CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 16-3-2013 10:30 PM | Show all posts
next...sambung lg ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2013 04:36 AM | Show all posts
wah semakin best cite ni....
thanks TJ
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 01:21 PM | Show all posts
Just had a marathon baca cerita ni..
Fantastic...Awesome...
Itu je yang boleh dikata....
Such a luvly story from a great writer...
Congrats....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 12:19 PM | Show all posts
Wah cerita ni dah masuk dlm blog penulisan2u......
ada peluang nanti ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 01:17 PM | Show all posts
qimi08 posted on 18-3-2013 12:19 PM
Wah cerita ni dah masuk dlm blog penulisan2u......
ada peluang nanti ....

hihi...cepat je tau ek...
doa2 kan la ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 01:28 PM | Show all posts
TJ2 posted on 18-3-2013 01:17 PM
hihi...cepat je tau ek...
doa2 kan la ye

InshaAllah klu cerita menarik dpt sambutan pembaca cepat je mereka publish....
LELAKI EKSKLUSIF tu dah publish pun..he he he

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-3-2013 02:19 PM | Show all posts
qimi08 posted on 18-3-2013 01:28 PM
InshaAllah klu cerita menarik dpt sambutan pembaca cepat je mereka publish....
LELAKI EKSKLUSIF t ...

arap-arap ada la yg sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 02:45 PM | Show all posts
TJ...xde n3 ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2013 03:12 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 18-3-2013 02:45 PM
TJ...xde n3 ke???

ada cik...
ptg2 skit...
kena settlekan kerja yg meninbun ni dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 05:15 PM | Show all posts
*******************************


            Ringkas dengan blouse putih berlengan panjang dan jegging berwarna tiffany blue, Delia melangkah beriringan dengan Dani dan Dania menuju ke Beach Restaurant untukmakan malam. Dua anak kecil itu juga kelihatan sedondon dengan Delia. Dani mengenakan kemeja berlengan pendek berwarna tiffany blue dan seluar pendek berwarna putih manakala Dania memakai dress labuh tanpa lengan putih dan legging senada dengan seluar Delia. Cantik bila sedondon begini tapi kalau tersilap pandang dah macam kumpulan boria!

            Malam ini ada majlis makan malam untuk meraikan staff-staff yang banyak membantu naik turun Akram. Majlis yang bertemakan light and easy itu juga diharap dapat merapatkan hubungan staff dan bahagian pengurusan.

            Di hadapan pintu masuk Beach Restaurant, Delia tegak sambil memerhati kelibat Hani dicelah-celah orang ramai. Mereka sudah berjanji untuk duduk satu meja. Jangan Hani lupa janji sudah! Makcik tu bukan boleh diharap sangat! Banyak makan semut hehehe

            “Mama, there’s daddy…”

            Tangan Delia ditarik oleh Dani. Pantas Delia tarik kembali si kecil itu padanya. Delia tunduk dan tersenyum.

            “Let’s not disturb daddy. Kita duduk dengan auntie Hani,ye?”
            “Don’t want…”

            Si kecil Dani sudah mula cemberut. Memuncung bila kehendaknya tidak dituruti. Dani ini lebih keras berbanding Dania yang selalu tidak memberikan masalah. Delia mengeluh kecil.

            “Daddy busy. Cuba adik tengok.” Delia memujuk perlahan. Dia tidak mahu merosakkan mood si kecil ini. “Adik nampakkan daddy tengah discuss dengan kawan daddy.”

            “Nampak…”

            “Adik budak bijak kan?” Dani angguk dan Delia tersenyum senang. Ada masa Dani ini mudah terpujuk. “Kita duduk dengan auntie Hani, while waiting for daddy. Nanti mesti daddy datang dekat kita.”

            “Kalau daddy tak datang, macamana?”

            Ah sudah! Dania pula bertanya. Padahal Dani sudah seperti boleh menerima skrip cerita rekaannya sebentar tadi. Delia gigit bibir.

Last edited by TJ2 on 18-3-2013 05:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 05:16 PM | Show all posts
            “Haah mama! Macamana kalau daddy tak cari kita?”

            Dua pasang mata bundar terkebil-kebil merenungi Delia sambil menanti jawapan. Aduh! Payah betul nak menjawab soalan budak- budak ni! Kenapalah diorang boleh terfikir macam-macam soalan?

            “Daddy mesti datang…” Ayat Delia tergantung bila Ameer tiba-tiba terpancul di hadapannya. Entah bila lelaki itu melangkah menghampiri mereka.

            “Kenapa tercegat kat sini lagi?”

            “Daddy…”

            Kaki Ameer yang dibaluti seluar berwarna putih sudah pun dipeluk oleh Dani dan Dania yang bersorak keriangan. Delia geleng kepala. Macamlah tak pernah jumpa! Kalau terjumpa Adam, apakah mereka akan bereaksi sebegini juga?

            “Dell…Dell…”

            Pantas Delia ukir senyuman. Dia tidak perlu bersedih lagi untuk perkara yang sudah berlalu kerana di hadapannya kini sudah ada seseorang yang sudi menemaninya seumur hidup. Sanggup menerima setiap kekurangan yang dia ada. Jadi, kenapa dia perlu untuk mengenang peristiwa yang sudah lama berlalu.Biarlah semalam menjadi kenangan dan dia berjanji untuk mencorak masa depan yang lebih gemilang.

            “Dell…”

            Sekali lagi namanya diseru. Delia terus senyum memandang lelaki yang sedang mengelus lembut kepala anak-anaknya. Lelaki itu tampak segak walaupun hanya mengenakan pakaian yang simple. Sesuai dengan tema makan malam Akram ini.

            “I duduk dengan Hani.”

            Ameer angguk dan mengiringi langkah Delia ke meja Hani. Sebelum duduk dia sempat berbisik pada Dani dan Dania. Entah apa yang diberitahu sehingga dua anak kecil itu mengangguk tanpa banyak soal.

            “Daddy cakap apa?” Tanya Delia pada Dania selepas Ameer berlalu. Anak kecil itu hanya angkat bahu.

            “Rahsia!”

            Delia mendengus. Geram dengan jawapan selamba dari anak daranya sendiri. Wah! Ini anak aku ke anak Ameer?

            “Mama tak kawan karang…”

            “Takpe…daddy ada!” Jawab Dani selamba.

Last edited by TJ2 on 18-3-2013 05:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 05:19 PM | Show all posts
              Ini betul-betul sudah lebih! Bila daddy ada, semua tak pandang mama! Cakap mama semua tak laku! Sentap tau tak!

            “Wei Dell…”

           Delia berpaling ke sebelah kanan. Di situ ada Hani, Zamri dan Laila yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Eh! Kerang busuk pun reti tersengih ke?

          “Ada apa?”

          “Betul ke En. Ameer tu boyfriend kau?” Tanya Hani sambil tersenyum. Dia bukan pekak untuk tidak mendengar kata-kata Delia lewat petang tadi. Dia cuma mahukan kepastian. Lebih-lebih lagi bila melihat bagaimana senyuman Ameer sewaktu mengiringi Delia melangkah ke meja ini.

          “Kenapa?” Balas Delia sambil menghulur gelas air kepada Dani. Sempat dia berpesan supaya anaknya itu memegang gelas baik-baik. Karang kalau pecah satu hal pula!

           “Takde la. Nampak korang macam satu happy family. Pakai baju pun berdondon bagai. Macam nak buat persembahan boria.”

            Pantas jari Delia mengutil lengan Hani yang terdedah. Hani dan Laila hanya tertawa. Hampeh punya kawan! Ada ke patut aku yang cun ni dikata nak buat persembahan boria?

           Tanpa disengajakan mata Delia terpandang Ameer yang sedang berbual dengan beberapa eksekutif Akram. Sungguh lelaki itu mengenakan warna yang senada dengannya. Seluar putih, t shirt kolar V juga berwarna putih dan kemudian dilapisi dengan kemeja berwarna tiffany blue yang dibiarkan lepas tanpa butang.

           Patutlah lelaki itu beria-ia membelikan dia dan anak-anak persalinan ini. Mahu kelihatan sedondon rupanya atau memang benar Ameer mahu mempersembahkan boria seperti yang dikatakan oleh Hani? Oh tidak! Aku ni ada stage fright. Mau ada yang pitam atas pentas karang!

           “Wei Dell…kau ni berangan je kan. Taulah tengah bercinta.” Usik Laila pada Delia yang tampak hanyut sendiri.

           “Mana ada. Suka hati korang je buat cerita, kan.”

               Bukan mahu menyangkal tapi rasa segan mahu mengaku yang dia memang punyai hubungan dengan Ameer. Apatah lagi dia seorang ibu tunggal yang punyai dua orang anak kecil. Ameer pula lelaki bujang yang berjawatan besar bahkan punyai keluarga yang berstatus tinggi.
Last edited by TJ2 on 18-3-2013 05:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 05:20 PM | Show all posts
               Perbezaan di antara mereka dirasakan terlalu ketara walau pun Delia sendiri sebenarnya berasal dari keluarga yang ada kedudukan di mata masyarakat. Untuk mereka yang tidak tahu cerita sebenar, mungkin akan melabel Delia hanya mahu menumpang harta keluarga Ameer.

            “Tak mengaku konon tapi muka dah merah-merah.”

            Semakin galak Hani dan Laila mengusiknya. Delia akhir senyum tanpa kata. Malas mahu bersuara. Bukan boleh menang pun.

            “Banyaklah korang. Aku nak pergi ambil makanan ni. Tolong tengok-tengokkan anak-anak aku.” Ujar Delia sebelum berpaling dan berpesan pada anak-anaknya. “Duduk sini. Mama pergi ambil makanan kejap.”

            “Nak ikut…nak ikut…”

            Malas mahu berlawan kata, Delia hanya mengangguk. Tangan Dani dan Dania dipegang. Bukan boleh lepa, nanti hilang berlari ke sana-sini. Dah la dua budak kecil ini langsung tidak takutkan sesiapa!

            “Nak makan apa?”

            Kalau boleh semuanya mahu dimakan. Delia geleng kepala dengan gelagat Dani dan Dania. Macam-macam perangai!

            “Hai sayang.” Teguran itu buatkan dia berpaling. Dzariff berdiri dengan senyuman. Lelaki itu masih tampak sedikit pucat.

            “Hai! Dah sihat ke?”

            “Getting better.” Jawab lelaki itu sebelum mencangkung untuk kelihatan setara dengan Dani dan Dania. “Hai anak-anak papa! Lama takjumpa, kan? Rindu papa tak?”

            “Rindu!!!”

            Serentak Dani dan Dania menjawab dan langsung memeluk leher Dzariff. Lelaki itu kedengaran tertawa riang. Delia ukir senyum. Dalam kekurangan, anak-anaknya masih beruntung punyai dua orang lelaki yang digelar Daddy dan Papa. Keduanya tampak amat menyayangi Dani dan Dania. Malah Dani danDania juga dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan lelaki ini.

            “Boleh bawak ke?” Tanya Dzariff bila melihat pinggan-pinggan yang penuh di tangan Delia. “Ni makan ke melantak?”

Last edited by TJ2 on 18-3-2013 05:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 05:21 PM | Show all posts


              Delia tertawa. Melihat pinggannya yang penuh memang seperti orang tidak makan seminggu. Mujurlah makanan dihidangkan secara buffet. Kalau tak, confirm malu sebab asyik nak mintak tambah.

            “Bukan I tapi budak kenit dua orang ni.”

            Dua pinggan di tangannya sudah beralih ke tangan Dzariff. Mujur lelaki ini mahu membantunya. Jika tidak, jenuh juga dia mahu membawa pinggan-pinggan itu. Ditambah lagi dengan karenah Dani dan Dania yang nakal.

            “Cantik malam ni.”

            Spontan Delia tersipu malu. Alahai! Dah macam gadis pingitan pula! Delia sengih sendiri.

            “Malam ni je ke I cantik?”

            Renungan Dzariff buat Delia seperti mahu lari dan masuk ke dalam bilik. Terasa tepat memanah ke hati. Tajam menikam! Dah macam tajuk album kumpulan Uk’s. Tapi memang itulah yang dirasakan Delia kala itu lalu membuatkan pipinya terasa menebal. Padan muka! Siapa suruh gatal mulut tanya bukan-bukan?

            Sambil meletakkan pinggan di atas meja, Dzariff sempat bertegur sapa dengan Hani dan Laila. Juga bersalaman dengan Zamri yang dari tadi tidak henti-henti mengunyah. Sedap sangat kot!

            Dan Delia terkedu bila tiba-tiba Dzariff menunduk dan berbisik rapat di telinganya.

            “You sentiasa cantik di mata I. Dari dulu dan sampai bila-bila…”

            Delia kaku di kerusi. Dia tidak peduli dengan pandangan Hani dan Laila yang nyata agak terkejut dengan tindakan Dzariff. Yang pasti dia amat tergamam dengan kata-kata akhir Dzariff. Malah bau wangian yang menerpa ke hidungnya membuatkan dia tidak keruan rasa. Dia masih kenal bau itu. Ya Allah! Itu bau Adam…

Last edited by TJ2 on 18-3-2013 05:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 08:01 PM | Show all posts
dzariff = adam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 08:31 PM | Show all posts
nhid_tam posted on 18-3-2013 08:01 PM
dzariff = adam....

hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2013 08:43 PM | Show all posts
TJ2 posted on 18-3-2013 08:31 PM
hihi

TJ, tak nak dzariff ngan Delia, nak Delia ngan Ameer ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 07:57 AM | Show all posts
Selamat pagi...terima kasih TJ2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 09:37 AM | Show all posts
cegitu posted on 19-3-2013 07:57 AM
Selamat pagi...terima kasih TJ2...

selamat pagi kembali...kasih diterima
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:47 AM | Show all posts
Salam dan selamat pagi TJ2 yang dikasihi
Telah ku baca coretan mu berkali-kali
Senyum sudah mula meniti
Namun resah juga dek menanti

Ammer Dell Dzariff cinta 3 segi
Siapa menang belumlah pasti
Andai kejujuran yang dicari
Pasti Ameer yang mendahului

Cinta Adam dalam kenangan
Yang pasti mencuit perasaan
Dell tersepit kerana perjanjian
Ataukah dek keikhlasan dan kejujuran

Ku nanti sambungannya hari ini
Diharap coretan penulis sama dihati
Setelah episod berlalu berjalan selari
Inilah seronoknya berangan sendiri...

hehehe good day TJ2 take care
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.299928 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list