|
sikit benor sambungannya
nampaknya anak singa dah terlentok dgn taufiq yea |
|
|
|
|
|
|
|
wah dh ad sambungan terubat rindu... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dah ada n3...x puaslah sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit benor en3..smbg lagi yerr |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la lgggggg............. |
|
|
|
|
|
|
|
lamanyer nak sambung..
best anak singa dah jinak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sambung la lagi...lama dah tunggu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
menunggu dan terus menunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm... bila lah nak habis cite nie kan???
lama sgt lah sambungannyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung lama dah ni......... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini semangatnya nak kemas rumah naik mendadak. Sana sini Dayah sapu bersih. Sekejap lagi bila suaminya balik dari kerja pastilah senang hati bila tengok semuanya kemas tersusun. Hari ini Dayah sudah berangan-angan yang dia tidak mahu gaduh lagi dengan Taufiq.
Tidak mahu lagi tunjuk muka 14 yang selalu-selalu dia buat tu. Yalah, kalau lama-lama macam itu tentu mulut Dayah yang elok-elok saja terletak itu berubah jadi mulut itik pula.
Yalah, buat apa nak gaduh-gaduh. Dayah rasa, apa yang berlaku tetap tidak boleh diubah. Jadi dia rasa macam nak terima Taufiq terus je. Boleh ke gitu? Emm..leganya dia rasa.
Nampaknya segala yang diimpikan memang boleh wujud dengan kehadiran Taufiq. Entah kenapa, Dayah rasa seperti cepat betul keputusan dia berubah. Nak menyesal? Eh, tak lah.
Segalanya telah Dayah serahkan, sekarang hidupnya cuma buat Taufiq. Dan dia mahu percaya Taufiq 120% tanpa ragu-ragu sedikit pun.
Taufiq pun nampak berubah habis selepas peristiwa itu. Lebih matang dan ...emm...entah. yang pasti Dayah suka. Wah, kalau dah suka, semua benda jadi indah kan?
Dayah senyum. Tadi Taufiq janji nak bawanya makan di luar. Baguslah. Tidak perlulah dia letih memikirkan apa yang perlu dimasak hari ni. Dia sudah pun bersiap-siap. Sekejap lagi Taufiq balik mereka akan terus keluar.
Sesekali tudung yang tersarung di kepalanya, dia betulkan. Risau juga andai tersenget. Kali ini bukan lagi selendang yang selalu sahaja degil di atas kepalanya, tapi tudung yang mudah saja Dayah sarungkan atas kepala. Tak payahla lilit-lilit sana- sini macam nak bungkus tapai tu! Pandai Taufiq pilih!
“Eh, awalnya besiap!” Taufiq muncul dari pintu. Lekas-lekas Dayah sambut bag galas Taufiq dan tangan Taufiq segera dia cium. Wah, Dayah dah mula praktiskan ilmu-ilmu isteri solehah gitu. Taufiq senyum saja. Tidak mahulah dia tegur apa-apa, nanti muncung sedepa mulut Dayah tu muncul semula. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq sebab ada |N3 tapi nape skt sangat he he...dah lama tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
“Yalah, saya dah lapar sangat.”Dayah terus peluk pinggang Taufiq. Macam tu lah Taufiq suka.
“Yeke, lapar nasik ke lapar abang ni? Macam nak makan abang je ni.” Taufiq gelak. Dayah pura-pura tarik muka, tetapi pelukan di pinggang Taufiq dia eratkan lagi.
“Abang tu yang lapar lain kan?”Dayah senyum. Sesekali rasa rugi pula kerana membiarkan hari-hari lalunya berlalu dengan dingin dan bergaduh dengan Taufiq.
******
“Dayah, lekaslah. Nanti lambat pulak kita sampai kat kampung. Amboi, tak sabarnya anak emak yang sorang itu nak balik kampung. Macamlah kampung dia tu dekat oversea sana jauhnya. Sejak sudah berbaik-baik ni, Dayah dah tak tarik muka lagi depanTaufiq. Apa disuruh, apa dinasihat semua Dayah ikut saja.
Sekarang baru dia nampak yang Taufiq tu baik ya amat.
“Yalah, dah siap ni.”Dayah terkocoh-kocoh keluar dari bilik.
“Eh, mana bagnye?”
“Ala, berat. Abang tolong angkatkan ok?”Dayah terus melenggang keluar dari rumah. Menanti dari situ. Dan Taufiq dengan senyum simpulnya mengangkat bag mereka yang seperti almari tiga pintu itu. Yalah, Dayah tu kalau nak kemana-mana tidak sah kalau tidak bawa baju satu almari!
Hari ini genap enam bulan mereka berumah tangga. Akhirnya segala kebahagiaan milik mereka.
Dayah pun sudah melupakan segala yang berlaku dahulu, ketika zaman cinta monyetnya dulu. Alah, peristiwa tunang tak jadi itulah. Dan Taufiqlah yang paling bahagia, dapat bini cantik dan baik hati pula.
*********
Dayah lekas-lekas keluar dari kereta. Risau andai Taufiq meninggalkannya pula. Taufiq tu jalannya ligat bukan main lagi sekarang.Tidak mahu bazir masa dengan berlenggang-lenggok katanya. Dia berhajat untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluarga mertuanya nanti. Yalah, dah lama tidak menjenguk orang tua itu eloklah dibawa sesuatu.
Dari jauh Dayah sudah nampak kelibat Mak Cik Som yang banyak songeh di pasar. Dayah harap sangat yang dia tidak terserempak dengan orang tua itu. Yalah, bukan Dayah tidak mahu beramah mesra dengan sedara-mara Taufiq, tetapi mulut Mak Cik Som tu memanglah mengalahkan lesung batu pedasnya bila bercakap. Sampai Dayah pun sakit hati.
Sekarang, Dayah tahu sangat yang Mak Cik Som memang sudah pasang niat nak rapat-rapatkan anak dara dia yang kategori lanjut usia itu dengan Taufiq! Dayah sedar sangat perancangan sulit Mak Cik Som itu. Cuma Dayah biarkan saja dulu.
Bersambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 394# mie07
sikit2 lama-lama jadi bukit gitu |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lama-lama ye nak sambung..hehehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 398# auntieagony
Hehe...tq suka. Nak habiskan la ni aunti..kene ada konflik manja2 sikit je..pastu habisla. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum;)
Novel pertamaku dgn JS adiwarna...Tajuknya Min, kopi dan zzz...sudi-sudilah tengok dan baca dilaman web Js adiwarna. Cerita pasal zaman asrama dolu2 gitu. Insyaallah, keluar dlm bulan 6 nanti. Kat situ ada riview beberapa bab. Boleh rujuk dekat Laman web Js adiwarna ya.
http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-novel.html |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|