“jom kita pergi lunch sama-sama.........” ajak Ilham yang setia menanti Nadrisa diluar kedai buku Utama. Nadrisa yang baru menjejak kaki diluar kedai buku terkejut. Siapa yang tak terkejut mendapat sapaan yang tak semena-mena macam tu. Salam pon tak diberikan!
“awak lagi!” tinggi suara Nadrisa.
“yer saya... jom kita pergi lunch sama-sama.” Ajak Ilham sekali lagi.
“maaf saya tak free...” tolak Nadrisa tegas.
“tak payah jual mahal la cik Risa...... jom la. Saya belanja.”
“saya tak sengkek lagi...... saya ada duit saya sendiri. tak takut ke saya kikis duit awak nanti?” sinis Nadrisa berkata. mula mengungkit kisah silam mereka. Hatinya mula pedih mengingatkan penghinaan Ilham terhadapnya. Mentang-mentanglah aku orang miskin.
“saya minta maaf pasal tu....... saya tahu saya salah faham terhadap awak. Kini saya sedar awak bukan macam tu.”
“dah habis cakapkan...... okey.. bye.” Ucap Nadrisa lalu cuba meninggalkan Ilham. Namun langkahnya terhenti tatkala terasa beg tangan yang digalas dipegang seseorang.
“saya tak habis cakap lagi.... tolong beri saya peluang untuk menjelaskan segalanya.”Minta Ilham lembut namun tegas. Nadrisa mengeluh kasar.
“tak ada apa-apa yang kita nak cakap lagi... saya tak perlukan apa-apa penjelasan dari awak..”
“Risa...tolong beri saya peluang.. saya nak baiki hubungan kita. Saya sayangkan awak.Saya masih cintakan awak. Beri saya peluang kedua Risa.”pujuk Ilham bersungguh-sungguh. Dia tidak peduli dimana mereka berada kini asalkan Nadrisa mesti tahu perasaanya yang sebenar.
“ada saya kisah awak cintakan saya ke tak? Kisah kita tak pernah wujud Ilham.. kisah kita tu semua pembohongan. Saya tipu awak, awak tipu saya. kita tak perlu sambung hubungan yang mengarut macam ni.”
“tapi kita sebenarnya saling cinta mencintai....”
“berhenti cakap pasal cinta....... saya tak nak dengar! Perkara ni dah berlalu. Sekarang kita ada hidup masing-masing.” Keras Nadrisa membalas. Dia mahu Ilham berhenti bercakap tentang hati dan perasaan. Dia tidak mahu tunduk lagi terhadap perasaannya yang sememangnya sayang terhadap Ilham.
“perkara ini memang dah berlalu tetapi masih belum selesai. Saya akui saya salah sebab saya dah hina awak, saya tak beri awak kesempatan untuk menjelaskan perkara sebenar tapi tolonglah beri saya peluang ke dua untuk menebus kesilapan ini. saya sayangkan awak dan tahu awak pon masih sayangkan saya.”
“awak memang kuat perasankan? Kita dah tak jumpa lebih setahun dan bila jumpa balik boleh awak cakap saya masih sayangkan awak? Awak ingat susah sangat ke saya nak lupakan orang macam awak ni?” marah Nadrisa selepas mendengar kata-kata Ilham. Kata-kata Ilham yang sememangnya benar itu merisaukannya. Dia tidak mahu ada kaitan dengan Ilham lagi. Ilham tak pernah sayang padanya selama ini. Ilham hanya mencarinya untuk mengubat kesunyian.
“saya orang macam mana Risa?” duga Ilham. Nadrisa terdiam seketika.
“saya tak ada apa-apa nak cakap dengan awak..... jadi saya pergi dulu. Assalamualaikum.”Dalih Nadrisa untuk melarikan diri.
“jawab dulu soalan saya Risa... saya orang yang macam mana? Kenapa awak dengan mudah boleh lupakan saya?”
“berhenti cakap perkara lepas boleh?” tinggi suara Nadrisa namun terserlah getaran halus dalam nada marahnya. Matanya mula terasa pedih. Dadanya berombak kencang cuba menahan diri dari menumpahkan air dari kolam matanya. Kenapa Ilham tak habis-habis mahu mengungkit kisah lalu. kisah itu hanya menyakitkan hatinya sahaja. Ilham pasti tidak terkesan dengan kisah itu kerana bagi Ilham dia tidak penting! Ilham sedar Nadrisa sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Hatinya kuat mengatakan Nadrisa masih sayang padanya. Sama sepertinya!
“saya cintakan awak Risa... saya nak kita sambung kembali hubungan kita.” Luah Ilham untuk kesekian kalinya. Dia berharap sangat Nadrisa memahami niatnya yang tulus suci lagi murni ini. Nadrisa sekadar mendiamkan diri. Tiada balasan dari mulutnya. Dia bergegas meninggalkan Ilham. Dia tidak mahu mendengar sebarang kata dari mulut bekas kekasihnya.
Last edited by misssakura on 26-10-2012 08:17 PM
|