CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

Agama punca permasalahan dunia

[Copy link]
Post time 1-7-2013 09:29 AM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 1-7-2013 09:06 AM
nanti ko bg tau kat Murssidul Am PAS je lah ye
tak payah lagi guna parti berlandaskan agama

Ketua PAS tuh adalah yg terbaik dlm sejarah manusia. Maka kita perlu kekalkan ketua tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 09:32 AM | Show all posts
gogo2 posted on 1-7-2013 09:29 AM
Ketua PAS tuh adalah yg terbaik dlm sejarah manusia. Maka kita perlu kekalkan ketua tersebut. {:1_ ...

Setuju tak klu PAS tu dimansuhkan dan diserap ke PKR atau DAP sbb PAS memperjuangkan agama Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:36 AM | Show all posts
gogo2 posted on 1-7-2013 08:44 AM
Kamu sendiri telah membuktikan yg akal kamu terperangkap dalam kitab kerana kamu sendiri yg me ...


Saya seorang yg mempercayai Tuhan dan juga Al-Quran yg diturunkan Tuhan. Adakah dengan mematuhi panduan tersebut menjadikan saya seorang yg tidak logikal? Sebenarnya itu adalah logikal respon disebabkan saya mempercayai pada Al-Quran. Seorang muslim yg mempercayai Allah tetapi tidak pada Al-Quran yg diturunkan oleh Allah barulah tidak logik.

@gogo2
Pembuktian melalui kualititatif dan kuantitatif akan membuktikan sesuatu itu wujud. Yakni, graviti itu wujud. Tuhan tidak.
Secara teknikalnya "something from nothing" adalah sesuatu yg mustahil. Idea mengenai Tuhan tidak boleh wujud secara tiba-tiba. Mari kita lakukan eksperimen untuk membuktikannya. Tidak kira sepintar mana seseorang itu, dia pasti tidak boleh membuahkan sesuatu yg tidak pernah wujud sebelum ini. Jika kita ketepikan Tuhan utk eksperimen ini, bolehkah kamu membuahkan sesuatu objek dalam fikiran kamu di mana objek tersebut tidak pernah wujud sebelum ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 09:41 AM | Show all posts
brownstone posted on 27-6-2013 03:04 PM
Ada Tuhan biar manusia dlm 'kesesatan' for greater good...and then these people yg x dpt hidaya akan ...

betapa ironinya.. orang yang paling menyumbang terhadap kemanusiaan akan dibakar di neraka.



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:52 AM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 1-7-2013 09:32 AM
Setuju tak klu PAS tu dimansuhkan dan diserap ke PKR atau DAP sbb PAS memperjuangkan agama Islam?

Tak perlu mansuh sbb PKR dalam ex-UMNO dan DAP plak byk org rasis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:57 AM | Show all posts
gogo2 posted on 1-7-2013 09:02 AM
Biar abang gogo2 simpulkan:-

@gogo2
Biar abang gogo2 simpulkan:-
agama bahaya sebab ketua bagi agama tersebut boleh memberi arahan kepada pengikut utk membunuh manusia dan pengikutnya akan patuhi tanpa soal selidik
Jika kita teliti lebih mendalam:

1) Agama melarang membunuh manusia yg tidak bersalah.
2) Ketua agama memberi arahan sebaliknya.
3) Pengikut patuhi tanpa soal selidik.

Secara logiknya adakah 1) yg bersalah?



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2013 09:59 AM | Show all posts
paperchase posted on 28-6-2013 05:11 PM
aku x faham apa beza org yg x beragama (atheist) dgn org yg percaya tuhan tp memilih untuk tidak ber ...

aku tak ada apa2 niat pun pasal thread ni. tujuan aku post thread ni untuk tunjuk kat korang bahawa kat UK sana agama semakin ditinggalkan.. sudah pasti ada reasoning dia..

apakah mungkin hal itu akan berlaku di Malaysia? mungkin ya mungkin tidak.

agnostik pilih untuk percaya kepada Tuhan tetapi tidak percaya dengan agama. atheist pula menidakkan wujudnya Tuhan.

jika anda seorang yang mencari kebenaran, anda juga akan mengkaji pendapat-pendapat atheist, agnostik, kristian, buddha, hindu etc selain islam.

apabila anda keluarkan pendapat berasaskan islam semata-mata, sudah tentu ada biased dalam jawapannya sendiri.

tiada seorang pun setakat ini mampu sangkal hujah bahwa agama itu punca masalah dunia. kita berforum lawanlah hujah dengan hujah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:03 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 1-7-2013 09:36 AM
Saya seorang yg mempercayai Tuhan dan juga Al-Quran yg diturunkan Tuhan. Adakah dengan mematuhi  ...
Saya seorang yg mempercayai Tuhan dan juga Al-Quran yg diturunkan Tuhan. Adakah dengan mematuhi panduan tersebut menjadikan saya seorang yg tidak logikal? Sebenarnya itu adalah logikal respon disebabkan saya mempercayai pada Al-Quran. Seorang muslim yg mempercayai Allah tetapi tidak pada Al-Quran yg diturunkan oleh Allah barulah tidak logik.

Kamu salah faham dan tidak faham komen saya langsung. Saya kata kalau kitab itu tak logik, mmg kamu tidak dpt menyangkal atau menukarnya kerana kitab sudah jadi kata putus walaupun tidak logik.

Mmglah kalau kamu pengikut agama, tak mungkin kamu tak ikut kitab. Kalau tak ikut mmg tidak logik.

Jadi kalau kitab satu2 agama (bukan Islam) menyuruh manusia membunuh, maka pengikut agama itu mesti ikut. Kalau tak ikut mmg tak logik.

Kesimpulan:- Agama punca permasalahan dunia.

Secara teknikalnya "something from nothing" adalah sesuatu yg mustahil. Idea mengenai Tuhan tidak boleh wujud secara tiba-tiba. Mari kita lakukan eksperimen untuk membuktikannya. Tidak kira sepintar mana seseorang itu, dia pasti tidak boleh membuahkan sesuatu yg tidak pernah wujud sebelum ini. Jika kita ketepikan Tuhan utk eksperimen ini, bolehkah kamu membuahkan sesuatu objek dalam fikiran kamu di mana objek tersebut tidak pernah wujud sebelum ini?

Menurut sejarah, idea Tuhan bukan wujud tiba-tiba. Ia wujud sebab manusia zaman dahulu tidak faham kejadian dunia. Maka kesemua kejadian dunia yg tidak difahami akan dikatakan kuasa Tuhan.

Daripada kepercayaan primitif animisme, wujud pula agama Kitab yg berasal dari tuhan Ra, iaitu tuhan yg satu. Dari situ, agama kitab berkembang. Maka kita boleh lihat agama Kitab yg berasal dari kepercayaan tuhan Ra adalah bertempat di sekitar padang pasir di Asia Barat.

Mmg kita boleh boleh membuahkan objek seperti Tuhan sebab manusia mempunyai perasaan takut dan lain2 lagi emosi. Dengan membuahkan Tuhan, maka segala ketakutan mungkin boleh dihilangkan. Agama/Tuhan adalah emosi yg paling kuat. Maka emosi ini boleh dimainkan oleh pihak2 yg berkepentingan. Pergi ke tempat agama/Tuhan ini adalah seperti jumpa doktor psikologi. Zaman2 dulu takde doktor psikologi. Maka bolehlah jumpa ketua agama utk memberitahu masalah anda. Dengan adanya doktor psikologi dan ubat psikologi, agama boleh diketepikan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 10:08 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 1-7-2013 09:57 AM
Jika kita teliti lebih mendalam:

1) Agama melarang membunuh manusia yg tidak bersalah.

Jika kita teliti lebih mendalam:

1) Agama melarang membunuh manusia yg tidak bersalah.
2) Ketua agama memberi arahan sebaliknya.
3) Pengikut patuhi tanpa soal selidik.

Secara logiknya adakah 1) yg bersalah?

Disebabkan agama mempunyai kesan mendalam ke atas manusia, maka punca secara tidak terus dlm permasalahan dunia adalah agama. Disebabkan agama, terdapat kebencian manusia yg berbeza agama. Agama pulak tidak boleh disoal siasat.

Satu lagi, agama dikatakan melarang pembunuhan. Tetapi diamati kitab bukan Islam, terdapat byk pembunuhan yg dihalalkan. Jadi mmg agama tidak melarang pembunuhan manusia di atas nama agama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:11 AM | Show all posts
Lejen posted on 1-7-2013 08:53 AM
ok since kau nak debat pasal ni. aku akan quote beberapa ayat.

itu beberapa ayat dalam Quran. n ...

yg tu pun hang kata mendiskriminasikan wanita?

tak nampak ka berapa banyak tanggungjawab lelaki yg kena tanggung?

1. Lelaki kena bayar mas kawen kepada wanita
2. Lelaki kena tanggung nafkah isteri
3. Dosa anak2 terletak pada tanggungjawab bapa
4. Dosa isteri akan ditanggung suami
5. Anak lelaki bertanggungjawab kepada ibu bapa selama2nya

~ beban lelaki lebih banyak dr wanita, tetapi dlm kepala hotak hang hanya nampak seolah2 wanita didiskriminasikan dlm Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 10:15 AM | Show all posts
tobby posted on 28-6-2013 06:12 PM
komunis2 yg anti agama tu pun bunuh org berjuta. separuh populasi cambodia dibunuh dek Pol Pot komun ...

ok. separuh populasi cambodia mati. tapi orang tak pulak nak tau agama apa yang dia bunuh tu. dia bunuh semua yang tentang dia tak kira ko kristian, buddha, atheist.

abis tu Saddam Hussein, Basyar Assad nak campak mana ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 10:17 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 28-6-2013 07:09 PM
62,537,400 juta org terbunuh dalam perang dunia pertama, sikit ja tu bg puak2 yg kata agama sebagai  ...

WW1 sebab politik / kuasa. perang uhud, badar, crusades war etc tu bukan perang ka? sebab agama kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:18 AM | Show all posts
Lejen posted on 1-7-2013 09:07 AM
for sure dorang lagi banyak dari Muslim. dan mungkin jumlah mereka lebih kurang sama dengan kristi ...

maksudnya berapa ramai dr 2.3% tu yg betul2 menyumbang kpd pembangunan manusia?
berapa ramai lagi yg hanya hidup sebagai manusia biasa sahaja


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:21 AM | Show all posts
Lejen posted on 1-7-2013 10:17 AM
WW1 sebab politik / kuasa. perang uhud, badar, crusades war etc tu bukan perang ka? sebab agama ka ...

jadi, yg mana lebih banyak memberikan kemusnahan kpd dunia?
permasalahan agama ataupun permasalahan politik/kuasa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:22 AM | Show all posts
gogo2 posted on 1-7-2013 10:03 AM
Kamu salah faham dan tidak faham komen saya langsung. Saya kata kalau kitab itu tak logik, mmg k ...

@gogo2
Kamu salah faham dan tidak faham komen saya langsung. Saya kata kalau kitab itu tak logik, mmg kamu tidak dpt menyangkal atau menukarnya kerana kitab sudah jadi kata putus walaupun tidak logik.

Kamu berhak utk membuat komen. Apakah yg sudah menjadi kata putus walaupun tidak logik?

@gogo2
Menurut sejarah, idea Tuhan bukan wujud tiba-tiba. Ia wujud sebab manusia zaman dahulu tidak faham kejadian dunia. Maka kesemua kejadian dunia yg tidak difahami akan dikatakan kuasa Tuhan.

Saya bertanya bagaimana perkataan Tuhan boleh wujud untuk menggambarkan entiti/objek yg tidak wujud. Itu adalah sesuatu yg mustahil. Bolehkah kamu menamakan sesuatu objek dalam fikiran kamu di mana objek tersebut tidak pernah wujud sebelum ini?



Last edited by mashimaru83 on 1-7-2013 10:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 10:23 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 1-7-2013 10:11 AM
yg tu pun hang kata mendiskriminasikan wanita?

tak nampak ka berapa banyak tanggungjawab  ...

memang ayat tu mendiskriminasi terhadap wanita.

kalau lelaki beban dia lebih maksudnya bolehlah kita diskriminasi terhadap wanita bukan?

1. Lelaki bayar mas kawen - paling murah aku rasa tak sampai 500. orang melayu je yang beria-ia nak ribu riban.

2. Lelaki kena tanggung nafkah - ini tak masuk akal. wanita pun mampu bekerja jugak. malah ada yang lebih berjaya daripada lelaki.

3. dosa anak-anak terletak pada bapa - kepercayaan agama Islam, kalau kau percaya pada tu terpulang tapi masih tak boleh menafikan hak wanita.

4. dosa isteri ditanggung suami - syurga di tapak kaki ibu

5. anak lelaki memang bertanggungjawab - tetapi anak perempuan pun mampu jugak kalau bekerjaya.

bagi la reasoning yang lebih masuk akal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 10:26 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 1-7-2013 10:11 AM
yg tu pun hang kata mendiskriminasikan wanita?

tak nampak ka berapa banyak tanggungjawab  ...

bukankah lelaki ini sifat fizikalnya sudah sedia perkasa berbanding wanita,  jika kita lihat world record rm100m pun lelaki sudah capai 9.6saat, perempuan pula 10.5s cuma.....maka keharusan bg pihak lelaki utk melindungi isteri, anak2 ibu2...   bukankah ia seharusnya menjadi kebanggan bg sekelian lelaki......   tiada diskriminasi di sini, malah ia complement antara satu sama lain...

apakah konsep seperti itu tidak logik?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:28 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 1-7-2013 10:22 AM
Kamu berhak utk membuat komen. Apakah yg sudah menjadi kata putus walaupun tidak logik?

Kamu berhak utk membuat komen. Apakah yg sudah menjadi kata putus walaupun tidak logik?

Apa2 sahaja boleh jadi kata putus walaupun tidak logik.

Saya bertanya bagaimana perkataan Tuhan boleh wujud untuk menggambarkan entiti/objek yg tidak wujud. Itu adalah sesuatu yg mustahil. Bolehkah kamu menamakan sesuatu objek dalam fikiran kamu di mana objek tersebut tidak pernah wujud sebelum ini?

Tuhan adalah definisi utk mengambarkan entiti/objek yg tidak wujud yg mencipta bumi dan sebagainya.

Bidadari gigi (tooth fairy) adalah salah satu objek yg tidak pernah wujud tapi telah dinamakan.

Ciptaan manusia mmg sangat kreatif. Jangan pandang rendah pada tahap kreatif manusia. Entiti tak pernah wujud boleh dinamakan, didefinisikan dan boleh difilemkan dengan kesan/efek khas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:30 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 1-7-2013 10:21 AM
jadi, yg mana lebih banyak memberikan kemusnahan kpd dunia?
permasalahan agama ataupun permasalah ...

permasalahan agama ataupun permasalahan politik/kuasa?


Kemusnahan dunia akibat permasalahan politik/kuasa hampir selesai. Tiada lagi Perang Dunia sekian lama.

Jadi permasalahan agama kini menjadi masalah besar dunia.

Kalau permasalah agama selesai, maka dunia akan menjadi lebih aman.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:36 AM | Show all posts
gogo2 posted on 1-7-2013 10:08 AM
Disebabkan agama mempunyai kesan mendalam ke atas manusia, maka punca secara tidak terus dlm p ...

@gogo2
Disebabkan agama mempunyai kesan mendalam ke atas manusia, maka punca secara tidak terus dlm permasalahan dunia adalah agama. Disebabkan agama, terdapat kebencian manusia yg berbeza agama. Agama pulak tidak boleh disoal siasat.
Manusia boleh membenci sesama sendiri bukan sahaja kerana agama tetapi benda lain juga. Jadi mengatakan agama punca permasalahan dunia (topik thread ini) adalah tidak tepat. Soal siasat apa yg diperlukan dan siapa yg kata tidak boleh?

@gogo2
Satu lagi, agama dikatakan melarang pembunuhan. Tetapi diamati kitab bukan Islam, terdapat byk pembunuhan yg dihalalkan. Jadi mmg agama tidak melarang pembunuhan manusia di atas nama agama.
Konklusinya bukan semua agama menghalalkan pembunuhan yg tidak sah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.274215 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list