CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kacip_Fatimah

ANEKA RESEPI APAM

  [Copy link]
Post time 30-5-2009 09:03 AM | Show all posts
apam belanda guna acuan kuih cara..



inti stoberi


serunding daging

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2009 09:05 AM | Show all posts
APAM BELANDA-sajionline

BAHAN-BAHAN:

250 ml susu cair

150 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung

40 gm gula halus

Secubit garam

1 sudu kecil yis

2 biji telur

60 gm mentega (cair)





BAHAN ISIAN:

Cip coklat atau ikut citarasa anda..

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).

2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.

3. Uli rata hingga sebati. Rehat-kan doh selama sejam. Tutup dengan kain.

4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.

5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.

6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran  anda.

7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.

8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.


9. Bila ia mengembang dan ku-ning, angkat

[ Last edited by  kodoklawa at 30-5-2009 09:07 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 03:06 AM | Show all posts

Reply #402 kodoklawa's post

sama mcm resepi kuih cara moden yg maisya tempek tu lah
tapi kat thread kuih
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:56 PM | Show all posts

Reply #403 ninoZ's post

ye ke??x perasan pulak..hehehe dh kat saji?nline tu bg nama apam sy pun tepek ler kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 10:49 PM | Show all posts

Reply #404 kodoklawa's post

takpe kodok..takyah lah ubah ape2

saya terperasan sebab saya pun dah cuba resepi nih dgn pelbagai filling..sedappppp
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 09:32 AM | Show all posts
apam balik....
hm... resepi mintak kat momod NinoZ ...
..
.
.
.
.

.
.
.
.
..
larik............... mati la aku kena sakai nanti dia balih perlih....!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2009 10:20 AM | Show all posts
apam belanda ni nak kena bakar dalam oven selama mana, dan suhu oven cam ner err....kalau dalam oven guna api atas dan bawah atau api bawah saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 10:53 AM | Show all posts

Balas #407 alissa_sofea\ catat

SY BAKAR ATAS DAPUR AJE..GUNA API KECIL..yg hangus tu sbb nk cpt dlm oven x cuba lg..tptry letak suhu 170 celsius hingga apam tu kekuningan....selamat mencuba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 03:27 PM | Show all posts
apam ni gebus macam baulu ker...atau spesis gebu cam kuih cara...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 04:13 PM | Show all posts

Balas #409 alissa_sofea\ catat

cuba laa dulu baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 04:17 PM | Show all posts
terliur weiiii...tengok apam belanda ni...lagi pun daku posa hari ni...tu yg terlebih terliur...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 03:02 PM | Show all posts
salam..nih apam yg berjaya aku buat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:35 PM | Show all posts

Reply #406 Hang's post

amboihhhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:37 PM | Show all posts

Reply #412 syahilwa's post

keep up the gud wurk syahilwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 12:04 PM | Show all posts
Apam daun rambai

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
[email protected]

Apakah keistimewaan apam yang menjadi identiti masyarakat Johol, di Negeri Sembilan ini?




APAM Johol juga enak dimakan bersama sambal tumis ikan bilis, madu dan bersama cendol.

APA yang anda gambarkan apabila bercakap mengenai kuih tradisional Melayu yang bernama apam?

Aroma mewangi, bentuk sederhana, tidak melekit serta keenakan rasa merupakan ciri-ciri yang menjadikan apam daun rambai atau lebih dikenali sebagai apam Johol begitu popular di Negeri Sembilan.

Bahkan, apam Johol yang pernah mencuri tumpuan wakil-wakil rakyat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada tahun 2006 ini begitu istimewa kerana tidak semua pembuat apam ini boleh mengekalkan keasliannya.

Bagaimanapun, bagi pengusaha apam Johol di Kampung Masjid Tua, Johol, Kuala Pilah, Zahariah Mohd Zin, 39, berkata, beliau mula mengusahakan apam Johol sejak tahun 2005 lagi. Keaslian dan mengekal cita rasa asli adalah keutamaan Zahariah.

"Apam Johol sudah menjadi salah satu 'identiti' setiap kali orang datang ke Johol disebabkan keenakan dan haruman daun rambai yang menjadi pembalut kepada kuih tradisional ini.

"Kalau hendak dibandingkan dengan apam-apam lain memang ia berbeza walaupun cara memasaknya adalah sama iaitu dikukus. Tetapi keistimewaannya tentu sekali ia lebih enak dimakan malah boleh tahan lama daripada apam-apam sedia ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid Tua, Johol.

Beliau menambah, semasa mula-mula membuat resipi apam daun rambai ini tiga tahun lalu, beliau telah membuat beberapa eksperimen terlebih dahulu selama seminggu dengan cara pembuatan apam biasa.

Katanya, percubaan berkenaan dilakukan untuk memastikan hasil yang diperolehi menikmati cita rasa apam Johol asli kerana perlu ia perlu mempunyai aroma harum daun rambai, tidak berlekit dan mempunyai reka bentuk menarik.

"Di Johol memang ada beberapa pengusaha lain yang mengusahakan apam Johol ini tetapi tidak ramai. Saya sanggup mempelajari teknik pembuatan apam ini bagi memastikan generasi muda tidak lupa dengan kuih tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat Johol.

"Buat masa ini, saya mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 ketul kuih berkenaan sehari dan ia boleh mencecah sehingga 2,000 ketul sehari terutama apabila ada majlis rasmi kerajaan negeri, keraian atau musim cuti sekolah," katanya lagi.

Ujar Zahariah, kalau tempahan terlalu banyak beliau terpaksa menolaknya kerana hanya menjalankan perusahaan tersebut seorang diri dengan dibantu suami dan lima orang anaknya.



Katanya, proses membuat apam itu tidaklah begitu rumit seperti disangka tetapi memerlukan kesabaran dan seni apabila memotong daun rambai tersebut. Ini bagi memastikan kuih yang dikukus nampak cantik serta berkualiti.

"Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati seperti tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti, daun rambai dan bahan 'rahsia'," katanya.

Apabila diajukan apa yang dimaksudkan bahan rahsia, beliau hanya tersenyum dan berkata kalau diberitahu tidak rahsia lagi bahan tersebut.

Katanya lagi, beliau memasarkan Apam Johol ini di sekitar Negeri Sembilan, tetapi ada juga tempahan yang diterima dari hotel-hotel di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Singapura.

"Selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga enak dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, madu malah boleh dicampur dengan cendol. Orang yang menghidap kencing manis juga tidak perlu risau menikmati apam Johol ini kerana ia tidak begitu manis sehingga boleh memudaratkan mereka.

"Saya merancang untuk memiliki sebuah tempat khusus serta menambah tenaga kerja untuk mengeluarkan kuih tradisional ini dalam kuantiti yang lebih besar. Malah, saya juga merancang untuk membuat bengkel memperkenalkan apam Johol dalam masa terdekat bagi memastikan kuih tradisional ini tidak dilupakan khususnya oleh golongan muda," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Roslan Md. Yusof berkata, kuih apam Johol ini mula dikenali sejak beberapa tahun lalu, malahan menjadi salah satu hidangan untuk tetamu kehormat seperti pemimpin-pemimpin negara.

"Kuih tradisional ini mempunyai potensi untuk diperluaskan pasarannya. Kita akan membantu pengusaha supaya produk ini dapat dibuat dalam bentuk sejuk beku, di mana ia boleh dinikmati, bukan sahaja pasaran domestik tetapi luar negara," kata beliau.

Menurut beliau, dengan cara itu orang ramai bukan sahaja boleh menikmati kuih tradisional ini, tetapi pada masa yang sama mampu mempromosi kawasan Johol sebagai destinasi yang wajar dilawati pengunjung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 03:31 PM | Show all posts
415# Syd


menariknye apam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 04:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by aqyueetda at 21-7-2009 16:28

apam indon..kaler trafik lite..hihi..kelmarin buat ni..tgh rajin mcm2 respi nk buat






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:20 AM | Show all posts
apam mekar..untuk majlis khatam quran anak jiran...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:30 AM | Show all posts
cikna...nak tanya la...apam tuh guna resepi mana satu yer...selalu su buat mesti x merekah...tk
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 10:10 AM | Show all posts


suria74..klu nak terbelah mcm tu api kene kuat..

APAM MEKAR - sumber hanieliza fp

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar - ku guna santan kotak
300 gm tepung gandum - ku guna tpg kek
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA: total 24 pcs
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.287972 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list