CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dutchy

[GAME] ♥♥ Meh2 kiter berpantun♥♥

[Copy link]
 Author| Post time 22-3-2007 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:41 PM
Berbalam-balam puncak Ledang
   Menongkah arus melawan temu
Dalam kelam ternampak bayang
   Apakah tuan datang bertamu?

pergi bermanda di tasik Chini
airnya deras sejuk sekali
kalau rindu mengamit di hati
bertemu juga di alam mimpi

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2007 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:43 PM
Nelayan balik jauh penampang
   Mudik belayar dari muara
Harapan menanti tuan datang
   Singgah beradu kasih asmara....


bijak sungguh bak penglipur lara
manis tutur kata menghias diri
di rumah sinun bermain kata
di rumah sini apa yg di hajati??

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by angel01 at 22-3-2007 02:13 AM
peti usang berdebu berhama
dimamah usia ditelan dek masa
angel muncul sekali sepurnama
sekadar mengikuti perkembangan semasa       

bermain layang2 di tengah laman
lembut di bawa baju senja
masih lagik Dut mencari teman
maklumlah masih ada ruang terbuka

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 11:54 AM | Show all posts
Indah tari seni warisan
     Lemah gemalai gemersik alunan
Wahai dinda di mana gerangan
      Apakah bersembunyi di balik awan?

Lemah gemalai gemersik alunan
      Inang dan joget serta gamelan
Apakah bersembunyi di balik awan
      Mungkinkah jua di atas bulan ?

Inang dan joget serta gamelan
      Kompang dan gendang berpalu-paluan
Mungkinkah jua di atas bulan
      Pungguk di sini rindukan tuan

Kompang dan gendang berpalu-paluan
     Gerak dan tari cantik dipandang
Pungguk di sini rindukan tuan
     Tidur tak nyenyak makan tak kenyang

Gerak dan tari cantik dipandang
      Dikarang oleh pujangga bistari
Tidur tak nyenyak makan tak kenyang
      Air diminum terasa duri

Dikarang oleh pujangga bistari
     Disyair dilagukan para biduan
Air diminum terasa duri
     Nyaris tercabut nyawa di badan

Disyair dilagukan para biduan
    Seni mekar menari canggung
Nyaris tercabut nyawa di badan
    Kasih terbakar hatiku rentung

Seni mekar menari canggung
    Ditarikan orang untuk paduka
Kasih terbakar hatiku rentung
    Sudikah dinda membalut luka?

Ditarikan orang untuk paduka
   Indahnya budaya sukar digambar
Sudikah dinda membalut luka
   Racun kuminum bagaikan penawar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 11:56 AM | Show all posts

Reply #384 Hang's post

pi sekolah naik bas,
dinda ayu sampai tak tau nak balas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 01:02 PM | Show all posts
racun ku minum bagaikan penawar
terasa kelat dan pahit di telan
indah sungguh bagaikan halilitar
mendengar luahan dari mu Tuan

mendengar luahan dari mu Tuan
dinda menjelma dari persembunyian
tinggi sungguh hajat mu wahai Tuan
adakah segalanya akan menjadi kenyataan

adakah segalanya akan menjadi kenyataan
rasa di hati menggamit Dinda kemari
jalan yang payah menjadi aman
andai kata bersama menyusuri

andai kata bersama di menyusuri
keris tamingsari sebagai ganti diri
betapa indah hatiku di saat ini
atau sekadar mengisi alam fantasi

atau sekadar mengisi alam fantasi
berbau harum bunga kemboja
silalah tampilkan jati diri sendiri
agar dapat dinda selalu gembira

agar dapat dinda selalu gembira
pergi menngail di tepi perigi
bersama kita bermadu asmara
agar rasa tenang di hati ini

agar rasa tenang di hati ini
cepatlah Kanda berada di sisi
jangan hanya pandai berjanji
meninggalkan Dinda keseorangan di sini

meninggalkan Dinda keseorangan di sini
ibarat melukut di tepian gantang
kalau tidak pandai menghargai
jangan di tangisi jika hilang dari pandangan

jangan di tangisi jika hilang dari pandangan
sepanjang jalan di penuhi ranjau duri
biarlah hilang sedetik dari penglihatan
asalkan di dada sentiasa terpatri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2007 06:02 PM | Show all posts
Bunga melati di dalam cawan
     Sirih junjung tepak puan
Rindu di hati tidak tertahan
     Bilakah gerangan bersua tuan?

Sirih junjung tepak puan
     Menyusun kasih jari sepuluh
Bilakah gerangan bersua tuan
     Di dalam air badan berpeluh

Menyusun kasih jari sepuluh
     Jantung di dalam bagai nak luruh
Di dalam air badan berpeluh
     Dendam dahulu belum pun sembuh

Jantung di dalam bagai nak luruh
     Jiwa di dalam menanggung rawan
Dendam dahulu belum pun sembuh
     Dinda pergi tanpa pamitan..

Jiwa di dalam menanggung rawan
     Mata terpejam mulut menyebut
Dinda pergi tanpa pamitan
     Di penjuru mata tidakkan luput

Mata terpejam mulut menyebut
    Itukah gerangan tandanya sayang
Di penjuru mata tidakkan luput
    Di dalam kalbu tidakkan hilang

Itukah gerangan tandanya sayang
     Mata bertentang lidah pun kelu
Di dalam kalbu tidakkan hilang
     Hadirlah kasih penawar rindu

Mata bertentang lidah pun kelu
     Airmata pun jatuh berderai-derai
Hadirlah kasih penawar rindu
     Di dalam akal tak ingin bercerai

Airmata pun jatuh berderai-derai
    Ambillah kain mari disapu
Di dalam akal tak ingin bercerai
    Takdir Tuhan siapalah tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 11:05 AM | Show all posts

Wahai dinda di mana pergi
    Rindu di kalbu tambah mencengkam
Air diminum terasa duri
   Nasi dimakan terasa sekam

Rindu di kalbu tambah mencengkam
  Akal sihatku bertambah kusut
Nasi dimakan terasa sekam
  Airmata jatuh ke perut

Akal sihatku bertambah kusut
  Jiwa nan lara tidak tertanggung
Airmata jatuh ke perut
  Memakan hati berulam jantung

Jiwa nan lara tidak tertanggung
   Nadi terputus tersekat nafas
Memakan hati berulam jantung
Bayan di tangan habis terlepas

Nadi terputus tersekat nafas
   Mata kabur pandangan pun kelam
Bayan di tangan habis terlepas
    Biduk tiris menanti karam

Mata kabur pandangan pun kelam
    Hilanglah daya segala kudrat
Biduk tiris menanti karam
    Ikan digulai sudah melompat

Hilanglah daya segala kudrat
   Lemah longlai jiwa nan kering
Ikan digulai sudah melompat
    Kalau bertunas diragut kambing

Lemah longlai jiwa nan kering
    Hati terbakar tubuh pun rentung
Kalau bertunas diragut kambing
     Pisang  ditanam tidak berjantung

Hati terbakar tubuh pun rentung
    Jantung di dalam kering kontang
Pisang ditanam tidak berjantung
    Putih mata kerana memandang

Jantung di dalam kering kontang
      Nyawa di badan melambai-lambai
Putih mata kerana memandang
      Nak peluk gunung tangan tak sampai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2007 11:28 AM | Show all posts
muahaha, sat erk, dok mikir nak balas

adeh dei dei kanda wehh semakin panjang   
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 12:28 PM | Show all posts
Anak ikan dipanggang sahaja
  Hendak dipindang tiada berkunyit
Anak orang dipandang sahaja
  Hendak dipinang tiada berduit

Hendak dipindang tiada berkunyit
   Hendak ditumis tiada berbawang
Hendak dipinang tiada berduit
   Duit di tabung tinggal sekupang

hendak ditumis tiada berbawang
    Hendak digulai tiada berbumbu
Duit di tabung tinggal sekupang
    Hantaran melambung ribu-ribu

Hendak digulai tiada berbumbu
    Hendak dimasak terlupa resepi
Hantaran melambung ribu-ribu
   Sedulang perhiasan serba-serbi

Hendak dimasak terlupa resepi
    Terlupa juga menanak nasi
Sedulang perhiasan serba-serbi
    Belum campur belanja kenduri

Terlupa juga menanak nasi
    Air minum lupa dijerang
Belum campur belanja kenduri
    Bila campur termenung panjang

Air minum lupa dijerang
     Kempunan nak minum tongkat ali
Bila campur termenung panjang
     Hendak kuajak kahwin lari  .............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #390 Hang's post

Hendak dipinang tiada berduit
Gundah dihati tiada terkawal
Kenapa hantaran tinggi melangit
Adakah anak hendak dijual?

Gundah dihati tiada terkawal
Semua kerja tidak menentu
Adakah anak hendak dijual
Atau kasih tiada restu?

Semua kerja tidak menentu
Jambatan luas terasa titi
Jikalau kasih tiada restu
Bawa berbincang hati ke hati

Jambatan luas terasa titi
Air di tasik mengalir tenang
Bawa berbincang hati ke hati
Moga mudah urusan bertunang

Air di tasik mengalir tenang
Jangan disangka tiada buaya
Moga mudah urusan bertunang
Jodoh dan maut itu urusan-Nya

Jangan di sangka tiada buaya
Mungkin juga ada ular berbisa
Jodoh dan maut urusan-Nya
Jangan kecewa jangan putus asa

Mungkin juga ada ular berbisa
Berhati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 06:08 PM | Show all posts
Tanam pinang rapat-rapat
   Supaya senang puyuh berlari
Kalau kupinang, pinang tak dapat
   Kupujuk-pujuk ke bawa lari

Supaya senang puyuh berlari
   Dapat tangkap kumasak kuzi
Kupujuk-pujuk ke bawa lari
   Seberang sempadan jumpa tok kadhi

Dapat tangkap kumasak kuzi
    Boleh kumakan bersama amoi
Seberang sempadan jumpa tok kadhi
    Nasib baik tak kawin koboi....!

Boleh kumakan bersama amoi
    Lepas makan minum oren
Nasib baik tak kawin koboi
    Alangkah mudahnya nak kahwin..!

Lepas makan minum oren
     Habis bayaq semua langsai
Alangkah mudahnya nak kahwin
     Cukup syarat semua selesai

Habis bayaq semua langsai
     Dah minum hilang mengkelan
Cukup syarat semua selesai
     Patutla ramai kawin kat sempadan

Dah minum hilang mengkelan
      Dah kenyang nak jalan pi ke len
Patutla ramai kawin kat sempadan
     Tapi orang jabatan dok komplen

Dah kenyang nak jalan pi ke len
    Nak pi shoping pasar basah
Tapi orang jabatan dok komplen
     Depa nikah saja yang sah

Nak pi shoping pasar basah
    Nak beli durian cantik merekah
Depa nikah saja yang sah
    Ka depa nak sangat upah nikah ?

Nak beli durian cantik merekah
    beli sebakul abih di kekah
Ka depa nak sangat upah nikah?
    Setengah negeri mas kawin pun lagi rendah..!!!

Beli sebakul abih dikekah
      Bawak tuktuk dalam 80
setengah negeri mas kawin pun lagi rendah
      Mas kawin RM80, upah nikah RM 140 !!!  

Bawak tuktuk dalam 80
     bawak pelan jalan basah
Mas kawin RM80, upah nikah RM 140
      Murah sangat tapi kenapa susah ?   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by dutchy at 22-3-2007 08:13 PM

bermain layang2 di tengah laman
lembut di bawa baju senja
masih lagik Dut mencari teman
maklumlah masih ada ruang terbuka



pergi ke laut menangkap ikan
murah rezeki dapatlah gelama
amboi dut bergelak sakan
jangan sampai ada yg merana...    

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #393 angel01's post

  tarak ideaa nak balas

>dok gelak tak hengat dari tadi< nottiee larling nieeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:57 PM | Show all posts
Pagi pagi pi pasaq tani
Pi pasaq tani mencari lala
Tu dia aih... terror sungguh hangpa ni
Sekali pantun panjang berjela

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:04 AM | Show all posts
sayu melihat tersingkirnya si noni
senyuman terukir kesedihan diam di hati
sesekali bertandang ke rumah ini
mengapa bagai tak berpenghuni?   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by angel01 at 10-4-2007 03:04 AM
sayu melihat tersingkirnya si noni
senyuman terukir kesedihan diam di hati
sesekali bertandang ke rumah ini
mengapa bagai tak berpenghuni?     


pergi memancing dikolam bersama Dini
hanya yg dapat seekor anak ikan gelama
pertama kali masuk berpantun disini
jumpa angel sebagai penghuni pertama
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 09:38 AM | Show all posts
Rumah lama sepi dibiarkan,
Tiada penghuni datang bertandang,
Budaya pantun makin dilupakan,
Generasi baru pendedahan kurang ...

[ Last edited by  Madiey at 10-4-2007 09:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Pak_Duck83 This user has been deleted
Post time 10-4-2007 02:08 PM | Show all posts
Ayam didik mulalah terbang
Ambilkan dedak berilah makan
Jangan cik adik merasa bimbang
Segala kehendak abang tunaikan.
Reply

Use magic Report

Pak_Duck83 This user has been deleted
Post time 10-4-2007 02:11 PM | Show all posts
Hendak kusukat air madu
Dari guri kedalam loyang
Semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.120173 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list