CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:29 PM | Show all posts


Udang Masak Kari Hijau

BAHAN-BAHANNYA :-)
9 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
2 paket pes kari hijau Thai (seperti dalam gambar)
1 biji limau nipis, perah jusnya
1/3 cawan terung pipit. asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 biji terung bulat ungu, dipotong dadu, direndam
1/4 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
Beberapa biji cili padi merah dan hijau, diketuk
1 biji bawang besar saiz kecil, dibelah 6
1 cawan pati santan
1 1/2 cawan air
3 helai daun limau purut, disiat
1 genggam daun selasih
1/2 camca besar gula melaka
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Masukkan 1/2 cawan pati santan dalam periuk. Masak dengan api kecil hingga pati santan kental dan pekat. Masukkan pes instant kari hijau thai, kacau rata dan terus memasak dengan api kecil hingga terbit minyak dan rempah garing. Tuang air, kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan terung pipit dan masak hingga terung 1/2 empuk. Tambah terung bulat (toskan dulu airnya) dan masak sekejap. Tuang jus limau nipis, kacau dan masukkan udang, traffic light capsicum, bawang besar belah dan daun limau purut. Kacau rata.
  • Masukkan pati santan, tambah gula melaka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sentiasa. Akhir sekali masukkan daun selasih dan cili padi. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas... Selamat mencuba!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 12:30 PM | Show all posts


Gado gado

BAHAN - BAHAN KUAH :-)
1 1/2 cawan kacang tanah tumbuk (goreng dulu tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk atau kisar)
1/3 cawan jus asam jawa


4 camca besar gula melaka yang dihiris halus
2 cawan air (kurang lebih)
1 cawan santan
1 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Gula jika perlu

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai, hiris
1 genggam udang kering, rendam dalam air panas 10 minit dan toskan
1/2 inci lengkuas
12 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan
5-6 biji cili padi merah
1 inci kunyit hidup


BAHAN GADO-GADO :-)
4 biji kentang, kupas dan rendam
4 keping tempe berbungkus daun
5 biji telur
10 tangkai kacang panjang. dikerat pendek
1/2 biji kubis bulat saiz kecil, hiris kasar
3 keping tauhu
1 biji timun

CARA MEMBUATNYA :-)
  • UNTUK KUAH GADO - GADO :- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masak hingga naik minyak. Tuang air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan kacang tanah tumbuk, daun limau purut, kacau dan biarkan mendidih. Tambah jus asam jawa, gula melaka dan santan. Kacau hingga rata dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika perlu masukkan sedikit lagi gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  • UNTUK BAHAN GADO - GADO :- Tauhu dan tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Kemudian dipotong kiub. Kacang panjang dan kobis dicelur berasingan dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan beberapa titik minyak masak. Celur hingga lembut dan toskan. Kentang direbus hingga empuk, sejukkan dan potong kiub. Telur direbus, kupas dan belah dua setiap sebiji. Timun dicuci, dan hiris nipis. Ketepikan.
  • UNTUK PENYEDIAAN GADO - GADO :- Dalam pinggan sesuai, susun serba sedikit bahan2 untuk gado-gado (atau secukupnya). Kemudian tuang kuah secukupnya dan boleh hidangkan. Jika suka boleh ditambah keropok ikan/udang atau keropok belinjau dan juga nasi impit. Hidangkan segera...Selamat mencuba!.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:31 PM | Show all posts


Sambal Goreng Pengantin

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging, direbus hingga empuk dan potong kiub
300 gram paru, direbus hingga empuk, dan potong kiub, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam
300 gram hati lembu, potong kiub, cuci toskan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam
300 gram udang, dibersihkan
1 cawan pati santan
1 cawan bawang goreng
2 helai daun salam
8 tangkai cili kering, dipotong serong halus, cuci dan toskan
10 biji bawang merah kecik, hiris
1 inci lengkuas, dihiris halus
2 biji cili merah, hiris serong
1 camca besar pes asam jawa
2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cili kering digoreng sekejap, pastikan jangan sampai hangus, angkat dan toskan. Kemudian goreng pula daging hingga perang, tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Diikuti paru, goreng sekejap. Udang digoreng sehingga berubah warna, angkat dan toskan. Akhir sekali goreng hati lembu, guna api besar. Goreng sekejap sahaja untuk mengelakkan hati lembu menjadi keras. Angkat dan toskan.
  • Dalam kuali yang sama. keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis bawang hiris dan lengkuas hingga wangi. Masukkan cili merah hiris dan daun salam, kacau rata dan masak hingga layu, tambah cili kisar, masak hingga cili garing.
  • Masukkan daging dan paru goreng, gaul rata, tambah pes asam jawa dan 1/2 bahagian pati santan. Gaul rata dan masak sekejap. Masukkan gula melaka, hati dan juga udang. Kacau dan tambah baki santan. Masukkan bawang goreng dan cili kering goreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan sesuaikan rasa (mesti ada rasa masin, lemak, sedikit manis dan pedas). Boleh matikan api, angkat dan hidangkan....Selamat mencuba!



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Resepi Kuih Lapis

Bahan2
2 cwn tepung beras
1 cwn tpung gndum
1/2 cwn tpung jgung
3 cwn sntn
2 cwn air
Gula ikut nak mnis mcm jew????

Stukn semua,tpis.bg la brpe warna nak.
Kukus selapis2 dlm 3 mnit last sekli kukus lma sikit dlm 10 mnit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Resepi 3 bahan jer .
~Kentang 5 biji( Direbus .toskan..dilenyek2)
~Tepung Jagung 5 sudu besar
~Sedikit garam
Satukan semua.
Bulat2kan...Masa ni..sapu sedikit minyak atas tapak tangan.
Goreng .
Lebih sedap cicah dengan sos cili.????

~SIAP~
Boleh juga buat dengan cara ni.
Bulat2kan pastu celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti..

kredit: Zuraini Ramli
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Arini sy nk kongsi resepi cara sy buat kuih talam pisang. Org Banjar panggil kuih ni Batil Pisang ????????

Lapisan bawah (pisang)

1 cawan penuh pisang yg dh diramas kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
Sedikit garam

Gaul semua bhn kecuali pisang. Bila bancuhan tidak bketul barulah masukkan pisang.
Panaskan pengukus, sapu sikit minyak pd loyang. Bila dh mendidih masukkan loyang lapisan bawah. Kukus dlm 20 minit

Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam

Panaskan sekejap 3 bhn diatas. Bila lapisan bawah dh masak, cucuk2 dgn garpu barulah tuang lapisan atas. Kukus dlm 15 minit

Sejukkan dahulu barulah boleh dipotong
( Penutup pengukus balut kain supaya air wap tak kena pd kuih)

Edit :
Ramai yg tanya pisang apa boleh guna, apa2 jenis pisang yg selalu buat utk kuih mcm pisang berangan, kapas, abu, awak, emas pun boleh asalkan pisangnya dah masak.
Kuih ni lps siap kukus dia lembut, jgn potong masa panas2. Bagi betul2 sejuk dulu dan mengeras.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
RESEPI MEE JAWA
==============

Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:
=================
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus
Selamat mencuba...

Sumber : Maz Samad
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mee bandung ????

1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.

Resepi asal : marina sweet bakery

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2024 11:04 AM | Show all posts
RESEPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU )



BAHAN - BAHAN
1kg beras pulut
1kg gula merah
2 cawan gula putih
Santan secukup lemak
(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
Daun pandan
.
Cara-cara
-Beras pulut direndam 4-5jam
Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
-Masak gula merah dan tapis dahulu
kemudian masukkan gula putih
-Masukkan santan & daun pandan
Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
-Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
(mcm meletop2 gitu)
-Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
-Tutup api dan masukkan dalam bekas
-Siap!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:57 PM | Show all posts
@purpleyou kat sini boleh post resepi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:05 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 21-11-2024 03:18 PM

Telur masak sos


Bahan-bahan:
  • Telur ayam (digoreng menjadi telur mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 ulas bawang putih dipotong nipis
  • 1 biji cili besar dipotong serong-serong
  • 5 biji cili siam dibelah dua
  • Sos cili agak2 je
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Goreng sampai warna kekuning-kuningan.

2. Masukkan sos cili dan sedikit air.

3. Masukkan sedikit garam.



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:06 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 21-11-2024 03:18 PM

Gulai Tempoyak Ikan Kembong


Bahan-bahan:
  • Tempoyak
  • Bawang
  • Kunyit hidup
  • Cili api
  • Serai
  • Ikan temenung

Cara memasak:

1. Kisar cili api, bawang dan kunyit hidup. Letakkan ke dalam kuali bersama serai yang telah diketuk.

2. Kisar tempoyak bersama air dan masukkan ke dalam kuali.

3. Masak semua sampai mendidih. Masukkan timun, ikan, garam dan gula.

4. Siap.



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:08 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 21-11-2024 03:17 PM

Sambal Sardin


Bahan-bahan:
  • Sardin botan
  • Halia (diketuk)
  • Bwg merah
  • Bwg putih
  • Cili padi merah (tumbuk)
  • Air asam jawa/air limau nipis
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Cili padi (ketuk)
  • Kentang (digoreng)
Cara memasak:

1. Tumis bahan tumbuk atau cili kering kisar dan tumis sampai naik bau.

2. Masukkan halia, cili padi dan sos sardin dan biarkan sampai mendidih.

3. Masukkan sardin, air asam jawa dan kentang. Gaul-gaul manja jangan sampai sardin hancur.

4. Apabila sambal sudah masak, masukkan bawang yang dipotong bulat. Letak sedikit garam atau perasa siap.



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:09 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 21-11-2024 03:16 PM

Lala masak Kam Heong

Bahan hiris:
  • Bawang besar cincang
  • Bawang putih cincang
  • Halia hiris memanjang
  • 3, 4 biji cili padi


Bahan utama:

  • ½ kg lala
  • Daun kari

Bahan pes:

  • 1 ½ sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap ABC
  • 2 sudu kicap manis
  • ½ kecil gula ( optional)

Cara memasak:

1. Tumis bahan hiris lalu masukkan daun kari.

2. Masukkan bahan pes yang sudah dibancuh tadi.

3. Masukkan lala, letak sedikit air.

4. Siap dan hiaskan dengan daun sup.







Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:11 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 21-11-2024 03:19 PM

Kerang Ala Thai

Bahan-bahan:
  • Kerang
  • Cili padi
  • Limau nipis
  • Bawang putih
  • Gula pasir
  • Tomato
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

1. Rebus kerang, apabila sudah masak, buang kulit separuh.

2. Tumbuk cili padi dan bawang putih.

3.Cincang tomato (buang bijinya) dan daun ketumbar.

4. Gaulkan semua, perisakan dengan air perahan limau, gula dan garam .





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kek milo kukus,resepi paling senang dan simple..
Resepi kek milo kukus????

Bahan2
1 Cawan milo*
1 Cawan susu pekat*
1 Cawan minyak msk*
1 Cawan gula*
1 Cawan air panas*

=== Msk semua bahan di atas...ketepikan
=========================

2 Cawan tepung gandum
3biji telur
1 sudu teh baking powder
Setengah sudu teh soda bikarbonat
==========================

Cara2
Msk semua bahan2 yg bertanda*
Pukul telur ,kemudian masukan ke dlm bahan yg bertanda.
Masukan tepung, baking powder, soda bikarbonat ke dlm adunan yg bertanda..(sy ayak dulu)
Akhir sekali kukus selama 45 minit sehingga msk!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
SUP AYAM HALIA LADA HITAM

Kredit: Resepi Ummi

Bahan:
- Ayam
- Serai (dipotong & diketuk)
- Halia (dihiris)
- 1 sudu makan lada hitam
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah & beberapa ulas bawang putih
- Daun bawang
- 1 sudu gula
- Garam

Cara penyediaan :
1. Masakkan air sehingga panas.
2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam.
3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula.
4. Tutup & biarkan ia masak.
5. Masukkan bawang putih & daun bawang.
6. Siap!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih mudah dan sedap yang sy dah banyak kali buat n sy suka makan????

Resepi Bingka/Bengkang Pandan

3Biji telur blend 3,4minit

1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (kalau suka manis buat 1 cawan)
1 cawan santan kotak kecik (sy guna KARA)
2 cawan air daun pandan
1 sudu kecil garam
2 sudu makan minyak masak
Pewarna hijau (kalau air pandan tak cukup hijau)

Blend semua bahan2 sekali dengan telur yang dah blend awal td..sapu loyang dgn minyak atau marjerin,yang ni sy guna loyang 8x8.. bakar 180°c 1jam.. dah sejuk baru potong..siapppp????

Credit : Imah Akmal
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
(CARA SAYA)
===========================
.
Bahan2 :
- 1/2 kg tetel & 1/2 kg daging (direbus utk bg lembut)
- cili blend 3 senduk kecil
- bawang besar 2biji
- bawang putih 4@5ulas
- 2inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu kecil halba
- Asam keping
- Daun limau purut
- Kerisik
- Garam bukit & serbuk maggie secukup rasa
.
••••••••••••••••••
.
Cara memasak :
1) Blender bwg besar, bwg putih, halia, lengkuas, belacan, lada hitam & jintan manis
2) Panaskan minyak & masukkan halba
3) Tumis kan bahan2 yg di blend td
4) Masuk kan cili kering
5) Masukkan asam keping, garam & maggie secukup rasa
6) Kacau sehingga naik minyak
7) Bila cili dah garing, masukkan air rebusan daging beserta daging tetel yg telah direbus
8- Akhir sekali masukkan kerisik & kacau hingga sebati
9) Siap untuk dihidang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
CEKODOK BOM

1. 4 senduk tepung gandum(sy guna cap rose)
2. Yis 1 peket (brand kijang)
3. 2 senduk gula pasir
4. Air
Satukn tepung,gula,yis gaul bg sebati..masukkn air sedikit demi sedikit..jgn bancuh trlalu cair,biar kenyal2 gitu je..kemudian perap dlm 25-30 minit,dh naik berbuih2 seperti dibawah,kacau2 & boleh goreng,pastikn myk byk & btl2 panas..kemudian slowkn api masukkn adunan guna tgn atau sudu..siap,selamat mencuba geng. resepi ni tunjuk ajar dr arwah mak sy,sb ptg2 mk selalukn sajikn ank2 dgn kuih..

Credit : SuiSan Aliezsha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.310391 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list