kapten Liverpool, Steven Gerrard (kiri) ditenangkan oleh Rafael Benitez selepas dia dikeluarkan ketika perlawanan masih berlangsung di Anfield, kelmarin. Liverpool tewas 1-2 kepada Lyon. – AP
PARIS – Pertemuan menentang Manchester United, Ahad ini boleh ditakrif sebagai detik penentu kepada karier pengurus Rafael Benitez, apatah lagi keadaan bertambah sukar apabila pasukannya dijangka turun tanpa tiga tonggak utama Steven Gerrard, Fernando Torres dan Glen Johnson.
Selepas mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada Lyon di Anfield dalam Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin Liverpool tiada lagi pilihan melainkan perlu bangkit untuk kembali ke landasan yang betul.
Kekalahan kepada Lyon meletakkan skuad Reds dalam situasi mesti menang baki tiga perlawanan jika mahu meneruskan cabaran ke peringkat kalah mati.
Walaupun berjaya mendahului menerusi Yossi Benayoun pada babak pertama, namun jaringan Maxime Gonalons dan gol masa kecederaan oleh Cesar Delgado memberikan kekalahan kedua buat Liverpool.
Kini, pada ketika saingan di Eropah tampak semakin getir buat Liverpool, anak-anak buah Benitez itu berdepan laluan berliku dalam liga domestik selepas mengalami empat kekalahan pada awal musim.
Ketiadaan ketua pasukan, Gerrard, Torres dan Johnson dalam pertemuan dengan pendahulu dan penyandang juara, United menambah kesukaran.
“Ia (bangkit) adalah sesuatu yang mesti kami lakukan,’’ ujar Benitez ketika ditanya bagaimana dia mahu menaikkan pasukannya yang sedang merudum itu.
Tegas jurulatih dari Sepanyol itu lagi, apa yang penting ketika ini adalah terus menyiapkan pemain, meningkatkan keyakinan mereka dan sentiasa memandang ke depan.
“Apa yang boleh saya katakan hari ini, dengan berjaya menyempurnakan beberapa peluang, anda mungkin boleh menjadikan keadaan berbeza.
“Kami kena bersiap untuk perlawanan akan datang, itu sudah menjadi kerja kami dan kami kena melakukannya. Sebaik saya menamatkan sidang media ini, kami akan memulakan persiapan.
“Kakitangan dan pemain-pemain saya akan membantu saya bersama semua orang yang mahu melihat Liverpool menang,’’ ujar Benitez.
Tekanan kini semakin hebat buat Benitez yang sejak sekian lama mempunyai pandangan yang bercanggah dengan peminat Liverpool.
Ketika menentang Lyon, keputusannya menggantikan Benayoun dengan Andriy Voronin disambut dengan jeritan tidak puas hati dari tempat duduk penonton.
“Peminat tahu Yossi adalah pemain yang bagus tetapi saya rasa dia agak keletihan, jadi saya mahu menggunakan kaki yang segar untuk menambah kualiti.
“Anda kena faham, Yossi adalah pemain yang bagus dan peminat gembira melihatnya berada di padang, ia adalah detik yang sukar buat saya.
“Sebelum perlawanan, kami kehilangan Glen Johnson, kemudian Steve Gerrard dan Martin Kelly juga cedera. Begitupun, kami mencipta beberapa peluang dan amat malang gagal mencatat kemenangan,’’ ujar Benitez.
Menurut Benitez, dia tidak pasti apakah status kecederaan Gerrard, Torres dan Johnson setakat ini kerana trio berkenaan memerlukan ujian yang lebih terperinci.
Katanya, ketiga-tiga pemain itu juga belum pasti diturunkan dalam pertemuan getir menentang United hujung minggu ini. Gerrard dan Torres juga tidak diturunkan ketika Liverpool kalah 1-0 kepada Sunderland, minggu lalu.
“Saya tidak mahu mengambil risiko. Dia (Gerrard) mahu bermain, menurut doktor dia OK, malah dia juga nampak OK ketika latihan.
“Kadang kala semua ini adalah nasib. Mungkin dia main dan semuanya OK tetapi ada kemungkinan ia menjadi lebih teruk, itu kita tidak tahu,’’ kata Benitez. – AFP
PEMAIN Olympique Lyon, Maxime Gonalons (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika bertemu Liverpool dalam saingan Kumpulan E, Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, kelmarin. Lyon menang 2-1.
LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafa Benitez berkata pasukannya perlu memenangi baki tiga perlawanan kumpulan jika juara lima kali Eropah itu menyimpan hasrat untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.
Kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Olympique Lyon kelmarin meninggalkan Liverpool tempat ketiga dalam Kumpulan E selepas tiga perlawanan, enam mata di belakang pendahulu, Lyon dan tiga mata daripada pasukan tempat kedua, Fiorentina.
Penyokong yang kecewa mensasarkan Benitez untuk meluahkan kemarahan di Anfield selepas kekalahan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan, rentetan paling buruk buat Liverpool dalam tempoh 22 tahun.
Pada malam yang teruk buat kelab Liga Perdana Inggeris itu, kapten kelab, Steven Gerrard hanya bertahan 24 minit dalam kepulangannya daripada kecederaan sebelum dia terhincut-hincut keluar.
Pemain tengah England itu diragui bagi perlawanan tempat sendiri menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester United, perlawanan yang wajib dimenangi Liverpool jika mahu mengekalkan peluang realistik untuk memburu gelaran domestik.
"Saya fikir ia adalah sesuatu yang perlu kami lakukan," kata Benitez, ketika ditanya jika Liverpool perlu memenangi baki tiga perlawanan kumpulan jika mahu kekal dalam Liga Juara-Juara.
Benitez membawa pasukannya ke Lyon pada 4 November sebelum berdepan pasukan Hungary, Debrecen di tempat lawan pada 24 November. Mereka melengkapkan peringkat kumpulan di tempat sendiri ke Fiorentina pada 9 Disember.
Benitez enggan mengenepikan Gerrard bagi perlawanan menentang United Ahad ini tetapi penyerang Sepanyol, Fernando Torres sudah terlepas dua perlawanan dan masih diragui.
"Kami perlu menyuntik semangat buat diri kami untuk Ahad ini, ia adalah sesuatu yang kami perlu lakukan," kata Benitez. - Reuters
“Saya tidak mahu mengambil risiko. Dia (Gerrard) mahu bermain, menurut doktor dia OK, malah dia juga nampak OK ketika latihan.
“Kadang kala semua ini adalah nasib. Mungkin dia main dan semuanya OK tetapi ada kemungkinan ia menjadi lebih teruk, itu kita tidak tahu,’’ kata Benitez. – AFP
prrfftthh..
naseb plak...
kalo abg G tu fully fit xde nye nk injured balik...
rasanya kat tempat yg sama kaann?
lwn MU ahad ni 3 org pemain utama tak blh main, gerad, tores dgn johnsen. rasa nya ada kemungkinan kekalahan ke lima berturut2 ni.. lps ni ada peluang lah pak rafa nak di pecat..{:3_81:}
aku suka sgt quote from ex skipper liberpool souness tu..dia citer pasal rafa yg tak reti beli player and beli player2 yg hampeh..alih2 arapkan kat 2 ekor tu jee..sapa2 yg dpt carik quote tu..lehtolong paste kat benang yg meriah ni..aku bg belon liberpool satu..heheh
aku suka sgt quote from ex skipper liberpool souness tu..dia citer pasal rafa yg tak reti beli player and beli player2 yg hampeh..alih2 arapkan kat 2 ekor tu jee..sapa2 yg dpt carik quote tu..lehtolon ...
abangveron Post at 22-10-2009 10:37
Dia nak beli. Tapi dana kena sekat. So, tinggal la yang hampeh je yang available.
Former Reds legend says there’s no Rush to sack Benitez.
Submitted by Zam on Thursday, October 22nd, 2009
Liverpool FC EPL Sports
Thursday, October 22nd, 2009 06:54:00
Ian Rush
LIVERPOOL legend Ian Rush feels under-pressure Reds manager Rafael Benitez does not deserve to be sacked. Benitez’s team crashed to their fourth consecutive defeat in all competitions on Tuesday when they were beaten 2-1 at Anfield by Olympique Lyonnais in the Champions League.
That result makes qualifying for the knock-out phase of the elite European competition very tricky indeed but Rush thinks the Spaniard should keep his job.
“Liverpool are a special club, the supporters are special and I think the time is not right now,” he told Sky Sports. “I think it’s the time to get behind the manager and the players as well.
“I’m sure the supporters will do on Sunday. Then it’s up to the players to respond.”
Liverpool welcome bitter rivals Manchester United to Anfield on Sunday, and Rush is urging a positive response to the current situation from both players and fans at the weekend.
“The manager can only pick a team and it’s up to the players to respond on the pitch against United, because there will be a good atmosphere against United.
“Okay, we lost against Lyon and maybe the atmosphere was not quite what was expected. But, again, they can still qualify for the second phase of the Champions League.
“We’ve got to get behind everyone and that, to me, is what makes Liverpool so special a club.
“You go 1-0 up and you expect to go on and win the game. But I think the second goal was vital. We needed that second goal because things looked a little bit flat.
“But saying that, they’re still in the competition and I think it’s no good being negative now. I think you’ve got to be positive and get on to the game against Manchester United.”