CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Voyagers

[Tempatan] Najib Ditangkap SPRM - Video Najib Untuk Rakyat Malaysia Di Page 13 Post #301

[Copy link]
Post time 4-7-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 4-7-2018 02:39 AM
Aku tgk video org tua yg umno yg baru balik melawat kak mah cerita, mungkin kak mah cerita2 kat di ...

Tan sri shafee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 4-7-2018 04:14 AM
team lawyer tu utk kes DOJ kat US nun

So kes di Malaysia lawyer die 7 org je lah.. Whole peguam negara bw 12 org.. Malu laa 1 dunia follow kes najib
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 4-7-2018 04:38 AM
ai rasa najib akan hadir dgn muka confident dan relaks jah, sbb dlm hati dr mula lg memang rasa ta ...

Teori ni sama je mcm iolls fikirkan..
Lama kes ni nak settle kalo pak jib dok ngaku x salah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 09:56 AM | Show all posts
cenkudu replied at 3-7-2018 08:20 PM
2 tahun lagi la baru Pilihanraya kecil Pekan

kalau boleh disabitkan lebih awal...aku nak DSAI bertanding kwsn ni...baru ironi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih belum nampak bayang kak mah.. Anak perempuan najib ade dlm court tu..
Kak mah pi jumpa bomoh tak hbs lg eh dr malam td
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baca pertuduhan tdik x dapun sebut duit rm2.6 bilion masok dalam akaun. .. igt najib kena penggubahan wang haram dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 4-7-2018 09:19 AM
mohon pejuang bahasa berdemo kat peserta demo ni

Kekonon nak menyindir ... bias  ni bahasa tamil takde ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.


Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM.

Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 10:05 AM | Show all posts
dgr puluh2 juta tu..
sorry la uols..buat masa ni tak de le aku nak kesian ke..sayu ke..hapa...
bak kata org kampung...cash!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:09 AM | Show all posts
EJALTI replied at 4-7-2018 10:07 AM
https://www.youtube.com/watch?v=Pb0yyWL65xg

tak paham aku perlu berselendang bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:10 AM | Show all posts
TERKINI : Najib senyum, tenang ke kandang tertuduh

https://www.youtube.com/watch?v=XtGFCczkhpo

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:11 AM | Show all posts
EJALTI replied at 4-7-2018 10:07 AM
https://www.youtube.com/watch?v=Pb0yyWL65xg

rosmah ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:11 AM | Show all posts

Bukan.....anak perempuan Rosamah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:12 AM | Show all posts
sama macam kes dsai
aku cuma harap kes ni pon dibicara seadilnya
dan bukan kaitkan dgn politik
amaran kpd semua YB2, hati2lah buat keputusan
once ko silap, sedialahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 4-7-2018 09:19 AM
mohon pejuang bahasa berdemo kat peserta demo ni

Tulisan cina tu nk tunjuk company cccc tlg bail jibbun ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 10:27 AM | Show all posts
abam jib tetap tersenyum...positifnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:29 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 4-7-2018 08:32 AM
by hook or by crook.

dpd minggu lepas lg kot dah bocor kata najib kena tangkap minggu ni dan tak ...

Yupp...you're right, by hook or by crook Najib akan MESTI masuk kedalam..

Kalo tidak malu la Madey..mana nak sorok muka kaki Pemfitnah !!!


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran tindakan terburu-buru untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak daripada skandal 1MDB mungkin akan melepaskannya.

“Banyak orang sedang menunggu bila kami akan menangkap Najib, tetapi tidak begitu mudah. Kita harus  mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah.

“Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku sekiranya Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah.

Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara buruk yang kami katakan tentang beliau akan dipersoalkan oleh orang yang mengundi kami,” katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jepun malam ini.



Tengok drp statements Madey sendiri maknanya mereka(Team Madey) PASTI Najib akan masuk kedalam lokap.

Kalo Kalah..dgn malu nya, mana nak sorok muka, SEMUA keyakinan rakyat kpd PH akan HILANG
dan dikenali sebagai Kerajaan PHITNAH.

Ingat Madey akan biarkan ini berlaku....NO WAY, by hook or by crook,
they will create something magic....



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:32 AM | Show all posts
EJALTI replied at 4-7-2018 10:11 AM
Bukan.....anak perempuan Rosamah

yg depan tu anak rosmah...rasanya yg belakang tu...ada penampakan sorg lagi yg agak rendang tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:36 AM | Show all posts

Empat pertuduhan dibacakan, polis kacak tertunduk sipu




DATUK Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.

Bagi tuduhan rasuah pula, bekas Perdana Menteri itu didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International.

Tuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri Precint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana- mana yang lebih tinggi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Najib kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sebentar lagi.

Terdahulu Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris dan mengemukakan keizinan mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Kesemua tuduhan bagaimanapun dibacakan dalam bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 9:36 AM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072662 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list