CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

[Copy link]
Post time 31-3-2019 01:56 AM | Show all posts
noor2 replied at 30-3-2019 11:43 PM
Pelajaran untuk survive dlm hutan tu mmg perlu ..mana tahu takut tanpa disangka diri kita dan fami ...

betul...  yang pertama kena tau akar kayu mana yang boleh dicantas untuk minum airnya...  pastu buah2 mana boleh makan n takleh makan...  pastu camne nak cari tempat tido yang selamat...  dan sebaik2nya kalau sesat, jangan legi jauh dari tempat mula sesat sebab radius pencarian akan jadi lagi besar n kebarangkalian tak jumpa sangat tinggi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 31-3-2019 01:56 AM
betul...  yang pertama kena tau akar kayu mana yang boleh dicantas untuk minum airnya...  pastu bu ...

Bagus ko yan. Ajar anak disiplin hutan, insyaallah dia akan pandai disiplin rumah jugak.
Jaki betul acik baca kengkawan ko si tipah dgn sherry tuh. Dedolu zaman rakan muda tahun 90an acik gila masuk utan gak. Jadi ahli persatuan mendaki msia. Sampai group weols dpt sponsorship dari gomen buat msia first everest trip.
Salah sorang pendaki everest 97 tu hilang sampai sekarang.
Taktau hilang mcmana. Keta dia org jumpa tepi jalan mcm kat hutan sket, dia takde.
Semoga amri selamat dimana hang berada sahabat. Kesian aku tgk bini and anak2 hang
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 02:13 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 31-3-2019 10:58 AM
Bagus ko yan. Ajar anak disiplin hutan, insyaallah dia akan pandai disiplin rumah jugak.
Jaki bet ...

bestnya ko dapat sponskrship naik everest...  mesti best dapat kesana...  aku ni kalau dapat jejak kat base camp dia pun jadi la...
aku masa nak join tu azim cakap kena pakai duit sendiri dan along the way boleh cari sponsor...  tapi tu la, dah kena slipdisc pulak n doc suruh rest dulu dari semua jenis extreme n heavy sports...  jeles bila tengok dia n the team berjaya naik (walaupun banyak betul cabaran nak naik and one of it gempa bumi kat sana)...


amri tu masih tak dapat dikesan rupanya eh...  hilang terus rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 31-3-2019 02:13 PM
bestnya ko dapat sponskrship naik everest...  mesti best dapat kesana...  aku ni kalau dapat jejak ...

Aku tak pegi sana pun
Dua tahun tau training. Aku joined training je pegi new Zealand lepas tu India. Lelain training kat kinabalu tu je lah
Setakat jadi seketariat everest 97 jek itupun sbb aku budak PMM
Abih projek everest, kbs soh keja dgn dorang utk buat extension program rakan muda. Latih bdk2 yg nak jadi jurulatih rekreasi ni.
Sebenonye tak tepikir pun nak keja gomen. Last2 dah tua gini, setakat jahit2 sarung kusyen je lah kat opis. Lepas tu meeting2 ngabehkan duit korang
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 03:58 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 31-3-2019 05:05 PM
Acikgomen replied at 31-3-2019 03:01 PM
Aku tak pegi sana pun
Dua tahun tau training. Aku joined training je pegi new Zealand lepas tu ...
Lepas tu meeting2 ngabehkan duit korang

ni nak gelak ke sentap?  hahaha...

takle la, at least ko merasa jugak ke sana...  aku ni sebelum pregnant, dah nak join staf2 aku sebab diorang nak ke riau katanya...  alih2, immediate staff aku gado ngan staff sorang lagi ni (dia lead program ni)...  terus dia tanak pegi pastu aku terus segan nak pegi...  tak lama pastu aku dapat tau aku pregnant...  terus la berkubur harapan tu...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita misi SAR hassan d atas tak habis.. Sambung pls.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Unicorn_heart replied at 31-3-2019 04:04 PM
Cerita misi SAR hassan d atas tak habis.. Sambung pls.

Nah acik kopipes dari fb
Coretan taun lepas punya

----—-----------—-------------------------------

Hasan Ayat, Sahabat Pergunungan & Yong Yap...

14 - 16 February 2009

9 tahun peristiwa Hasan hilang di Gunung Yong Yap berlalu. Kepada pendaki pendaki yg terlibat dalam misi pencarian, yg membantu dibelakang tadbir, yg baru berjinak dalam dunia gunung, semuanya ada menyumbang dalam misi pencarian. Sama ada positif atau negatif, yang baik di jadikan tauladan dan pengajaran, manakala yg buruk dan keji itu kita lupakan.

Apa pun penceritaan ini, kepada yg membaca mengikut saluran kematangan tersendiri hendaklah faham di atas budi bicara sendiri. Ini kerana ketaksuban dan ketakburan yang melampaui batas akan memberi kesan buruk jika tersalah tafsir. Kita perlu sensitif dan peka dan di sulam emosi, pada masa yg sama ia perlu berpada pada supaya rasional dapat mengawal diri dan semoga diri ini menyerah dan berserah serta bertawaqal kpd Allah. Dan Allah sahaja yg maha mengetahui segala rahsia di sebalik rahsia kejadiannya.

Saya tidak mengenali Hasan, cukup lah sy hanya mengetahui terlalu sedikit latar belakang nya. Berumur lebih kurang 25 tahun, bekerja di RHB dan berpengalaman dalam dunia gunung lebih kurang 5 tahun serta bujang. Pandai bersyair dan dalam dunia kerohanian tauhid nya.

Projek Yong Yap memang telah di rancang oleh  kumpulan ini yang rata rata nya cukup berpengalaman.

LINE UP PENDAKI
(Ihsan Info dari En. Gate)

1. ARRY - GOGO (Organizer)
2. SHAM CASTELLO (JURUMALIM)
3. Hensem
4. Abg. Ajib
5. Stoned
6. Sue
7. Mia
8. Apek Pinky
9. Alex
10. Ujang
11. Topeq
12. Sham Pitam
13. Fadzli Bin Bakri a.k.a Colgate
14. Hasan Ayat

Denai Yong Yap terdapat 2 saluran, antaranya dari Kuala Mu, Sg. Siput atau dari Sungai Rengil Pos Brooke Lojing. Bagi xpdc ini, mereka telah mengambil jalan Kampung Sg. Rengil.

KRONOLOGI PENDAKIAN

14hb February mereka memasuki dari Kpg OA dan terus ke Kem Agas. Bermalam di kem agas dan akan membuat pendakian day pack ke puncak Yong Yap dan akan kembali ke kem agas utk bermalam kesekalian kalinya. Bukan perancangan asal. Begitu lah apa yg telah ditakdirkan.

15hb February (Ahad) summit attack. Mengikut penceritaan seingat sy, kesemua mereka sampai di puncak pada jam 1000 ke 1100 hrs. Setelah selesai bergambar pada detik 1205 ke 1230 hrs, kesemua pendaki mula turun dr puncak. Maklumat dari Hensem, Asan Ayat merupakan pendaki ke 4 dalam line up menurun dari puncak Yong Yap ke Simpang Bubu. Denai ini sememangnya memuatkan seorang pendaki utk berjalan. Ketika Hensem di belakang Asan Ayat lebih kurang perantaraan 1215 ke 1220, Hensem memohon utk berjalan dahulu oleh kerana Asan mengalami masalah lutut. Maka Hensem adalah saksi terakhir melihat Asan Ayat. Dan ini menjadikan Asan orang ke 5 dr line up. Ketika ini Hensem menjelaskan, dia dapat mendengar orang di hadapan sedang bersembang sambil hiking. Maknanya jarak antara pendaki tidak jauh. Sekiranya ada jeritan pertolongan, pasti boleh di dengari.

Sy mengenali Hensem tidak lebih hanya terserempak dan bersapa lebih kurang di Nuang. Hensem juga antara pendaki yg banyak menyumbang dgn projek konservasif gunung. Mungkin masyarakat gunung yg regular dan hardcore terlalu sedikit, mudah utk dikenali ketika itu. Sy tidak mempertikaikan kebolehan Hensem dr segi pengalaman dan pengetahuan beliau dalam etika, disiplin dan adat istiadat gunung. Kerana setiap pendaki lama mempunyai aura yg tersendiri. Penceritaan panjang lebar berkenaan Hensem adalah utk meyakinkan pembaca bahawa Hensem memang bersapa Asan Ayat ketika memotong dan sahih itulah perselisihan bahu yg terakhir.

Maka sudah menjadi kelaziman utk pulang ke kem site Agas adalah objektif seterusnya dan secepat mungkin. Ini kerana kesemua pendaki hanya berbekal kan makanan yg terhad. Kebiasaan dari segi S.O.P memang setiap check point, ada kawasan regrouping dan membuat pengiraan kekuatan anggota utk tujuan keselamatan. Dari Yong yap ke simpang bubu dan ke Balak Pecah semua ini jalan yang tiada simpang atau boleh meragu kan pendaki. Jika ada keraguan sekalipun, mereka ini adalah pendaki yg berpengalaman dan semestinya akan menunggu rakan jika jiwa kacau dalam mencari arah jalan yg benar. Tetapi simpang ke Gng Bubu, inilah satu satunya simpang, ia telah pun di tutup dan di silang dgn kayu yg cukup kukuh. Kebarangkalian utk tersasar adalah amat jauh sekali. Dari segi hukum akal yg logik, itulah jawapan yg tiada keraguan. MUNGKIN!!!???

Mengikut penceritaan, pendaki yg terawal tiba di kem agas adalah pada sekitar jam 1600 dan yang terakhir pada jam 1700 ke 1800. Ini bermakna, keadaan masih cerah. Apabila pengiraan anggota di buat. Maka baru lah tersedar yg mana seorang pendaki belum sampai dan pendaki itu adalah Asan Ayat.

Back track, misi mencari pun bermula dengan keraguan, cemas, serta percaturan yg bercelaru. Kebarangkalian dan kemungkinan yg  terlalu luas utk di fikirkan. Percanggahan pendapat, gangguan emosi, cadangan yg mustahil, apa sahaja anda fikirkan, disini titik mula siapakah anda yg dinama kan PENDAKI. Menerima dgn hati terbuka atau jiwa kacau sekacaunya. GUSAR SEGUSARNYA.

Sham Castello, nama yg cukup gah, ramai sahabat dan musuh. Berkecimpung didalam dunia Jurumalim gunung sudah 15 tahun ketika itu. Tidak perlu dipertikai kemahiran didalam hutan dan gunung. Dia membuat keputusan bersama utk keluar dr kawasan yong yap. Ini bagi mengurangkan risiko sedia ada. Kes Asan adalah keutamaan, manakala membawa pendaki yg lain ke kawasan selamat juga tak kurang pentingnya. Setiap tambahan masa dan hari akan mengurangkan bekalan ration. Sudah tentu akan menambah risiko.

16hb February 2009 (Isnin)

Setelah mengambil kata hati ke hati dari setiap sahabat, memahami setiap faktor yang perlu di ambil kira, kesemua nya telah keluar dari kawasan Yong Yap dan pulang ke Kpg. Raja. Maka episod yang lebih mencabar bermula. Sham Castello sebagai jurumalim telah merekodkan laporan di Balai Polis Kpg. Raja. Asan Ayat sesat di kawasan pergunungan yong yap dan di sokong oleh saksi saksi sahabat gunung. Malangnya polisi, birokrasi dan prosedur tidak menepati kehendak badan operasi unit polis. Untuk menyokong siasatan kes, ia perlu dilaporkan di balai polis Lojing. Proses ini tidak terhenti di sini, unit semboyan Lojing perlu melaporkan kepada IPD Gua Musang dan seterusnya ke Bukit Aman, dan kembali ke Balai yang mengambil laporan pertama tadi.

Anggota Polis telah menjelaskan kepada Sham Castello, orang sesat dan hilang hanya boleh di jalan kan operasi mencari dan menyelamat setelah di rekodkan 48jam selepas tarikh laporan di buat. Walau di jelaskan bahawa keadaan di kawasan yg disyaki hilang itu adalah kawasan sejuk, bekalan makanan yang kurang dan banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan keselamatan Asan terjejas, prosedur tetap prosedur.

Ini adalah pengajaran kepada kami sebagai pendaki tegar. Adakala patah hati utk berkerjasama dengan pihak pihak berkenaan kerana kesulitan yang tidak perlu sama sekali di jadi kan isu. Apabila ada cadangan utk mencari dan menyelamat menggunakan initiatif sediri, pihak polis tidak membenarkan siasatan di ganggu.

MISI OPERASI SAR

Maka underground mission bermula. Oleh kerana perhubungan terhad, kerana zaman ini bukan zaman wassap serta facebook, kebanyakan dan rata rata pendaki hanya mengenali melalui laman GunungOnline Multiply, berkongsi ego dan sombong, ilmu, prinsip dan falsafah tetapi "writing communication" sesungguhnya terbatas. Kebanyakannya semua itu kontra dari apa yg dikenali didalam GO. Itulah keindahan perhubungan serta silatulrahim yg terbatas. Semboyan di panjangkan sehingga ke warga gunung SOS. Memohon jasa baik pihak SOS utk melaku kan pemintasan (intercept) di kawasan kuala Mu ke gng Yong Yap. Seingat saya, mereka masuk pada hari khamis (19hb Feb) dan terus ke puncak yong yap. Adakah kesan Asan di jumpai??

Mengikut kata group SOS, memang menjadi kekeliruan dalam mengesahkan kesan tapak kasut Asan. Dalam pengalaman mereka, jika di katakan Asan berkeliaran mencari arah keluar, pasti ketika mereka memanggil ada balasasn sahutan. Segala arah dan denai ke puncak bubu juga mereka cari. Ini kerana adik idan mengesahkan kayu halangan jatuh seperti di langgar. Menariknya apabila kayu ini di sekat kembali, fenomena yang sama akan berulang. Maka antara misi menyelamat kumpulan pertama RQ1 di permainkan secara sedar atau tidak memberi tekanan yang baru. Melalui pengalaman pendaki, segala kayu halangan tidak akan sesekali jatuh atau di usik, sama ada binatang langgar atau angin kuat. Melainkan di timpa pohon kayu mati.

Selepas 48 jam, Sham Castello bersama Jenal Othman memberi taklimat kepada pihak polis di balai Lojing. Percaturan dari segi komunikasi maupun logistik di uruskan oleh Jenal, manakala Operasi Medan di ambil oleh Sham Castello. Dan seterusnya Jenal menghubungi Rembau bagi mengumpul anggota pendaki yang berpengalaman dalam operasi SAR Asan Ayat.

Ketika suasana kecoh di Multiply GO, dalam membalas pantun bagi menjayakan operasi sulit ini, ramai antara pendaki yang mengganggu gugat dalam berkongsi teori, kepakaran atau apa sahaja yang sebenarnya menyulitkan lagi keadaan. Keyboard warrior dalam mana mana komuniti IT sudah menjadi kelaziman. Di tambahkan pula kejadian Umai di Tahan menjadi rujukan, maka timbul pelbagai andaian. Ini juga salah satu faktor yang boleh buat jiwa goyang. Jika ada keraguan, jangan sama sekali volunteer sebab ia akan menyusahkan pihak pengurusan.

RQ6 dan RQ8 kumpulan awal yang dapat di kumpulkan pada hari khamis (26hb Feb). Mali Selama, Mat Jan, Am Kedah, Am OBS, Sid, Manggoo, Adik Idan, Boi Naz, Ari Krishna, Arman, Botak Jumbo, Kambing Gurun a.k.a Mimi, Nazryst, dan 3 pendaki yang setiap kumpulan di anggotai 8 pendaki. Ketika ini, kumpulan yang berada didalam ialah Ujang, Bingai, mizi belantik, Rioq a.k.a Mohd Hasrol Kamis dan Salan sudah berada di dalam. Adakah kami mengenali sesama kami, jawapan nya kami hanya mengenali di laman GO sahaja. Dari hasil nukilan rasa dan pandangan ilmu pergunungan, itu sahaja menjadi sandaran, kepercayaan dan keyakinan kami. Percayalah semua pendaki nama diatas adalah musibah seterusnya.

Jam 0000 Khamis sy mengambil mimi a.k.a kambing gurun di Petronas Taman Melati. Sy memang tak kenal mimi, ini semua di urus oleh Rembau. Maka kami membelah PLUS dan berhenti makan di Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan memikirkan misi SAR yg tak tahu hujung pangkal. Sampai di kampung raja, kami berhenti utk solat subuh. Masjid lama yg mengimbau kenangan Transpek, bergelindangan. Imam dan makmum seorang ditambah kami jadi berempat. Di sapa oleh imam barangkali inilah jemaah subuh yg ramai. Kami hanya menyatakan yg kami berhajat mencari rakan pendaki yg hilang di Lojing. Imam menyetujui kerana 2 ke 3 hari helikopter polis berlegar dikawasan tersebut.

Sampainya kami di Balai Lojing, suasana sejuk, sunyi sebening pagi. Ari krishna memperkenal kan diri dan sy adalah nazryst dan juga mimi. Terus terpacul dr mulut macha, ini nazryst natural geography. Begitulah hebat pengaruh GO multiply. Walau terhad dan terbatas komunikasi kami, ia lebih bagus dr zaman wassap. Di bawah kemah kelihatan Mazli Rozali a.k.a mali, mat jan dan am kedah, semua muka toya mat amin melayan keletihan perjalanan dari Utara. Kelibat botak jumbo dan arman pula muncul menjadi suasana kecoh sebentar.

Di unit komunikasi jam 0730 siaran klasik nasional mula berdendang. Dalam beberapa hari sebelum, sham, jenal n pedaki lain bertungkus lumus menambah baik komunikasi. 2 repeater telah di pasang, satu diPuncak Bubu di jaga oleh Mizi Belantik dan di Kem Agas a.k.a Agash station. Kesemua sistem ini adalah ihsan dari komuniti pendaki.

Berbalik kpd taklimat yg diberi oleh Sham dan Jenal kpd anggota keselamatan, misi SAR Asan, anggota PPH IPD Gua Musang telah dikerah utk membantu balai Lojing. Di sekitar parameter yong yap, bubu, agas dan tok nenek, kesemua badan penyelamat spt Bomba dan pertahanan awam turut memberi bantuan. Tetapi peralatan menyelamat mereka terhad. Anggota PPH hanya dibekalkan satu GPS locater dan satu radio. Manakala unit beruniform lain terpaksa berkongsi. Dalam hal ini, sy tidak berniat memburukkan pihak anggota keselamatan, tetapi bersimpati dgn kedaifan serta kekurangan mereka.

Komunikasi radio diawal pagi dengan laporan terkini serta perkembangan Golf Romeo, boleh didengari dan melihat Jenal dan Mie sibuk menanda lokasi bagi memberi grid parameter pencarian di luaskan tersangat lah mencabar. Apatah lagi Bubu Station terputus bekalan air dan terutama rokok yang menjadi peneman sunyi dan menahan sejuk. Bayangkan anda di Bubu bertemankan angin dan kabus selama 5 hari. Menunggu dengan pasrah dan redha atas kefakiran. Jelas di pinggirkan dari kejauhan.

Jenal memaklumkan RQ6 & RQ8 akan dibawa masuk dgn helikopter. 4wd pada masa itu berada diluar kawasan. RQ6 diketuai oleh En Idan manakala RQ8 Mali. Maka Golf Romeo a.k.a Grid References di beri dan peta topo terhad ditanda. Sememangnya, peta dan GPS kedua dua nya diguna pakai. Sama ada konvesional atau moden tidak sikit pun di kastakan. Setiap dr group RQ mempunyai 4 GPS dan 4 Radio. Catuan Ration diagih, ihsan PDRM.

Semasa kesibukan kami membuat persediaan, ketika inilah ibu dan ayah Asan menegur antara kami. Kami sangat faham harapan makcik dan pakcik. Hanya ucapan kesabaran yg mampu kami ucap dan doakan lah kami dipermudahkan segala urusan. Pencarian itu faktor di hari pertama dan kedua, tetapi tugas kali ini lebih kpd menyelamat.

Oleh kerana perkenalan yg singkat antara kami, maka tiada sedikit pun persoalan tentang kelengkapan kami. RQ8, setiap pendaki membawa fly besar dan ground, hammock, stove, gas, survival kit, first aid, parang dan ration yg terhad. Di sini ada baik dan buruknya. Yang baik, jika berpecah masih boleh survive, buruknya ialah bebanan yg tidak perlu. Berbalik kpd salah catuan ration maka dihari akhir RQ8 kehabisan lauk tapi berlebihan beras, manakala RQ6 kehabisan beras dan lauk pula berlebihan. Ini terjadi kerana pengagihan kekuatan anggota dan logistik yg salah. Ini lah musibah apabila semua dah pro. Apa yg lebih membimbangkan, mereka sudah sinonim dgn air teh potong kaki. RQ6 n RQ8 kehabisan gula di hari akhir ekstradisi.

Rahsia latar belakang pendaki, menjadi faktor kenapa pendaki multiply GO unik. Rata rata pendaki ini mempunyai extra skill sendiri. Mali mahir dlm tukangan rumah, overhaul engine, dan perkara McGyver, botak jumbo pula mahir dlm menjahit kasut itu belum skill pendaki yg lain. Apa yg penting RQ8 di lengkapi manual power bank serta alat pengukur jarak laser. Kata mali, kalau Asan jumpa, kita akan buat heli pad.

Rejimen Sayap Berdarah, itulah call sign RQ6 & RQ8 dari Botak Jumbo a.k.a Idham Hatta. Setelah order deploy by chopper, pre flight check by air crew pun bermula. 0800 hrs, Air Quarter Master Sjn Udara PDRM jumpa sedikit kerosakan diatas  Main Rotor Power Trans Lube Line. Salah seorang pendaki mengambil tanggungjawab utk membaiki kerosakan chopper dan meringankan beban Unit Udara PDRM. ASP 'u' Samad chopper captain on duty terus bersuara, "Jasa mu dikenang jua". Refueling Jet A checked, dan pre flight check set. Jam 1000 first team "Airborne". Perjalanan 2 jam jadi 15 minit.

Troop move last flight abis jam 1330 hrs. RQ6 n RQ8 LP dan RV (Rendevous Point) di Sg. Y. Last confirmation cross check golf romeo. Kami berjumpa RQ5 berkongsi coverage dibuat iaitu dari Ujang, Bingai n ida belacan. Titik perpisahan RQ6 ke denai tok nenek dan RQ8 ke denai Agas jam locked jam 1500 hrs. Lingkungan pencarian di sepanjang sungai perantaraan tok nenek dan yong yap.

Misi Objektif mencari Asan di celah banir pokok, sungai dan sekitar area perantaraan agas dan kem lengkuas. Meninggalkan ration makanan serta plastik sampah. Setiap kawasan yg menjadi kemungkinan Asan akan berada disitulah bekalan ini ditinggalkan dgn penuh harapan. "Plastik Sampah Hitam size XL" di bekalkan kepada Asan dengan bertujuan utk di jadikan Wind Breaker dan Fly. Di era ini, sudah menjadi satu persafahaman bahawa Plastik Sampah menyumbang kepada kepelbagaian kegunaan.

RQ8 lapor stand down jam 1830 hrs, share GR "kem vanilla". Oleh kerana kesemua pendaki memang mahir dlm semua hal, jam 2000 hrs kami siap makan dan berehat sambil bercerita apa dah berlaku sepanjang operasi SAR. Ini utk membolehkan perancangan serta strategik baru dibuat.

Jumaat  (27hb Feb) Jam 0730 hrs, RQ8 lapor diri ke Agash Station memaklumkan lokasi di tanda dan seterusnya perancangan routine di laporkan. Kesibukan trafik signal radio di awal pagi, bagi merencanakan pergerakan mencari dan menyelamat boleh didengari oleh keseluruhan team SAR. Pertama kalinya sejarah operasi SAR yg besar menggambungkan dalam pelbagai rangkaian tenaga kerja dan profesional.

"RQ8 ke RQ6 Over....." oleh kerana kedua dua team ini membuat "OPERASI PENGEPUNGAN KAWASAN", maka maklumat terkini GR perlu dilaporkan supaya dapat keserasian kawasan liputan atas topo dapat di optimize sebaiknya. Mali memberi taklimat kpd RQ8, menjadi 2 kumpulan dan akan mudik ke hulu sungai dengan satu kumpulan ke kiri dan ke kanan. Segala kemungkinan kawasan yg berpotensi di beri pencarian yang menyeluruh. 2 maps square cover kiri dan kanan, meeting point Golf Romeo locked and set. Maka edisi sondol menyondol bermula.

Ternyata kawasan Hutan Simpan Yong Yap separuhnya di terokap oleh Hutan Sekunder. Baru sejam menyondol, kami di saji kan resam setinggi 2 meter. Maka tracking undur kebelakang bermula. Korang jangan gelak la, tak kelakar tau!!! Disini lah "Karrimor Klasik" diuji ketahanannya. Tidak hairan material Karrimor Klasik memberi kesan yang maksimum dgn hutan Malaysia, dan ketika kini, edisi klasik sememangnya mahal dan terbukti rugged.

Kami berjumpa jam 1130 di meeting point dan seterusnya ke Air Terjun Ujang. "Air Terjun Ujang" diberi nama bagi menghormati pengorbanan rakan Asan iaitu Ujang. Yang memberi nama serta penghormatan ini ialah tak lain tak bukan "Rajis Tok Batin Kampung Sungai Rengil". Memang hubungan pendaki dengan OA teramat akrab. Memberi lebihan ration dan meraikan anak anak OA adalah agenda rutin bagi setiap pendaki pendaki lama apabila berkesempatan setelah selesai misi mendaki.

RQ8 stand down jam 1730 hrs. GR locked satu map square dari Gng. Bubu. Mali memberi isyarat, kita sudah terlebih dari sempadan pencarian. Ini bermakna kebanyakan kawasan pencarian sudah bertindih menjadi 2 kali coverage. Adakah ini satu kesalahan, sebaliknya reconfirmation and cross check adalah lebih baik. RQ8 bermalam di Kem "New Zealand".

Bermulanya pemeriksaan ration dilakukan. Kami ketandusan ration dan perlu buat pencatuan. Malam itu, suasana kem site sangat sunyi. Dan lamunan terhenti dengan pertanyaan sahabat, "agak agak camana Asan skg?" Hmmm dah abis kita redah pelosok tempat. Banyak pulak tempat kita kena main. Apa pun yang wajib kita belum berhenti berharap dan belum putus asa.

Sabtu (28hb February) Awal pagi jam 0800 hrs seperti biasa, laporan di buat, memaklumkan operasi hari ni akan ke Kem Agas. Regrouping RQ6 dan berkongsi maklumat dengan RQ RQ lain. Kem Agas sudah menjadi kawasan Kondominium atau Country Club yang dahulunya kawasan setinggan keramat.

Peristiwa dan pengalaman yang akan ku kenang, hari ini lah Mali telah hilang pedoman dengan membuat operasi PASAK BUMI iaitu mengambil garisan lurus dari lokasi kem new zealand ke kem Agas. Bearing Stairway to Heaven... Menjadi lumrah, apabila penyondolan garis lurus, orang hadapan dan ke 4 akan mendapat trail yang selamat, maka mereka yang di belakang akan mendapat tanah sawah dan bajak. Segala rotan manau di langgar, traffic light merah, AES, speedtrap, pangok melampau, ini semua rempah ratus sondol garis lurus.

RQ8 check in kem Agas jam 1630 hrs, sejam sebelumnya RQ6 lebih dahulu mengelat. Di penuhi anggota badan keselamatan serta RQ RQ lain yg baru dikerahkan ke kawasan pencarian baru. Oleh kerana permastautin padat dan terhad, kawasan setinggan baru perlu dibuka. Mamak dan serikandi (awa) check in jam 1800 hrs membawa catuan candu. Kepala dan minda seolah olah berhalusinasi kerana nikotin kurang dlm sel otak yg terencat.

Pada Jam 1800 hrs, kelihatan 4 orang support logistik RQ membawa battery kereta untuk di hantar ke Repeater Bubu Station. Seingat sy, Arwah Ramli Proton (Pendaki kemalangan di Gng. Damavan) berada didalam kumpulan ini. Mereka hanya take 5 di Agas dan meneruskan perjalanan.

Kem Agas sememangnya menjadi kawasan R&R dan program jejak kasih. Pasti ada bersemuka dengan rakan rakan seperjuangan yang lama terpisah. Keterbatasan telekomunikasi bukan keterbatasan keakraban kami didalam keluarga pergunungan. Terharu dan setinggi penghargaan di atas pengorbanan sukarelawan yang membantu dan meringankan beban yg ada. Bila hilang disebalik celahan daun, terasa ingin mengejar dan menyumbang tenaga yang masih tersisa.

Walau kami pendaki yang rata rata sangat profesional dalam kelengkapan logistik, tetapi menjadi satu kesalahan jenayah serta kegagalan apabila tidak dapat berkongsi kelebihan ini kepada mereka yang bermasyarakat di Kem Agas. Kedaifan anggota JPAM menginsafkan kami, apabila mereka hanya menggunakan lilin tentera serta kayu api untuk memasak selama berada di operasi SAR. Maka ada antara pendaki yang mengajak dan menawarkan makanan yg panas kpd mereka. Secara tak langsung, komuniti gunung banyak menyumbang ilmu dan pengalaman kpd unit keselamatan ini. Ini lah keunikan masyarakat gunung.

Malam itu RQ8, RQ6 dan  RQ lain bermesyuarat di bawah fly. Pelbagai teori dan luahan yg tidak memenuhi cita rasa serta jiwa utk membenarkan dan menolak perkara yg zahir dan ghaib. Konflik serta kontradiksi info. Dia jauh tapi dekat, dia hampir tapi fanak!

Sedih, marah, apa juga emosi datang menerjah.  Apabila perkara mistik diutarakan, pasti ada yg tak mau memberi layanan, dan bila logik akal di guna pakai, apa kaedah yg belum diguna pakai?? Semuanya sudah semaksimum mungkin. Limitasi itu kelemahan kami, usaha dari bermacam sudut. Tapi kesudahan dgn soalan dan jawapan yang tergantung!!!

Perolehan data pencarian melalui RQ's, pencarian sehingga puncak Berhid dan kawasan disebalik hingga Kuala Mu telah diterokai oleh Rajis dan rescuer. Tiada tanda dan kesan yg dapat memberi petunjuk baru. Sebaliknya, kesan dan petunjuk semua berada di trail Yong Yap ke Bubu!! Seram kan??




Sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Unicorn_heart replied at 31-3-2019 04:04 PM
Cerita misi SAR hassan d atas tak habis.. Sambung pls.

Sambungan....


DOKTRIN PENCARIAN

Oleh kerana 75% anggota SAR RQ familiar dgn peta topo terhad, orienteering dan GPS, bahasa teknikal dalam map square, longitude dan latitude, kedudukan titik rujukan atas peta mahupun rujukan pancaindera, segala kaedah sapu bersih atas peta dan atas tanah telah di guna pakai.

1. Dari titik tengah ke luar parameter
2. Dari luar ke titik pertemuan
3. Melintang rentis
4. Menegak rentis
5. Lingkaran kontur dan zig zag
6. Lokasi hadangan angin, batu besar, banir pokok
7. Sumber air
8. Denai Binatang
9. Lain lain faktor

Kesemua kaedah dan kebarangkalian telah di praktikkan, dan tidak ada map square yang terkandung atas peta topo terhad yang tidak di lalui dan di periksa. Sekiranya ada kelopongan dan keraguan, adakala pertindihan titik yang sama sudah diulangi lebih dari dua ke tiga kali. Seperti yang di nyatakan, adakala kami di permainkan oleh Alam. Kesangsian dan keraguan menyebabkan satu lokasi di periksa dgn mengambil faktor merugikan kpd tenaga dan masa.

ANGGOTA RQ

Kebanyakan anggota RQ tidak mempunyai pembelajaran formal dalam ilmu peta dan navigasi. Kalau ada pun terlalu sedikit yang dapat mempelajari nya di sekolah khas. Mereka menggunakan initiatif sendiri dalam mencari ilmu melalui pembacaan dan perkongsian dari individu dan salah satunya PLATFORM GO Multiply. Memahami cara komunikasi radio amatur dan badan keselamatan, hanya pengalaman dan perkongsian tak rasmi sepanjang pembabitan mereka didalam dunia pergunungan. Ada jurulatih dari unit Bomba memberi pengiktirafan dengan segala ilmu yang pendaki ini perolehi sudah mencapai level tertinggi dan ada pula silibus yang tidak mereka ketahui dari mana sumber itu didapati.

Jika ada keraguan pada ketika ini berkenaan dengan pengalaman, pengetahuan, persediaan mencukupi dan sebagainya, kami sentiasa rasa yang kami mempunyai banyak kekurangan dari kelebihan walaupun tanggapan dari penilaian pihak keselamatan beranggapan yang sebaliknya. Sifat merendah diri inilah yang menjadikan ramai pendaki pendaki lama sentiasa berasa malu dan segan atas kedaifan dan kemiskinan ilmu perhutanan, pergunungan dan kehidupan. Biar lah apa juga orang luar cuba melabel atau brand kami, yang penting, semoga sifat bodoh sombong dan membangga diri itu di jauhi dari dalam hati ini.

Itu pandangan rasmi saya terhadap anggota RQ SAR Hasan!

MISI ALTERNATIF Vs MASA

1hb Mac (Ahad) RQ6 & RQ8 separuh dr team reform team menjadi satu RQ ke misi SAR ke kawasan timur Bubu diketuai adik Idan. Manakala separuh dari anggota retreat dan pulang ke HQ lojing. Di sini titik terkilan dan bangga:- terkilan kerana tak dapat membantu meneruskan misi SAR, bangga kerana ada sahaja antara kami menawarkan diri dgn misi baru. Detik "Jabat n tabik hormat" peralihan kuasa dan mandat, memberi amanah jgn sesekali menyerah.

Oleh kerana tiada kemudahan 4WD dari kpg OA Sg. Rengil, dari kem Agas kami terus berjalan sehingga Bas Stop Sekolah Pos Brooke. Jam 1300 hrs kami tiba dan selang 15 minit kereta wartawan media datang menerjah.  Sememangnya mistik, bagaimana wartawan dapat menghidu lokasi kami. Rupa rupanya wartawan ini telah intercept komunikasi radio SAR Asan. Maka sesi soalan maut ditanya, dengan dr hal mistik, magik, sehingga di makan Harimau.

Bertalu soalan ditanya dan teori diberi. Apa yg menarik disini, tidak ada sedikit riak muka dan suara dari kami. Hanya menqiamkan diri dan mencari jauh disudut hati, kehilangan Asan bukan utk dikongsi secara eklusif kpd masyarakat awam dan di kala rakan rakan memerah kudrat didalam belantara yg belum diterokai manusia, biarlah jawapan kpd soalan itu kami simpan. Tetiba seorang dari kami mencabuli perbualan, mungkin terlalu lama memendam rasa, "abang! Boleh mintak rokok sebatang?" Aku terus tersedak, ini memang dah kronik tahap ketenatan melampau.

Dalam merasuah kami dgn rokok gudang garam surya, kami pun berbual dgn wartawan tadi. Bertanyakan jenis radio dan jauh keberkesanan signal diliputi, dan berapa ramai yg ditugaskan diarea lojing, maka kami yg mengambil alih tugas kewartawanan ini. 20 minit berlalu, mungkin press mengetahui kami tidak akan berkongsi maklumat, dia pergi meninggalkan kami.

Jam 1430 hrs, landrover polis angkut mayat tiba. Membawa kami pulang ke markas HQ Lojing. Di HQ keadaan spt funfair, ramai sukarela baru datang membantu. Mengangkat bag kami dan letak didataran balai ketibaan, menyediakan dan menghidangkan makanan dan minuman persis seolah kami spt VIP. Bila ditanya, adakah ini SOP baru. Mereka menjawap, kami tak mampu membantu cari didalam, sekurang kurang kami meringankan diluar. Tetiba aku terlihat kelibat ibu Asan, terus aku menyembunyikan diri. Tak tergamak bersua muka dan berkongsi berita terutama berita yg mengecewakan hati seorang ibu. Lama juga bertapa dibalik dinding sehingga wajah keramat itu hilang. Maafkan kami!

SUPPORT CREW

Zam, Is a.k.a iskandar, mie, dan lain lain, tulang belakang "Unit Sokongan Khas serta Bantuan Logistik dan QuarterMaster" . Chef bertugas memastikan menu dan sajian sedia pada masa yg ditetapkan, merencana menu dengan bahan masakan yg diperolehi dr sumbangan syarikat maupun individu. Unit logistik menguruskan peralatan Vs anggota SAR iaitu quantity ration Vs. tempoh operasi, membekalkan peta topo terhad serta check list S.O.P SAR Asan. Unit pengangkutan mengambil butir anggota RQ melaporkan ke balai operasi dan persediaan 4wd serta memberi "Called Sign RQ".

Sepanjang tempoh operasi SAR Asan, Unit Penyajian Pendaki menyediakan sajian bukan sahaja kpd komuniti pendaki tetapi juga kpd mereka yg berkhidmat dgn Unit Keselamatan PDRM, BOMBA dan JPAM. Sehingga ada pegawai atasan unit ini mengiktiraf pendaki gunung boleh mengawal selia "satu BATALLION". Mereka seharusnya berhak mendapat pujian dan penghormatan ini.

SUMBANGAN & TAJAAN

Saya tidak tahu dari mana sumbangan secara rasmi di terima dalam operasi SAR Asan ini. Terlalu banyak company yang menyumbang dan perkara ini menjadi urusan rasmi pihak dalaman yang menguruskan. RHB salah satunya majikan Hasan telah menyumbang sebahagian besar perbelanjaan dalam operasi SAR.

Ada juga sumbangan peribadi, sebagaimana saudara Fauzi dari Persatuan Usahawan Melayu Cameron Highland, banyak membekalkan sayur sayur dan bahan mentah masakan sepanjang operasi SAR berlangsung. Tidak ketinggalan ada sumbangan peribadi yang dibuat dan di kumpulkan dari pendaki pendaki seluruh Malaysia.

KOMUNITI PENDAKI CINA

Pada jam 1700 Taiping Goh dan beberapa pendaki dari komuniti cina (Penang) telah siap sedia utk dihantar masuk ke Sg. Rengil. Taiping Goh nama yg tidak asing bagi komuniti GO. Pendaki yg membuat rekod pendakian G12 dalam tempoh 21 hari. Pengalaman dan pengetahuan ilmu banyak dikongsi bersama Mali, adik idan dan Uncle Rashid (Karat Adv.). Ternyata dalam permuafakatan masyarakat, kami tidak membezakan dlm menyumbang tenaga dan pertolongan walau apa bangsa.

SCAMMER

Sewaktu operasi SAR dijalankan, ramai juga raja raja bomoh menawarkan perkhidmatan. Adakala meminta sejumlah wang ratusan dan ribuan ringgit. Ada pula meminta sejumlah wang untuk memulakan ritual menyembelih binatang korban. Rata rata pendaki SAR yg mendapat tawaran ini memberi jawapan penuh hormat dan sopan, antara dialog yg sy masih ingat:-

Kes 1 - "Jika Tok boleh keluarkan Asan skg, sy akan beri Tok 15 ribu, walau Tok mintak 3 ribu"

Kes 2 - "alaa Tok, takkan kena tunggu 7 hari baru dapat Asan, ada 2 tawaran tadi dari Tok lain... satu tawaran 7 jam Asan keuar... satu lagi 7 saat... lagi pun Tok mintak mahal sangat. Tok bomoh tadi siap diskaun 50% sebelum tengah malam"

Kes 3 - "Tok nak kambing hitam?? Tok nak marinade biasa atau nak siram madu?"

Begitulah penolakan komuniti pendaki dengan scammer terancang ini. Walau pun kami adakala culah dgn solat, tp kami tidak akan bersubahat dgn tentangan syariat yg nyata memesong aqidah ini.

KHAZANAH ASAN

Puisi ini dipercayai nukilan dari Hasan Ayat dan telah di deklamasi kan oleh Asan sepanjang perjalanan ke Yong Yap. Apa pun sahaja penterjemahan dan pemahaman anda, ia tidak perlu di jelaskan di sini. Kerana ia adalah hak peribadi penulisnya dan metafora ketasawufan meditasi anda.

Tajuk : Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai

Ada sebatang sungai,
yang menghubungi dua air terjun,
dari dua puncak gunung yang berlainan,

Ada seorang lelaki tua,
yang sedang bermeditasi,
ditepi sungai itu,
pada pagi yang dingin,

Aku menghampiri lelaki itu,
lalu duduk di sebelahnya,
tanpa menoleh padaku,
lelaki itu berkata,
"tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai
akan menjadi naga",

Aku terlelap seketika,
dalam mimpiku,
aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku,
dengan pedang bekilau tajam,
serangan mereka aku patahkan,
dan topeng kubuka satu-persatu,
wajah-wajah lelaki itu,
mirip wajah tampanku,

Aku terjaga dari lena,
lelaki itu masih disebelahku,
tanpa menoleh padanya,
lelaki tampan ini berkata,
"sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri!"

Karya : Hassan Ayat, Sg Merab, 20 Nov 2008

DIMANA IKHTIAR DISANDARKAN?

Soalan yg mungkin ada jawapan pada semua mereka yang beriman tetapi semestinya berbeza dari sudut ilmu, natijah diri, dan keyakinan serta kesabaran.

Selepas Isya, malam itu HQ Lojing dipenuhi dengan Top Gunners pergunungan spt Poncho, Sham Castello, Rob, Musz SOS, dan GO's Admin. Mukadimah dengan info pre - SAR, On Going, dan post strategy. Parameter Mapping GR covered D-day 11 to 12 days SAR Operation. Lokasi setiap RQ berada dan feed back report.

Maklumat terbaru RQ yg mencari di kawasan puncak kambing dan sekitarnya melaporkan pertemuan kesan shelter plastic cargo dikem kacang on track V2. Demonstrasi kedudukan shelter (perlindungan) berkeadaan menegak dan disokong oleh pancang kayu. Risk analysis 60% ke 70% kesan baru. Oleh kerana tiada aktiviti Projek V2 dilakukan dalam tempoh 2 bulan, mustahil kedudukan plastik boleh kukuh sehingga hari dijumpai.

*plastik kargo adalah plastik transparent yg tebal material. Hanya industri yg banyak menggunakannya.

Isu ini menjadi tegang oleh kerana ia menimbul  penolakan hukum logik. Perlu ke Asan tersasar sejauh itu. Dan utk menghantar RQ team, persoalan tenaga dan masa diambil kira. Kem Kacang sudah memasuki wilayah V2 a.k.a Trans TT versi ke-2. Setelah diteliti utk tidak menghampakan pihak komuniti gunung khususnya team YY Asan, pihak SAR membuat 2 Team, iaitu mengejar dan memintas. RQ X masuk dr puncak kambing, manakala RQ Y akan memintas dr Yong Belar ke Junction.

4WD RAJA RIMBA

Salah satu komuniti outdoor yg memberi bantuan Powil dan cuba membaiki jalan dari titian ibu asan ke LP chopper. Malangnya oleh kerana terdapat track memerlukan jentera berat utk memecah tanah, ia terhenti ditengah jalan.

TITIAN IBU HASAN

Merupakan Projek Jiwa Murni komuniti SAR Asan. Membina titi buloh merintangi Sg. Rengil. Ini kerana ibubapa Asan akan di bawa ke lokasi LP bagi proses pencarian Asan. Pihak komuniti pendaki akan cuba mengurang rintangan sedia ada bagi membolehkan warga emas merentis dengan selamat.

Darul Syifa'

AMARAN!! KISAH INI TIDAK SAMA SEKALI BOLEH DI BINCANGKAN DENGAN SECARA TERBUKA DI DALAM LAMAN INI. JIKA ANDA ANTARA MEREKA YANG TIDAK BOLEH MENGAWAL EMOSI, MENGIKUTI HALUAN YANG SONSANG DARI JALAN PENCERITAAN, KETAKSUBAN, ANGKUH DAN SOMBONG, MENCABAR DENGAN TANPA ASAS ASAS FARDHU AD-DIN, SILA RUJUK KEPADA MEREKA YANG BERILMU DAN YANG BERHAK MENERANGKAN SATU PERSATU. PENCERITAAN INI DI SAMPAIKAN KEPADA MEREKA YANG BERFIKIR DENGAN AKAL DAN ASAS ILMU QALAM ALLAH DAN MENERIMA KELEMAHAN DAN BERTAUHID KPD YANG ESA DAN SATU.

Oleh kerana segala usaha SAR telah diguna pakai dalam kaedah realistik dan logik, dan mencapai kebuntuan serta tiada petunjuk yang sahih dalam hasil yang progresif, maka ikhtiar kaedah alternatif di gunakan.

Dalam mempraktikkan kaedah Syifa' banyak perkara yang perlu diperhalusi dalam menjayakan misi ini. Persetujuan dari pelbagai pihak terutama dari pihak keluarga Asan adalah yang menjadi keutamaan. Ini kerana segala permintaan dari Ustaz yang mengetuai dalam hal Syifa akan memerlu bantuan keluarga terdekat terutama ibu Hasan.

Ustaz Hisyam (bukan nama sebenar) bersetuju untuk membantu keluarga Asan dalam mengeksplorasi pencarian dengan kaedah kerohanian. Bagi tujuan itu, ia memerlukan mereka yang mempunyai hak termaktub dalam menuntut Asan. Ibubapa Asan perlu di bawa kepinggiran pintu rimba. Dan rakan rakan Asan ketika mendaki juga perlu bersama untuk membantu proses Syifa' ini.

"Kasihnya Ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa" begitulah kata pujangga keramat memberi keinsafan kepada kita yang masih mempunyai ibubapa serta mempunyai anak. Ibubapa Asan di bawa masuk ke pinggir hutan bagi menuntut anaknya kembali. Sesungguhnya kata kata dan doa ibu kepada seorang anak tiada hijab. Kami bergerak menuju ke LP pada jam 1500hrs dan tiba bersama kedua ibubapa Asan jam 1730hrs. Alhamdulillah dipermudahkan segala perjalanan, walau sudah berusia, pakcik dan makcik sangat tabah dan sabar.

Kepada rakan pendaki yang mengiringi ibubapa Asan, terima kasih diatas keikhlasan anda membanting tenaga dalam menjayakan misi ini. Kemah didirikan yang memuatkan jemaah seramai 40 orang di kawasan LP.

Dalam ketika membuat persediaan makan malam dan persediaan solat hajat berjamaah pada malam nanti, Ustaz Hisyam telah dibawa meninjau ke sekitar kawasan. Seorang pendaki menjadi pengiring membawa Ustaz ke sungai Y dan memberi taklimat berkenaan arah dan hala kedudukan Kem Agas ke Yong Yap, persempadanan Gunung Bubu dan Tok Nenek. Belum sempat penceritaan diselesaikan dengan sempurna, hujan renyai renyai mula membasahi kawasan. Ketika pulang ke kemah, ustaz disapa salam dari penghuni Sg. Y.

Dikawasan LP pada jam 1830hrs sangat sunyi, ini kerana masing masing menjaga adab bagi menghormati ustaz yang bertafakur dan membuat persediaan dengan solat dan zikir sebelum fardhu maghrib. Hujan gerimis masih bereterusan di luar kemah.

Azan Maghrib dilaungkan, Ustaz memagar kawasan kemah di sekitar lapangan LP. Kami solat maghrib berjemaah sehingga selesai di teruskan dengan zikir dan doa. Surah Yasin dibaca berjemaah sehingga masuk fardhu Isya'. Ketika surah yasin berkumandang dikawasan LP, kabus dan awan seperti jatuh mengepung kawasan kami.

Selepas azan dan solat isya', kami terus kan dengan solat hajat. Disaat ini lah kami di uji, sewaktu solat fardhu di lakukan sedikit pun tiada gangguan. Tetapi ketika melakukan solat hajat dan  nawaitu di khususkan kpd Asan, kaki kami diserang agas. Pada mulanya sy beranggapan sy seorang yang di ganggu konsentrasi, tapi boleh dikata kan semua jemaah yg kena. Bukan itu sahaja, diluar kawasan yang dipagari ustaz juga, kawasan buloh dilanggari sesuatu, kerana bunyi buloh patah dan rebah. Malam ini sesi sentry perlu dilakukan bagi mengelak perkara yg tak diingini terjadi.

Apa jua kejadian di atas, jika anda meraguinya dan mempersoalkan kesahihan kebenaran, adakala kami juga meragui dan tidak mahu percaya dan beranggapan hanya kebetulan. Tetapi sebagaimana di awal penulisan ini, ia adalah rahsia yang hanya Allah mengetahui apa kehendaknya. Apabila ditanya kepada Ustaz, dia hanya berkata kita berserah sahaja setelah berusaha.

Keesokannya kami membawa Ustaz ke Kem Agas, dan mungkin ada petunjuk yang sebaiknya di sana. Apabila masuk fardhu Zuhur, Ustaz terus melaungkan azan menghadap qiblat, Aku terus activate compass mode jam protrek mencari bearing 291, subhanallah, jika Allah sudah memilih insan tertentu, arah qiblat bukan lah satu persoalan yang sukar dalam memberi petunjuknya.

Ketika ini, tetiba aku rasa seram sejuk, segala sendi terasa lemah dan meremang bulu roma satu badan. Memula aku tak ambil kisah hal ini, apabila makin resah, aku angkat kaki dan pulang ke LP. Aku sikit tidak menoleh kebelakang, berjalan sedikit laju dengan harapan akan berpeluh dan semoga seram  sejuk badan hilang. Setiba di LP, ramai rakan rakan sibuk berkemas dan bersedia utk pulang ke Lojing.

Jam 1600, kami berangkat pulang. Keadaan aku pula rasanya sedikit tenteram dari awalnya. Ketika aku menurun dari bukit hutan terbakar, hujan panas gerimis turun, aku berhenti di tanah lapang berhampiran air terjun kecil, hujan panas masih lagi turun, yang peliknya aku sikit pun tak di basahi hujan seolah olah aku di payungkan. Apa magik pulak yang mendatang?? Sapa pulak duk payung kan??

Dan saat itu sehingga lah aku pulang ke rumah, aku demam dan tidak menjamah makanan selama lima hari. Sepanjang tempoh sakit dan segala sendi lemah, aku hanya terbaring dan badan panas. Mungkin dah sampai ajal fikirku. Hari Khamis selepas Asar, aku membuat final destination aku, apa jua kadar dan qada, aku redha dan pasrah. Selepas solat asar, aku sedeqah kan ya'sin pada diriku, jika aku sakit kerana perkara ghaib yang aku tak nampak, seikhlas hati dan demi Allah aku maafkan mahluk itu dan tidak aku tuntut apa jua kesalahan dan hak ku dunia dan akhirat.

Berdentum panahan petir dan guruh diatas bumbung rumah, sesaat tu juga aku sihat dan terus kedapur menjamah nasi penuh selera. Sesungguhnya, Iblis dan Syaitan tidak sesekali membenarkan anak Adam mati dalam keadaan beriman! Itu sahaja yg aku boleh simpulkan. Terfikir juga, berapa ramai sahabat yang mengalami nasib yg sama.

" TAHAN, TUNGGU! TAK TAHAN, CABUT! DIAM TANDA SETUJU!!"

Sesiapa pertama kali membaca akan memberi seribu satu intonasi dan penterjemahan emosi pelbagai. Ia memang komedi dan humor jika di ucapkan dari mereka yg pak lawak. Ia adalah amaran kepada sukarelawan yang baru datang membantu. Atau ia adalah tag line kepada mereka yang sudah 21 hari di Lojing, Gua Musang!

Setelah pelbagai usaha dan gangguan di terima, mereka yang cekal hati, matang akal fikiran, keikhlasan menyumbang tenaga dalam semua hal, yang benar benar menjiwai slogan ini akan meneruskan perjuangan daripada seribu satu ancaman. Bukan sebarang ancaman.

Setelah di beri peluang mencari, setelah diberi masuk ke semua kawasan, setelah menyerang dan diserang, maka mungkin jua mereka yang menuntut hak dan tak di beri hak, mereka yg sebenarnya lebih berhak di tolak hak hak nya, ia tidak harmoni lagi di kawasan Yong Yap.

MINGGU ke-4

Seingat saya setelah begitu lama operasi SAR di jalan kan, pihak polis, bomba dan JPAM, telah memberi kata akhir dalam  membantu operasi ini. Semua anggota kerahan telah kembali ke markas dan tinggal lah komuniti pendaki di kawasan lojing dan yong yap.

Atas sifat kemanusiaan dan mengambil kira kedaifan para pendaki, kami di benarkan mengguna balai lojing sebagai markas operasi SAR. Dengan syarat syarat tertentu.

Minggu ini juga merupakan minggu yang menyedihkan bagi setiap anggota SAR, kerana sahabat kami terlibat dengan kemalangan jalan raya di lebuhraya PLUS arah Gopeng ke Tapah. Arwah Suraya pergi meninggalkan kami, dan Allah lebih sayangkan nya. Apa jua segala pengorbanan beliau akan kami kenang. Kepada rakan yg bersama arwah dan cedera, ia bukan salah anda dalam menentukan ketentuan dari maha esa.

Walau bukan semua pendaki yang datang melibatkan diri dalam pencarian dan operasi, tetapi kedatangan mereka dalam memberi sokongan dan semangat, setidaknya kami gembira dan tahu kesungguhan serta keterbatasan anda.

Dalam operasi retreat sar asan, Bubu stesyen tutup, dan segala proses pembersihan battery kereta di buat. Bagi mengganti stesyen Bubu, satu repeater di buka di puncak kambing dan dijaga Syahrul Penang. Dan sedikit demi sedikit aset aset pendaki di bawa keluar. Sampah segalanya di bersih sebaik baiknya.

Selepas ini, khabarnya kawasan ini akan di masuki tentera bagi tujuan exercise gerilla warfare.

Kesan...

Setelah lebih dari 40 hari operasi SAR, maka dengan dukacita operasi di tamatkan. Ramai yang kecewa dan bersimpati kepada sahabat sahabat seperjuangan Asan yg mendaki YY, dan terlebih lagi bila kami rasa tidak dapat memenuhi permintaan dan harapan kedua ibubapa Hasan. Maaf kan kami sahabat, makcik dan pakcik, kami sudah membuat sehabis mampu. Insya Allah satu hari nanti pasti Allah akan memberi petunjuk kepada kita semua.

Sehabisnya tentera menggempur kawasan ini dengan operasi dan latihan intensif, secara rasmi kawasan yong yap di tutup. Dan untuk pertama kalinya kepala air telah melimpah ruah diatas segala kawasan rendah denai dan tapak perkemahan sementara dalam pencarian. Segala jalan di tutupi dengan pokok tumbang, kawasan LP helikopter jadi kolam.

SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK. PDRM DAN UNIT UDARA, BOMBA, APM, PENDAKI PENDAKI DARI SEGALA PERSATUAN DAN KOMUNITI SELURUH MALAYSIA. MAAFKAN SEGALA KETERLANJURAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN DAN HALAL KAN MAKAN MINUM KAMI. BERSAMA KITA MENGHORMATI SEGALA APA YANG BERLAKU, REDHA KPD KETENTUAN ILAHI

"KAMI HILANG SEORANG SAHABAT, KAMI MENJUMPAI NILAI PENGORBANAN SAHABAT SAHABAT PERGUNUNGAN YANG TINGGAL. TERIMA KASIH HASSAN AYAT"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 31-3-2019 03:58 PM
ni nak gelak ke sebtao?  hahaha...

takle la, at least ko merasa jugak ke sana...  aku ni sebelu ...

Serious ah
Ni everest 97 ke everest yg lepas tu
Tibahh rindu kat papa Carlos cameraman rtm yg cover project ni.
Masa team naik everest, tiap2 ptg rtm 2 akan buat liputan dari base camp. Hari2 aku ngadap TV sedih tgk kengkawan pegi sana aku kena pindah masuk projek rakan muda
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik bace setiap pengalaman korang.. pernah naik gunung nuang... dan bermalam kat sane... mmg rase seramnye.. terasa mcm diperhatikan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 11:00 AM | Show all posts
@eyansss  u bukak la thread share pasal hiking n camping n spot best2.. i cari board hobi takde pun org share.. i dah la newbies, teringin nak join
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Insaf baca kisah org hilang ni...tak boleh bayang manusia boleh hilang mcm tu je.. kita tak boleh tahu apa akan berlaku di masa hadapan, so appreciate la hidup yg ada sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 03:12 PM | Show all posts
AdikSuka replied at 1-4-2019 11:00 AM
@eyansss  u bukak la thread share pasal hiking n camping n spot best2.. i cari board hobi takde pun  ...

alamak, aku tak terer sangat ni...  hehehe...  takde eh kat board hobi?  macam pernah nampak dulu...  tapi dah lama la nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 03:14 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 31-3-2019 04:38 PM
Serious ah
Ni everest 97 ke everest yg lepas tu
Tibahh rindu kat papa Carlos cameraman rtm yg  ...

moh kita kumpul duit untuk pegi sana nak...  hahaha...  cita2 tinggi aku ni...  tapi memang ada masa, rasa rindu tu akan datang, kan...  aku selalu elak baca any topik pasal masuk hutan ni sebab nak elakkan rasa rindu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
AdikSuka replied at 1-4-2019 11:00 AM
@eyansss  u bukak la thread share pasal hiking n camping n spot best2.. i cari board hobi takde pun  ...

Dik, nak minat masuk utan ni, selain outdoor gear yg nampak gempak dan mcm best, paling utama ialah ketahanan fizikal dan mental awak. Kena seiring. Kalau tak, jadi lah mcm kes kena rasuk lah, piawai kat tgh2 trek or atas summit bagai tu. Plus mental awak kena kental, maklum la dlm hutan msia ni bukan haiwan je jadi penduduk, makhluk halus pun belambak disitu.
Pegangan agama (tak kisah la Islam Buddha Christian Hindu Sikhs etc) kena ingat. Yg jenis atheist boleh je masuk hutan, cuma yg acik nak nasihat jangan extreme lah. Apa2 pun dlm hutan tu bersederhana lah

Acik suka anak2 muda ada minat nak dekati alam. Ada byk ilmu hidup yg kita boleh dpt. Dan minat tu boleh dorong awak jadi orang yg lebih bagus dari diri awak yg sekarang. Caya lah ckp acik.

Cari kelompok kawan yg sama minat. Org yg suka masuk utan ni tak lokek ilmu. Tak penting diri. Ni ciri2 geng masuk utan. Kalau ada yg sikap mcmtu, dia tu sebenonye bukan minat masuk utan pun. Sbb org yg suka alam ni dia tak suka fokus pada manusia, dia nak rasa nikmat tuhan yg ada dlm utan tu je.

All the best to your new hobby

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 04:35 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 1-4-2019 01:55 PM
Dik, nak minat masuk utan ni, selain outdoor gear yg nampak gempak dan mcm best, paling utama iala ...

tengkiu acik
i dah start few years already, setakat ni spot kat kl utk level newbies i pegi je. seronok sangat boleh ajak kawan2 join sekali, i suka baca info kat forum, tak prefer sangat kat fb. kalau gang2 forum boleh share, lagi best. contoh kalau ade class bushcraft ke, surviving skills ke, i teringin nak join.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2019 04:36 PM | Show all posts
eyansss replied at 1-4-2019 01:12 PM
alamak, aku tak terer sangat ni...  hehehe...  takde eh kat board hobi?  macam pernah nampak dulu. ...

takde..i cari jugak hari tu. uols nampak mcm banyak boleh share..bukak la thread utk share pengalaman hiking supaya tak ot kat sini hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 04:56 PM | Show all posts
saya ada gambar hasan yat ,gambar terakhir kat puncak sebelum hilang..hmm, macam mana ya nak up gambar dalam ni..


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
AdikSuka replied at 1-4-2019 04:35 PM
tengkiu acik
i dah start few years already, setakat ni spot kat kl utk level newbies i  ...

Pi check kat nearest jabatan belia dan sukan within your area. Dorang selalu ada kelas utk outdoor activities. Some program ada test and level. Kalau awak minat, sampai boleh dpt sijil jurulatih rekreasi. Awak boleh buat part time jadi jurulatih kalau ada program rekreasi kat mana2. And of course, awak akan jumpa ramai org yg minat sama mcm awak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 10:49 AM | Show all posts
Saya juga mula meinat mendaki sejak naik Kinabalu tahun 2013, Setakat ni dah 2 kali Naik Chemerong Berembun dan Lansir (CBL). belum pernah naik selain itu. CBL ni sangat extreme kalau nak banding Kinabalu, cuma kinabalu adalah puncak tertinggi tapi laluannya adalah tidak seextreme mana. Insya Allah kalau xde  aral 24-26 april ni akan naik lagi ke CBL bawaak budak2 baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.242811 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list