|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Tetapi hari ini, kepandaian sudah menjadi masalah kerana tidak takut Tuhan. Bila pandai ttp tidak takut Tuhan, datang sifat sombong hingga menjadi masalah. Datang rasa ego hingga menjadi masalah. Padahal kepandaian sebenarnya bukan masalah. Tetapi bila manusia tidak takut Tuhan, yg bukan masalah menjadi masalah. Bila pandai dan tidak takutkan Tuhan, dia menghina orang yg tidak pandai. Bukankah itu sudah menjadi masalah?
Asalnya kepandaian bukan satu masalah. Mengapa jadi begitu? Sebab tidak takut Tuhan. Orang yg tidak takut Tuhan ini, benteras dulu. Ini punca masalah. Kena kempen supaya orang takut Tuhan. Kalau orang tak takut Tuhan yg bukan masalah pun menjadi masalah. Kalau memang menjadi masalah, bertambah lagilah bermasalah dan berentetan masalah.
Contoh lagi, kaya juga bukan masalah. Semua orang hendak menjadi kaya. Tetapi bila tidak takut Tuhan, orang kaya akan melahirkan masalah menjadi bakhil, tamak, sombong, pembaziran, nafu-nafsi, menghina orang miskin dan lain2 lagi. Cuba lihat, berapa banyak masalah dari sesuatu yg bukan masalah kerana tidak takut Tuhan.
Menjadi pemimpin bukan masalah. Semua orang suka adanya pemimpin. Samada rakyat suka pemimpin, yg punya diri pun suka menjadi pemimpin. Itu bukan masalah. Semua orang tahu itu bukan masalah. Tetapi bila tidak takut Tuhan, itu menjadi masalah. Bila dia sudah dapat jawatan, sudah menjadi sombong. Ada kepentingan diri, menjadi zalim,lebih2 lagi bila hendak mempertahankan kedudukan. Dia akan cantas musuh2nya. Dia akan bagi rasuah supaya ada orang mempertahankan dia. Inilah yg menunjukkan asalnya bukan masalah tetapi bila tidak takut dgn Tuhan. Akhirnya menjadi masalah.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Nilai manusia hari ini, masalah yg remeh-temeh dikatakan menjadi masalah. Katalah miskin itu adalah masalah. Itu remeh-temeh tetapi sudah jadi masalah besar. Bahkan dunia hari ini, perkara yg menjadi masalah sebenarnya, kerana tidak takut Tuhan, lahirlah masalah yg bukan masalah, yg lebih besar daripada yg asalnya bukan masalah. Kerosakan oleh orang yg miskin hanya kecil2 saja. Kerosakan yg dilakukan oleh orang bodoh hanya kecil2 saja. Tetapi kerosakan yg dibuat oleh orang2 cerdik pandai, pemimpin... mengakibatkan Negara lingkup dan habis wang serta khazanah Negara. Itulah masalah yg ditimbulkan oelh cerdik pandai. Sebab itu bila lebih banyak yg dikatakan masalah maka semakin banyak masalah yg timbul.
Perkara kecil jadi besar dan masalah besar dikatakan kecil. Ada masalah paling besar tidak dianggap masalah iaitu masalah tidak takut Tuhan. Daripada tidak takut Tuhan melahirkan macam2 masalah. Yang tidak menjadi masalah pun akhirnya menjadi masalah kerana tidak takut Tuhan.
Jadi fikiran begini, para pejuang mesti berani ketengahkan dlm forum, ceramah, motivasi dan dlm majalah, supaya dunia dapat melihat apa sebenarnya masalah yg berlaku. Kalau tidak kenal masalah sebenarnya, masalah tidak akan habis. Bahkan dia makin memikirkan masalah, makin banyak masalah.
Abuya ulang lagi. Masalah yg paling besar ialah tidak takut Tuhan. Bila tidak takut Tuhan, yg positif jadi negative dan yg negative bertambah negative. Yang baik pun menjadi buruk. Yang buruk bertambah buruk. Puncanya kerana tidak takut Tuhan kerana orang yg tidak takut Tuhan akan menyalahgunakan apa yg ada seperti menyalahgunakan kemiskinan, kemunduran, sakit, ilmu, kekayaan, jawatan, kepandaian dan lain2 lagi.
Positif dan negative menjadi sama. Yang buruk tetap buruk, yg baik pun menjadi buruk, kerana tidak takut Tuhan, berapa banyak masalah jadinya. Biarlah yg baik tidak jadi masalah. Biarlah masalah jadi masalah, mengapa yg bukan masalah jadi masalah. Masalahnya ialah tidak takut Tuhan. Yang positif menjadi negative, betapalah memang perkara yg tidak baik.
Kita berhenti di sini. Namun diulang di sini, orang tidak kenall masalah hingga yg bukan masalah pun menjadi masalah. Mudah2an para pejuang sanggup mengenengahkan perkara ini dgn hujah2 yg tepat dlm kuliah, ceramah, atau motivasi. Kalau cukup hujah, ini bukan minda yg tertinggi. Tetapi minda yg kuat.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
abunawass This user has been deleted
|
Originally posted by Akasyah at 21-3-2005 11:11 AM:
Sambungan...
Nilai manusia hari ini, masalah yg remeh-temeh dikatakan menjadi masalah. Katalah miskin itu adalah masalah. Itu remeh-temeh tetapi sudah jadi masalah besar. Bahkan d ...
Terima kasih kerana mempromosikan Minda Abuya..
Kepada Allah jua yang mampu membalas jasa baik mu..
:pompom::setuju: |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Topik : Apakah yang menentukan kerosakan-kerosakan yang berlaku kepada para remaja, apakah dari kerosakan umara |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Mengapa ulama dan umara |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Sekarang sistem dan pengaruh itu sudah rosak hampir 1000 tahun. Terlalu banyak anak cucu cicit yang lahir. Kalau dari sebatang pokok, ini merupakan buah yang ke 1000. Sebab itu, bila masyarakat sudah rata dengan kejahatan, pemimpin biasa tidak boleh membaikinya lagi.
Kalau ada Rasul lagi, Tuhan akan mengutuskan rasul. Kita mesti faham bahawa Rasul tidak akan diutus kalau tidak sampai ke kemuncak kejahatan. Kalau sebelum kemuncak kejahatan, hanya pemimpin-pemimpin biasa yang akan membaikinya. Tetapi kalau sudah sampai ke kemuncak kejahatan dan tidak boleh dipimpin lagi oleh orang lain maka Tuhan akan mengutuskan Rasul. Tetapi hari ini sudah tidak ada Rasul sedangkan kemuncak kejahatan dunia sudah berlaku maka waktu inilah Mujadid akan ditabalkan.
Bagi menjawab pertanyaan tadi, ini bukan masanya bagi umara |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
sambungan...
Ulasan: Sebenamya kerosakan masyarakat dan remaja seperti yang dibahaskan di suratkhabar sekarang ini sampai peringkat di mana budak-budak itu sanggup membunuh. Ini memang dirancang oleh orang-orang yang mahu merosakkan masyarakat. Ulama-ulama pun tidak berani bercakap seolah-oleh keadaan masyarakat sekarang tidak ada masalah. Filem Bollywood dibenarkan siarannya di TV Malaysia dan jika ada mana-mana pihak menyentuh tentang soal itu, mereka akan dianggap orang yang anti-establishment atau apa-apa istilah lain sehinggakan perkara itu berleluasa.
Abuya jawab: Ibarat orang yang tahu bahawa kencing manis itu disebabkan gula dan gula itu pula kesukaan orang. Jadi, kalau hendak menyebut yang penyakit itu disebabkan gula, orang tidak berani. Itu kalau kita ibaratkan dengan penyakit. Gula itulah penyebabnya penyakit kencing manis. Tetapi hendak mengatakan sebab gula, susah sebab kebanyakan makanan dan minuman yang sedap mesti ada gula. Jadi, perkara ini menjadi sensitif. Kalau sudah tahu pun tetapi tidak berani hendak bercakap kerana ianya sensitif.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Ulasan: Abuya mengatakan bahawa hanya Mujadid dan onang-orangnya sahaja yang boleh menyelesaikan masalah kerosakan ini. Kalau dilakukan oleh guru-guru atau mubaligh-mubaligh, mereka akan gagal bahkan akan menjadi pemangkin kepada kerosakan, maka kenyataan ini amat serius. Kalau Abuya katakan hanya Mujadid dan orang-orangnya saja yang boleh membaiki kerosakan, maka di mana kita hendak memulakannya dan apa yang hendak dilakukan? Dan apakah rahsianya?
Abuya jawab: Mungkin proses membaiki bermula di peringkat jabatan-jabatan kerajaan contohnya Pejabat Daerah yang dipimpin oleh seorang Pegawai Daerah. Abuya telah memberi kaedah yang boleh dilakukan untuk permulaan. Pemimpin mesti menjadi seorang pemimpin, ibu, ayah, guru dan kawan setia. Itulah kaedah tajdid (baru). Jadi, semua hal peribadi petugas-petugas di jabatan itu akan diberi perhatian dan diselesaikan. Selama ini, hal-hal dan masalah peribadi, mereka terpaksa tanggung sendiri.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Ulasan: Bolehkah Abuya berikan satu formula lagi. Pusat serenti yang merupakan satu contoh kemuncak kerosakan misalnya, di mana hendak bermula? Dan apakah kaedah yang berkesan untuk membaiki kerosakan itu.
Abuya jawab: Sebenarnya kita sedang buat kaedah sekarang. Bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain lagi. Diantara satu sistem dengan sistem yang lain itu, kalau diibaratkan manusia, ianya bantu-membantu. Samada kita faham atau tidak, itu soal lain. Sebab ia bersifat rohani dan maknawi.
Di bidang pendidikan mungkin kesannya lebih. Mungkin bidang pendidikan memberi kesan sebanyak 50%, kebudayaan mungkin 30%, motivasi 10% dan ekonomi mungkin memberi kesan 10%. Gabungan pakej inilah yang akan membaiki manusia. Tetapi itu sebenarnya berbentuk usaha 10%. Bila kita usahakan yang 10% ini bersungguh-sungguh, datanglah kasih sayang Tuhan. Maka bantuan Tuhan dan karamah Imam Mahdi akan berlaku dan itulah yang akan menyempurnakan.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan..
Ulasan: Untuk pengetahuan kita, adalah amat mengejutkan bila Abuya sangat prejudis dengan sekolah-sekolah tahliz. Iaitu sebenarnya, kaedah pembelajaran dan stail gaya hidup di sekolah-sekolah tahfiz sangat mudah membenarkan kemasukan unsur-unsur yang sangat negatif di dalam pergaulan mereka.
Perkara ini akhimya terbukti sepertimana yang dilaporkan iaitu sebuah Sekolah Tahfiz di Negeri Sembilan ditutup disebabkan guru-gurunya terlibat dengan pelajar-pelajarnya dalam kes homoseks. Ini juga berlaku di sekolah-sekolah Tahfiz di Melaka, Sabak Bernam, Terengganu dan lain-lain lagi. Bahkan di pondok-pondok di Patani dan mungkin sudah merebak ke pondok-pondok yang lain juga, terdapat guru-guru yang sanggup menjual dadah kepada pelajar-pelajarnya.
Gejala-gejala ini berlaku disebab cara mereka berfikir, cara hidup yang mereka pilih dan cara mereka melihat dunia serta cara mereka melupakan akhirat telah membentuk satu gaya hidup yang berbudaya seperti itu. Jadi, kata-kata Abuya sangat menarik bila Abuya mengatakan bahawa di peringkat seperti ini, tidak ada sesiapa yang dapat membetulkan keadaan, hanya Mujadid dan orang-orangnya sahaja yang boleh melakukannya. Ini adalah satu cabaran bagi kita sedangkan kenyataannya bahawa hari ini kita masih terkial-kial.
Abuya jawab: Kita anggap bahawa ini adalah permulaan. Sebab usaha 10% itu kita tidak tahu di mana hadnya. Bila usaha sampai ke peringkat 10%, 90% itu akan disempurnakan. la akan berlaku di luar dugaan. Kita mesti yakin tentang hal ini kerana itu berdasarkan sejarah. Katalah hari ini kita belum boleh berbuat lagi, tidak mungkin sedikit sebanyak tidak memberi kesan? Kalau ada kesan sedikit-sebanyak itu ertinya sudah bermula. Mungkin 2%. Katalah sudah 3% usaha dilakukan, ada lagi 7%. Bila dapat mengusahakan lengkap 10%, baru Tuhan sempurnakan 90%. Kalau tidak ada campurtangan Tuhan, semua itu tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
sambungan..
Ulasan: Bilamana negara mengisytiharkan kempen memerangi rokok oleh pemimpin, memang kita terkejut sebab dalam pengetahuan kita sebelum ini, hanya jemaah Arqam yang memperjuangkan ini. Selama ini, tidak ada yang bersungguh-sungguh. Tiba-tiba atas nama Malaysia, kempen antirokok diadakan dengan slogan 慘atakan tidak kepada rokok |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau hati kita beramal soleh dan lahir kita juga turut beramal soleh (sebab amalan lahir mengikut amalan batin umpama rakyat mengikut raja) itulah kesempurnaan amalan manusia yang dijamin dengan syurga.
Untuk keyakinan saudara, saya perturunkan firman Allah yg menunjukkan amalan batin adalah wajib :
1.Perintah khusyuk dalam sembahyang iaitu mengingati Allah : 揂pakah belum masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyuk mengiingati Allah |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
6.Perintah supaya sabar:
"Sabarlah kamu tetapi kamu tidak mungkin sabar kecuali dengan Allah (kalau bukan kerana rasa perhambaan pada Allah kamu tidak sabar.) (An Nahl :127)
Sebab itu antara kedua-dua amalan lahir dan amalan bafin, Allah mengutamakan amalan batin sebab ia kalau betul-betul untuk Allah bukan untuk manusia. Sebab manusia tidak nampak. Kalau hati sudah betul,betullah lahirnya. Kalau lahir sahaja betul hati belum tentu betul.
Jangan pula ada orang yang mengatakan, "Kalau begitu kita jaga hati sudahlah lahir tidak payah." Ini lagi tidak betul. Sebab hati yang betul ialah hati yang taat pada perintah-perintah Allah lahir dan batin. Kalau amalan lahir tidak dibuat maknanya hati belum betul.
Banyak berlaku dalam masyarakat umat Islam hari ini mereka yang beramal dengan hukum Islam tentang syariat lahir sahaja seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikrullah, sedekah, tutup aurat dan bersilaturrahim. Amalan hati (batin) (tidak dipedulikan. Inilah yang dimaksudkan sebagai derhaka dalam taat.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
PakLah This user has been deleted
|
Originally posted by hafizi at 24-3-2005 09:01 AM:
6.Perintah supaya sabar:
"Sabarlah kamu tetapi kamu tidak mungkin sabar kecuali dengan Allah (kalau bukan kerana rasa perhambaan pada Allah kamu tidak sabar.) (An Nahl ...
Sabarlah Dalam Perjuangan...
Pak Lah sokong perjuangan anda... Moga Mendapat bantuan Illahi.
Ameen...:pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan Surah Al Maidah ayat 79 :
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
Terjemahan Surah Al Maidah ayat 98 :
Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka) dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).
Terjemahan Surah Al Anaam ayat 15 :
Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat).
Terjemahan Syurah An Nur ayat 55 :
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
[ Last edited by serihartatie on 25-3-2005 at 01:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Ada dua jenis orang yang derhaka dalam taat:
Orang yang beramal dengan syariat lahir sahaja seperti sembahyang wajib dan sunat, puasa, haji, zakat, baca Quran, zikir dan wirid, di samping sedikit-sedikit amalan batin, tetapi kedua-dua tidak sempurna (iaitu tidak seperti yang dikehendaki Allah dan tidak sama perintah Allah yang dibuatnya).
Contohnya ialah orang-orang yang melakukan semua perintah fardhu di samping "fadhoilulamal" (sunat witir, dhuha, tahajud, puasa siang hari, baca Quran, tahlil) tetapi masih terlibat dengan riba (makan dan memberi riba), dedah aurat, pergaulan bebas, mengumpat, memfitnah, mencerca, sombong, bakhil dan cinta dunia.
Golongan ini adalah golongan derhaka dan tidak lepas dari api neraka. Imam Al Ghazaii berkata:
"Kalau tidak boleh tahajud malam (yakni sunat) janganlah buat dosa (haram) di siang hari kerana tidak ada gunanya bakti pada Allah di malam hari (tahajud) tetapi derhaka (buat dosa - haram) di siangnya." 昜/color]
Orang ini bandingannya sama seperti seorang yang menanam padi di tengah-tengah lalang. Hasilnya padi akan dirosakkan oleh lalang dan tidak memperolehi hasil apa-apa atau seperti seorang yang memelihara kesihatan badannya dengan memakan ubat-ubatan yang perlu, tetapi dimakan juga racun. Jadi orang itu tidak sesihat seperti yang diharap-harapkan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Berkata hadis lebih kurang maksudnya begini:
"Di akhirat nanti ada orang yang dianggap muflis (bengkrap) iaitu orang yang di dunia banyak ibadah, melakukan fardhu dan sunat tetapi dia juga banyak mengumpat, menghina,memfitnah dan mengambil hak orang. Orang ini pahala ibadahnya akan diberi kepada orang yang dianiayai itu. Dan kalau pahalanya tidak cukup, dosa-dosa orang itu pula diberikan padanya dan dia akan dijerumuskan ke dalam neraka."
2. 0rang yang taat dalam mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai terhadap amalan batin. Lahirnya nampak sempurna tetapi hatinya penuh dengan hasad dengki, jahat sangka, sombong, bakhil, riak, panjang angan-angan, minta puji, cinta dunia, tamak, mementingkan diri sendiri, di samping tidak ada rasa hina diri, mengharap dan malu dengan Allah. Sebaliknya dia suka menghina orang yang tidak beribadah. Rasa tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di akhirat.
Orang ini sebenarnya orang yang derhaka pada Allah dalam taatnya pada Allah. Hakikatnya dia adalah orang yang derhaka dan amalannya ditolak. Dia bukan orang yang dekat dengan Allah tetapi orang yang jauh dari Allah dan hatinya terputus dengan Allah.
Telah sepakat ulama berkata:
1. Biar sedikit amal (yang fardhu sahaja) bersama hati rasa takut pada Allah (taqwa) daripada banyak amal lahir tetapi tiada rasa taqwa."
2.Walaupun bagaimana banyak dan hebat ibadah seseorang tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia selama itu ibadah seseorang itu tidak bernilai.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Orang yang beramal lahir tanpa amalan batin ini bandingannya seperti seorang pekerja di istana raja yang rajin dan taat melakukan kerja-kerja yang ditugaskan padanya dalam istana itu. Kerjanya beres dan lengkap mengatasi pekerja-pekerja lainnya. Maka timbullah bangganya dan sombongnya. Sudahlah sesama kawan-kawan dia berlagak angkuh, depan raja pun sudah tidak sopan Sagi, tidak hormat dan tidak beradab. Dia rasa hebat dan dia besar kerana dia beranggapan raja tidak murka kepadanya sebab semua kerjanya beres.
Sebaliknya apa pandangan raja? Sekalipun dia tahu hambanya itu kerjanya beres tetapi kerana biadabnya itu raja tidak akan sayang untuk membuangnya dari istana sebab dia sudah hendak jadi raja (rasa setaraf dengan raja).
Begitu seorang manusia yang beres melakukan perintah-perintah Allah tetapi hatinya tidak beradab dengan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki nescaya akan Allah campakkan dia ke dalam neraka. Firman Allah:
"Adapun orang yang enggan dan menyombong-kan diri maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksa yang pedih."
(An Nisaa:173)
Firman Allah di dalam Hadith Qudsi yang bermaksud:
"Hai Isa, apabila Aku lihat di dalam hati hamba-Ku terdapat cinta yang suci pada-Ku tidak bercampur oleh sesuatu tamak, keinginan-keinginan yang berkenaan dengan akhirat dan dunia maka la akan Kuperlakukan sebagai penjaga cintanya itu."
Orang-orang yang benar-benar taat ialah orang yang hatinya cinta pada Allah. Cinta sucinya akan membuatkan dia beramal semata-mata untuk Allah. Tidak bercampur dengan niat untuk untung dunia atau akhirat.
Orang begini taatnya pada Allah adalah taat yang suci. Dia tidak akan ujub dalam taatnya, tidak riak dalam taatnya, tidak buruk sangka dalam taatnya, tidak sombong dalam taatnya, tidak panjang angan-angan dalam taatnya, tidak rasa tuan dalam taatnya dan lain-lain.
Inilah orang yang dekat hatinya pada Allah. Dia taat dalam taatnya. Jasad lahirnya dan jasad batinnya sama-sama tunduk menyembah Allah dengan taat, rasa hina diri, malu, rasa bersalah, rasa berdosa dengan Allah, tidak menghina hamba-hamba yang lain, tidak sombong dan tidak hasad.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Topik : BILA MASYARAKAT ROSAK
Basmalah.
Kalau satu generasi itu, apabila lahir sahaja di satu zaman, membesar di zaman itu dan melihat masyarakatnya sudah terlalu kusut di semua aspek, semua golongan sudah rosak, yakni sebagai contoh, sudah wujud krisis, pepecahan, jatuh menjatuhkan, sudah wujud pendedahan aurat, dadah, sumbang mahram, jenayah yang berbagai bentuk, pergaduhan, perkelahian dan peperangan di mana-mana, biasanya generasi yang hidup di waktu itu, secara umumnya, sudah tidak pandai menilai lagi penyakit masyarakat itu dari mana datangnya, dari mana sumbernya, siapa yang membawanya dan bila ia mula berlaku.
Ini antara fikiran umum waktu itu, Biasanya generasi ini, kalau lahir sahaja, sudah begitu rupa masyarakatnya, maka setidak-tidaknya ada 3 kategori masyarakat dalam menilai dan berhadapan dengan situasi masa itu.
1. Golongan yang tidak susah hati dan boleh menerima keadaan itu
Golongan ini yang paling ramai. Mereka tidak susah hati dan boleh menerima keadaan. Seolah-olah apa yang berlaku itu sudah jadi satu budaya. Kalau orang hendak dedah aurat, dedahlah. Orang hendak bergaduh,bergaduhlah. Ikut sahaja apa yang dicorak oleh masyarakat. Kalau masyarakat penipu, dia pun tipu sama. Kalau masyarakat jahat, dia pun jahat sama. Kalau masyarakat khianat, dia pun khianat sama. Kalau masyarakat amalkan rasuah, dia pun rasuah sama. Begitu juga kalau masyarakat jatuh menjatuhkan, dia pun kalau berpeluang, buat juga. Sudah begitu keadaannya. Dia lahir sahaja, hidup masyarakat sudah begitu. Seolah-olahnya, budayanya sudah begitu. Ikut sahaja lah. Ini satu golongan. Bahkan golongan ini yang paling ramai.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan..
2. Golongan yang rasa sedih berhadapan dengan situasi itu
Golongan ini tidak boleh terima apa yang sedang berlaku. 揃ukan begini masyarakat Islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|