|
fatehana posted on 12-12-2012 12:12 PM
FaraHhhhhhhhhhhhhh cepat sambung
dah ada dah tu satu...sabo ana bawak2 ngucap..keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 12-12-2012 11:29 AM
x cukup ler....nak lagi huhuhhuhu
hehe... ye red...sabo ye red... |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 12-12-2012 11:22 AM
walaupun tau tuan tanah bizi tp diri ini mmg tak boleh sabar menunggu sambungan .
terima kasih kerana baca dan menunggu dengan tabah..
|
|
|
|
|
|
|
|
yamapi posted on 13-12-2012 01:36 PM
tak cukup laaaaa... nak lagi.. yg penting babak romentik lisa dgn TD kene bykkkkkkk gilerrrrrrr
ada banyakkkkkkk lg dalam bab2 lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak speku.... maria akan kata amran yg "makan" dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 13-12-2012 02:32 PM
doa2 la banyak2 supaya saya rajin giles...
Aminnnnnnnnnn......
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 26
Setelah seminggu terlantar, tengku dennis sudah memulakan rutin hariannya kembali. Segala urusan pejabat terpaksa diserahkan kepada setiausahanya dan kepada mereka dimaklumkan bahawa dia sedang bercuti ke luar Negara dan tidak mahu diganggu sedangkan hakikatnya dia sedang terlantar di atas katil.
Selama seminggu urusan jual beli terpaksa dihentikan. Keadaan itu membuatkan tengku dennis tidak betah untuk menghilangkan diri. Seminggu bercuti dia sudah kehilangan transaksi sebanyak 1 billion ringgit Malaysia! Kalau boleh, satu sen pun dia tak nak untungnya terlepas pada orang lain.
Urusan perniagaannya harus diselesaikan dengan segera. Pelanggannya perlu dihubungi kembali untuk melancarkan urusan jual beli. Dia tidak mahu mereka semua berpaling tadah. Rugi nanti!
“Young and handsome man! Termenung jauh Nampak? Apa kes?” soal razman sambil melabuhkan duduk dikerusi berhadapan tengku dennis.
“masuk tak ketuk, kau ingat pejabat atuk kau ke?” sindir tengku dennis. Razman hanya ketawa lepas. Langsung tidak terasa.
“hai, sejak bila nak berketuk bagai ni…selama ni okay je…” balas razman. Tengku dennis hanya senyap.
“kalau kau fikir siapa yang tikam kau tempohari, tak payah kau risau. Aku dah kerahkan budak-budak kita untuk kenal pasti siapa dia. Buat masa sekarang, menurut mereka, lelaki itu mungkin orang upahan budak baru yang cuba buat kacau di tempat kita.” Lapor razman.
Tengku dennis hanya mengangguk.
“aku nak kau cari dia sampai dapat dan heret dia depan aku. Jangan biarkan dia terlepas.” Arah tengku dennis.
“tapi aku nak tanya kau ni, agak muskil jugak bagi aku sebenarnya….kenapa kau boleh ditikam sedangkan aku rasa kau tangkas orangnya bila masuk bab bertumbuk ni. Lagipun kau memang sentiasa bawa pistol kan?” tanya razman. Dia pelik, bukan senang untuk menyerang tengku dennis dan bukan senang untuk mencederakan lelaki itu apatah lagi menikamnya.
Tengku dennis hanya tersenyum sinis. Sebenarnya dia sudah tau siapa punya angkara. Cuma dia masih mahu bermain, mereka yang memulakan permainan ini dan dia akan meneruskannya sehingga mereka sendiri yang datang melutut memohon ampun darinya. Lelaki yang menikamnya hanyalah orang yang diupah dan dia mahu mencari lelaki itu untuk diberi pengajaran kepada orang yang mengupahnya.
Dia yakin dengan menggunakan lelaki yang menikamnya dia mampu menakutkan sang semut yang berhajat besar mahu membunuhnya. Bukan senang nak tumpaskan tengku dennis. Dia ketawa bebas, besar sungguh hajat sang semut itu. dia belum kenal siapa tengku dennis.
“ketawa pulak. Kau jangan jadi gila pulak lepas kena tikam ni. Baik pergi check doctor takut ada mana-mana wayar putus.” Gurau razman.
Tengku dennis hanya menggelengkan kepala.
“aku bukan apa, Cuma kesian dengan semut yang cuba nak bunuh gajah. Gila ke! Dia belum kenal siapa tengku dennis. Aku tak kan mati dengan mudah!” angkuh sekali kata-kata itu. lupakah tengku dennis bahawa masih ada yang lebih berkuasa selainnya?
“kau tau ke siapa yang cuba nak bunuh kau denz?” soal razman serius. Perkara sebegini tidak boleh dibawa bergurau. Dalam hidup mereka, musuh harus dihapuskan sebelum mereka merancang untuk menghapuskan kita.
“kau tak perlu tau semua itu. kerja kau cari siapa lelaki yang tikam aku. Siapa disebaliknya tak payah kau ambil tahu. Aku nak lelaki tu hidup-hidup!” putus tengku dennis tegas.
“perkara kecik je tuuu…saiz kuman punya hal lah. Kau tak perlu risau.” Janji razman. Tengku dennis hanya menganggukkan kepala.
“hah, yang kau melepak kat sini lagi kenapa? Pergi buat kerja la, jangan makan gaji buta.” Tengku dennis pura-pura garang. Dia kembali focus pada kerja menyemak akaun syarikat yang diberi pekerjanya tadi.
“agak-agaklah kalau rajin pun bos, lunch hour kot. Mengigau apa kau ni.” Seloroh razman. Kuat sangat bekerja ke kuat sangat mengelamun sampaikan lunch hour pun tak tau.
Patutlah rasa lapar semacam. “kau dah makan ke? Jom aku belanja.” Ajak tengku dennis.
“pernah pulak selama ni aku yang belanja kalau keluar makan dengan kau.” Balas razman.
Tengku dennis ketawa kuat.
“eh, sebelum tu aku nak tunjuk kau satu benda. Baru sampai semalam.” ujar tengku dennis. Razman kerut kening.
“barang baru ke? Kenapa aku tak tau apa pun. bukan barang baru kena melalui aku dulu ke?” soal razman kembali. Sejak bila pula dia dipinggirkan.
Tnegku dennis mendengus. “kau ni…cepat sangat buat kesimpulan kenapa? Tunggula aku tunjuk dulu.” Marah tengku dennis.
Razman tarik sengih. Malu pula sentap macam perempuan. Tengku dennis tarik salah satu laci meja kerjanya. Satu kotak coklat berukir cantik diambil dan diletakkan diatas meja. Tengku dennis senyum lebar sebelum menyuruh razman melihat isi di dalam kotak tersebut.
Tanpa berlengah razman menarik kotak berukir indah yang kelihatan mewah itu mendekat lantas dibuka. Bulat mata lelaki itu melihat isinya. Sepucuk pistol jenis FN FIVE SEVEN (FN 5-7) menjamu matanya.
“wow! Mana kau dapat ni?!” soal razman teruja. Pistol itu diangkat keluar dari kotak dan dibeleknya. FN 5-7 salah satu pistol terbaik di dunia kini dalam gengamannya. Tambah mengujakan apabila pistol itu custom made atau direka khas. Sebahagian dari pistol itu diukir dan disaluti emas tulen pada tiap belah pemegangnya ada logo seekor naga dan disudut hujungnya ada dua huruf terukir, TD. Sudah pasti membawa maksud tengku dennis.
“seriously cantiklah! Mana dapat ni?” soal razman lagi apabila soalannya tadi masih tidak berjawab.
Tengku dennis senyum lebar. “aku tempah khas dari salah seorang buyer kita di Mexico. Aku nak bayar tapi diorang bagi as a gift sebab mereka puas hati berurusan dengan kita.” Jawab tengku dennis.
“cantik memang cantik tapi sayanglah sebab tak berdaftar, tak boleh bawak setiap masa.”
“sejak bila kau jadi manusia yang ikut law ni raz? Kena rasuk ke apa kau ni?” gurau tengku dennis. Setiap senjata api yang dimilikinya langsung tidak berdaftar tapi apa dia nak hairankan. Zaman sekarang zaman duit. Manusia boleh dibeli dengan duit.
“nanti kena rampas sayang woooo…” razman meluahkan kata.
“apa nak takut raz. Macamlah selama ni kita buat kerja betul. Hanya kerana pistol ni kita nak takut. Kalau nak takut jangan jadi jantan, jadi perempuan.” Tengku dennis gelak kuat.
“lagipun zaman sekarang ni asal ada duit, semua boleh dibeli lah. Kau ingat barang kita boleh lepas kalau aku tak bayar semua orang kat sempadan? Asal ada duit semua jalan. Zaman sekarang gerak sikit duit. Jamban pun kena bayar tau! Kau ingat free?” sambung tengku dennis lagi.
“betul-betul, tandas pun sampai rm5 sekarang ni nak kena bayar sekali masuk.” Sokong razman.
“ha…tau pun kau!”
“ni dah test belum?” soal razman merujuk pada pistol yang sudah beralih tangan pada tuannya. Tengku dennis menghala muncung pistol tepat ke arah razman. Saja nak test.
“kau jangan main gila, bersepai otak aku kat sini nanti.” Razman ketawa kuat. Dia tau pistol itu kosong, tidak diisi sebarang peluru lagi.
“aku akan guna dekat orang tertentu saja. Pistol ni datang dengan peluru khas, dicampur dengan emas tulen dan ditempa khas untuk kegunaan pistol ni. Kena sekali confirm mati!” Sebiji peluru hidup ditunjukkan pada razman. Lelaki itu menyambut dan membeleknya.
“hebat! Sangat cantik dan halus buatannya.” Puji razman.
“dahlah, jom pergi makan. Aku dah lapar, layan kau memang tak habis.” Ajak tengku dennis lantas menyimpan kembali pistolnya di tempat asal.
“aku pulak yang kena….sebelum aku lupa, minggu depan kita ada camp fire dekat pulau. Kau nak join? Aku saja treat budak-budak kita, biar rajin sikit kerja.” Ajak razman. Party itu akan diadakan di pulau peribadi milik tengku dennis yang terletak berhampiran pulau redang. Pulau itu dibeli setahun yang lalu. Sesiapa pun tidak dibenarkan menceroboh malahan pulau itu dikawal ketat oleh orang-orangnya.
Kedudukan pulau itu yang terlindung menjadikan tengku dennis berminat untuk memilikinya. Mungkin satu hari nanti pulau tersebut berguna untuk dirinya.
“maybe aku join, tengoklah kalau aku tak ada hal. Kalau aku tak ada pun tak pe, enjoy your party!” tengku dennis memberi kebenaran walau razman langsung tidak meminta kebenarannya. Dia langsung tidak kisah kerana selain adam dan bob, razman juga merupakan orang kuatnya.
p/s : last for today...enjoyyyy
Last edited by farahanafarah on 13-12-2012 06:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Best, best...sambung lagi...
Momod...naikkan rating citer nih...best...lain dr yg lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan lg.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 14-12-2012 01:55 PM
Sambungan lg..............
betul tu...x sabar nk tggu n3 baru....
|
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
baru baca.. bestla citer.. sambung lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 27
Lisa kebosanan, dah naik juling biji matanya tengok televisyen setiap hari. Nak kemas rumah, rumah dah bersih, nak masak bukan ada orang nak makan. Tengku dennis sejak baik dari lukanya jarang melekat di rumah. Entah apa yang dibuatnya pun dia tidak tahu, siang malam sibuk. Nak Nampak baying pun susah, jangan kata nak Nampak susuk tubuhnya.
Ai lisa….tak kan rindu kot? Soal hatinya. Hish! Time sorang-sorang macam ni lah hati nak kata tu nak kata ni. Buat seram je. dalam pada menikmati hidupnya jauh dari kampong halaman, sekali sekala perasaan rindunya pada arwah nenek dan kedua ibu bapanya menggamit sanubarinya. Tidak semena-mena menitis jua air matanya.
Kalau diceritakan pada orang kisah hidupnya pasti orang menganggap dia bodoh, dungu dan macam-macam lagi. Sanggup tinggal serumah dengan lelaki, menjadi hamba lelaki itu walaupun nasibnya agak baik kerana tidak dijadikan hamba nafsu seks lelaki itu tapi sampai bila, sampai bila dia harus hidup menumpang. Reality hidup tidak seindah yang diimpikan, tiada yang percuma. Satu hari nanti dia tau yang segala budi tengku dennis harus dibalasnya.
Walau dengan apa cara sekalipun dia pasti akan membalas budi lelaki itu walau tidak diminta. Segan sebenarnya hidup menumpang, makan dan minum ditanggung lelaki itu namu apa dayanya, dia buntu. Kemana harus dia melangkah untuk meneruskan hidup. Dirinya sebatang kara, langsung tiada saudara mara yang dikenali apatah lagi petunjuk untuk mencari saudaranya. Salasilah keluarga agak samar-samar, yang dia tau nek azizah adalah neneknya, maria sepupunya dan mak nab serta pak mat merupakan ibu dan bapa saudaranya. Selebihnya dia tidak tahu.
Setiap hari dia berfikir, ke mana hala tuju hidupnya. Tak kan selamanya dia mahu bergantung pada tengku dennis. Lelaki itu tentu saja ada masa depan, ingin mendirikan rumah tangga dan sebagainya. Makin lama dia berada dalam hidup tengku dennis makin lama lah dia menjadi penghalang pada hidup lelaki itu agaknya. Pening sungguh kepalanya apabila memikirkan masa depan. Kalaulah bunuh diri itu tidak berdosa, dialah orang pertama yang melakukannya. Hidup pun bukan ada arah tuju.
Tercantas lamunannya saat handphone yang diletakkan di atas meja kopi di sebelahnya bergetar. Tengok ni, handphone pun orang bagi atas belas kasihan. Nak harapkan duit sendiri mimpilah.
Satu pesanan sms diterima.
‘siap sekarang, kejap lagi aku balik’
Sms itu dibaca berulang kali, nak siap pergi mana pula ni. Ada ajalah si tengkujuh ni, tanpa perlu melihat pengirimnya dia sudah tau siapa gerangannya. Tentu saja tengku dennis, lelaki itu saja yang ada nombor telefonya. Kepada adam dan bob pun dia tidak dibenarkan bertukar nombor telefon. Butang reply ditekan.
‘nak pergi mana?’ tak sampai seminit sudah berbalas.
‘kau jangan banyak tanya boleh, aku kata siap sekarang siap je la!’
amboi…tanya pun tak boleh.
‘ok’ ringkas balasannya. Baru nak angkat punggung menuju ke bilik, telefon berbunyi tanda panggilan pula menyusul.
“pakai jeans, kasut, baju dan jaket yang aku beli hari tu.” Seperti biasa tanpa salam atau hai tengku dennis terus ke tujuan asalnya.
“waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh….” Panjang lebar salam dijawab lisa walau tiada salam diberi oleh orang dihujung sana.
Lisa menekup mulut dengan telapak tangannya menahan tawa. Pasti merah muka lelaki itu menahan amarah.
“hmmm…” hanya itu yang keluar dari mulut tengku dennis. Kerap sekali gadis itu mengusiknya apabila dia terlupa memberi salam. Nak buat macamana, itu bukan budaya dia. Buang masa saja nak beri salam segala ni.
“lain kali kalau call orang bagi salam dulu,” nasihat lisa. Dia dapat mendengar dengusan tengku dennis dihujung talian.
“aku ni berkawan dengan bermacam jenis orang, tak kan semua orang tak kira agama aku nak bagi salam.” Bela tengku dennis.
“kalau macam tu, sekurang-kurang dengan saya bagi lah salam. Awak kan memang tau saya ni islam.” Balas lisa.
“kau tak payah nak ajar aku. Kalau kau bagus sangat kenapa kau tak pakai tudung, kenapa kau tinggal dengan aku. Ustaz mana yang ajar kau duduk dengan lelaki?” sindir tengku dennis tanpa mempedulikan perasaan lisa terguris atau tidak. Bagi lisa kata-kata tengku dennis ibarat sebutir bom yang tepat menuju pada dirinya. Tidak ada salah apanya tentang apa yang lelaki itu perkatakan. Dia bukan
muslim yang baik. Banyak yang longgar dalam pegangan agamanya sendiri.
Tapi dia bersyukur sekurang-kurangnya dia tahu bersolat, nak harapkan mak nab atau pak mat yang ajar, ibadah mereka pun tak tersusun. Nasib baik neneknya ada untuk mengajar dan disamping itu dia banyak belajar disekolah dan buku-buku yang dipinjamnya dari perpustakaan. Setakat basic agama tu insyaallah dia tahu. Tapi itulah manusia, tahu tapi jarang yang dibuat. Terasa malu dengan tengku dennis, beria-ia menegur orang tapi diri sendiri tak betul. Macam mak ketam ajar anak ketam jalan lurus sedangkan dia sendiri jalan sengat.
“hello…kau dengar tak apa aku cakap tadi? Kau ni banyak berangan sangat lah!” marah tengku dennis apabila lisa tidak member respon terhadap arahannya.
“errr…ulang balik boleh tak, line tak clear..tak jelas sangat tadi,” tengok tu, belum apa-apa dah tambah satu lagi dosa menipu. Lisa…lisa…
“aku cakap siap cepat, pakai jeans, kasut, baju dan jaket yang aku beli hari tu. Aku tak ada masa nak tunggu kau bersiap. 15 minit lagi aku sampai. Jangan lambat!” tanpa pamit suara dingin itu terputus dengan sendirinya, tak sempat nak cakap bye ke I love you ke. Eh! Gatal ye kau lisa…
Lisa pantas berlari ke bilik untuk bersiap, takut terlambat nanti kena marah. Angin tengku dennis bukan boleh dijangka. Bukan dia kira apa, kalau nak marah dia marah, nak mengamuk dia mengamuk. Langsung tak ambil kira perasaan orang.
Jeans dan baju disarung ke badan, jaket disangkut pada kerusi meja solek dan lisa segera melabuhkan duduk di situ. Kalau nak diikutkan dia tidak berapa gemar bersolek tapi dek kerana mulut puaka tengku dennis dia terpaksa bersolek. Pernah satu hari tengku dennis memarahinya hanya kerana dia tidak bersolek. Kata lelaki itu rupanya sudah macam pocong baru lepas beranak, pepandai je cakap pocong boleh beranak! Tengku dennis yang jadi bidan agaknya, tu pasal dia tau kot!
Setelah berpuas hati dengan mekap tipis diwajahnya, lisa menyarung jaket kulit untuk melindungi bahunya yang terdedah. Singlet putih dan jeans biru gelap dipadankan dengan jaket kulit hitam menyerlahkan gaya ranggi pada tubuh langsing lisa. Sejak kenal dengan tengku dennis, dia sudah pandai bergaya. Kalau kat kampong dulu, jangan kata nak bergaya, baju raya yang setahun sekali pun terpaksa curi-curi beli dengan duit gajinya. Takut dimarahi mak nab dan pak mat. Padahal duit itu titik peluhnya.
Bila diingat kembali apa yang mak nab dan pak mat lakukan terhadap dirinya, terasa seperti lamgsung tidak ingin dimaafkan tapi baik buruk mereka tetap saudaranya. Lisa mengeluh perlahan, apa khabar mereka agaknya. Bahagia agaknya sebab aku dah tak ada kat dalam rumah tu, bicara hati lisa sendirian.
“lisa! Lisa! Dah siap belum?!” suara yang menjerit memanggilnya dari luar mengejutkan lisa. Cepatnya balik! Dia terkocoh-kocoh mencapai beg coach silangnya dan menuju ke pintu bilik. Tergesa-gesa dia menuruni anak tangga sehinggakan hampir tersadung. Mujurlah sempat berpaut pada pemegang tangga, kalau tidak penyek hidung, jatuh hantaran! Ewah, ada hati nak kahwin rupanya.
Tengku dennis sudah bercekak pinggang dihujung tangga. Bukan nak tolong orang nak terjatuh, dia boleh berdiri aja depan tu? Tak ada perasaan betul, bebel lisa namun semuanya hanya dalam hati. Kalau cakap kat tengku dennis mau setahun kena maki agaknya.
“lambat! Terhegeh-hegeh!” marah lelaki itu. dalam diam dia memuji kecantikan lisa, apa sahaja yang dipakainya memang padan dengan bentuk tubuhnya yang tidak terlalu kurus dan terlalu gemuk. Curvilicious bak kata razman. Mana dia dapat term tu pun tidak tahu lah.
“mana ada lambat, awak tu yang balik awal,” jawab lisa.
“menjawab aja kerja kau. Aku jahit mulut tu baru tau!” lisa memang suka menjawab, tidak seperti gadis lain yang dikenalinya.
Lisa hanya senyap. Dia menyalahkan diri sendir, sudah berkali-kali diingatkan dirinya supaya jangan menjawab apa yang tengku dennis katakana. Dia patut sedar diri, dia hanya menumpang, kena jaga sikit hati tuan rumah.
“dah! Cepat, aku dah lambat ni. Pakai kasut tu.” Arah tengku dennis sambil berlalu ke ruang kunci, tempat dimana semua kunci digantung dan disimpan. Lisa hanya menurut arahan tanpa sebarang bantahan. Boot kulit paras betis disarung ke kaki. Manalah dia nak bawak aku dengan pakai kasut macam ni. Macam nak naik motor besar pulak!
Mereka beriringan menuju ke lif dan sesampai di pintu lobi ternyata telahannya betul, tiga biji motor berkuasa besar sudah tersedia di hadapannya. Bob dan adam sudah bersedia dengan motor masing-masing dan seperti biasa adam tersengih-sengih sambil melambai ke arah lisa manakala bob hanya tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Lisa hanya membalas ala kadar. Bukan sombong tapi runsing sebenarnya.
Dia mana pernah membonceng motorsikal dengan lelaki apatah lagi motor berkuasa tinggi seperti di hadapannya ini. Dapat dibayangkan dia bakal tergolek jatuh. Ish! Seram!
“awakkkk…awak…kalau kita tak naik motor ni boleh tak? Kita naik kereta la…” ajak lisa perlahan seperti berbisik. Tidak mahu adam dan bob mendengar.
Tengku dennis menggeleng dan buat muka bengang, saja nak menakutkan sebenarnya.
“jangan banyak songeh boleh? Kalau kau tak nak ikut, pergi naik atas. Berkawan dengan hantu-hantu tu semua.” Suruh tengku dennis.
Lisa terkejut, hantu apa pulak ni. “apa awak cakap ni? Hantu apa?” soal lisa pantas.
“macam-macam hantu ada kat atas tu.” Balas tengku dennis selamba sambil menyarung helmet fulface dikepala. Lisa cuak! Betul ke ada hantu?
“selama saya duduk sorang-sorang okay je,” lisa mula berbelah bagi, baru sekejap hatinya gembira dengan cadangan tengku dennis tapi bila mendengarkan perkataan hantu terus meremang bulu romanya.
“eh, rumah aku ke rumah kau? Tu rumah aku, tentulah aku lebih tau dari kau,” tengku dennis masih selamba menjawab setiap patah perkataan yang dikeluarkan gadis itu. dapat dilihat dengan jelas raut wajah cuak yang ditunjukkan gadis itu. nasib baik dia sudah menyarung helmet, tak lah kantoi kalau dia tersenyum.
Lisa terkebil-kebil, nak naik ke nak ikut. Haish! Kalau naik buatnya ada Pontianak, hishh! Masak aku dibuatnya, mana nak lari.
“err…saya ikut!” lisa memberi kata putus. Tengku dennis sembunyi senyum. Helmet di hulur kepada gadis itu yang masih berdiri disebelah motornya. Tengku dennis awal-awal lagi sudah berada atas motor.
“kejap!” lisa menyanggul ringkas rambutnya dan menyambut helmet yang dihulur dengan teragak-agak. Melihatkan lisa yang masih teragak-agak untuk menyarung helmet itu, tengku dennis pantas merampas kembali.
“sini! Lembab! Terhegeh-hegeh…” marahnya. Lisa hanya menurut apabila tengku dennis menarik jaketnya supaya berdiri lebih rapat dengan lelaki itu. helmet itu disarung dengan berhati-hati di kepala lisa.
Pada mulanya lisa berasa agak tidak selesa, macam ada satu beban yang berat berada di pundaknya tapi dia cuba menyesuaikan diri.
Tak nak cakap dengan tengku dennis, nanti tak pasal-pasal kena marah. Lelaki itu bukan boleh dibuat main, panas baran semacam!
“dah?” tanya tengku dennis pada lisa yang sudah duduk dibelakangnya. Gadis itu hanya mengangguk. Kunci dipulas dan starter ditekan dengan ibu jari yang bersalut sarung tangan khas. Throttle minyak dipulas sehingga mengeluarkan bunyi yang nyaring tapi tidak menyakitkan telinga. Adam dan bob juga sudah bersedia di depan dan belakang motor tengku dennis. Mereka bertindak sebagai escort tengku dennis.
“peluk pinggang aku kuat-kuat,” suruh tengku dennis kuat melawan bunyi enjin motor. Lisa mencebik dalam hati, gatal! Namun belum sempat dia membalas tengku dennis sudah memulas throttle minyak dengan kuat dan secara tidak sengaja lisa terpeluk tengku dennis. Dia cuba untuk melepaskan pegangannya tapi dengan keadaan motor yang ditunggang laju dan struktur motor menyebabkan dia tiada pilihan lain. Kalau tak peluk pinggang tengku dennis mau mati katak dia hari ni. Lelakit itu menunggang motor macam pelesit.
p/s : buat hilang rindu di hujung minggu..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 13-12-2012 09:26 PM
Best, best...sambung lagi...
Momod...naikkan rating citer nih...best...lain dr yg lai ...
momod tolong naikkan reading access buleh? biar forumer cari je buleh baca..
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 16-12-2012 01:15 AM
momod tolong naikkan reading access buleh? biar forumer cari je buleh baca..
pm momod farah suh naikkan RA asap nnt ada yg ciplak pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
norza79 posted on 16-12-2012 01:43 AM
kita orang pertama yang baca..
ewah... good!
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 16-12-2012 07:15 AM
pm momod farah suh naikkan RA asap nnt ada yg ciplak pulak
dah pm momod ct redzuan...thanks ana..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|