CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal

[Copy link]
Post time 1-6-2011 01:00 PM | Show all posts
kalau begitu anda jelaskan sendiri kenapa dgn avatar komunis?


Maaf. Ini bukan Avatar Komunis tapi Anarkis. Dari segi pandangan Politik &Ekonomi, saya menjunjung faham Anarkism. Saya amat berterima kaseh kpd Tan Malaka yg banyak membuka Minda saya tentang Sejarah Manusia dan Agama serta Dialektikal Materialism.

Setelah mengkaji Konflik Politik di Tanah air (Umno, Pas ETC) & di seluruh Dunia seperti Konflik antara Kumpulan Sunni &Kumpulan Syiah, akhirnya saya memilih menjadi Anarkis.

"Saya bukanlah seorang Komunis, karena Komunisme mempersatukan masyarakat dalam negara dan terserap di dalamnya; karena Komunisme akan mengakibatkan konsentrasi kekayaan dalam negara, sedangkan saya ingin memusnahkan negara, pemusnahan semua prinsip otoriti dan kenegaraan, yang dalam kemunafikannya ingin membuat manusia bermoral dan berbudaya, tetapi yang sampai sekarang selalu memperhambakan, mengeksploitasi dan menghancurkan mereka". - Mikhail Bakunin -


Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 01:18 PM | Show all posts
Reply 401# sirrikhafi

pertama, maaf kerana sy ingat itu lambang komunis,

kedua,

apa sikap anarkis terhadap Tuhan dan hari kebangkitan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 02:24 PM | Show all posts

pertama, maaf kerana sy ingat itu lambang komunis,


Ok

apa sikap anarkis terhadap Tuhan dan hari kebangkitan?


Ada 3 Golongan:

a) Atheist

b) Agnostik

c) Rasional

Menurut Golongan Atheist, Mustahil. Menurut Golongan Agnostik, Mungkin Ya, Mungkin Tidak.  
Tetapi menurut Golongan Rasional Pula, Tak Mustahil Tuhan itu Ada &Hari Kebangkitan itu Benar.

Anarkism lebih memokuskan Soal Kebebasan, Keadilan &Ekonomi.




Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 02:45 PM | Show all posts

sesiapa nak jadi atheis, tolong lah makan nasi dan tukar jadi tahi sendiri....
tp kalau tak boleh tukar nasi jadi tahi sendiri, maka tunduklah,


Orang Atheist akan menjawab: 'Setelah kami makan, ia akan Berevolusi menjadi Tahi dengan Secara Sendiri/Kebetulan, Hasil dari Evolusi itu Sendiri. Mengapa kamu tidak mahu Tunduk kepada Kebenaran Hakikat Kewujudan Kebendaan itu sendiri? Kita adalah Makhluk Kebendaan, Bukan Makhluk Alam yg Ghaib. Yg Ghaib itu Ghaib. Mustahil Yg Ghaib itu Sama dengan Kebendaan kan?'



WallahuA'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 1-6-2011 15:47

Reply 403# sirrikhafi


jawapan ini menunjukkan dgn jelas, kenapa Quran tidak boleh ditafsir dgn akal.
percaya atau tidak, kalau sy bagi kamu seribu lagi kitab, dan kamu menafsirkannnya menggunakan akal, kamu akan berakhir dgn jawapan  yg sama, '

samada pluralism, atheist, agnostic atau yg sewaktu dgnya.

takpa,

sy sudah pun melakukannya, dan sy jumpa jawapan yg sama dgn jawapan kamu.(ketika itu)

cuma sy tidak mengakhirkan pencarian sy di situ, dan sy berharap kamu juga tidak mengakhirkan pencarian kamu disini. teruskanlah.

semoga kita berdua mendapat hidayah sebenar2 hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 1-6-2011 16:23

Reply 404# sirrikhafi

bismillah,

baik, bagus jugak atheis nie, mmg sy cukup arif, mereka yg jadi atheis bukanlah memegang idea yg bodoh2.
malahan intelektual juga.

jadi bagaimana seorang atheis menerangkan tentang fikiran @ conciousness dari sudut material @ kebendaan ?

mereka anggap fikiran itu apa?

adakah material, sub-material, atau mistic atau ada penjelasan mereka?


sebenarnya saudara,

sy sudah lama faham teori kebetulan ini, sy faham ia penjelasan yg sungguh baik. (tp sy tahu teori kebetulan/natural selection/quantum probability) semuanya masih belum sempurna. teori alam ini dicipta secara design jugak belum sempurna. kerana itu manusia ada yg kekal agnostic.  apa juga teori yg muncul, sy boleh menerima apa saja teori samada kebetulan atau bukan kebetulan.

yg penting, samada teori kebetulan itu yg menghasilkan usus manusia, atau teori allam bukan kebetulan yg menghasilkan usus manusia, sy percaya segalanya bukan sia2, hatta secara kebetulan sekalipun.

apakah tidak boleh kalau Tuhan menciptakan alam ini yg mana dlm rancanganNya ialah supaya alam ini berfungsi secara kebetulan.
maka tiada bezanya.

yang pasti, bila kita lihat usus kita berfungsi samada secara kebetulan atau tidak, ia TETAP bukan sia-sia.


Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau         menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami         dari siksa neraka." (QS. Ali 'Imran:191)

mana2 saja teori yg kita ambil, hakikatnya ia bukan sia-sia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2011 01:46 AM | Show all posts
Salam,


jawapan ini menunjukkan dgn jelas, kenapa Quran tidak boleh ditafsir dgn akal.
percaya atau tidak, kalau sy bagi kamu seribu lagi kitab, dan kamu menafsirkannnya menggunakan akal, kamu akan berakhir dgn jawapan  yg sama,


وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا
25:33
Dan tidaklah mereka mendatangkan kepada engkau dengan Suatu Perumpamaan kecuali Kami telah mendatangkan kepada engkau dengan Kebenaran dan Sebaik-baik Tafsiran 25:33

وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
10:100
Dan Dia menjadikan akan Kekejian itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal 10:100

samada pluralism, atheist, agnostic atau yg sewaktu dgnya.


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
2:256
Tiada Paksaan dalam Agama 2:256




Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 2-6-2011 09:56
jadi bagaimana seorang atheis menerangkan tentang fikiran @ conciousness dari sudut material @ kebendaan ?

mereka anggap fikiran itu apa?

adakah material, sub-material, atau mistic atau ada penjelasan mereka?


'Fikiran' tidak dapat di Bendakan/di Peralamkan. Fikiran hanyalah Idea Semata-mata.'



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 03:40 PM | Show all posts
Reply 408# sirrikhafi


   Siapa nama Guru saudara?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:33 PM | Show all posts
Salam,

Siapa nama Guru saudara?


Allah

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
96:4
Yang telah telah mengajar dengan Pena 96:4

عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
96:5
Dia lah yang telah mengajar akan manusia apa yang tidak di ketahui 96:4



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 02:08 PM | Show all posts



sy mohon pada semua , janganlah belajar Quran secara memahami secara sendiri. kelak pelbagai tafsiran muncul.

buktinya jelas, ada yg jadi sufism, ada yg jadi bahai, ada yg jadi pluralism, ada yg lantik diri sendiri jadi nabi.

ada yg jadi anarkis.

bukti memahami Quran guna akal mendatangkan keburukan cukup banyak. apa guna satu kitab kalau manusia menjadikannya alasan utk berbagai2 kefahaman.

ini adalah kerana mereka memahami Quran, bukan utk menerima, tetapi utk mencari sesuatu yg baru lalu disesuaikan sesuatu yg baru itu dgn fahaman Quran.

dengan cara ini, hampir apa2 saja kefahaman boleh muncul.

jadi bagai mana memahami Quran.?

kita tiada pilihan selain dari cuba mencari bagaimana Muhammad faham Quran(mgunakan apa saja dokumen yg ada), kemudian gunalah akal utk memahami cara Muhammad faham Quran.

bukan utk mencari sesuatu yg baru, tetapi utk menerima sesuatu yg lama.

gunakanlah akal, tetapi utk memahami apa yg difahami Muhammad tentang Quran kerana bagindalah yg mengajar kita Quran.

bukan memahaminya sendiri, kerana memahaminya sendiri sudah pun dilakukan lama oleh manusia, terbukti banyak menjurus kepada pluralism.liberalism.bahai. dan ada yg advance lagi, atheist....

siapa sangka, memahami Quran guna akal boleh membenarkan atheis?

Maha suci Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 02:51 PM | Show all posts
Salam,

sy mohon pada semua , janganlah belajar Quran secara memahami secara sendiri. kelak pelbagai tafsiran muncul.


وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا 25:33
Dan Tidaklah mereka memberikan akan engkau dengan Suatu Perumpamaan, Kecuali Kami telah datangkan akan engkau dengan Kebenaran dan Sebaik-baik Tafsiran 25:33

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ 54:17
Dan Sunguh Benar-benar Kami telah Memudahkan akan Bacaan itu bagi Peringatan, Maka Ada kah dari Orang-orang yang Mengambil Tahu? 54:17

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ 75:19
Kemudian Sesungguhnya ke atas Kami lah akan Penjelasannya! 75:19

buktinya jelas, ada yg jadi sufism, ada yg jadi bahai, ada yg jadi pluralism, ada yg lantik diri sendiri jadi nabi.

ada yg jadi anarkis.


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ 2:256
Tiada Paksaan dalam Agama 2:256

bukti memahami Quran guna akal mendatangkan keburukan cukup banyak.


لَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَابًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ أَفَلَا تَعْقِلُونَ 21:10
Sungguh Benar-benar Kami telah menurunkan kepada kamu akan Sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan bagi kamu, Apakah maka kamu Tidak Berakal? 21:10

إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 43:3
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Ia itu Sebagai Bacaan yang Arab, Mudah-mudahan Kamu Berakal! 43:3

وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan Kekejian itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal 10:100

apa guna satu kitab kalau manusia menjadikannya alasan utk berbagai2 kefahaman.


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا 4:82
Apakah maka tidak mereka merenungkan akan AlQuran/Bacaan itu? Dan jikalau adalah ia itu dari sisi selain Allah, nescaya mereka telah mendapati di dalamnya akan Perselisehan yang Banyak! 4:82

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ 11:118
Dan jikalau telah menghendaki oleh Pemelihara engkau, Nescaya Dia telah menjadikan akan Manusia itu sebagai Ummat yang Satu, Sedangkan mereka Senantiasa Berseliseh! 11:118

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ 2:256
Tiada Paksaan dalam Agama 2:256

ini adalah kerana mereka memahami Quran, bukan utk menerima, tetapi utk mencari sesuatu yg baru lalu disesuaikan sesuatu yg baru itu dgn fahaman Quran.

dengan cara ini, hampir apa2 saja kefahaman boleh muncul.


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ 2:256
Tiada Paksaan dalam Agama 2:256

jadi bagai mana memahami Quran.?


إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 43:3
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Ia itu Sebagai Bacaan yang Arab, Mudah-mudahan Kamu Berakal! 43:3


Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 02:55 PM | Show all posts
kita tiada pilihan selain dari cuba mencari bagaimana Muhammad faham Quran(mgunakan apa saja dokumen yg ada), kemudian gunalah akal utk memahami cara Muhammad faham Quran.


Maseh ada Pilihan buat Manusia kerana Muhammad tidak menyeru kepada Kefahamannya, tetapi menyeru manusia kepada AlQuran SAHAJA.

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا 25:30
Dan telah berkata oleh Rasul: "Wahai Pemelihara, Sesungguhnya Kaum ku, Mereka telah mengambil akan AlQuran/Bacaan ini, Sebagai Suatu yang Tak di Pedulikan!" 25:30

Bukti memahami Cara/Tradisi Muhammad dengan Tidak menggunakan Akal &AlQuran/Bacaan, mendatangkan keburukan& perselisehan yg cukup banyak. (Rujuk 4:82)
Alasan "Apalah Guna AlQuran/Bacaan itu, kalau manusia menjadikannya alasan utk berbagai2 kefahaman" yang lahir dari kenyataan Seorang Penganut Fahaman Sunni seperti Ussop, adalah Suatu Kebenaran& Pembenaran akan Ayat ini:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ 11:118
Dan jikalau telah menghendaki oleh Pemelihara engkau, Nescaya Dia telah menjadikan akan Manusia itu sebagai Ummat yang Satu, Sedangkan mereka Senantiasa Berseliseh! 11:118

Ingatlah, Sesungguhnya...

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ 2:256
Tiada Paksaan dalam Agama 2:256

gunakanlah akal, tetapi utk memahami apa yg difahami Muhammad tentang Quran kerana bagindalah yg mengajar kita Quran.


عَلَّمَ الْقُرْآنَ 55:2
Dialah (Allah) yang mengajarkan akan AlQuran 55:2

bukan memahaminya sendiri, kerana memahaminya sendiri sudah pun dilakukan lama oleh manusia, terbukti banyak menjurus kepada pluralism.liberalism.bahai. dan ada yg advance lagi, atheist....


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ 2:256
Tiada Paksaan dalam Agama 2:256

siapa sangka, memahami Quran guna akal boleh membenarkan atheis?


وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan Kekejian itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal 10:100




Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:24 PM | Show all posts
Reply 413# sirrikhafi

salam, sy nak tanya sirri kahfi,

anda mengambil ayat satu-satu contohnya, tiada paksaan dlm beragama.

itu baru satu ayat.

jika nak dibandingkan dgn banyak lagi ayat2 yg menunjukkan Tuhan murka kepada org2 yg ingkar jika jadi tidak percaya pada hari kebangkitan,

maka bagaimana pula anda memahami Quran itu dari maksud menyeluruh, bukan satu-satu ayat.

?

kalau Quran itu diambil kesimpulan keseluruhan melalui hanya satu ayat, maka puak jabariyah pun boleh betul, puak ahbash , khawarij, atheis,  semua b0leh betul kalau ambil HANYA satu ayat.

kesimpulan haruslah diambil secara menyeluruh, bukan satu-satu ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 01:20 AM | Show all posts
Salam,


jika nak dibandingkan dgn banyak lagi ayat2 yg menunjukkan Tuhan murka kepada org2 yg ingkar jika jadi tidak percaya pada hari kebangkitan,


فَيَوْمَئِذٍ لَا يُسْأَلُ عَنْ ذَنْبِهِ إِنْسٌ وَلَا جَانٌّ
55:39
Maka di hari itu, Tidaklah akan Di Tanya tentang Dosanya Manusia, Dan Tidaklah Jin! 55:39

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ 55:60
Bukankah Balasan Kebaikan itu Kecuali Kebaikan?!! 55:60

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
99:7
Maka Sesiapa yang melakukan Seberat Atom Kebaikan, Ia akan melihat akan nya! 99:7

maka bagaimana pula anda memahami Quran itu dari maksud menyeluruh, bukan satu-satu ayat.


ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
75:19
Kemudian Sesungguhnya ke atas Kami lah akan Penjelasannya! 75:19

kalau Quran itu diambil kesimpulan keseluruhan melalui hanya satu ayat, maka puak jabariyah pun boleh betul, puak ahbash , khawarij, atheis,  semua b0leh betul kalau ambil HANYA satu ayat.


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
2:256
Tiada Paksaan dalam Agama! 2:256

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ
18:29
Dan katakanlah: "Kebenaran itu dari Pemelihara kamu, Maka sesiapa yang telah berkehendak, Maka nescaya ia akan Beriman! Dan sesiapa yang telah berkehendak, Maka nescaya ia akan Ingkar!" 18:29

قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ
49:16
Katakanlah: "Apakah kamu mengajar Allah tentang Agama kamu?!!" 49:16





Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 8-6-2011 02:13

Reply 415# sirrikhafi

bagaimana anda faham ayat ini?

A'uzubillah himinash syaitonirrojiim....

78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 02:18 AM | Show all posts
bagaimana anda faham ayat ini?

78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”


وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
3:7
Dan Tidaklah mengetahui akan Ta'wilnya kecuali Allah! 3:7


Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:26 AM | Show all posts
Maha suci Allah,

engkau membawa ayat2 Allah dan menjelaskan pada sy,

kemudian engkau mentakwilkannnya agar sesuai dgn kehendak ateis,

kemudian engkau kata pula tiada takwilan kecuali Allah,

subhanAllah,

sy meminta kepada Allah agar kebenaran itu keluar dari mulut engkau...sirri kahfi.
bukan mulut sy.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:42 AM | Show all posts
sy meminta kepada Allah agar kebenaran itu keluar dari mulut engkau...sirri kahfi.
bukan mulut sy.


الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
2:147
Kebenaran itu dari Pemelihara engkau, Maka janganlah engkau menjadi dari Orang-orang yang Ragu! 2:147



Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:47 AM | Show all posts
Reply 419# sirrikhafi


    kalau ayat Quran itu sesuai denganmu, engkau bawa.

jika tidak sesuai dgnmu atau berlawanan dgn konsepmu, engkau kata Allah saja pentakwil.


adil lah sikit.wahai sirri kahfi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.144582 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list