|
Sebaik menamatkan panggilan dari bakal ibu mertuanya, telefon bimbit di campak dan Elly membantingkan badan ke katil saiz queen. Lain yang aku harap, lain yang aku dapat. Redza tidak pernah menelefonnya sejak balik dari London. Walaupun dia sedar yang Redza tak mungkin jatuh cinta padanya, tapi takkan tak bertanya khabar langsung. Aku bakal isterinya. Sakitnya hati! BFF aku pula membisu sejak pulang ke kampung. Takkanlah Yuyu sakit teruk sangat sampai tak boleh angkat telefon. Di mana aku nak meluahkan masaalah dan ketidakpuasan hati aku? Cisss… macam ada konspirasi untuk menyakitkan hati aku. Elly menumbuk bantal dengan geram. Dia mendial nombor Redza.
“ Assalamualaikum” Redza menjawab dengan suara mendatar.
“ Waalaikumsalam. How are you? Lama tak dengar khabar. How was London?”
“ Cold. “ Nadanya pun sejuk beku.
“ Well, Auntie call I tadi. Dia kata you beli beg dan kasut hantaran I kat sana. Brand apa? You tahu ke saiz kasut I?”
“ I jumpa your friend Nurul di sana. Dia yang belikan. She knows your taste better.” Lebih baik berterus terang saja.
“ Oh, Yuyu tak cakap pun dia jumpa you. Macam mana you boleh kenal dia?” Elly menggaru pelipis.
Redza membisu sejenak. Shall I tell the truth and get it over with? “ Dia tinggal dengan Auntie Sofi yang jaga rumah you di sana. Jadi dia tolong masak dan jaga emak I. “ Jawapan seorang lelaki pengecut.
“ Oh, I see. Baguslah kalau you dah kenal my best friend. I rasa dia dengan Mike, your best friend make a nice couple. Mana lah tahu kalau mereka ada jodoh” Suara Elly ceria
“ NO!” pintas Redza. Over my dead body!
“ Kenapa? They are both single kan?”
“ Elly, jangan suka menyibuk dalam hal peribadi orang lain. Tak payah susah susah matchmake orang.”
“ Ya lah… I ni memang suka menyibuk, menganggu, menyusahkan orang. Semua I buat tak betul. “ Rajuk Elly tidak memberi impak pada Redza.
“ Look, I tengah busy. I have an appointment in 5 minutes. Nanti bila senang I call. Bye” Talian di matikan.
“ ARGHHHHHHHH! BENCI NYA!” jerit Elly. Apa yang aku buat semua tak kena. Tak boleh kah Redza cuba untuk memahami perasaan aku? Bukannya aku minta dia jatuh cinta dengan aku, sedikit perhatian darinya pun sudah memadai.
Pintu bilik di ketuk sebelum ibunya menjengukkan kepala. “ Elly! Bukankah Elly ada facial appointment di Clarins hari ini? Cepatlah siap”
“ Malas” jawab Elly sepatah. Mukanya di tekup dengan bantal.
Puan Sri Lily menggeleng bila melangkah masuk ke bilik tidur yang seluas sebuah apartment kecil. Bilik yang di hias kertas dinding corak damask warna perak itu harum semerbak dengan bau penyaman udara aroma strawberry. Seperti biasa , bilik Elly bersepah dengan pakaian dan tudung yang di campak ke lantai. Gelas dan pinggan dengan sisa makanan masih berlonggok di meja sudut. Mustahil Elly boleh hidup tanpa pembantu rumah. Dia menghampiri katil dan menggoncang tubuh anaknya. Dia sudah mual dengan kerenah anak tunggalnya yang semakin mengada ngada. Tak sedarkah Elly betapa beruntungnya dia bila ada lelaki yang sanggup menikahinya? Tidakkah dia hargai usaha aku dan Daddynya yang bertungkus lumus untuk menjadikan perkahwinannya Wedding of the Year?
“ ELLY! Bangun sekarang! Mummy dah bosan dengan attitude Elly! Asyik memerap dalam bilik! Satu benda pun Elly tak nak buat.” tengkingnya. Seumur hidup inilah kali pertama dia meninggikan suara dengan anaknya. Mungkin silap aku juga, kalau dari dulu aku lebih tegas, mungkin semua ini tak akan terjadi.
Elly tersentap. “ Apa Mummy nak? Mummy nak Elly bergembira macam bakal pengantin lain? How can you expect that from me? Elly mengandung anak haram, Redza di paksa kawin dengan Elly tapi dia tidak suka Elly langsung. Elly benci dia! Elly benci semua orang! Elly rasa nak gugurkan baby ni!”
Puan Sri Lily menarik nafas untuk mententeramkan diri. Tak guna lawan api dengan api. Emosi Elly rapuh dan tidak mustahil anaknya itu tergamak membuat sesuatu yang boleh merosakkan rancangan mereka atau lebih teruk membahayakan diri sendiri.
“ Please Elly, jangan cakap macam itu. Ini semua takdir. Bayi dalam perut Elly tak berdosa. Elly kena belajar dari kesilapan masa silam dan bina hidup baru dengan Redza. Redza lelaki yang baik, he will be a good father. Elly kenalah pandai ambil hati dia. Lepas kahwin nanti jadi isteri yang solehah, jaga makan minum Redza, make him happy. Insyaallah, dia akan jatuh cinta dengan Elly.”
“ Mummy jangan tipu diri sendiri. Redza tak pedulikan Elly atau baby ini. Dia buat semua ini sebab Auntie Midah nak mati dan hutang Uncle Amin pada keluarga Daddy. Kami akan bercerai sebaik baby ini lahir. ”
“ Astaghfirullah! Kenapa cakap begitu? Belum lagi nikah , dah cakap pasal nak bercerai.” Puan Sri Lily melabuhkan tubuh di sebelah Elly. Hidungnya menghidu bau yang kurang enak. Entah entah anak aku tak mandi lagi. Ya Allah! Kalau macam ni memang sah Redza akan cabut lari.
“ Sudahlah Mummy, Elly malas nak cakap. Elly sedih, bingung dan marah. Cuma Yuyu yang faham Elly tapi dia pula pergi bertapa. Entah entah dia pun tak nak kawan dengan perempuan hina macam Elly” Elly mengesat airmata. Nurul seorang saja sahabat yang dia ada, bila Nurul tiada di sisi dia rasa seperti kapal hilang sauh yang terumbang ambing di tengah lautan.
“ Yuyu masih tak sihat, biarlah dia berehat dulu. Mummy sempat cakap dengan Tok Nah kelmarin, dia kata Yuyu akan datang ke KL untuk jumpa doktor minggu depan.Nanti kita pujuk dia untuk tinggal di sini sampai hari Elly berkahwin.”
“ Mummy, I need Yuyu now! Elly tengah confuse! Elly rasa Elly tak nak kahwin. This is all your stupid plan! ” bentak Elly sambil mencampak satu persatu bantal ke lantai.
Ya Allah! Kenapalah banyak betul dugaan yang aku tempuhi? Puan Sri Lily meraup wajahnya. Elly memang tak sedar untung! Lebih RM200,000 akan lebur begitu saja kalau majlis ini tak di teruskan. Itu tak termasuk harga maruah keluarga. Mana aku dan Tan Sri nak letak muka? Puan Sri Lily membuat keputusan tanpa perlu berfikir panjang bila amukan anaknya makin menjadi.
“ Elly, cepat siap. Kita pergi kampung Yuyu sekarang!”
|
|
|
|
|
|
|
|
lama cuti kan...sila sambung sampai tamat... ekekkeke |
|
|
|
|
|
|
|
ehemmmm.... tumpang lalu.. sambil dok baca senyap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka...adakah yuyu/redza akan berterus terang kat elly?
Kan best majlis resepsi yg diplan bertukar jd majlis yuyu&redza....huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
alah ni bila nak ade sambungan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sori... sori.... dah sejuk beku citer ni
.......................................................................................................................
Bab 30
Lebih seminggu Nurul berada di kampung dan ketenangan yang di cari sudah di temui. Namun kini rasa bosan mula menyelubungi diri. Hari hari awal dia rasa begitu gembira di manjakan Tok Nah. Puteri raja pun kalah. Segala makanan kegemarannya tersedia depan mata kerana Tok Nah risau badannya susut. Kerja rumah pun tak perlu buat sebab Tok Nah sudah ada pembantu harian yang di upah untuk membuat kerja berat di rumah dan kebun. Ringanlah sedikit beban Tok Nah. Masuk hari ke lima Nurul mula merindui kesibukan tugas dan aktiviti harian di Kuala Lumpur. Tiada langsung aktiviti yang boleh menjana minda di sini. Balik balik memancing, belajar memasak dan sekali sekala ke masjid kalau ada ceramah. Paling membosankan kawan sebaya pun tak ada untuk berbual santai mengisi masa kosong. Rata rata penduduk kampung semua warga pencen sebaya Tok Nah. Anak cucu mereka kebanyakannya kerja di bandar dan gadis seusianya yang masih di kampung semuanya sudah berkeluarga dan sibuk melayan kerenah anak kecil. Kalau bukan bercerita pasal anak, topik kegemaran mereka jamu dan ubat kampung manakah yang paling bagus untuk menguruskan badan dan “meng –ooomph-kan” hubungan suami isteri.
Nurul mengangkat kain dari ampaian sambil bernyanyi kecil. Kebosanannya bakal berakhir tak lama lagi. Yezza! Dia akan ke KL dan tinggal bersama Aireen selama beberapa hari sementara menjalani rawatan susulan di hospital. Sambil itu dia akan mengambil peluang mencari pekerjaan yang sesuai di sana. Pada mulanya Redza melarang dia tinggal dengan Aireen tapi Nurul tak punya pilihan lain. Takkan nak tinggal dengan Redza di rumah keluarganya. Nak mampus? Makin tambah stress Datin Wan Hamidah kalau tengok muka aku. Redza pula sibuk dengan kerja di Trapezium yang terbengkalai di samping menjaga Datin, tak patut aku nak tambah bebannya. Lagipun aku dah biasa berdikari sejak zaman bujang. Tak jadi hal.
Malam nanti Redza akan tiba dan belum apa apa lagi sudah “ demand” masakan kegemarannya, gulai nenas ikan kering, kerabu jantung pisang dan bubur pulut hitam. Kononnya rindu sangat nak makan masakan air tangan Tok Nah. Huh! Tak sedar yang Tok Nah masih menjeruk rasa. Nasib baik lah aku dah makin terror masak. Sejak tinggal di kampung, dia mula belajar membuat lauk pauk dan kuih muih Melayu tradisi. Tok Nah bukan main gembira lagi bila cucunya menunjukkan minat untuk mencuba resepi warisan keluarga mereka. Sejak berada di kampung, berat badan Nurul sudah naik hampir 2 kilo. Kalau sebulan lagi asyik makan tidur, aku akan sama saiz dengan Elly.
Selesai mandi dan menukar pakaian, Nurul menuju ke kedai runcit Mak Aji yang tak sampai 50 meter dari rumah Tok Nah. Mak Aji tersenyum lebar dan menggamit bila ternampak Nurul. Hmm… tentu dia tengah sunyi dan nak cari teman berbual. Anak anak Mak Aji seramai lima orang semuanya bekerja di Kuala Lumpur.
“ Cantik Yuyu pakai tudung. Nampak muda dan bersih berseri air muka. Macam hos rancangan TV Al Hijrah” puji Mak Aji.
“ Jangan lah puji melambung Mak Aji. Yuyu jadi makin kembang nanti” Nurul membetulkan tudung yang di beli dua hari lepas. Dia sendiri terkejut. Tanpa apa apa petanda atau mimpi yang menginsafkan, tiba tiba dia terbuka hati untuk bertudung. Semasa dia menyuarakan keinginannya pada Tok Nah, apa lagi…. Tok Nah terus ambil kunci kereta dan hidupkan enjin Alza...zasssss. Mereka memecut ke Bukit Mertajam dan sepuluh helai tudung berbagai jenis dan warna di borong sekaligus.
“ Ini dia cakar ayam yang Yuyu pesan.” Mak Aji menghulurkan balang plastik yang berisi kuih yang kaya dengan rasa manis dan kalori.
“ Terimakasih Mak Aji. Susah susah saja. “ Kuih kegemaran Aireen akan di bawa ke KL sebagai buah tangan.
“ Duduk lah sembang sembang dengan Mak Aji, kalau Yuyu tak sibuk. Mak Aji sunyi lah.” Kerusi plastik warna merah di tarik dan sekotak air teh bunga Yeo’s di letak di depan Nurul.
“ Boleh. Yuyu pun tinggal seorang. Tok Nah ke rumah Tok Mon tolong buat persiapan untuk cukur jambul cucu dia. Pak Aji mana?” Nurul mengilas pandang ke sekeliling ruang kedai yang kecil tapi kemas susunannya. Pak Aji pendiam orangnya, berbeza dengan isterinya yang becok. Tapi mereka berdua jiran yang baik dan ringan tulang. Mereka lah yang menjaga kebun dan ayam ternakan Tok Nah kalau Tok Nah pergi bercuti.
“Dia ke masjid. Lepas solat nanti dia pergi rumah bini nombor dua. ” Kening Nurul terangkat. Perli aku ke?
Mak Aji menjuihkan bibir ke luar kedai. Di seberang jalan terletak Warong Bahagia kepunyaan Tok cik Aman, sepupu Tok Nah. Di situlah kebanyakan lelaki warga emas menghabiskan masa, berbincang berdegar degar tentang pelbagai isu semasa dari menteri ambil rasuah hingga skandal artis sambil menghirup kopi O panas dan mengunyah roti bakar sapu kaya. Siapa kata kaum lelaki tak bergossip? Setiap hari warung itu penuh dari awal pagi hingga ke petang, murah rezeki Tok cik Aman.
“Oh.. baru Yuyu faham.” Nurul ketawa kecil.
“ Minumlah Yuyu. Panas betul hari ni. Dah lama tak hujan. “
“ A’ah. Keluar sekejap pun dah berpeluh sakan. Sehari sampai 4 kali Yuyu mandi.” Nurul mencucuk penyedut ke kotak. Air teh bunga sejuk menyamankan tekak.
“ Suami Yuyu tak balik? Lama Mak Aji tak jumpa dia. Syukur kamu dapat suami yang baik. Tengoklah, dah cantik rumah Tok Nah. Semua dia ganti baru walaupun Tok Nah tak minta.”
Nurul senyum hambar. Nak beli jiwa lah. Berbakul bakul Tok Nah menyeranah Redza dan keluarganya bila Nurul menceritakan dari A sampai Z tentang situasi yang telah terjadi dan bakal berlaku. Nasib baik Tok Nah tak kena serangan jantung bila di beritahu yang Elly akan menjadi madu Nurul. Tok Nah sering menyalahkan diri kerana dia lah yang beria ria memujuk Nurul menerima pinangan keluarga Redza, walaupun hakikatnya segalanya telah di tulis di lohmahfuz. Kita sebagai hamba Allah kenalah terima, baik yang manis mahupun yang buruk. Bak kata Pendekar Bujang Lapuk...Dugaaaan…..
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Insyaallah malam nanti Redza sampai. Redza tengah sibuk sekarang. Kerja banyak, emak pula sakit. Emak dia ada ketumbuhan di otak. Doktor dah tak boleh buat apa. Sekarang dia tengah buat rawatan secara Islam. ” Selepas kembali dari London, Datin Wan Hamidah bersetuju untuk mendapat rawatan dari Haji Lokman di Pusat Perubatan Al Hidayah. Sekurangnya rawatan menggunakan ayat Quran tidak ada unsur syirik, tak macam sesetengah bomoh yang guna ilmu batin dan jampi serapah entah apa apa.
“ Oh ya kah? Kesiannya. Jadi Yuyu dah lama tak jumpa suami? Baru kawin dah berjauhan. Issy… isyyy.. Tak rindu kah? Mak Aji masa mula mula kahwin dulu, pantang Pak Aji keluar rumah mesti tak sabar tunggu dia balik.”
“ Wah, mesti Mak Aji cinta mati kat Pak Aji dulu” usik Nurul. Wanita separuh abad di depannya senyum sipu mengenang kembali zaman silam.
“ Itulah sebab Mak Aji nak nasihat Yuyu. Zaman sekarang dah banyak beza dengan zaman Mak Aji dulu tapi suami tetap no 1. Macam mana dia sakitkan hati kita pun, kita kena ingat yang isteri kena dapat keredhaan suami kalau nak masuk syurga.”
Macam mana Mak Aji tahu aku tengah sakit hati? Tok Nah buka cerita kah? Atau mungkin Mak Aji dapat meneka sebab aura negatif mudah di kesan. Makin hari semakin dekat perkahwinan Elly dan Redza. Elly sering menelefon tetapi tidak di layan. Redza pun tak putus putus mengajaknya untuk tinggal bersama di KL. Macam macam hujah di bentangkan tentang isteri yang tidak mematuhi perintah suami. Macam mana aku tak tension? Arghhhh! Besar sungguh dilemma yang di hadapi. Syukurlah ada Aireen yang sudi jadi tempat dia meluahkan perasaan yang serabut.
“Komunikasi itu penting antara suami dan isteri. Orang lelaki tak macam kita, dia orang tak ada kebolehan membaca isi hati. Lelaki tak ada naluri halus macam perempuan. Masa mula mula kawin dulu, Mak Aji dengan Pak Aji selalu bermasam muka. Mak Aji kuat merajuk tapi dia pula buat tak reti. Hangin lah Mak Aji! Tapi lama lama Mak Aji makin matang dan kalau ada yang tak kena Mak Aji sound saja depan depan. Lagi baik bertekak dari simpan dalam hati. Bila kita dah luahkan rasa tak puas hati, baru kita rasa tenang. Kalau tak , nanti jadi racun yang boleh makan dalam. Dari sayang, lama lama boleh jadi benci”
“ Wah, Mak Aji patut jadi kaunselor rumahtangga lah. Mak Aji dengan Pak Aji boleh buat rancangan bual bicara macam Semanis Kurma.” Usik Nurul.
Mak Aji menampar lembut lengan Nurul sambil ketawa terkekeh. “ Hisssyyy…. Kamu ni!”
Nurul menghabiskan air teh bunga . “ Mak Aji, Yuyu nak kelapa parut dua biji dengan pulut hitam.”
“ Nak masak apa? Mesti nak masak special sebab Redza balik."
" Adalah sikit. Tok Nah dah ajar Yuyu macam mana nak masak masakan kesukaan Redza. Harap harap jadi lah"
“ Baguslah. Orang sekarang yang duduk di KL semua suka beli saja lauk. Entah apa tukang masak tu letak pun kita tak tahu. Suami mesti sayang isteri yang rajin masak. Kalau tak sedap pun tak apa, janji kita buat dengan ikhlas dan jangan lupa baca salawat. ” komen Mak Aji sambil mengambil barang yang di minta. Matanya tertancap ke luar tingkap kedai.
“ Eh, siapa pula datang ke rumah kamu tu? Cantiknya kereta! Masyaallah!” seru Mak Aji.
Muka Nurul terus pucat bila melihat Bentley warna perak yang berhenti di depan rumah. Matilah Mak! Sampai ke sini Elly cari aku. Mana aku nak lari?
“ Siapa tu? Suami Yuyu kah?” Mak Aji memandangnya dengan hairan. Kenapa Nurul terpaku tegak macam tugu sedangkan ada tamu bertandang ke rumah.
“ Bukan…..” Suaranya perlahan. Mampukah aku berdepan dengan Elly? Dia mengintai dari tingkap sambil menimbang sama ada dia patut sembunyi di kedai Mak Aji sampai mereka pulang. Hai, mengarut! Sampai bila aku nak sakit hati dengan Elly? Bukan dia yang memilih untuk berkahwin dengan suami aku, bahkan dia tak tahu pun Redza suami aku. Kenapa aku sanggup mengenepikan sahabat yang memerlukan aku? Bukan sehari dua aku kenal Elly, dah 10 tahun kami mengharungi pelbagai suka duka. Keadaan yang memaksa kami bermadu, tidak ada siapa yang bersalah dalam hal ini. Masaalahnya sekarang aku bimbang terlepas cakap tentang status aku dan Redza dan aku tak pasti bagaimana penerimaan Elly dan Puan Sri Lily kalau mereka tahu aku isteri Redza. Boleh jadi aku di cop penggoda, penderhaka, perampas….macam macamlah. Nurul bermonolog sambil melangkah gontai ke arah rumahnya. Tiba tiba ada idea nakal tercetus di kepala. AHA!
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu Puan Sri Lily mengetuk pintu rumah Tok Nah dan memberi salam namun tiada respons. Dia berpaling ke arah kereta dan menggerakkan tapak tangan menunjukkan tiada orang di rumah.
Elly merengus sambil menekan nombor telefon Nurul. Seperti biasa, tiada jawapan. Telefon di campakkan atas tempat duduk.
“ This is your fault Mummy. Kenapa tak call dulu sebelum datang? Macam mana kalau Yuyu dan nenek dia tak ada? Kita nak pergi mana? Pinggang Elly dah sakit sebab lama sangat dalam kereta”
“ Kita cari hotel. Mummy nak freshen up dan solat dulu, lepas itu kita balik sini.”
“ Hotel di sini semua cikai. I don’t want to stay in some dodgy place. Silap silap kita kena rompak. Tengoklah orang orang kat warong tu, macam jakun tengok Bentley. Mummy patut bawa kereta buruk saja” bantah Elly.
Puan Sri Lily mati akal. Kata kata Elly memang betul tapi dia sudah bosan mendengar rengekan anaknya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur. Untuk menenangkan hati , Puan Sri Lily melangkah keluar dari kereta dan menapak sekeliling laman. Dia leka melihat bunga kertas dan bunga orkid yang di tanam Tok Nah. Hatinya melonjak gembira bila matanya menangkap kelibat seorang gadis sedang mendekati mereka. Itu pun Nurul!
“ YUYU! Where have you been? Sampai hati kau tak jawab call aku. Kau dah sihat kan? Jom lah balik KL tinggal kat rumah aku.” Elly meluru keluar dari kereta dan memeluknya.
“ Er… sorry. I don't recognize you. You ni siapa? Puan siapa? ” Nurul buat muka blur sambil meleraikan diri dari pelukan Elly. Kepalanya di garu.
“ Yuyu! Kau tak ingat aku? Eh… janganlah gurau. Hari tu masa jumpa kat KLCC kau okay je. ” Elly meneliti wajah kawannya. Makin manis Nurul bila bertudung. Tapi kenapa dia berkelakuan pelik begini?
“ Elly, jangan pressure Yuyu. Mungkin penyakit amnesia dia datang balik, kita tak tahu” Puan Sri Lily mencuit siku anaknya.
“ Maafkan saya Puan. Saya betul betul tak ingat. Datang dari jauh ke?” Ho ho… kejam nya aku. Astaghfirullah.
Pintu rumah di buka luas dan tetamu di pelawa masuk sebelum Nurul menghilangkan diri ke dapur. Beberapa minit kemudian dia keluar menatang jag berisi air sirap dan sepiring agar agar buah yang di buatnya semalam.
Nurul mengambil tempat duduk di kerusi bertentangan dengan dua beranak itu. Rasa gelisah bertandang di hatinya. Bagaimana kalau Redza sampai dan terserempak dengan mereka? Harap harap bila Redza nampak kereta Bentley di luar, dia tahu yang tuan empunya kereta ada di rumah ini. Pandai pandailah kau buat kona baring dan tunggu sampai line clear.
“ Jemputlah minum. Maaflah tak ada apa pun nak di jamu. Nenek saya yang pandai masak tapi dia ke rumah kawan. ” Nurul senyum manis.
“ Its okay. Auntie mak Elly. Kita datang dari KL sebab Elly rindu sangat nak jumpa Yuyu. Yuyu dengan Elly best friends sejak sekolah. “ jelas Puan Sri Lily. Dia tak sangka Nurul akan mengalami “relapse” kerana doktor di London yang merawatnya mengatakan dia telah sembuh sepenuhnya. Kasihan Nurul.
“ Oh.. okay. Saya minta maaf sebab tak ingat awak, Elly. Kita sekolah di mana dulu? ” Nurul memandang mereka dengan tenang walaupun hatinya berdebar. Jangan tersilap skrip.
“ Di Aminuddin Baki. Kau tak ingat zaman persekolahan kita? Kau selalu tolong aku kat sekolah bila aku kena buli. Aku ni kan gemuk, orang suka ejek aku. Kau tu pula cantik, aktif dan popular. Dah lama kita berkawan, takkan kau tak ingat apa apa? “ Suara Elly sayu.
“ My memory has lapses. Itu normal kata doktor. Tapi terimakasih sebab sudi datang ke rumah kampung ini untuk melawat saya. Saya terharu sangat. ” Nurul melekapkan tangan ke dada.
“ Yuyu, ikutlah kita balik ke KL. Mungkin kau boleh ingat kembali bila kau tengok tempat tempat yang kita biasa pergi di KL. Aku nak kahwin tak lama lagi, takkan best friend aku tak ada bersama. ”
Hati Nurul rasa sakit tapi lakunan perlu di teruskan.” Congrats! Tapi saya tak dapat datang sebab belum sihat. Saya tak berani lagi nak jalan jauh. Susah nanti kalau saya sesat.”
“Kau tinggal lah kat rumah aku. Kalau nak pergi ke mana mana, driver boleh hantar. Jangan risau lah, kau tak akan sesat. Yuyu, aku tak ramai kawan dan aku rasa sunyi sangat. Dulu kau selalu bantu aku kalau aku ada masaalah. Sekarang aku ada masaalah paling besar. Aku kena kawin paksa. Bakal suami aku tak suka aku. “ Elly mengadu.
Yeay.. yeay! Padan muka! Soraknya dalam hati. Nurul berpura pura hairan , kemudian pandangannya berlabuh pada Puan Sri Lily.
“ Huh? Er… kenapa Auntie paksa anak Auntie kawin dengan lelaki yang tak suka dia? Saya tak faham lah.”
“ It’s a long story Yuyu. Tapi percayalah, Auntie sangat sayangkan Elly. Dia anak tunggal Auntie dan apa yang Auntie buat adalah untuk kebaikan dia. Satu masa dulu, Elly jatuh cinta dengan Redza dan perasaan itu akan bersemi kembali, insyaallah. Cuma Elly kena bersabar dan belajar jadi isteri yang taat dan pandai jaga suami. Redza lelaki yang baik dan tak mustahil kalau dia juga mula menyayangi Elly satu hari nanti. Betul tak, Yuyu? ”
Hati Nurul di siat siat. Bukan senang nak jadi pelakun, riak muka kena maintain walaupun dalaman bergelodak. Kepalanya di angguk.
“ Don’t fool yourself Mummy. Redza dah biasa di kelilingi model model dan dia tak selera dengan perempuan gemuk macam Elly ni. Sudahlah Mummy, jangan buang masa lagi di sini. Jom lah kita balik, Yuyu tak ingat kita. ” gumam Elly sambil mengesat mata kekecewaan. Harapannya berkecai bila Nurul hilang ingatan. Mana perginya penasihat peribadi aku?
“ I’m sorry. Nanti kalau memori saya dah okay, saya akan contact Elly. Janganlah sedih. ” Bahu Elly di usap. Nurul cepat tersentuh bila sahabat karibnya menitiskan airmata.
“ Kalau macam tu Auntie nak tumpang solat dulu sebelum kami pulang.” Puan Sri Lily mengambil tote bag Chanel berisi telekung.
Nurul menghembus nafas lega dan terus ke bilik tidurnya untuk membentang sejadah. Aku minta maaf Elly, dalam situasi sekarang aku tak mampu jadi kaunter aduan kau.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 22-4-2013 04:11 PM
tau tak pe!!!!
bizi tak hengat
nak baca citer lady pun tak sempat
nanti bila free kita akan marathon
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha kasi habis je cerita ni
org dok melangut kat rmh sini sampai reban tangga rumah |
|
|
|
|
|
|
|
ala...nak lagi...lama dah tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kak Smiley, kak qimi.
Wah dah banyak cita baru kat sini. Seperti biasa cita kaka smiley mesyi awesome punya
Pesta buku nie tak turun ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 puan sri jumpa gambar kawin yuyu kot dlm bilik.... |
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 22-4-2013 05:14 PM
Ha ha ha kasi habis je cerita ni
org dok melangut kat rmh sini sampai reban tangga ruma ...
mesti habis sblm Ramadhan, insyaallah
|
|
|
|
|
|
|
|
anieaina posted on 23-4-2013 05:39 PM
Salam kak Smiley, kak qimi.
Wah dah banyak cita baru kat sini. Seperti biasa cita kaka smiley mes ...
ingat nak pergi hari kerja sbb tak tahan nak redah lautan manusia hujung minggu
novel apa yg best skrg?
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 23-4-2013 09:03 PM
Ntah2 puan sri jumpa gambar kawin yuyu kot dlm bilik....
Yuyu simpan dlm laptop je
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 31
Selesai tugas di pejabat Trapezium, Redza bergegas pulang ke kondo untuk mengambil pakaian. Tak sabar rasanya nak bertemu dengan isteri tersayang. Sudah dua minggu mereka tidak bertemu, rindu bagai nak gila! Beberapa meter sebelum sampai ke pintu lobi, bahunya di tepuk. Terkejut juga melihat bakal bapa mertuanya Tan Sri Effendy bersama seorang lelaki India berbadan gagah perkasa. Bodyguard agaknya. Dia bersalaman dengan Tan Sri Effendy yang berpakaian formal, 3 piece suit yang di tempah di Saville Row tentunya. Bentuk tubuh Tan Sri yang gempal dan rendah tak membolehkan dia membeli sut designer ready to wear tapi dia mampu menempah dari tukang jahit termahal di dunia. Tan Sri Effendy mengajaknya minum kopi di Coffee Bean dan bila melihat saiz bodyguard Tan Sri, dia tahu dia tak ada pilihan.
Sebaik Redza meletak dua mug Caffe Latte di meja, Tan Sri Effendy bertanya soalan cepumas.
“ Is it true you have a wife?”
Redza menarik nafas dan mengangguk. Wajahnya tenang. Lambat laun mereka akan tahu juga.
“ Yes, Uncle. Saya dah kahwin.”
“I feel stupid! Mana nak letak muka keluarga kami kalau Elly jadi isteri kedua? Semua orang akan gelar Elly perampas. Its very embarrassing! Bila Redza kahwin? “ Suara dan wajah Tan Sri Effendy tegang. Lelaki kacak di depannya di pandang tajam.
Mudah saja, batalkan perkahwinan aku dengan Elly,Redza bersuara dalam hati. “ Saya berkahwin 4 bulan lepas. ”
“ Ceraikan dia. Uncle tak nak Elly jadi isteri kedua.” Cadangan Tan Sri Effendy bagai ledakan bom.
“ What?! No way! Saya minta maaf, saya sangat sayangkan isteri saya. Uncle , forgive me for saying this but we both know why I am marrying Elly. Mana lagi memalukan, berkahwin dengan suami orang atau melahirkan anak luar nikah? ” Bergetar suara Redza.
Tan Sri Effendy meraup muka. Keluhan panjang terlepas dari bibirnya “ Redza, Uncle sedar anak Uncle bukan Miss Universe dan dia mengandung anak haram. Tapi dia satu satunya anak Uncle. Uncle dan Auntie perlu jaga status kami. Kalau ada di antara 1000 orang jemputan pada majlis persandingan nanti yang tahu Redza sudah berkahwin, malu lah kami.”
“ Uncle , lelaki boleh kahwin empat. Its not a sin in Islam. Saya kahwin dengan Elly bersebab dan saya tak akan ceraikan isteri saya sebab tak ada alasan yang kukuh. Cerai bukan perkara yang di galakkan dalam Islam dan tak boleh di buat main. ” Tak masuk akal langsung cadangan Tan Sri Effendy. Kalau Ecah jadi janda, tentu ramai nak ngappp! Aku juga yang melopong nanti.
“ Tak payah nak lecture Uncle. Beginilah, Redza ceraikan isteri Redza sebelum perkahwinan kamu dengan Elly. Lepas perkahwinan dengan Elly selesai, Redza boleh rujuk semula dengan isteri pertama kamu. Its just that I don’t want the kadi or anyone else to know that you are a married man. Cerita macam ini cepat saja jadi buah mulut orang. I will pay you and your wife well. Money is not an issue. Cakap saja berapa korang nak.”
Redza menggeleng sambil berdecit. Gila! Ingat duit boleh beli semua benda? Aku tak rela pernikahan aku dan Ecah di perkotak katikkan.
“ Uncle, I may not be as rich as you are but I am comfortable with my income. Rezeki di tangan Allah dan saya tak nak buat duit dengan cara tak halal. Lagipun, kenapa nak kecoh pasal apa orang lain kata? Uncle dan Auntie tak akan jadi miskin pun kalau orang mengumpat. Saya tak akan ceraikan isteri saya dan keputusan saya muktamad. Kalau Uncle tak suka, saya tak perlu kahwin dengan Elly. Uncle boleh cari lelaki lain untuk jadi Pak Sanggup. Ramai lelaki di luar sana yang perlukan wang”.
Tan Sri Effendy mendengus. Dia pantang kalah, samada di padang golf mahupun di meja rundingan dengan pesaing perniagaan. Masih ada “trump card” yang belum di guna.
“ Hey, kau dah lupa wasiat mak kau? Kau dah lupa yang syurga terletak di bawah kaki ibu? Kau nak mak kau mati dengan mata tak tertutup sebab hajat dia tak di tunaikan? “ soal Tan Sri Effendy. Kurang asam punya Redza! Ben, pengawal peribadinya yang duduk di meja tepi pintu bersiap siaga bila suara Tan Sri Effendi meninggi.
Redza mengukir senyum sinis. Kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan Nurul. Datin Wan Hamidah rindukan masakan Nurul dan cara Nurul melayan dia di London dulu. Nama Nurul sering meniti di bibir ibunya. Tentu tak mustahil dia dapat menerima Nurul sebagai menantu. Tapi aku perlu bijak mengatur strategi, Nurul perlu di lindungi. Orang yang punya duit dan kuasa seperti Tan Sri Effendy boleh lakukan apa saja untuk mencapai hajatnya. Nasib baik tak siapa pun tahu identiti isteri aku kecuali Papa, Makcik Ila, Izreen dan Mike. Otak nya ligat berfikir.
“ Okay, you win, Uncle. Saya tak nak bergaduh dengan Uncle sebab saya respect Uncle sebagai orang yang lebih tua dan banyak tolong my parents. Let me talk to my wife about this”
“ Bagus. You are a smart guy Redza. Uncle tak nak apa apa benda tak elok terjadi.” ugut Tan Sri Effendy sebelum meninggalkan Coffee Bean.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Redza meraup wajah bila mengingati peristiwa kelmarin. Isterinya yang sedang kusyuk menunaikan solat Isya di pandang sayu. Rasa sedih dan takut bersilih ganti menyelubungi diri. Apa kesudahan kisah kami? Redza meletak kepala di bantal dan merenung kipas siling yang berputar laju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Usai memberi salam dan berzikir, Nurul menadah tangan untuk berdoa. Bertali arus dugaan yang datang dan dia memohon di beri kekuatan. Tiada apa yang lebih hebat dari kuasa Allah, Dia lah yang menentukan hidup mati seseorang. Tindakan Tan Sri Effendy tidak mengejutkan. Orang kaya sepertinya selalu takbur dengan kehebatan diri dan semua orang harus mengikut telunjuk mereka, di gerakkan macam buah catur.
Telekungnya di tanggalkan. Matanya bertembung dengan mata Redza dan senyum merekah di bibirnya.
“ Apa tengok tengok? Abang dah solat? Takkan uzur syarie kot?”
Masih ada unsur gangsta Cik Ecah sayang ku ni. “ Abang dah solat jamak kat rest area tadi masa Ecah tidur dalam kereta. “
“ Oh… tak kejut pun.”
“ Tak sampai hati, sayang tidur macam sleeping beauty, cuma ada stereo sound effect sikit.” Redza ketawa bila Nurul memalunya dengan bantal.
“ Jahat! Nak menipu lah tu. Mana ada?” Nurul menyarung tudung Syria dan sweater sebelum keluar ke balkoni water chalet. Semua rancangan terpaksa di ubah selepas Redza di ugut Tan Sri Effendy. Kebetulan Redza ada shooting iklan di Sepang Gold Coast keesokan hari jadi mereka bermalam di sana. Redza bimbang kalau ke rumah Aireen, kemungkinan besar Aireen akan terheret ke dalam kemelut mereka. Bayu malam sepoi membelai wajahnya dan permukaan air yang berbalam di sinari cahaya bulan membuat suasana sangat mendamaikan. Terlupa sekejap tentang kisah Tan Sri Effendy. Jauh Nurul melamun hingga tubuhnya di rangkul dari belakang.
“ What were you thinking about sayang?” bisik Redza di telinga penuh romantis.
“ Hmm… tak ada apa apa. Just admiring the view and the moonlight. Seronok kan kalau kita boleh tinggal di tempat macam ni”
“ Boleh. Nak abang belikan water chalet sebiji? Kita beli bot dan kalau nak ke mana mana kita naik bot saja. You can be in your bikini all day long.” Pelukannya makin ketat.
“ Tak nak. Kesian abang, kena tanggung banyak dosa nanti. ”
“ Oh ya, lupa pula. Alhamdulillah Ecah dah bertudung. Ringan sikit beban abang. I am really grateful to have a wife like you. Abang tak payah suruh pun Ecah dengan ikhlas tutup aurat” Pipi isterinya di kucup lembut. Redza terkejut bila sampai di rumah Tok Nah dan melihat Nurul yang baru. Kalau dulu dia sememangnya cantik, sekarang lebih ayu lagi. Bangga semacam rasanya pula bila segala asset Nurul di sembunyi dari tatapan ramai dan cuma di persembahkan untuk aku seorang. Yang tak dapat tengok selalu itulah yang makin aku nak.
“ Ecah bukan tutup aurat betul betul, tapak kaki pun aurat wanita tapi rasa kekok nak pakai stoking setiap kali keluar. Blaus pun banyak yang tak cukup labuh dan longgar. But I’m trying my best"
“ Nanti kita pergi shopping belikan Ecah pakaian yang sesuai. Abang teringin nak tengok isteri abang pakai jubah hitam macam perempuan Arab. All covered up and exotic tapi di bawah jubah…..”
“ Ooh…. Pernah ada makwe Arab ke? Memang perempuan Arab lah yang paling suka lingerie sexy dan mahal. Ecah pernah ke rumah seorang stewardess di Jeddah masa dia buat birthday party for ladies only. Underneath their jubah , they are very sexily dressed. Semua kawan kawan mak dia yang dah berusia 40an pun pakai baju spaghetti strap”
“ Wow! Tak sabar abang nak tengok Ecah pakai macam tu. It’s a real turn on”
Nurul menggenggam tangan Redza yang mula menjalar ke bahu dan belakang. “ Abang, sabarlah. Kita kena bincang pasal strategi kita. “
Aiseyyman.. potong stim betul. Redza menarik tangan isterinya masuk ke bilik dan pintu gelangsar di tarik. Mana lah tahu ada spy dalam bot di bawah chalet. Mereka duduk bertentangan di day bed sebelah tingkap.
“ Jangan lupa, abang pun ada contacts juga. Abang dah terangkan masaalah kita pada Ustaz Yusuf dan dia boleh tolong. Our records will be temporarily “ misplaced”. Yang penting Tan Sri tak tahu Ecah isteri abang”
“ Habis tu, Ecah kena sembunyi? Sampai bila? Ecah pun nak jalani hidup seperti biasa. Sudahlah tak dapat hidup macam suami isteri, tapi takkan Ecah tak boleh bebas ke mana mana? Bodoh betul lah Uncle Effendy! Ecah dah benarkan abang kawin dengan Elly pun masih tak cukup lagi. “ dengus Nurul sambil mencebik bibir.
“ Tolong lah, jangan buat muka cute macam tu. Geram!” Spontan bibir Nurul di pagut. Nurul meronta melepaskan diri.
“ Abang , be serious lah. I need to know what’s going to happen to me. Apa kata Ecah balik kampung dan tinggal di sana selamanya? Atau nak Ecah tinggal di dalam hutan di penempatan Orang Asli? Mesti tak siapa pun dapat cari.. ”
“Bukan Abang tak nak Ecah balik kampung tapi Abang tak mahu Tok Nah terbabit dalam masaalah ini. Cukuplah Tok membenci abang sebab apa yang abang buat dulu. Jangan risau, Abang ada plan tapi Ecah kena percayakan Abang. Abang tak akan biarkan sesiapa pun pisahkan kita.” Kedua belah tangan Nurul di genggam erat. Mata mereka bersabung dan Nurul melihat kasih yang luhur terpancar dari anak mata suaminya.
“ Okay, Ecah ikut cakap abang.” Walaupun hatinya libang libur tapi dia ingin menjadi isteri yang solehah. Aku bukan Muslimah yang ideal, tapi aku ingin mencari redha Allah. Redza dan aku tidak sempurna dan dia pilih aku berdasarkan nafsu bukan sebab aku muslimah yang baik. Dia terasa malu pada Allah bila teringat semula perkenalan mereka dan waktu mereka berpacaran. Alangkah indah kalau kami seperti pasangan dalam filem kisah cinta Islamik yang menjadi trend sekarang. Namun aku bersyukur yang umur aku masih panjang. Perjalanan kami masih jauh untuk membina Baitul Muslim tapi aku sentiasa memohon pada Allah kami dapat memperbaiki diri.
Dengan terperinci Redza menerangkan apa yang perlu mereka lakukan. Nurul di landa gelisah namun dia percaya Redza tahu apa yang terbaik. Dia mendengar kata kata Redza dengan pasrah. Redza suami aku dan aku harus akur dengan perintahnya. Sebuah kapal hanya perlukan satu nakhoda.
“ Siapa lagi yang tahu pasal pelan ini?”
“ Tak ramai, cuma Papa, Makcik Ila, Mike, Izreen dan Kak Lia. Besok pemandu Abang akan hantar Ecah ke rumah Aireen. Abang minta maaf sebab tak dapat temankan Ecah ke hospital tapi Izreen akan ada di sana. Kalau ada apa apa masaalah, Ecah call Abang. Habis saja shooting di sini, Abang akan pulang ke rumah Mama.”
Nurul mengangguk. Ya Allah, bantulah kami, sesungguhnya kami tidak berniat untuk mempermainkan ijab dan qabul dan jodoh yang tertulis. Dia termangu seketika sambil mencerna segala kemungkinan.
“ Sayang, dah lambat. Lets get some sleep. Besok lepas Subuh, abang kena start shooting” Redza menutup kuap. Rambut isterinya di usap lembut. Nurul masuk ke bilik air untuk menukar pakaian tidur. Dia masih di baluti perasaan malu untuk mempamerkan apa yang tidak sepatutnya di depan suami.
Redza membuka ikatan kelambu di tiang katil dan melabuhkan tubuh ke tilam empuk. Angin malam dan deru ombak membuai diri dan tidur mula menyapa. Namun mata yang berat celik serta merta bila isterinya keluar dari bilik air. Fuuuhhh… bilik nyaman terus jadi hangat. Blaus pendek dan shorts satin menyerlahkan kecantikan tubuh Nurul. Sexy, naughty and cute at the same time. Warna merah begitu kontra dengan kulit cerah Nurul.
“ I’m the luckiest man in the world. Alhamdulillah” Redza senyum nakal. Muka isterinya kemerahan.
“ Eh, Abang belum tidur lagi? Tadi dah menguap sakan. Tidurlah, esok kena bangun awal” Nurul menarik selimut menutup kaki yang terdedah ke pangkal peha.
“ Mana boleh tidur? Sangat merugikan kalau a hot babe like you is lying next to me. “ Bibir Nurul menjadi sasarannya. Nurul mengusap rambut suaminya.
“ I love you so much sayang. Ecah lah harta Abang yang paling berharga dan Abang akan jaga sampai akhir hayat. ” Tubuh Nurul di rangkul erat sebelum membaca doa mohon di jauhkan syaitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 25-4-2013 07:33 PM
Usai memberi salam dan berzikir, Nurul menadah tangan untuk berdoa. Bertali arus dugaan yang datang ...
tq sb sambung tapi benci la dgn effendy ni..sian kat redha n ecah....jgn pisahkan mereka
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|