|
Ketua kampung, JKKK perlu kemas kini penduduk miskin tegar
TEMERLOH 21 April - Semua pemimpin masyarakat peringkat kampung, taman perumahan dan tanah rancangan di Pahang perlu mengemaskini senarai penduduk yang tergolong dalam miskin tegar di kawasan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, maklumat itu perlu bagi membantu kerajaan membasmikan masalah kemiskinan tegar sehingga ke akar umbi menjelang tahun 2010.
Bagi menangani masalah itu, katanya, kerajaan negeri bergantung kepada maklumat ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).
"Ketua kampung dan JKKK perlu sentiasa mengemaskan kini maklumat tersebut termasuk mengenal pasti mereka yang menerima bantuan daripada pelbagai pihak sehingga memperoleh pendapatan yang terkeluar daripada kadar kemiskinan tegar dan mampu hidup mewah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan 80 ketua kampung peringkat Parlimen Temerloh di Bangunan Persekutuan Temerloh di sini hari ini.
Mohd. Sharkar berkata, menerusi maklumat terkini. bantuan akan sentiasa dapat diagihkan kepada penduduk miskin tegar yang benar-benar layak.
Katanya, taklimat ini bertujuan menyelaraskan tugas ketua kampung yang kadangkala kurang sempurna dari segi pelaksanaannya sehingga masalah rakyat tidak sampai kepada pentadbiran daerah.
''Jika pemimpin peringkat kampung gagal memainkan peranan mereka sudah tentu kampung terbabit akan ketinggalan dari segi pembangunan kerana masyarakat tidak mempunyai saluran lain untuk mengadu masalah mereka," ujarnya.
Di samping itu, tambahnya, pejabat daerah juga akan mengadakan dialog dengan bersama polis, Felda, jabatan dan agensi kerajaan dari semasa ke semasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pahang mahu anjur seminar pengurusan kewangan
KUANTAN 21 April - Kerajaan Pahang akan mengadakan seminar dan bengkel bagi memberi pendedahan kepada orang ramai termasuk pemimpin masyarakat mengenai pengurusan kewangan yang sistematik.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antara golongan yang akan dilibatkan dalam program itu ialah ahli-ahli dewan undangan negeri, pegawai daerah, penghulu, pengetua sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal undang-undang.
Menurut beliau, seminar tersebut adalah penting memandangkan banyak pihak yang kurang arif dalam aspek pengurusan kewangan.
''Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menjemput lebih ramai hadir ke seminar itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat AKPK cawangan Kuantan di Teluk Chempedak di sini hari ini.
Adnan menjelaskan, salah satu faktor orang ramai mengalami kesusahan berpunca daripada kegagalan menguruskan kewangan.
Menurut beliau, antara faktor kejayaan seseorang dalam kehidupannya ialah kemampuannya menguruskan kewangan dengan sistematik.
''Misalnya bagi seorang peniaga, kejayaannya adalah disebabkan kemampuannya menguruskan kewangannya. Kalau dia membuat pinjaman bank, dia mesti bayar balik," jelasnya.
''Pinjaman bank menjadi aspek utama dalam perniagaannya sebelum memikirkan untuk memenuhi kehendak lain seperti membeli kereta baru atau sebagainya," jelasnya.
Beliau menambah, AKPK menjadi agensi yang berperanan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan kewangan dengan teratur. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu tujuh anak johan merentas desa Kampung Pagi
JERANTUT 21 April - Menghadapi cabaran peserta lebih muda bukan penghalang seorang ibu kepada tujuh anak untuk memenangi tempat pertama dalam acara merentas desa Sukan Komuniti di Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini semalam.
Rosidah Yusoff, 39, mendahului 25 peserta wanita lain sejak awal larian sejauh lapan kilometer untuk tiba di garisan penamat dengan hanya mengambil masa 30 minit.
Tempat kedua dimenangi Siti Aishah Ahmad, 21, dan ketiga, Habibah Nong, 32.
Rosidah ketika ditemui berkata, dia berpuas hati dengan kemenangan itu walaupun dicabar ramai peserta muda yang lebih kuat tenaga mereka.
''Semasa mendapat tahu pertandingan ini, saya mendaftar diri untuk mencuba walaupun usia ini tidak mampu berlari dalam jarak jauh apatah lagi untuk bersaing dengan mereka yang lebih muda dan bertenaga.
''Saya tidak membuat apa-apa latihan hanya senaman ringan pada waktu pagi untuk mempersiapkan stamina sebelum pertandingan," katanya.
Diminati Menurut Rosidah, acara larian merupakan sukan yang paling diminati semasa di sekolah dahulu.
''Ketika di sekolah dulu, saya dipilih mewakili daerah Jerantut ke pertandingan peringkat negeri di Kuantan dan Bentong dalam acara 100 meter, 200 meter, 400 meter dan 800 meter serta pernah muncul tempat kedua dan ketiga," katanya.
Selain olahraga, Rosidah berkata, dia juga aktif bermain bola jaring dan pernah mewakili pasukan bawah 15 tahun daerah Jerantut ke peringkat negeri antara tahun 1981 hingga 1983.
Oleh kerana kesempitan hidup keluarga pada masa itu, katanya, persekolahannya tamat setelah memperoleh Sijil Rendah Pelajaran (kini Penilaian Menengah Rendah) dan kembali menetap di Kampung Bantai.
''Selepas sekolah, saya masih aktif bermain bola jaring mewakili pasukan belia kampung dan kemudian kegiatan itu dikurangkan setelah berkahwin dan memperoleh anak," katanya.
Ditanya mengenai penjagaan kesihatan, Rosidah menjelaskan, amalan bersenam setiap pagi, membuat kerja rumah dan membantu suami menoreh getah serta pengambilan makanan seimbang memberinya kekuatan tenaga berterusan.
''Saya tidak minum ais dan cuma mengambil air suam selepas makan di samping mengamalkan pemakanan ulam-ulaman seperti dilakukan orang tua-tua setiap hari," katanya.
Tambahnya, penglibatannya dalam sukan tidak akan terhenti walaupun telah berusia kerana minat mendalam dalam bidang itu. |
|
|
|
|
|
|
|
PLKN: Pemeriksaan kesihatan diwajibkan
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
KUANTAN 22 April - Para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mungkin diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan terlebih dahulu sebelum diserapkan ke kem-kem latihan pada masa akan datang.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat.
''Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan untuk mengadakan penambahbaikan program yang disediakan dari semasa ke semasa.
''Memang ada cadangan tentang perkara ini tetapi kita perlu mendapatkan pandangan semua pihak," katanya kepada pemberita di Kem PLKN Cahaya Gemilang Cherating dekat sini hari ini.
Beliau ditanya kemungkinan sudah sampai masanya para pelatih PLKN diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan berikutan berlaku beberapa kes menyebabkan kematian akibat para pelatih enggan berterus terang tentang tahap kesihatan masing-masing.
Terdahulu, Abdul Hadi yang hadir sempena program motivasi dan latihan oleh ikon PLKN, Mejar Dr. Faiz Khaleed, melakukan flying fox sebagai suntikan semangat kepada para pelatih kem tersebut.
Turut melakukan aksi yang sama dengan jarak sejauh 100 meter dan ketinggian kira-kira 15 meter itu ialah Dr. Faiz serta Komandan kem, Leftenan Komander Mohd. Zailani Osman.
Seramai 429 pelatih kumpulan dua siri 5/2008 yang bermula 18 Mac lalu menjalani latihan di kem berkenaan termasuk anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Nurul Izzah Abdullah, 18.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, buat masa ini, para pelatih hanya perlu mengisytiharkan status kesihatan mereka melalui pemeriksaan kesihatan biasa yang dilakukan di kem-kem seluruh negara.
Pada masa sama, tegasnya, tidak adil menyalahkan JLKN atau PLKN jika timbul sebarang masalah kerana semua pihak bertanggungjawab memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.
''Ada kes pelatih PLKN yang sudah keluar lebih sebulan tetapi masih dikaitkan dengan kita. Bagi saya, tidak adil masyarakat menyalahkan program ini dengan apa sahaja yang berlaku," ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, hasil kajian keberkesanan terbaru PLKN oleh pihak pengurusan ke atas 3,100 pelatih pelbagai kaum mendapati matlamat yang disasarkan tercapai.
''Kesimpulannya, rata-rata maklum balas tentang keberkesanan program yang diberikan oleh para pelatih tidak kurang daripada 90 peratus. Saya boleh katakan program ini sangat berkesan," kata beliau.
Sehubungan itu katanya, satu kajian lanjut dan lebih terperinci tentang keberkesanan program itu akan dilaksanakan dengan keputusan atau hasilnya kelak akan diumumkan kepada orang ramai.
''Kajian seumpama ini penting kerana ia merupakan asas kepada pihak jabatan merangka program-program pada masa akan datang," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
2,500 unit rumah, lot komersiol dibina di Pahang
Oleh YUSRI SAHAT
KUANTAN 22 April - Kira-kira 2,500 unit rumah kediaman dan lot komersiol akan dibina menerusi 81 projek di lapan daerah di Pahang sepanjang tahun ini.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Pahang, Jonathan Kok Keng Fai berkata, projek bernilai RM465 juta itu akan melibatkan 23 pemaju.
Menurut beliau, kebanyakan unit perumahan yang akan dibina di negeri ini menawarkan harga di bawah RM150,000 seunit.
''Hartanah yang ditawarkan meliputi unit kediaman, kedai pejabat, rumah kedai, lot industri dan komersiol," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Keng Fai memberitahu, daripada jumlah hartanah tersebut, sebanyak 1,321 unit merupakan rumah kediaman jenis teres setingkat, rumah kembar (420 unit), rumah teres dua tingkat (341 unit) dan banglo (40 unit).
Jenis-jenis hartanah lain yang turut dibina, katanya, ialah lot banglo sebanyak 152 unit, pangsapuri/kondominium (70 unit), kedai pejabat (90 unit), rumah kedai (tujuh unit), komersiol (31 unit) dan industri (10 unit).
Selain Kuantan, jelasnya, daerah-daerah lain yang terlibat dalam projek hartanah itu ialah Pekan, Muadzam Shah, Maran, Rompin, Temerloh, Bentong dan Mentakab.
Berikutan itu, tambah beliau, REHDA akan mengadakan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2008 peringkat negeri di pusat beli-belah Berjaya Megamall di sini bermula lusa hingga Ahad ini.
''Pembeli berpeluang memiliki rumah pada harga istimewa kerana pemaju digalakkan memberi potongan harga atau tawaran sampingan sepanjang ekspo ini berlangsung,'' jelasnya.
Keng Fai memberitahu, Unit Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan membuka kaunter perkhidmatan sepanjang ekspo tersebut yang bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Selain itu, tambahnya, pembeli juga disediakan dengan kemudahan untuk melakukan urusan pinjaman menerusi institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam ekspo berkenaan.
Beliau berkata, ekspo tersebut akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Azizan Ahmad. |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar pendakwah ke Belanda
KUANTAN 22 April - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Pahang mencadangkan kerajaan menghantar kumpulan pendakwah ke Belanda bagi menerangkan keindahan agama Islam di negara tersebut.
Exco Kimma negeri, Muhamed Sidek Abdul Muthaliff berkata, langkah itu dianggap lebih bijak dan wajar daripada mengambil tindakan memboikot terhadap produk negara itu.
Menurut beliau, penghantaran pendakwah ke negara-negara bukan Islam merupakan pendekatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjelaskan mengenai ajaran Islam sebenar.
''Kita sepatutnya menggunakan pendekatan seumpama itu kerana ia lebih berhemah dan berkesan jika dilaksanakan dengan betul sebagaimana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas tindakan pelbagai pihak yang menggesa umat Islam memboikot barangan Belanda yang berada di pasaran berikutan penerbitan filem pendek Fitna di Internet baru-baru ini.
MenghinaFitna yang disiarkan pada 27 Mac lalu itu mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatar belakangkan imej pengganas.
Penerbit filem itu ialah ahli majlis perundangan Belanda, Geert Wilders.
Filem itu juga menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran dengan menyelitkan imej serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York.
Penyiaran filem itu mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia selain kecaman daripada masyarakat antarabangsa.
Mengulas lanjut, Muhamed Sidek berkata, tindakan memboikot produk Belanda sebenarnya boleh merugikan umat Islam memandangkan ramai rakyat negara ini bekerja di syarikat yang berasal dari negara berkenaan.
Seperti barangan buatan Jepun, tegas beliau, produk Belanda menguasai hampir keseluruhan kehidupan masyarakat Islam di negara ini.
Sehubungan itu, tambah beliau, Malaysia boleh mengetuai misi penghantaran kumpulan pendakwah ke Belanda dan negara-negara Islam untuk memberi penerangan bahawa Islam adalah agama yang cintakan keamanan. |
|
|
|
|
|
|
|

Faiz akan akur keputusan kerajaan
KUANTAN - Angkasawan kedua negara Mejar Dr. Faiz Khaleed (gambar) akan akur dan tidak akan menolak keputusan kerajaan sekiranya program angkasawan itu tidak diteruskan.
Bagaimanapun katanya, program angkasawan perlu dilihat sebagai satu industri yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana ia membabitkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di angkasa lepas.
Beliau berkata, walaupun program angkasawan melibatkan perbelanjaan yang besar, ia merupakan satu bentuk pelaburan negara dalam bidang R&D.
"Kalau betul mahu membangunkan industri ini, ia perlu dirancang dengan lebih teliti kerana bukan semua negara mendapat peluang membuat kajian di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)," katanya selepas menghadiri Program Motivasi dan Latihan Bersama Ikon PLKN di Kem PLKN Cahaya Gemilang Cherating di sini, semalam.
Faiz, yang juga Ikon PLKN, berkata tempoh 10 hari di ISS tidak mencukupi untuk menjalankan sesuatu kajian sebaliknya ia hanya satu permulaan dalam bidang itu.
Katanya, negara-negara seperti Amerika Syarikat Jepun dan terbaru, Korea Selatan, misalnya melaksanakan program angkasawan kerana menyedari manfaat yang akan diperoleh menerusi hasil penyelidikan yang dijalankan.
Faiz berkata, jika program penghantaran angkasawan diteruskan, beliau berhasrat membantu dan memberi lebih banyak input dalam memaksimumkan penyelidikan berkaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
Majukan Hulu Tembeling
Oleh HARIS FADILAH AHMAD

Sebuah rumah yang didiami keluarga miskin boleh dilihat di persisiran Sungai Tembeling di pedalaman Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang.
JERANTUT 24 April - Kerajaan negeri digesa memajukan tanah di Hulu Tembeling, di sini dengan pelbagai tanaman komersiol untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman itu.
Menurut penduduk, antara tanaman yang sesuai dimajukan di kawasan tersebut ialah getah dan kelapa sawit selain buah-buahan.
Ini kerana, menurut mereka, masih banyak tanah terbiar milik penduduk dan tanah rizab kerajaan tidak dimajukan dengan sebarang projek.
Seorang penduduk Kampung Pagi, Wan Chik Ibrahim, 45, berkata, sudah sampai masanya kerajaan membangunkan kawasan Hulu Tembeling sebagai pusat pertumbuhan baru berasaskan sektor perladangan dan pelancongan.
Katanya, antara agensi yang dikenal pasti mampu membangunkan kawasan Hulu Tembeling ialah Lembaga Pekebun Kecil Getah (Risda), Lembaga Pemulihan dan Pembangunan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Lembaga Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP).
''Peranan agensi-agensi ini dapat membantu penduduk pedalaman Hulu Tembeling menikmati kemudahan asas dan kemajuan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan masing-masing pada masa akan datang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sehubungan itu, Wan Chik meminta Risda, Felcra, LKPP dan agensi berkaitan lain merancang dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi penduduk di lima kampung tradisional di Hulu Tembeling.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Aswad Manan, 26, berkata, tidak banyak perubahan berlaku terutama dalam sektor ekonomi di kawasan itu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.
''Kerajaan perlu mencari mekanisme baru untuk menempatkan kembali penduduk di persisiran Sungai Tembeling menerusi projek perumahan yang teratur dan pertanian komersiol," katanya.
Aswad berkata, kemudahan itu mampu menyekat penghijrahan belia ke bandar dan pada masa sama dapat memajukan tanah terbiar dengan projek pengeluaran makanan.
Seorang penduduk Kampung Pengau, Abdul Jamal Mohd. Yassin, 52, berkata, kampung tradisional yang terdiri daripada Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantai, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai boleh membangun jika ada kemudahan prasarana dan pembangunan dalam sektor perladangan.
''Kerajaan perlu memajukan kawasan di sini kerana boleh membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi untuk menambah pendapatan penduduk," katanya.
Tambahnya, projek berkenaan sekali gus dapat mencapai matlamat kemiskinan sifar yang disasarkan kerajaan dua tahun lagi.
Seorang penduduk Kampung Bantai, Zulmarizan Zulkefli, 21, meminta kerajaan menyegerakan pembinaan projek jalan raya dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling jika berhasrat membangunkan projek pertanian di kawasan berkenaan.
''Hasil pertanian dan komoditi lain dapat dihantar dengan cepat ke bandar melalui jalan raya berbanding penggunaan bot penambang yang diamalkan sekarang," katanya.
Beliau menambah, prasarana dan projek pertanian komersiol itu akan dapat mengubah corak hidup penduduk di kawasan tersebut kepada lebih moden berbanding sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
720 sertai Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang
KUANTAN 24 April - Sebanyak 720 peserta dalam dan luar negara dijangka menyertai Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang di Lipis selama lapan hari bermula Ahad ini.
Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, setakat ini, pihaknya menerima 98 penyertaan daripada dalam dan luar negara untuk menyertai ekspedisi yang berakhir 4 Mei ini.
Menurut beliau, pihaknya menyediakan 120 rakit dan setiap satunya akan digunakan oleh lima peserta yang akan memulakan ekspedisi mereka dari Sungai Jelai di Lipis.
"Ekspedisi yang kesembilan merentas Sungai Pahang sejauh 329 kilometer itu melibatkan persinggahan di tujuh kampung sebelum berakhir di Pekan.
"Peserta disediakan makanan dan dilindungi kemudahan insurans sepanjang menyertai ekspedisi itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amran memberitahu, tujuh persinggahan sepanjang Sungai Pahang itu ialah Kampung Jeram Landak, Kampung Pulau Tawar, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Guai, Kampung Chenor, Kampung Baru dan Kampung Ganchong.
"Di setiap persinggahan itu, peserta akan diberi sambutan seperti kenduri kampung dan persembahan kebudayaan tempatan," katanya.
Selain mempromosikan pelancongan negeri, jelas beliau, ekspedisi itu bertujuan mengenal pasti dan mendokumentasikan bahan sejarah, budaya, kesenian, kraftangan, makanan tradisi, permainan rakyat dan pengalaman peserta.
Di samping kepantasan ke garis penamat, katanya, kemenangan peserta juga diambil kira dari aspek kreativiti kecantikan rakit dan disiplin berpasukan.
"Peserta juga diminta membawa khemah, beg tidur, jaket keselamatan pakaian yang bersesuaian dan keperluan lain," katanya.
Beliau menambah, ekspedisi itu akan dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Temerloh pada 1 Mei ini.
Menurutnya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dijangka berkenan menyempurnakan majlis penutup ekspedisi itu di Pekan pada 4 Mei ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih banyak pejabat kutip cukai di Temerloh
TEMERLOH 24 April - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membuka lebih banyak pejabat pungutan cukai di beberapa lokasi di bandar ini dan Mentakab, bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran atau berurusan dengan pihak berkuasa tempatan tersebut.
Yang Dipertua MPT, Datuk Zulkifli Yaakub berkata, pembukaan pejabat tersebut akan dapat memungut lebih banyak hasil cukai berbanding sekarang berikutan kesukaran membuat bayaran.
Katanya, pungutan cukai itu diharap dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan MPT untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar penduduk dapat hidup dengan lebih selesa.
"Selain itu, MPT juga akan membangunkan lebih banyak kawasan riadah dan pusat rekreasi supaya penduduk Temerloh mempunyai pilihan untuk menjalankan aktiviti yang boleh meningkatkan kecergasan bagi melahirkan masyarakat ceria," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya juga akan membangunkan tebing Sungai Pahang secara berperingkat-peringkat untuk meningkatkan imej Temerloh sebagai bandar ikan patin dan pusat pelancongan yang mampu memberikan pelbagai pilihan kepada para pengunjung.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, MPT telah menerima peruntukan sebanyak RM6.5 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku akibat banjir besar penghujung tahun lalu.
Katanya, kerja-kerja membaik pulih tersebut seperti menurap jalan-jalan di bandar Temerloh dan Mentakab, sistem perparitan, taman permainan kanak kanak dan lain-lain, kini sedang berjalan
Selain itu beliau berkata, MPT akan menempatkan 10,000 tong sampah bagi memudahkan orang ramai membuang sampah dalam usaha membantu mengindahkan kawasan-kawasan tersebut.
Dalam perkembangan sama, Zulkifli mengingatkan pemilik restoran dan premis menjual makanan supaya memasang alat perangkap minyak dan sisa makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan pencemaran alam dan menyebabkan sistem perparitan tersumbat.
"Saya tidak akan memperbaharui lesen perniagaan jika pemilik premis berkenaan tidak memasang alat tersebut yang telah berkuat kuasa sejak awal tahun ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat Parlimen Maran tubuh pasukan bola sepak
MARAN 24 April - Pejabat Parlimen Maran akan menubuhkan sebuah pasukan bola sepak untuk menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan di negeri ini.
Setiausaha Majlis Belia Daerah Maran (MBDM), Mahadi Daud berkata, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Muttalib telah bersetuju dengan cadangan itu dan satu sesi latihan akan diadakan bagi memilih pemain yang berkaliber untuk menyertai pasukan Parlimen Maran.
"Satu sesi pemilihan pemain akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Maran pada pukul 8.30 pagi Sabtu ini.
"MBDM yakin ramai golongan muda dalam Parlimen Maran mempunyai bakat terpendam dalam arena bola sepak yang boleh digilap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
ProsesMahadi selaku Ketua Penyelaras pemilihan pemain itu berkata, jika proses itu berjalan lancar, pasukan bola sepak Parlimen Maran akan menyertai Liga Maran 2008 pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.
Liga Maran 2008, katanya, dianjurkan Persatuan Bola Sepak Daerah Maran (PBDM) dan Majlis Daerah Maran (MDM) bagi mencungkil bakat generasi muda dalam sukan itu.
Menurut beliau, Liga Maran 2008 yang membabitkan pasukan-pasukan dewan undangan negeri dalam Parlimen itu bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk.
"Melalui aktiviti permainan seperti bola sepak ini, ia dapat mengelakkan golongan muda terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan larangan menangkap ikan di Sungai Pahang
TEMERLOH 24 April - Kawasan sepanjang lapan kilometer di Sungai Pahang bermula dari Kampung Kuala Mai menghilir ke pekan Kuala Krau di sini diisytihar sebagai kawasan larangan menangkap ikan.
Anggota Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohd. Said berkata, langkah itu diambil selepas Jabatan Perikanan Pahang mengesan lapan lubuk ikan sepanjang perairan itu baru-baru ini.
Beliau berkata, terdapat pelbagai ikan berharga puluhan ringgit sekilogram di kawasan itu seperti ikan patin, tembelian, gahak, baung, temoleh, belida yang sentiasa mendapat pasaran dalam dan luar negeri.
"Saya berharap penemuan itu akan menggalakkan penduduk untuk menternak ikan serta menjaga sungai daripada tercemar kerana ikan sungai dapat memberikan pendapatan yang lumayan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ekspedisi Berakit Sungai Pahang di Kampung Pulau Pasir Mandi dekat sini hari ini.
Ismail turut meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta anggota Rela memantau dan menjalankan rondaan bersepadu di kawasan terbabit bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab daripada cuba menuba atau menangkap ikan secara haram.
"Banyak ikan sungai jenis berharga hampir pupus disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab menangkapnya secara haram menggunakan racun tuba, bom ikan dan peralatan yang dilarang pihak berkuasa," katanya.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Khidmat masyarakat: Pelajar bukan Melayu kurang
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
JERANTUT 25 April - Penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bukan Melayu dalam projek kemasyarakatan dengan penduduk di luar bandar amat kurang berbanding pelajar bumiputera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, pelajar bukan Melayu seharusnya sama-sama terlibat dalam projek kemasyarakatan bersama penduduk kampung, Felda dan Orang Asli di negeri ini.
Tegas beliau, pembabitan mereka amat penting untuk mempercepatkan proses integrasi antara kaum menerusi budaya, sosiol dan bidang lain.
"Sehingga kini, cuma pelajar Melayu yang 'turun padang' di kampung, tanah rancangan dan penempatan Orang Asli di Pahang berbanding pelajar kaum lain.
"Perlu ada pembabitan pelajar bukan Melayu menerusi projek berkenaan di luar bandar bagi memupuk perpaduan antara kaum di peringkat remaja lagi," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, peluang bergaul dengan masyarakat luar bandar boleh menyuntik banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai pelbagai aspek kehidupan.
"Ia juga sebagai persediaan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti," katanya.
Kata Wan Amizan, menerusi projek kemasyarakatan, pelajar dapat hidup bersama keluarga angkat masing-masing dan melihat sendiri susah senang yang dialami penduduk luar bandar menjalani kehidupan harian.
Beliau juga menggalakkan lebih ramai pelajar yang mengikuti pengajian profesional seperti perubatan dan kejuruteraan mengikuti program khidmat masyarakat itu.
"Pelajar berkenaan berpeluang membuat kajian mengenai taraf hidup, kesihatan dan pembangunan penduduk luar bandar sebagai keperluan apabila tamat pengajian nanti," jelasnya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut turut meminta IPTA melaksanakan lebih banyak program kemasyarakatan melibatkan pelajar IPTA di kawasan pedalaman Hulu Tembeling yang kaya dengan khazanah alam sekitar, sejarah dan budaya penduduk tempatan.
"Hulu Tembeling yang hanya boleh dihubungi dengan bot penambang akan memberi banyak pendedahan untuk pelajar mengetahui sosioekonomi penduduk di samping menikmati keindahan alam sekitar di sini," katanya.
Beliau menambah, secara tidak langsung program itu dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di Jerantut dan peluang penduduk untuk meningkatkan pendapatan menerusi pemasaran produk kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertemu selepas 40 tahun berpisah

Ayob Mohamed (empat dari kanan) dan Mohamed Jaafar (tiga dari kiri) bergambar bersama-sama rakan Sekolah Abu Bakar, Temerloh, semalam.
TEMERLOH 25 April - Selepas hampir 40 tahun meninggalkan bangku sekolah, bekas pelajar tahun 1969 Sekolah Menengah Abu Bakar (SABS) mengadakan satu majlis perjumpaan semalam.
Majlis yang julung-julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan 30 daripada 100 bekas pelajar dari seluruh negara yang terpisah selama hampir empat dekad lalu.
Antara yang hadir adalah Ketua Polis Pahang, Datuk Ayob Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar.
SABS merupakan antara sekolah aliran Inggeris yang terkenal di Pahang pada sekitar tahun 1950 hingga 1970-an kerana kecemerlangannya melahirkan tokoh pemimpin dan ahli akademik negeri itu.
Ayob selaku pengerusi penganjur majlis itu menyifatkan pertemuan tersebut sebagai permulaan untuk mengadakan perjumpaan berikutnya setiap tahun dengan lebih ramai bekas pelajar dijejaki.
"Hasil pertemuan ini, kami akan menubuhkan Alumni SABS dan menyediakan pangkalan data bekas pelajar terutamanya sesi tahun 60-an," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut beliau, selain mengeratkan semula hubungan yang sekian lama terpisah, perjumpaan itu juga dapat menyingkap kembali sejarah perkembangan pendidikan negara khususnya di Pahang.
Idea menganjurkan majlis itu katanya, timbul selepas menyedari tahun ini adalah tempoh persaraan bagi bekas pelajar SABS tahun 1969 kerana semuanya sudah mencecah usia 56 dan 57 tahun.
Bagaimanapun kata beliau, tidak ramai yang dapat hadir kerana sebahagiannya sudah meninggal dunia, mengalami masalah kesihatan dan ada yang berhijrah ke luar negara.
Sementara itu, Mohamed menyokong usaha untuk menubuhkan Alumni SABS bagi memastikan program pertemuan seperti itu dapat dianjurkan secara berterusan.
"Ia juga dapat memastikan SABS tidak terus dilupakan sebagai sebuah institusi pendidikan terawal di negeri ini yang memulakan pendidikan asas kepada anak Melayu sejak 1954," kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
JPJ siasatan lambakan lesen palsu
TEMERLOH 25 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang sedang menyiasat kemungkinan terdapat lambakan lesen palsu yang digunakan oleh pemandu jalan raya secara berleluasa di negeri Pahang.
Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man berkata, pihaknya berjaya mengesan beberapa pemandu yang memiliki lesen memandu palsu dalam setiap operasi yang dijalankan secara rutin sejak dua minggu lalu.
Ekoran itu beliau tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket tertentu yang terlibat di dalam pemalsuan lesen memandu.
"Saya ingin menasihati mereka yang memiliki lesen palsu ini supaya memikirkan soal keselamatan, sekiranya terbabit dalam kemalangan maut yang pasti membawa padah kepada diri sendiri," kata Zakaria.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam 'Ops Pengarah' zon tengah di Kilometer 4 Jalan Temerloh-Mentakab dekat sini malam tadi.
Tambahnya, selain itu JPJ turut mengesan dan mendapati masih ramai pemandu yang memandu kenderaan dengan cukai jalannya sudah tamat tempoh.
"Sikap ini amat dikesalkan kerana harga cukai jalan untuk sebuah kereta Kancil hanyalah serendah RM20 berbanding RM100 sebelum ini," jelasnya.
Zakaria berkata, dalam operasi semalam yang disertai 40 pegawai dan anggota JPJ dari Temerloh, Maran, Jengka, dan Kuantan sebanyak 780 buah kenderaan diperiksa.
"JPJ berjaya mengesan 56 kesalahan dengan 38 saman dikeluarkan dan kesalahan paling banyak ialah memandu tanpa lesen sebanyak 17 saman," kata beliau.
Kata Zakaria, sebuah lori kecil turut disita malam tadi kerana cukai jalannya sudah tamat tempoh melebihi satu tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempatkan penjaja di lokasi strategik
TEMERLOH 25 April - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menyediakan kawasan perniagaan yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai kepada penjaja kecil untuk maju dan berdaya saing.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengeluaran lesen yang banyak kepada golongan terbabit tidak membawa sebarang makna, sekiranya tapak perniagaan dan gerai mereka ditempatkan di kawasan tersorok.
Katanya, PBT perlu bersikap telus untuk membantu golongan ini dan bukannya melaksanakan dasar kerajaan itu hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
''PBT perlu prihatin terhadap nasib penjaja dan peniaga kecil yang selama ini diberikan tapak perniagaan yang kurang strategik dan tidak menjadi tumpuan orang ramai.
''Saya harap PBT harus mempunyai tanggungjawab sosiol dan bukan membangunkan kawasan-kawasan strategik dengan mendirikan bangunan komersiol semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Perlesenan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini hari ini.
Saifudin berkata, PBT juga perlu menyediakan kemudahan yang serba lengkap termasuk surau, kawasan letak kenderaan, tandas dan sebagainya, untuk memberikan keselesaan kepada para peniaga dan orang ramai.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, dengan kemudahan seperti itu ia akan memudahkan PBT untuk memantau dan mengawal kawasan berkenaan daripada segi kebersihan dan sebagainya.
Menurut beliau, terdapat 40,000 penjaja dan peniaga di seluruh negara yang menjalankan perniagaan kecil di gerai dan pasar malam seperti menjual nasi lemak, mi, kuih-muih, goreng pisang, cendol dan sebagainya, tetapi perniagaan mereka turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Saifudin turut menggesa penjaja dan peniaga menyertai persatuan kerana nasib mereka akan terbela dan mudah bagi kerajaan untuk menyalurkan apa juga bantuan bagi memajukan lagi perniagaan mereka.
Katanya, kerajaan akan menyalurkan peruntukan melalui persatuan penjaja dan peniaga bagi membolehkan persatuan terbabit menjalankan aktiviti untuk kepentingan ahli masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
MESRA

SEMPENA sambutan ulang tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-74, satu acara beramah mesra bersama pihak media telah diadakan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang kelmarin.
Acara yang dinamakan 慡ehari Bersama Media |
|
|
|
|
|
|
|
Drebar teksi mabuk seks
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]
KUANTAN: Dia hanya mahu pergi ke tempat kerja di Jalan Gambang dekat sini, tengah hari kelmarin, malangnya pemandu teksi yang dinaikinya berperangai tidak senonoh.
Pemandu teksi dipercayai 慻ila seks |
|
|
|
|
|
|
|
Peneroka Felda saran wujud semula LKW
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

Abu Bakar Kasim
BANDAR JENGKA 26 April - Kerajaan Persekutuan diminta mewujudkan semula Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) di Pahang sebagai pemangkin terhadap usaha merancakkan pembangunan seimbang dan berkualiti kepada rakyat di negeri ini.
Rata-rata peneroka Felda yang ditemui menyifatkan rancangan mewujudkan semula LKW dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ini adalah masa yang paling sesuai dalam membantu kerajaan membangunkan kawasan kurang maju supaya lebih membangun dan berdaya saing.
Anak peneroka Felda Sungai Tekam, Abu Bakar Kasim, 50, berkata, isu itu hangat diperkatakan tahun lepas seolah-olah cadangan untuk mewujudkan semula LKW Jengka dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
"Namun sehingga hari ini, saranan mewujudkan semula LKW dan Dara termasuk Program Bersepadu Pahang Barat (IADP) kian dipinggir sedangkan ia penting untuk faedah rakyat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Peneroka Felda Melati Jengka Sebelas, Kamaruddin Bek, 73, menyifatkan tindakan membubarkan LKW dan Dara di Pahang dahulu, merupakan satu kerugian besar khususnya daripada segi peruntukan kepada negeri dan rakyat Pahang.
Beliau berkata, satu agensi baru perlu segera diwujudkan supaya harta alih dan tidak alih yang ada kekal dimiliki kerajaan negeri daripada jatuh ke pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menambah kekayaan.
Bendahari Majlis Belia Felda Pahang, Nordin Wahid, 54, berkata, kerajaan Pahang dan rakyatnya telah bersetuju merayu Kerajaan Pusat agar LKW diwujudkan semula dalam RMK-9.
"Malah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang sendiri telah sebulat suara menyuarakan hasrat itu secara bertulis kepada Kerajaan Pusat agar LKW di Pahang dapat diwujudkan semula," katanya.
Anak peneroka Felda Bukit Tajau, Zainal Abidin Mohd. Alias, 53, menyifatkan pembubaran LKW dan DARA mungkin satu kesilapan besar yang harus diperbetulkan dengan segera.
Katanya, pembubaran itu telah menyebabkan rakyat Pahang kerugian jutaan ringgit setahun kerana bajet Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kawasan itu dihentikan.
Di samping itu, menurut beliau, pembubaran LKW menyebabkan banyak program pembangunan terbantut seperti kawasan khas untuk industri terbiar tanpa dimasuki pelabur dan sebagainya.
"Saya selaku rakyat Pahang yang masih dahagakan pembangunan mapan berharap sebelum tempoh RMK-9 berakhir, kita akan dapat menerima perkhabaran yang menggembirakan," katanya.
Bagi Abd. Latiff Omar, 42, beliau berpendapat LKW dan DARA perlu diwujudkan semula kerana fungsi kedua-dua agensi itu dapat merancakkan lagi era pembangunan di kawasan terpencil selari kawasan lain di negara ini.
"Banyak lompang pembangunan yang ditinggalkan oleh LKW dan DARA yang masih belum dipenuhi menyebabkan kawasan itu membangun agak perlahan berbanding dengan tempat lain," katanya.
Beliau pada masa sama, berpendapat Pejabat Tanah dan Daerah tidak berupaya untuk membangunkan kawasan berkenaan disebabkan kekangan kewangan yang memerlukan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krau, Hisham Sapian, 46, berpendapat, tempoh lima tahun pembangunan RMK-9 dianggap sebagai waktu yang paling sesuai untuk membangunkan kawasan terpencil di negeri ini.
Katanya, sebagai contoh kawasan Kuala Krau yang banyak mengandungi kampung-kampung tradisional memerlukan perancangan jangka panjang agensi itu bagi menyuntik sumber kewangan yang mencukupi.
"Kerajaan sekarang perlu memberi perhatian serius terhadap usaha pembangunan kampung tradisional agar matlamat untuk menyeimbangkan kawasan pembangunan di luar bandar tercapai," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adly26 at 27-4-2008 07:18 AM 
Drebar teksi mabuk seks
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]
KUANTAN: Dia hanya mahu pergi ke tempat kerja di Jalan Gambang dekat sini, tengah hari kelmarin, malangnya pemandu teksi y ...
eiiii takutnya.........rasanya mmg tak akan naik teksi pun kecuali ada hubby |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|