tak mahu mengikut jejak langkahnya?”
“Saya tak boleh hidup tanpa dia...”
Fuhh! Berat. Inilah bahana kalau terlalu mengikut rasa. Cinta itu buta. Cinta itu nafsu. Cinta bisa merosakkan. Kerana cintalah Farah sanggup menggadai maruah. Namun cintanya hanya sia-sia. Bila sudah berbadan dua dia ditinggalkan merana. Ah! Apalah ertinya cinta jika inilah hasilnya... Aku bermonolog sendiran.
“Awak mungkin tak dapat rasa apa yang saya rasa. Awak tahu Jiha... hati saya sakit, seperti disiat-siat bila mendengar dia berbicara dengan kekasihnya di telefon. Malah melihat gambar kekasihnya saja sudah cukup membuat saya rasa macam nak mati.”
Naik loya pula aku mendengar luahan hati Eddie. Namun sebagai kaunselor, aku perlu bersikap profesional. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tapi cinta tak boleh dipaksa Eddie. Awak tak bolehlah nak paksa lelaki itu cintakan awak. Lagi pun dia dah ada kekasih, kan? Sanggup awak nak lukakan hati perempuan itu?”
“Tapi perempuan tu akan lebih terluka bila dia dapat tahu kekasihnya itu gay. Tak ikhlas dalam menyintainya.” Eddie masih bertegas dengan pandangannya.
“Mana awak tahu dia tak ikhlas? Mungkin dia benar-benar cintakan perempuan tu?”
“Ah! Sudahlah.... awak pun sama saja Jiha. Mesti dalam hati awak tu mengutuk saya ni ahli neraka jahanam. Dibangkitkan bersama kaum Nabi Lut di padang mahsyar kelak, bukan?” Tiba-tiba Eddie membentak aku.
“Bukan macam...” Ah! Talian dimatikan.
Lama aku termenung memikirkan soal Eddie. Ternyata benar Eddie lelaki gay. Rasa macam tak percaya saja aku, cik gayah menelefon aku. Namun aku mengakui kes kali ini bukan calang-calang. Andai Eddie menelefon aku lagi, apa yang harus aku katakan kepadanya? Aku tak punya pengetahuan yang mendalam mengenai lelaki gay. Setakat pembacaan aku di Forum Bicara Hati apalah sangat. Pusing pusing masih tersekat kepada persoalan yang sama juga. Tiada penyelesaian. Hmm.... Aku mengeluh sendirian.
“Hai panjang mengeluh.” Yasmin menegur aku. Aku hanya tersengih.
“Masalah klien?” Soal Yasmin. Angguk.
“Pasal apa pula kali ni?”
“Cik gayah.”
“Biar betik!” Yasmin seperti terperanjat. Aku diam saja.
“Dia nak bertaubat ke apa?” Yasmin menyoal lagi. Sekali lagi nafas kuhela.
“Tak ada pula. Tapi gaya bercakap macam menyalahkan takdir.”
“Sebab diberi perasaan pelik macam tu?” Aku Angguk lagi.
“Biasalah kaum gayah ni. Mana pernah nak mengaku salah sendiri?”
Dalam diam aku akui pernyataan Yasmin. Dari pernyataan-pernyataan di forum mahu pun Eddie, memang kebanyakannya menyalahkan takdir. Mereka mendakwa perasaan itu datang secara fitrah, bukan mereka yang pinta dilahirkan sebegitu. Benarkah?
**********
ok teameddie... doakan yg terbaik buat eddie |
|
|
|
|
|
|
|
huh ! sib baik ai pilih rahul.. |
|
|
|
|
|
|
|
khatam juga...nalle pun suka Jiha dgn Rahul...
so sweet.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hai ler eddie...sentap mengalahkn pompuan..tau pulak bila menyintai kaum sejenis ke neraka...pastu menuduh org lain mengata dia itu ini....
So, motip dia tipon jiha utk tanya pendpt cinta sejenis...mukan dia nak degr pendpt jiha seterusnya...penampor kang... |
|
|
|
|
|
|
|
xpe Jiha...Mujahid boleh upas isu sensitip nih... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 18-3-2013 12:38 PM
xpe Jiha...Mujahid boleh upas isu sensitip nih...
tul tu sellie , jiha ..apa kata minta pandangan mujahid ttg isu gay ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 18-3-2013 10:12 AM
“Tapi dia bukan normal. Dia juga sama macam saya.”
Berkejip-kejip mataku beberapa kali. “Macam ...
jiha meloya, saya mcm nak termuntah je sekarang..
apalah psikologi diorg ni kan...kalau yg Islam harap ada sinar dipenghujung utk bertaubat.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 18-3-2013 01:20 PM
tul tu sellie , jiha ..apa kata minta pandangan mujahid ttg isu gay ni..
Harap2...mujahid dpt bantu mengupas isu nih ngan si eddie meddie tuh...jgn si eddie nih tangkp syiok kat mujahid udahlah ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
lowgil posted on 18-3-2013 02:05 PM
bisakah jiha mengguyur neraka si eddie awww..
best la watak eddie mcm ni, tak sabar na ...
Best ke watk eddie tuh?...loya aku bila eddie sentap bila jiha nyatakn pendpt islamik dia...alahai...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku jd jiha...harus aku asyik nak uwek2...setiap kali dia cakap pasal cinta sejenis dia tuh...mau eddie saman aku...x abis2 aku uwek2kan dia dalam call...miahahaha... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|