|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
bunting pelamin si dahlia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Smiley,
Alhamdulillah smiley selamat pergi dan kembali.
Masa kat sana jumpa dahlia tak. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya puan dahlia disahkan mengandung..
thanks kak juna |
|
|
|
|
|
|
|
takde n3 ke ptg2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha teringat kak long haku time nak bersanding titik inai
suami dia yg pengsan sbb x makan nak diet sbb takut baju pengantin tak muat
cam tu pun ada ha ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet... camane la reaksi mair nanti pas dah tau lia pregnant nih..
mesti melompat2 suka... |
|
|
|
|
|
|
|
ala belum ada n3 |
|
|
|
|
|
|
|
mana future daddy ni menghilang.. bz lagi ker??
nmpaknya.. mummy lia kena simpan gud new utk daddy amir lagi la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha teringat kak long haku time nak bersanding titik inai
suami dia yg pengsan sbb x makan na ...
qimi08 Post at 19-4-2011 15:39
selalu pompuan yg jaga badan , ni terbalik plak
aku ingat ada sorang kawan crash diet, seminggu sebelum kawin minum sirap jer
masa kawin mmg selim melim
sebulan lepas tu tembun balik |
|
|
|
|
|
|
|
Amir menarik kerusi di kawasan R&R Tapah. Datuk Azmi menyusul sebentar kemudian. Masing masing memesan kopi pekat dan pau kaya untuk mengalas perut. Perjalanan ke KK tidak jauh tapi mereka penat sebab bertolak agak lambat selepas menyelesaikan kerja ofis yang tak pernah surut. Puan Sri Sabihah dan saudara mara yang lain sudah bertolak lebih awal. Ada yang akan bermalam di Ipoh memandangkan bilik hotel di KK agak terhad. Ada juga yang akan balik hari.
Datuk Azmi menyalakan sebatang Dunhill, matanya cepat mengantuk kalau tak pekena rokok. Amir terpaksa menadah rongga paru paru untuk di toksik kan. Hailaa.. abang aku ni takde sivik langsung.
“ Abang dengar Mir nak pindah lepas reception nanti.” Datuk Azmi memulakan mukadimah. Walaupun mereka bekerja di ofis yang sama dan tinggal serumah tapi peluang untuk berbual santai jarang menjelma.
“ Yup. Mir dengan Lia nak pindah ke Hartamas. Its time we got our own place. Abang tak kisah, kan?”
“Pasal Elly dengan Lia tak sebulu kah?” Amir tidak perlu menjawab. Ketara sungguh yang kedua biras itu tidak “ngam”. Elly dengan sikap angkuhnya amat menjengkelkan. Lia menjeruk rasa. Aku pula sibuk dengan kerja. Berapa lama lagi Lia sanggup bertahan sebelum perang meletus. Amir mengoyak pau kaya yang masih panas berasap.
“ Amir kasihankan Lia. Dia bukannya tak nak tinggal dengan Mummy tapi dia rasa terkongkong. Dia teringin nak hias rumah sendiri, masak untuk hubby terchenta. “ Amir menuding jari pada dada sendiri
Datuk Azmi senyum sinis. Kalau lah Elly nacan Dahlia, alangkah bagus. Ini jangan harap nak masak, kopi untuk aku pun dia suruh orang gaji buatkan. Tak pernah terlintas di kepala Elly untuk pindah dari rumah Puan Sri Sabihah. Kehidupannya selesa macam anak raja. Sejak mereka kahwin berbelas tahun dulu, dia cuma tahu bersolek dan melawa.
“Kalau bapak dan saudara mara Lia datang dari kampung, mereka segan nak tumpang rumah Mummy. Biarpun banyak bilik kosong tapi rasa kekok. Sebab tu Lia nak rumah sendiri. Lagipun mat salih yang menyewa kondo Mir tu dah balik US. ” sambung Amir sambil mengunyah pau. Dia kena berdiplomasi. Cakap kena berlapik. Walau apa pun Elly masih kakak iparnya.
“ Hmm” Datuk Azmi mendengus pendek. Ini semua Elly punya pasal. Selalu berprasangka buruk. Cemburu tak bertempat. Puntung rokok di tenyeh dalam ashtray.
“ Mir dah cakap dengan Lia. Kita selalu jenguk Mummy. Kondo Mir tu bukan jauh pun. Kalau abang dengan Kak Elly pergi overseas, kita tidur di rumah Mummy. We will take good care of her, jangan risau lah”
Sepi beraja di antara mereka sebentar. Gelagat pengguna Lebuhraya Utara Selatan yang berhenti di situ menjadi perhatian. Suasana bingit dengan suara kanak kanak. Amir senyum pada seorang anak kecil yang berhenti di sisi dan memaku pandang padanya. Dia mengusap rambut ikal si kecil yang tersipu sipu lalu lari mencari ibubapanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mata Datuk Azmi menyoroti gerak geri adiknya
“ Mir bila lagi? ”
“ Soon, I hope. Minta minta Allah bagi rezeki cepat. Mir bukannya muda lagi. Kawan sebaya Mir semua dah ada anak.” Fikirannya menerawang pada Sarah. Kasihan anak anaknya yang menjadi mangsa perceraian. Harap harap Zainal tidak menyisihkan mereka bila sudah ada anak dengan isteri barunya nanti. Sejujurnya dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang baru aku faham kenapa wajah ceria Makcik Salamah dan Sarah ketika berjumpa aku di Mekah bertukar menjadi muram bila mendapat tahu aku sudah berkahwin dengan Dahlia . Sarah masih menunggu aku rupanya. Dia terlewat beberapa bulan saja. Kalau aku belum bertemu Cik Pai Ayam, mungkin juga peluang Sarah masih terbuka. Tapi sekarang aku cuma mampu bersimpati tapi tak lebih dari itu. Hati, jantung, aorta, vena dan semua kapilari sudah aku serahkan pada Dahlia seorang.
“ Bila dah ada anak nanti jangan pula biarkan Lia dengan pembantu rumah saja jaga anak. Mir pun kena jadi hands-on father. Barulah ada bond dengan anak. Dulu Abang dengan Elly serahkan pada pembantu rumah untuk jaga anak. Tengok tengok mereka dah besar. Sekarang dah susah nak bonding dengan mereka. Jangan buat kesilapan yang sama” Datuk Azmi menasihati adiknya
“ Abang boleh dapat anak lagi. Kak Elly tu bukan tua sangat. Sekarang ni perempuan 40an pun boleh beranak” Datuk Azmi menggeleng. Wajah nya serius. Dia mengeluh perlahan.
“ Mir, abang ada sesuatu nak bagi tahu. Tapi ini rahsia antara kita berdua. Please don’t tell anyone, not even Mummy or Lia” Amir terkedu.
“ Apa dia? Abang sakit? Atau Kak Elly yang sakit?”
“ Bukan. Sesiapa pun tak sakit. Setakat inilah. Tapi tak tahulah kot kot ada yang kena sakit jantung nanti. Abang nak cakap…. Er.. abang nak kahwin lagi.” Amir menegakkan duduk. Matanya membulat.
“ WHAT?!! Are you crazy? Kak Elly dah tahu? “ Bodoh punya soalan. Kalau Kak Elly tahu mustahil abang masih sihat walafiat berborak dengan aku di sini. Mesti dia dah kena kerat lapan.
Datuk Azmi geleng kepala sambil menyalakan sebatang lagi rokok. “ Belum. Abang akan bagi tahu Elly dan Mummy lepas majlis Amir kat KL” Amir mengurut pangkal hidungnya. Kepala nya berdenyut. Macam aku pula yang ada masaalah besar.
“I bet there is going to be a big fight. Kenapa Abang nak cari masaalah? Abang tak takut dengan reaksi Kak Elly? Macam mana dengan Rayyan dan Irhan?” Datuk Azmi menyedut nikotin sedalam dalamnya.
“ My marriage has been over for a long time. Amir tahu kan macam mana perangai Elly. Tak pernah nak dengar cakap Abang. Tak boleh bertolak ansur langsung. Anak anak yang cuma dua orang pun dia malas jaga. Abang pun teringin rumahtangga yang bahagia. Dapat isteri yang tunggu abang di muka pintu, buatkan air untuk abang, boleh berkongsi masaalah dan suka duka. Paling penting dia perempuan yang beriman dan taat pada suami. ”
“Ustazah mana pula yang abang jumpa? Do I know her? Abang nak cerai Kak Elly atau nak pasang dua?” Amir menggaru pelipis. Aku pula yang tak senang duduk. Hatinya berbelah bagi antara rasa kasihan pada Kak Elly yang bakal di madukan dan rasa simpati pada abangnya yang sudah lama terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta. Janganlah perkara yang sama jadi pada aku dan Lia.
“ I will introduce her to you soon. Bila Mir kenal dia Mir akan faham kenapa abang pilih dia. Abang dah buat solat istikharah dan abang pasti dengan keputusan abang. Pasal nak cerai atau tidak, abang serahkan pada Elly. I am prepared to give her anything she wants.“
“ Good luck to you” Amir meneguk baki kopi yang sudah suam. Dia masih lagi mencerna berita gempak yang di sampaikan. Di kepalanya seolah bergema detik time bomb yang akan meletup. Harap harap aku tak bersepai sama.
“Its getting late. Jom kita gerak. Mir kena rehat sebelum kenduri besok.” |
|
|
|
|
|
|
|
yea..en3 baru..thank u kak smiley... |
|
|
|
|
|
|
|
wishh tak sabarnye nak pakai baju cantik yg bling2 kat umah dahlia esok |
|
|
|
|
|
|
|
jgn2 Datok Azmi nak kawin ngan sarah kot????
ye la sarah kan dh jd ibu tunggal skrg ni....
cian gak kt ank2 sarah tue.........
btul x kak????????? |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..datuk nak pasang dua......sambung lg akak.....next...next..nexttttt.. |
|
|
|
|
|
|
|
memintak semuanya selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..pasal apa aku lebih berdebar nk tau kisah dato'azmi dr amir nih......
sapa la bakal kakak ipar amir tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|