(♥) Wajah yang selalu ceria akan memperlambat masa tua...
(♥) Tersenyumlah kerana senyum akan membuat dunia menjadi indah penuh warna...
(♥) Senyuman itu ibarat lukisan hati dan bahasa jiwa..
Wajah orang yang ceria, murah senyuman ( dalam erti yang wajar bukan untuk menggoda ) itu lebih sedap dipandang ,nyaman, menyenangkan dan membuat kita seronok berada dekatnya.
Senyuman yang tulus akan semakin memperindah keindahan yang terpancar dari wajah pemiliknya.Sebaliknya wajah yang masam sekalipun rupawan akan berkurang nilai keindahannya.
Kesihatan hati seseorang juga boleh dinilai dari pancaran wajahnya. Orang yang hatinya baik akan berusaha tersenyum dan menampakkan wajah yang berseri ketika berjumpa dengan saudaranya. Tak lupa salam, sopan dan santun selalu ia jaga.
Senyum yang tulus seolah- olah mampu menyegarkan kembali bunga-bunga yang layu dan mampu membuat burung- burung berkicau mendendangkan nyanyian optimis.Untuk itu tebarkan senyuman yang tulus kerana senyum itu sedekah. Jangan pernah meremehkan sebuah kebaikan meskipun hanya dengan senyuman kerana boleh jadi kejayaan berawal dari senyuman dan sikap yang ramah terhadap sesama. Rasulullah SAW bersabda :
" Janganlah kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, walaupun hanya dengan wajah berseri ketika bertemu saudaramu. "( HR. Muslim ).