CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2012 10:42 AM | Show all posts
“mana kawannya?” soal Ilham setelah menyedut fresh orange. Matanya mencari-cari juga kawan Nadrisa meskipun tidak mengenali lelaki itu.

“on the way katanya... jap lagi sampai lah tu... yang awak nak ikut sekali ni kenapa?” balas Nadrisa bersama soalan. Matanya melirik kearah Ilham yang sedang merenungnya.

“apa salahnya... nak jugak jumpa ‘kawan’ awak yang berjaya buat awak utamakan dia daripada saya...” agak sinis kata-kata Ilham. Nadrisa ketawa kecil mendengar balasan dari Ilham. macam cemburu ajer...

“bukan utamakan dia... tapi saya utamakan pelajaran. saya nak kena pinjam jugak buku tu dari dia... kat library dah tak ada. Nak beli pulak mahal sangat...” jawab Nadrisa tenang. Memang asalnya dia merancang untuk meluangkan masa bersama-sama dengan Ilham petang ini namun memikirkan tugasan yang mula menimbun dia terpaksa mengutamakan yang lebih penting. Lagipon, tiada bezanya kerana kini Ilham tetap mengekorinya untuk bertemu rakan sekuliahnya.

“sorry lambat....” tegur Nizam sambil melabuhkan punggungnya dihadapan Nadrisa yang sedang bersembang dengan Ilham.

“tak apa... kitorang baru sampai.” Dalih Nadrisa meskipun sudah hampir 15 minit dia dan Ilham tercongok dikedai ini. ahh, tak kisahlah. Janji tak perlu dipanjangkan cerita tentang kelewatan Nizam.

“nah buku yang awak mintak tu... dah buat tugasan yang Dr Fatimah nak tu?” Tanya Nizam sambil memandang ralit wajah Nadrisa didepannya. Kewujudan Ilham diabaikan! Hati Ilham agak menggelegak melihat cara Nizam memandang Nadrisa. amboi bukan main kau tenung anak dara orang. Aku pon tak pernah wat macam tu kat Risa selama ni.

“dah...tapi tak banyak sangat. Info susah nak dapat la... lagi pun saya busy dengan kerja lagi.” Jawab Nadrisa mudah tentang assignment pemberian dr.Fatimah.

“Risa....lama lagi ke? Kitakan ada hal lepas ni...” tegur Ilham sambil melemparkan senyuman palsu kearah Nizam. Sempat lagi dia menjengilkan matanya kearah Nadrisa supaya mengikut kata-katanya. Nadrisa mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Bila masa pulak aku dengan dia ada rancang apa-apa.

“oppp sorry Nad... tak tahu pulak awak ada hal lain... by the way, saya Nizam.” Nizam memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Satu senyuman mesra diberikan kepada Ilham. faham dengan lirikan mata Ilham yang jelas menunjukkan dia kurang senang melihat perbualannya dan Nadrisa.

“saya Ilham.... bakal suami Risa.” Balas Ilham selamba sambil menyambut huluran tangan Nizam. Nadrisa yang sedang meneguk teh ais tersedak. Terbatuk-batuk kecil mendengar jawapan dari Ilham. satu jelingan maut dihadiahkan kepada Ilham yang menayang wajah tak bersalah.

“ish sayang ni.... minum air tu perlahan sikit... tahulah nak cepat.” Tambah Ilham lagi. Sedikit sebanyak memberi hint yang dia mahu Nadrisa cepat menghabiskan minumannya dan beredar dari kedai ini sekarang. Panas hatinya melihat kemesraan Nadrisa dan Nizam walaupun sekadar kawan yang membuat tugasan bersama-sama.

“hmmm...Nizam, saya pergi dululah... memang ada hal ni.” Minta Nadrisa akhirnya tatkala melihat perangai Ilham yang makin berubah. Sebelum aku lebih malu depan Nizam,baik aku blah.

“okey...kalau ada apa-apa mesej la.” Balas Nizam senang sebelum mereka berpisah dari kedai tersebut. Nadrisa sekadar mengangguk sebelum sama-sama Ilham keluar untuk ke destinasi yang belum dibincang lagi.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 10:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2012 10:50 AM | Show all posts
“awak ni dah kenapa? Malu tau saya dengan Nizam tadi.” Marah Nadrisa geram ketika mereka berada didalam kereta Ilham. destinasi seterusnya adalah rumah masing-masing!

“kenapa pulak nak malu? Boyfriend baru ke tu?” sela Ilham keras. Siapa tak geram melihat kemesraan orang tersayang dengan lelaki lain.

“Ilham...jangan nak mengada boleh tak? Nizam tu muda 4 tahun dari saya tau. Dia tu kawan saya je la...”

“muda 4 tahun pon bukan tak boleh kawin kan....” balas Ilham sinis.

“awak jangan nak merepek la Ilham...” tinggi suara Nadrisa. apa lah masalah mamat ni.

“saya tak merepek Risa... saya cuma tak suka tengok Nizam tu...... tengoklah cara dia pandang awak macam mana... gatal sungguh!”

“kenapa awak tak suka? Cemburu ke?” bidas Nadrisa selamba... masa ni la peluang keemasan untuk dia balas segala dendam yang ada. Apa ingat aku lupa masa kita bercinta dulu Ilham... bukan main lagi ramai awek sibuk mengushar kau depan aku... tapi aku sekali pon tak marah tau! Sekarang kau pulak rasa macam mana.

“yes...saya cemburu. Sebab tu saya tak suka tengok awak rapat sangat dengan Nizam tu..dah macam tak ada kawan perempuan lain je!” bebel Ilham tanpa berdolak dalih .Ahh kenapa perlu menipu. Aku memang berterus terang orangnya. Kalau menipu,Nadrisa tak akan tahu perasaan aku! Nadrisa terdiam seketika.

“kenapa pulak nak cemburu..... saya bukan bini awak pon. yang awak ni pulak. Kenapa mengaku awak tu bakal suami saya? ada saya setuju nak kawin dengan awak? Ada?”

“memang awak tak ada setuju nak kawin dengan saya dan awak pon bukanlah bini saya tapi awak cinta hati saya! saya sayang awak sebab tu saya tak suka tengok awak rapat sangat dengan Nizam ataupun mana-mana lelaki lain.” Nadrisa diam lagi mendengar jawapan dari Ilham... memang bila bergaduh dengan mamat nih susah untuk menang.

“ahhh suka hati awak la... tapi yang pasti Nizam tu hanya kawan saya jer... tak ada apa-apa pon. Tak payah nak cemburu sangatlah. Lagipon, sayakan tengah belajar.”Jelas Nadrisa yang akhirnya mengalah. Ala bukan dapat hadiah pon kalau menang bergaduh dengan Ilham ni. Ilham tersenyum kecil dengan jawapan Nadrisa. tahu Nadrisa tidak berbohong cuma dia sahaja yang terlalu mudah cemburu.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 10:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 10:51 AM | Show all posts
salam semua...bahagia rasanya pagi nih..... tersampuk kebahagiaan si nad ngan ilham...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 10:59 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 29-10-2012 08:50 AM
Salam...morning uols...

selamat kembali bekerja...sakura, sila hapdet n3 ye

dh hapdet... insyaAllah hari ni last
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 11:02 AM | Show all posts
“dah lama dah awak sambung belajar?” soal Ilham yang berada disebelah Nadrisa. kini mereka sedang meronda-ronda di taman tasik Shah Alam. Sekali sekala menikmati alam sekitar pon best juga. Lagi pon ,ramai juga orang disini tak adalah mereka berdua-duaan je.

“baru nak masuk setahun... ada lagi setahun lebih.” Jawab Nadrisa tenang. Dia memandang sekitar kawasan tasik yang cukup indah.

“awak datang sini lama-lama tak pe ke? Motel siapa uruskan.” Nadrisa sekadar berbasa basi. Ingin tahu juga dia bagaimana keadaan Motel Sri Cempaka.

“saya ambik cuti dua minggu... pasal nak cari awak la. Motel tu papanya uruskan sementara saya tak ada ni.”

“awak datang sini............... papa dengan mama awak tahu ke pasal apa?” teragak-agak Nadrisa bertanya. Seingatnya, Ilham pernah beritahu yang puan Maimun telah menceritakan segala-galanya tentang penipuannya dan juga perasaannya. Tapi kenapa puan Maimun baik sangat hati untuk bercerita tentang semua itu. Kenapa tidak membiarkan sahaja Ilham terus salah faham dengannya.

“mama dan papa sendiri yang suruh saya cari awak. Mereka dah beri restu untuk saya dapatkan awak semula.” Jelas Ilham tenang.

“puan Maimun tak kisah ke kalau kita bercinta?” soal Nadrisa masih ragu-ragu dengan jawapan dari Ilham. Ilham tersenyum mendengar pertanyaan dari Nadrisa.

“awak sudi ke bercinta dengan saya semula?” usik Ilham. Dia sedar bukan itu yang dimaksudkan oleh Nadrisa.

“saya tanya awak tak jawab pon.....” rajuk Nadrisa.

“ala awak ni Risa..... kuat merajuk jugak yer!” giat Ilham lagi sebelum menerangkan perkara sebenar. Nadrisa mencebik mendengar usikan dari Ilham namun langsung tidak mengambil hati dari kata-kata lelaki itu.

“mama dah tak nak masuk campur urusan dengan siapa saya bercinta... dia tak nak tragedi Rania berulang lagi.” Terang Ilham. Nadrisa mengangguk-angguk faham. Kiranya, puan Maimun tak berkisahlah kalau dia yang jadi menantu. ‘menantu’?? apa yang aku merepek ni. Bebel hati Nadrisa.

“Atirah pulak macam mana?” semestinya Nadrisa tidak pernah lupa kewujudan Atirah yang dicanang sebagai bakal isteri Ilham oleh puan Maimun. malah, gadis cantik itu juga memang menyukai bekas kekasihnya ini.

“don't worry sayang... Atirah dah nak jadi ibu dah tak lama lagi.” Nadrisa agak kabur dengan jawapan dari Ilham.

“err...boleh terangkan. Tak paham la.” Permintaan ikhlas dari Nadrisa mengundang gelak dari Ilham. blur la minah ni.

“dia dah kahwin la... dengan kawan saya, Hafiz... kiranya tinggal kita je la yang single mingle sekarang. Dahlia kawan awak tu pon dah nak jadi mak orang dah.” Balas Ilham bagi mengusir kecelaruan Nadrisa.

“eh mana awak tahu Dahlia dah kawin... awak ada jumpa dia ke?”

“mestilah saya ada jumpa dia. habis tu awak ingat saya main terjah je ke Shah Alam ni nak cari awak Risa... mestilah dia yang kasi maklumat tu.”

“hish...baik la pulak Lia nak bagi maklumat saya kat awak... dulu bukan main lagi berapi-rapi bencikan awak.” Jawab Nadrisa yang agak pelik apabila kawannya yang gangster itu begitu mudah memberi maklumat peribadinya kepada Ilham.

“memang baik pon... adalah dekat 2-3 hari saya kena basuh dengan dia.” sindir Ilham. Namun dia memang berterima kasih kepada Dahlia yang banyak membantunya hingga ke peringkat ini. lagi pon, memang silapnya. Dia memang patut mendapat habuan begitu dari teman Nadrisa.  jawapan dari Ilham yang agak selamba melahirkan ketawa kecil dari mulut Nadrisa. mula faham kesukaran yang dihadapi oleh Ilham. bukan dia tidak kenal sikap Dahlia yang agak lantang bila berbicara. Tetapi, hati wanita itu cukup baik.

“padanlah muka awak tu...” ejek Nadrisa perlahan. Mereka ketawa kecil seketika.

“pasal saya tipu awak tentang perasaan saya untuk cover saya ni pengintip mama awak,saya mintak maaf yer Ilham. tapi, jujur saya akui memang masa kita bercinta tu saya betul-betul sayangkan awak.” Ucap Nadrisa tiba-tiba. dia sedar, dia belum lagi memohon maaf keatas kesilapannya memperdayakan Ilham.

“tak pe la Risa.. saya pon dah tahu cerita sebenarnya macam mana... kita lupa je la perkara lalu. sekarang kita focus keadaan kita sekarang. Saya harap awak masih sanggup menerima saya semula.” Minta Ilham. Nadrisa diam tanpa sebarang jawapan. Ilham mengeluh kecil namun dia tidak akan pernah mengalah. Selagi masa yang dijanjikan belum tiba, tak akan sesekali dia mengalah dalam merebut hati Nadrisa kembali.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 11:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 11:11 AM | Show all posts
“kenapa awak tengok saya macam tu?” soal Ilham pelik tatkala perasan mata Nadrisa ralit merenungnya.

“awak nampak...” Nadrisa serba salah untuk meneruskan kata-kata.

“nampak? nampak apa?” Tanya Ilham lagi. Dia kemudian tersenyum nakal.

“saya nampak hensem kan....” tambah Ilham. Nadrisa membuat muka bosan. Memang perasanlah jawapan dari Ilham namun memang itulah kenyataannya.

“saya ingat awak nak simpan misai dengan jambang tu sampai ke tua...rambut tu kalau boleh nak buat iklan syampukan...” perli Nadrisa. masih dia teringat beberapa hari sebelum ini Ilham punyalah selekeh. Macam orang mati bini ajer gayanya.

“tapi sekarang saya dah hensemkan... macam dulu-dulu.” Giat Ilham lagi...

“eee tak malu. perasaanlah dia ni.”

“Risa...saya mintak maaf...” ucap Ilham tatkala suasana antara mereka menjadi bisu seketika. Nadrisa yang sedang menyedut teh O ais limau mengangkat wajahnya demi merenung wajah Ilham.

“kenapa pulak nak mintak maaf ni?” Tanya Nadrisa dengan kerutan didahi. Wajah Ilham direnung.

“pasal pernah tampar awak... kuat pulak tu. Sorry yer sayang. Saya janji lepas ni saya akan jaga setiap tindakan saya bila marah... saya betul-betul tak sengaja hari tu. Saya minta maaf sangat Risa.” Minta Ilham sungguh-sungguh. Dia betul-betul menyesal dengan tindakannya yang lalu.

“bukan dengan saya ajer awak kena jaga, dengan orang lain pon. Terutamanya perempuan.”Pesan Nadrisa. Ilham mengangguk-angguk tanda faham.

“awak maafkan saya?”

“benda dah lepas pon... tak payah nak fikir sangat lah. Saya maafkan awak.” Ujar Nadrisa akhirnya. Ilham tersenyum lembut. lega hatinya mendengar jawapan dari Nadrisa.

“awak percaya atau tidak sekali lagi saya nak beritahu saya sayangkan awak dan saya cintakan awak sepenuh hati saya. Dan kalau awak sudi terima saya, saya nak kita bersatu sebagai suami isteri secepat mungkin.” Luah Ilham dengan lembut. dia merenung wajah Nadrisa yang turut memandang kearahnya. Nadrisa diam sahaja. Ilham tersenyum simpul melihat kebisuan bekas kekasihnya.

“saya tak akan paksa awak... jangan risau, awak ada lagi 2 hari nak fikir pasal ni. Dan kalau awak tak terima saya, saya janji tak akan ganggu hidup awak lagi dan belajar meneruskan kehidupan tanpa awak.” Tambah Ilham. dia tidak mahu menggesa Nadrisa. biarlah kali ini Nadrisa membuat keputusan yang betul-betul ikhlas dari hatinya. Tanpa paksaan sesiapa.

“kalau ada jodoh insyaallah kita tetap bersama...” balas Nadrisa pendek dengan senyuman manis. Ilham membalas senyuman tersebut dan berdoa supaya Allah tetapkan jodohnya adalah Nadrisa.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 11:16 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2012 11:19 AM | Show all posts
“Ya Allah....... tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku pilih. Sekiranya benar dia jodohku, berikan aku petunjuk. Supaya aku tidak tersalah memilih. Dan sekiranya dia bukan jodohku, tunjukkan la jua padaku dan hapuskanlah perasaan sayangku ini terhadapnya. Sesungguhnya hanya pada Kau aku serahkan segalanya.”Doa Nadrisa selesai solat istikarah yang dibuat.. hampir seminggu sudah solat sunat ini dilakukan bagi meminta petunjuk dari yang Esa arah tuju hubungan dia dan Ilham.

Namun, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang petunjuk yang boleh meyakinkannya untuk membuat keputusan. Nadrisa tekad, sekiranya sehingga hari pemergian Ilham masih belum sebarang petunjuk yang diperolehi dia akan melepaskan Ilham. mungkin, jodohnya bukan dengan Ilham. Nadrisa memegang tudung bewarna merah pemberian Ilham setahun yang lepas. Satu-satunya kenangan yang dia ada bersama lelaki itu. Diambil dan disangkut didalam almari. Kalau dah jodoh kita tak ke mana... bisik hatinya sendiri.

*****



Ilham mengemas satu persatu bajunya lalu disimpan kedalam beg. Esok, dia akan bertolak pulang ke Cherating setelah dua minggu berkampung di Shah Alam. Sehingga ke saat ini masih belum ada kata putus dari Nadrisa. namun dia tidak mahu memaksa. Cukuplah perkara itu dibuat diawal percintaan mereka dulu. Kali ini dia mahu jawapan tulus dari hati kecil Nadrisa tanpa sebarang pengaruh dari sesiapa pon. Temasuk dirinya sendiri.

dia akan redha setiap jawapan dari Nadrisa kerana dia yakin kalau dah jodoh mereka tetap akan bersatu. Matanya terhenti pada jam tangan yang terletak diatas meja kecil bersebelahan katil. Jam tangan pembeliannya sendiri namun dipilih bersama-sama Nadrisa. kalau diikutkan memang tidak banyak kenangan yang terukir antara dia dan Nadrisa namun percintaan yang singkat itu cukup meninggalkan kesan pada jiwanya. Dia sedar dia sayangkan Nadrisa malah perasaan itu melebihi perasaan sayangnya terhadap Rania. Mungkin apa yang dilalui kini semua balasan untuknya yang telah banyak membuat kesilapan selama ini. Ilham bangun setelah selesai mengemas. Mahu membersihkan diri lalu mengadap Ilahi. Sesungguhnya Allah adalah tempat terbaik untuk mengadu.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 11:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 11:25 AM | Show all posts
Ilham mengangkut satu persatu barangnya dan dimasukkan kedalam bonet kereta. Jam yang dipakai menunjukkan pukul 2.30 petang. Sebentar lagi dia akan meninggalkan bumi Shah Alam. Ilham memeriksa telefonnya pula. Masih menaruh harapan supaya ada panggilan mahupun mesej dari Nadrisa. namun, dia kehampaan. Gadis itu langsung tidak menghubunginya. Ucapan selamat tinggal pon gadis itu tidak ingin berikan kepadanya.

Apalagi yang dia boleh harap dari Nadrisa. Mungkin Nadrisa benar-benar telah membuang perasaan cinta terhadap dirinya dalam tempoh setahun perpisahan mereka. Ilham cuba menarik nafas perlahan. Berharap ada rasa sabar dan tabah menghimpit jiwanya. Dia perlu tunaikan janjinya yang sudah dibuat. Dia perlu berusaha hidup tanpa Nadrisa. dia perlu berusaha membuang perasaan sayang dan cintanya buat Nadrisa. kalau hari ini dia tidak mampu lupakan gadis itu, esok lusa belum tentu lagi. Ilham terus menerus memberi semangat kepada dirinya.. pasti ada hikmah disebalik perkara ini. dia mana tahu!

Setelah selesai segala urusannya, Ilham mula menghampiri pintu bahagian pemandu. Namun sekali lagi kepalanya ditoleh untuk memandang sekeliling hotel. Masih mengharap kehadiran Nadrisa disaat akhir hubungan mereka. Ilham mengeluh perlahan. Diraup wajahnya lembut demi memujuk hati supaya berputus asa. Kalau Nadrisa mahu menerimanya kembali pasti sudah lama gadis itu muncul didepannya dan dia sepatutnya sedar apa keputusan Nadrisa kini. Tiada gunanya dia terus mengharap sedangkan hatinya sudah tahu jawapan gadis itu.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 11:27 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 11:28 AM | Show all posts
NAD mesti terimakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:16 PM | Show all posts
“Ilham......”sapaan satu suara dari belakang membuatkan Ilham tersedar dari lamunan. Hatinya berdebar-debar kencang mendengar suara yang cukup dikenali itu. Badannya dipusing demi memandang pemanggil bertuah itu. Matanya tak berkelip apabila melihat jasad Nadrisa berdiri tegak didepannya kini.

“Risa...” balas Ilham yang masih dalam mood tidak percaya. Ditampar wajahnya kuat. Mahu menyedarkan diri dari mimpi. Mungkin dia sedang berhalusinasi kerana terlalu berharap kehadiran Nadrisa. ketawa kecil kedengaran dari mulut Nadrisa.

“yer saya Risa awak! Sudah-sudah la tu. Dah macam nampak hantu jer reaksi awak ni.” Ejek Nadrisa yang tersengih-sengih. Namun, dia senang dengan respon Ilham.

“awak Risa?” soal Ilham lagi. Persoalan dari Ilham membuatkan Nadrisa tergelak besar. Mamai ke apa si Ilham ni.

“taklah. Saya ni hantu dia. datang nak cekik awak!” usik Nadrisa dengan gaya ingin mencekik. terdengar ketawa kecil yang meletus dari mulut Ilham. sedar pon mamat ni. Mereka berpandangan seketika. Suasana yang bisu secara tiba-tiba membuatkan mereka jadi kaku antara satu sama lain.

“kenapa awak ada kat sini?” Soalan bodoh dari Ilham bagi mengusir suasana sepi yang mengisi ruang diantara mereka.

“kalo awak tak suka saya kat sini tak ape.. saya boleh balik.” Sela Nadrisa ala-ala tersentap gitu.

“sensitif betul la awak ni. Asyik nak merajuk je sejak dua menjak nih.” Tegur Ilham.

“saya merajuk dengan awak jer... tak ada pon merajuk dengan orang lain.” Jawapan dari Nadrisa membuahkan senyuman dibibir Ilham. hatinya kembali menaruh harapan dengan kehadiran Nadrisa.

“awak datang sini hanya sebab nak jumpa saya untuk kali terakhir ke?” duga Ilham. dia tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi dengan kehadiran Nadrisa. pasti hatinya akan berkecai lagi sekiranya terlalu mengharap sesuatu yang mungkin tidak menjadi. Nadrisa sekadar tersenyum mendengar pertanyaan dari Ilham.

“awak tak nampak ke apa- apa perubahan pada saya?” soalan dari Ilham dibalas dengan soalan yang lain pula. Ilham mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Apa yang lainnya? Nak kata makin cantik tak jugak.  

“hish awak ni... tu pon tak perasan!”. Bebel Nadrisa pendek. Geram melihat respon lemau dari Ilham.

“tolong jangan berteka-teki dengan saya Risa...” minta Ilham tegas. Hatinya dipagut rasa ingin tahu yang melampau.

“ni haa...” tunjuk Nadrisa pada tudung yang dipakai. Ilham memandang tudung itu dengan pelik. namun itu hanya untuk seketika. Akhirnya dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Nadrisa.

“ni tudung yang saya beri tu kan?”

“ye..dan ini jawapan saya.” Jawab Nadrisa tenang dengan senyuman manis. Ilham terkejut untuk kali kedua...

“jadi........emm, maksudnya awak terima saya? macam tu?” Ilham bertanya pantas dengan soalan yang agak terbelit-belit. Nadrisa mengangguk dengan wajah yakin dan tenang. Dia yakin ini keputusan yang terbaik!

“Ya Allah.... syukur Alhamdullilah. Terima kasih ya Allah.” Jerit Ilham yang ternyata tidak dapat mengawal perasaan gembira. Dia berpusing-pusing seketika berhampiran keretanya. Tidak tahu bagaimana untuk melempiaskan rasa gembira yang tak terkata. Ikutkan hati di situ juga dia nak melompat. Nadrisa tersenyum melihat reaksi gembira dari Ilham. hatinya kini sangat yakin, Ilham betul-betul sayang padanya. segalanya cukup jelas bila dipandang pada sinar mata lelaki itu.


“terima kasih sayang... saya sayangkan awak. Saya janji akan jadi pilihan terbaik untuk awak.” Ucap Ilham bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan seolah-olah berikrar.

“sama-sama kasih. Saya pun sayangkan awak juga.” Balas Nadrisa. mereka saling pandang memandang antara satu sama lain untuk seketika. Doa hati mereka kini sama! Meminta jodoh mereka dipanjangkan hingga ke alam sana.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 01:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:24 PM | Show all posts
“terima kasih Nad.” Minta puan Maimun yang kini berada didepannya. Sebelah wanita itu kelihatan Atirah yang sedang memegang perutnya yang sudah membesar. Insyallah lagi 4 bulan lahirnya putera mahupun puteri kesayangan Atirah dan Hafiz.

“kenapa pulak puan... saya tak ada buat apa-apa pon.” Balas Nadrisa yang tidak faham dengan ucapan terima kasih yang diperolehi dari puan Maimun. Atirah sekadar mendiamkan diri. menjadi pemerhati perbualan Nadrisa dan Puan Maimun. setelah selesai perbualan hati ke hati antara Nadrisa dan Puan Maimun, barulah dia akan mengambil giliran untuk berbual dengan gadis yang sebaya dengannya itu.

“Nad dah banyak bantu mama. Dari awal kita kenal sehingga sekarang. Nad dah kembalikan Ilham kepada mama dan Nad juga dah berjaya mengubah Ilham menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Kalau bukan kerana cinta Nad, pasti Ilham masih belum maafkan mama, masih belum melupakan Rania dan yang pasti masih meneruskan aktiviti tak bermoralnya tu. Nad dah berjaya kembalikan Ilham yang dah lama hilang. Mama berterima kasih sangat.. dan mama nak minta maaf atas sikap mama yang suka memandang rendah kepada Nad selama ni. Tapi mama sedar Nad bukan gadis yang seperti mama fikirkan.” Luah puan Maimun yang selesa membahasakan dirinya mama dengan bakal menantu tunggal.

“puan.....puan tak ada salah apa-apa pon dengan saya. saya faham perasaan puan yang nak yang terbaik untuk anaknya. Lagipon saya tak buat apa-apa pon. Ilham yang berusaha mengubah dirinya bukan sebab saya.” jawab Nadrisa dengan rasa rendah diri. namun, memang itu kenyataannya. Dia langsung tidak menyumbang apa-apa dalam perubahan positif Ilham. semua itu atas kesedaran Ilham dan Ilham bukanlah seteruk yang difikirkan.

“jangan panggil mama puan Nad... tu maksudnya Nad belum lagi maafkan mama.” Arah puan Maimun tegas. Tidak senang bila telinga masih mendengar perkataan puan dari mulut Nadrisa. seolah-olah Nadrisa masih lagi pengintip umpahannya.

“tapi......”

“Nad bakal jadi menantu mama... Nad patut belajar memanggil mama.” Ajar puan Maimun dengan senyuman nipis.

“betul kata auntie tu Nad.” Sokong Atirah yang diam sahaja dari tadi.

“terima kasih mama... sebab beri restu kat Nad dan Ilham.” jawab Nadrisa akhirnya dengan perasaan yang agak malu tetapi gembira. Lega hatinya apabila dengan mata kepalanya sendiri melihat kesudian puan Maimun menerimanya sebagai menantu. Puan Maimun membalas kata-kata Nadrisa dengan senyuman manis. Dia tahu dan yakin, Nadrisa adalah pilihan yang terbaik untuk anaknya.


Last edited by misssakura on 29-10-2012 01:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 01:26 PM | Show all posts
misssakura posted on 29-10-2012 10:59 AM
dh hapdet... insyaAllah hari ni last

apoooooooo dah last? alaaaaaaa pas ni nak lepak kat ne??? rindul la kat ilham nanti...eh? silap2 rindu kat nad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:28 PM | Show all posts
“i minta maaf yer Nad.” Ucap Atirah selepas selesai sesi luahan perasaan antara Nadrisa dan puan Maimun. dipegang lembut tangan Nadrisa yang turut berada diatas meja.

“eh kenapa pulak cik Atirah... rasanya kita tak pernah berbual pon selama ini. inikan pula sampai sampai cik Atirah nak minta maaf terhadap saya.” balas Nadrisa yang tidak mengerti luahan dari Atirah. Wajah cantik itu dipandang dengan penuh rasa ingin tahu.

“ni mesti Ilham tak pernah cakap apa-apa kat you kan...” teka Atirah.

“cakap pasal apa?” soal Nadrisa yang masih kabur dengan perbualannya dan Atirah.

“you pernah tak terfikir macam mana Ilham dapat tahu yang you  ni spy mama dia?” balasan dari Atirah mula membuatkan otak Nadrisa dapat menangkap maksud maaf dari Atirah. Namun masih ada perkara yang dia tidak faham!

“tak pernah pula sebab saya pon tak pernah bertanya pasal tu...”

“sebenar i orang yang bertanggungjawab dalam hal ni. i yang beritahu dia tentang perkara itu.”

“macam mana cik Atirah tahu saya pernah jadi spy mama?” Tanya Nadrisa lagi.

“i jumpa kamera auntie Mun kat meja you.. i yang bagi kamera tu kat Ilham sebab i cemburu sangat kat you. You dah berjaya menawan hati Ilham selepas pemergian Rania. Tapi sekarang I dah sedar. You bukan macam perempuan-perempuan yang Ilham pernah keluar sebelum ni. You lain... you memang layak untuk Ilham.”terang Atirah perkara sebenar yang berlaku. Nadrisa kelihatan tenang mendengar penerangannya. Langsung tiada mimik marah dari gadis itu.

“kalau ikutkan, sebenarnya saya yang patut minta maaf kat awak Atirah sebab dah rampas Ilham..”

“tak Nad...  Ilham hanya kawan i. dia langsung tiada perasaan terhadap i. I jer yang terhegeh-hegeh nak kat dia. i’m sorry.” Minta Atirah lagi.

“awak tak salah sebenarnya. Memang salah saya yang menipu Ilham sebelum ni. awak hanya nak terbaik untuk Ilham. that why awak buat macam tu. Dan sebenarnya awak dah banyak bantu saya. kalau awak tak bongkarkan perbuatan saya dulu, mungkin sampai sekarang masalah saya dan Ilham belum selesai. mungkin saya masih lagi menipu dia.” jelas Nadrisa.

“thank Nad... tapi you tak payah risau sekarang. Ilham 100 percent memang sayangkan you and i memang dah lama move on. Sejak Hafiz bergelar suami I, perasaan terhadap Ilham memang dah lama i kuburkan... i hanya sayang suami i je sekarang. Jadi, you tak payah nak rasa bersalah terhadap i.” Tambah Atirah lagi. Dia berkata begitu bukan sekadar untuk menyedapkan hati Nadrisa namun menerangkan kenyataan yang sebenar. Hafiz lelaki yang dianggap kawan selama ini berjaya menyentuh hatinya setelah kecewa dengan Ilham. Mereka berbual seketika sebelum masing-masing menuju ke destinasi lain.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 01:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:33 PM | Show all posts
“aku terima nikahnya Nur Nadrisa binti Ayub dengan mas kahwin sebanyak lapan puluh ringgit tunai.....” dengan sekali lafaz Ilham akhirnya bergelar suami kepada Nadrisa. setelah itu, para hadirin mula menadah tangan untuk mengaminkan doa. Mendoakan masjid yang dibina akan terus kekal hingga ke alam sana dan sentiasa dalam perlindungan Ilahi.

Ilham menghampiri Nadrisa yang kelihatan anggun dalam busana putih. Wanita itu memandangnya dengan penuh debaran. Ilham mengeluarkan cincin pilihan bersama Nadrisa lalu disarung ke jari manis isterinya. Nadrisa turut sama menyarungkan cincin ke jari manis suaminya. Setelah itu Nadrisa mencium tangan suaminya buat kali pertamanya. Dan sesungguhnya, sepanjang pengenalan mereka, hari inilah kali pertama mereka bersentuh antara satu sama lain. Ternyata Ilham bukanlah lelaki yang suka mengambil kesempatan.

“terima kasih sayang... sudi jadi isteri abang.” ucap Ilham setelah selesai upacara pembatalan air sembahyang.

“sama-sama...pimpin Risa jadi isteri abang yang terbaik yer.” Minta Nadrisa dengan senyuman manis. Mereka bertatapan seketika sebelum sama-sama bingkas bangun tatkala sesi bergambar untuk merakamkan detik bahagia pun bermula. Kepada Allah doa dimohon supaya hubungan mereka akan sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNya.



TAMAT

Last edited by misssakura on 29-10-2012 01:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:36 PM | Show all posts
fuh.... setel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:38 PM | Show all posts
shahrinas posted on 29-10-2012 11:28 AM
NAD mesti terimakan...

mestilah..... eh3.. p bce dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2012 01:41 PM | Show all posts
khaizarina posted on 29-10-2012 01:26 PM
apoooooooo dah last? alaaaaaaa pas ni nak lepak kat ne??? rindul la kat ilham nanti...eh? silap2 r ...

ehem3.... jngn rindu2 kt laki orang...

jom p lepak kt rumah sellie...chumel jugak citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 01:46 PM | Show all posts
alaaaaaaaaaa...da abis...bak kata rina, kt mane nk lepak lg pasni?

anyway, kesudahan yg sgt touching....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 01:46 PM | Show all posts
tahniah sakura dpt menghasilkan plot citer yg menarik....tq so much for those entries....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 02:56 PM | Show all posts
tahniah sakura..cerita yang best... dah tamat lagi satu cerita...adehhh... nk baca cite ape lagi ekk pasni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.088888 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list