|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
rasa nyer lelaki yang pukul linda tu memang tengku lukman, masalah mental n nak protect adik dia |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh...... kalau linda tak sedar lagi... asyik nak ganggu rumahtangga Anim je... mesti Linda kena pukul lagi..... kesiannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Lukman mengeluh perlahan. Wajah Linda yang masih tidur direnung. Kata-kata Farida membuatkan tubuhnya longlai. Linda hamil. Masaalah besar. Patutkah kandungan itu digugurkan? Tengku Lukman serba salah. Kalaulah mummy tahu, mahu mummynya kena serangan jantung. Pasti rancangan pertunangannya dengan Tengku Nellysa kacau bilau jadinya. Malah ini juga akan mengancam rancangan penggabungan syarikatnya dan syarikat Teguh Holding milik keluarga Tengku Nellysa.
Linda tersedar. Berkerut dahinya bila melihat dirinya siap terbaring atas katil sedangkan tadi dia terbaring dilantai. Tidak daya untuk terus melangkah. Tubuhnya benar-benar lemah. Tangannya mengusap prlahan perutnya. Ada sedikit senyuman terukir. Dia sedar walaupun tidak berjumpa doctor namun kelewatan teman baiknya itu menyakinkan dirinya. Sedar ada nyawa lain dalam perutnya.
“Dah sedar?” tegur Tengku Lukman. Dingi sahaja suaranya. Linda tersentak. Entah sejak bila lelaki itu berada di sini.
“Dah..” jawab Linda lemah. Tak mahu ambil sebarang risiko. Tahu kepantangan lelaki itu. Tidak suka pertanyaannya sepi tanpa jawapan.
“Aku dah panggil doctor. Ubat atas meja tu makan. Peti ais pun dah aku penuhkan. Ingat jangan lupa makan. Kalau ada apa-apa call aku. Aku balik dulu,” Tengku Lukman tegas bersuara. Linda sekadar mengangguk. Lega bila lelaki itu ingin beredar. Tidak betah rasanya bila lelaki itu ada bersama.
Sebaik tubuh Tengku Lukman hilang dari pandangan, Linda bangun dengan perlahan. Ubat di atas meja di ambil. Direnungnya ubat-ubat itu tanpa perasaan namun riak wajahnya berubah bila menyedari sesuatu. Lelaki itu pasti sudah tahu. Apa tindakan lelaki itu? Wajah Tengku Lukman yang tanpa riak tadi menakutkan Linda. Lelaki itu bisa sahaja melakukan apa yang diingininya. Berbagai kemungkinan bakal terjadi. Linda panic. Bagaimana jika dia kehilangan baby… tak boleh. Cukuplah sekali dia hilang Aizad. Kini dia tidak boleh hilang baby… |
|
|
|
|
|
|
|
bhy la linda tuh,,nnt die ngaku tuh ank aizad,, |
|
|
|
|
|
|
|
Opah termenung jauh memikirkan rumah tangga cucunya itu. Bukan dia tak sedar hubungan dingin Aizad dengan Hanim. Walaupun mereka nampak mesra dihadapannya namun tak mudah untuk tipu mata tuanya. Kasihan Amar, satu-satunya cicik yang dia ada. Anak kecil itu yang jadi mangsa pertelingkahan umi dan papanya. Geram opah.
“mak fikir apa tu sampai berkerut-kerut dahi tu?” tegur Puan Nora. Dari tadi dia lihat dahi ibu mertuanya itu berkerut macam memikirkan masalah berat je.
“Aku fikirkan pasal anak menantu kamu Nora oii… apalah nak jadi. Sorang kekanan, sorang kekiri yang jadi mangsanya Amar. Sian cicik aku ni,” Opah meluahkan perasaan. Tubuh kecil Amar dipeluk sayang. Puan Nora mengeluh.
“Mereka dah besar mak, kalau kecil boleh juga saya tangan-tangankan,” Tuan Faruk bersuara. Bukan dia tidak risau tapi baginya Hanim dan Aizad udah cukup dewasa untuk menilai kehidupan meraka. Sudah cukup matang untuk berfikir.
“Sebab dah cukup besarlah semua ni jadi. Mak rasa dah tiba masanya kita masuk campur. Sampai bila nak biar depa ikut kepala depa aja. Nak menangkan ego masing-masing,” opah bersuara tegas. Geram dia dengan Hanim dan Aizad. Makin sibuk dengan hidup masing-masing. Sibuk menjungjung ego yang tinggi melangit hingga mengabaikan Amar.
“Ikut suka maklah. Saya dah malas nak masuk campur. Jadi apa-apa nanti kita pula disalahkan. Depa dah cukup besar nak fakir baik buruk. Bukannya budak-budak lagi. Dah jadi mak dan ayah orang dah..” keluh Puan Nora pula. Rungsing dia bila memikirkan masaalah anak menantunya itu. Tuan farok juga hanya mengangkat bahu. Ikut suka opahlah. Janji rumah tangga anak menantunya aman damai seperti dahulu. Itu doanya saban waktu. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh.... macam2 yg berlaku..... |
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa yang Linda kandung? aizad ke? |
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa yang Linda kandung? aizad ke?
mie07 Post at 19-5-2011 14:50
xkan la nk gunakan ank tu utk dptkn aizad? |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Nellysa menghempas tubuh genitnya ke atas sofa. Geram bila Lukman membatalkan temujanji mereka dan lelaki it uterus hilang tanpa di kesan. Geramnya. Tengku Ara merenung wajah di hadapannya yang masam mengcuka.
“Nelly kenapa ni? Muka masam macam ni? Gaduh dengan Luke ya?” tegur Tengku Ara lembut. Memujuk.
“Mak Engku… Nelly geram la dengan Luke. Janji nak lunch dengan Nelly. Puas Nelly tunggu. Tiga jam tau… tebal dah muka Nelly. Malu. Dia tak datang. Pesan kat Jay je. Tu pun nasib Nelly telefon Jay, kalau tak dah macam orang bodo je Nelly tercongok kat situ” adu Tengku Nellysa. Geram.
“Dia ada hal lah tu. Tak sempat beritahu Nelly. Dah, jangan tarik muka macam tu. Dah tak cantik Mak Engku tengok,”
“Hal apa? Agaknya asyik berkepit dengan budah Hanim tu jelah,” Tengku Nellysa bersuara geram. Manataknya tadi ketika call office, Suria beritahu Hanim bercuti dan Lukman pula hilang tanpa dikesan. Mesti diaorang ada skandal.
“Hanim? Siapa tu?” soal Tengku Ara. Kali pertama mendengar nama itu disebut.
“PA baru Luke. Sejak budak tu ada, asyik berkepit dengan Luke je. Nelly pun dah dengar macam-macam gosip tentang dia orang,” Tengku Nellysa bersuara sedih. Manataknya, perhatian Lukman 24 jam pada PA dia tu jer. Langsung tak pedulikan dia.
“Khabar angin je tu, jangan Nelly ambil hati pula. Walau apapun terjadi Mak Engku Cuma nak Nelly je jadi menantu Mak Engku,” pujuk Tengku Ara. Dia pasti akan siasat hal itu. Dia tak akan biarkan sebarangan perempuan menghampiri anaknya itu. Hanya Tengku Nellysa sahaja yang layak jadi menantu keluarga mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
plz hana!!
jgn bgi linda gne baby dia utk dpat an aizad..
plz!! |
|
|
|
|
|
|
|
sapa LUKE nie sebearnya nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Baby tu bukan aizad kan? ... mungkin baby luke ? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu linda gunakan baby tuh tuk dapatkan luke....biar jek luke bantai si linda ni... bagi dia terus serik nak kacau hidup hanim... |
|
|
|
|
|
|
|
Luke hanya nak jaga Hanim je........ tak de scandal. |
|
|
|
|
|
|
|
nellysa ney sma gdik ngan linda erk?? |
|
|
|
|
|
|
|
baru habis rempit.. cerita yg menarik..
walaupun marah kat linda, kesian gak kat dia bila kena belasah...
moga rancangan zahir tu akan menyedarkan aizad... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya bukan baby Aizad...baby Tengku Luke la tu..sapa lg
next ..next.... x sabar nak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Aizad ni ego teramat sgt.. :@
moga2 rancangan zahir nak sedarkan aizad tu berjaya...
sian kat hanim... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung baca rahsia hati Hanim |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|