CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: blahbla

Gadis Baik Jejaka Jahat ( U )

[Copy link]
 Author| Post time 30-4-2016 11:31 AM | Show all posts
BAB 4

ADAM
mencampak sampul surat berwarna putih itu di atas meja . Dia terus merebahkan badannya di atas katil . Adam memejamkan matanya . Penat ! Penat sangat – sangat ! Penat kerana berhadapan dengan kerenah pelanggan , penat kerana terpaksa bersesak – sesak dalam jem , penat kerana masih lapar , penat kerana…

Kerana apa ?

Jumpa dengan papa .

Sampul surat putih itu dikerlingnya sekilas . Adam mengeluh . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu mengeluh . Papanya hendak kahwin lagi , bukankah ianya suatu perkara yang bagus ? Bukankah dia patut ucapkan tahniah sebab akhirnya papanya itu akan berkahwin lagi..

Tapi…

Untuk  kali yang ketiga .

Ketiga . Selepas perkahwinan papa dengan mama gagal ketika usianya menjangkau 11 tahun , dia memahami bahawa kehidupannya tidak seperti kehidupan rakan – rakannya yang lain . Dia masih ada papa , dan dia masih ada mama , tetapi kedua – duanya tidak tinggal di bawah satu bumbung yang sama . Ada kalanya , sekiranya lebih daripada tiga bulan dia tidak akan berjumpa dengan papanya , dan dia tidak akan terkejut sekiranya keluar sahaja daripada perkarangan sekolah , papanya sudah ada , berpeluk tubuh dengan berpakaian kemas dan memakai spek mata hitam , memimpin tangannya , memeluknya erat dan memberitahu bahawa dirinya dirindui dan dibawa makan ke Kenny Rogers , kemudian diperkenalkan dengan seorang wanita yang perlu dipanggil ibu .

Dalam erti kata lain , wanita itu adalah ibu tirinya .

Dan dia masih ingat lagi , selepas dia dihantar pulang , lengannya direntap dengan kasar daripada pegangan tangan papanya , dan mamanya keluar dan marah – marah . Papa dilemparkan dengan kata – kata yang bernada tinggi , dan kata – kata tersebut turut dibalas oleh papa , menyebabkan Adam tahu hari itu merupakan hari kebiasaan yang di mana papa dan mamanya selalu bergaduh selepas  mereka bercerai .

Dia hendak lari daripada kebisingan tersebut , dan hendak  masuk ke dalam bilik tetapi gagal kerana lengannya dipegang erat oleh mama . Masih terbayang lagi jelingan tajam mama kepada dirinya selepas papa balik .

Sejak hari itu , dia memboikot Kenny Rogers .

Pernikahan dengan isteri kedua papa tidak bertahan lama . Adam tidak tahu kenapa . Dia jarang berjumpa dengan ibu , dan sampai sekarang kalau ditanya samada dia masih ingat akan rupa wanita yang panggil ibu itu , dia akan menjawab bahawa dia hanya ingat secara samar – samar sahaja . Yang dia ingat , gigi ibu sangat putih .

Lama juga papanya menduda . Tapi sepanjang tempoh papanya menjadi bujang kembali , Adam juga tahu kehidupan papanya tidak pernah kosong daripada ditemani dengan mana – mana perempuan . Tak kiralah samada perempuan itu bujang ataupun janda , ataupun anak dara tua ataupun anak remaja . Pasti dia akan terserempak dengan papanya di mana – mana , dan berjalan disebelah papanya adalah perempuan – perempuan yang silih – berganti , yang datang dan kemudian pergi didalam kehidupan papa .

Tapi sekarang….

Tak ada salahnya papanya hendak berkahwin . Eloklah berkahwin daripada ke sana ke sini , yang akhirnya akan menjadi umpatan mulut orang . Dia tahu , papanya itu sentiasa akan menjadi hot stuff disebabkan rupa parasnya , tambahan pula papanya adalah seorang arkitek yang berjaya , dan dengan keperibadian papanya yang cool memang boleh menyebabkan mana – mana wanita yang melihat terus jatuh hati kepadanya .

Walaupun sebenarnya jauh didalam sudut hati Adam , dia berharap agar papa dan mamanya kembali disatukan .

Tapi mungkin itu semua hanyalah angan – angan yang takkan boleh jadi kenyataan .

Sebab , sampul surat berwarna putih itu merupakan saksi bahawa tiga bulan daripada sekarang , akan termeterainya lagi sebuah ikatan perkahwinan .

                                                                       ...................................


PINTU BILIK dibuka . Daud menggelengkan kepalanya . Patutlah sunyi – sepi sahaja . Rupa-rupanya tengah sedap terbongkang tidur . Dengan baju kerja yang masih belum disalin , dengan lampu yang terbukak , entah – entah solat Isyak pun belum lagi .

Jam di dinding dikerling .

Pukul 11.30 malam .

Perlahan – lahan pintu bilik ditutup kembali . Biarlah..dia tak nak kacau sahabatnya itu . Sejak pulang seawal 9.00 malam tadi , dia lihat muka Adam seperti tidak bermaya sahaja . Ajakannya menyuruh Adam menjamah sedikit nasi goreng yang baru dibuatnya pun hanya dibalas dengan gelengan kepala . Hendak disoal lebih – lebih , perutnya pula sudah berbunyi – bunyi mintak diisi . Selepas makan , teralit pula menonton CSI sampai tak sedar yang Adam masih lagi tak keluar daripada bilik .

Mesti adalah yang tak kena tu .

Bukannya dia tidak kenal Adam , rakan sebiliknya sejak daripada universiti lagi . Lelaki itu tidak terlalu rumit untuk difahami . Kisah silam Adam memang sudah diketahui , itupun sebab dia yang busy – body bertanya itu ini . Mungkin sebab dah tak tahan sangat dengan soalannya , Adam bercerita jugak . Tapi ceritanya tak best . Banyak  tergantung – gantung , sampai dia sendiri yang kena pandai – pandai buat rumusan .

Walaupun pandai – pandai meneka , tekaannya jarang sekali tersasar .

Dan Daud tahu , kalau Adam balik dengan muka masam berkerut macam itu , pastinya ada satu sebab .

Pasti sebab papanya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2016 12:02 AM | Show all posts
BAB 5

IRA
mengerling , mencuri pandang Adam yang sejak tadi hanya tunduk menyuap nasi ayam . Dia rindu . Dikerlingnya Adam sekilas yang memakai baju kemeja berwarna ungu , dipadankan pula dengan seluar slack berwarna hitam . Kemeja ungu itu lengannya dilipat sehingga ke siku . Kalau Adam menyuap makanan , Ira dapat lihat urat – urat yang timbul di tangannya . Malah , Ira tahu bahawa dia suka melihat jari – jemari Adam yang panjang – panjang kurus itu . Hari ini Adam nampak sangat hensem di penglihatan matanya . Iyelah…sebab Adam hensemlah dia terpikat pada  mulanya . Mata lelaki itu galak , dan dia tahu anak mata Adam berwarna hitam pekat . Hitam pekat macam warna minuman Cincau  kegemarannya . Dahulu kalau boleh dia nak lelaki idamannya mempunyai anak mata berwarna hazel , tapi tak apalah…hitam pekat pun dah cukup buat dia angau separuh gila . Hidung Adam pula taklah mancung , tapi elok terletak . Nak kata kembang memang jauh sekali , pendek kata memang eloklah . Ira pernah juga bayangkan sekiranya hidung Adam kembang , pun dia tak kisah . Dia pasti Adam mesti comel kalau hidungnya kembang . Bibir Adam pula nipis , dan nampak kemerah – merahan . Itu tandanya lelaki itu tidak merokok . Ira memang suka lelaki yang tidak merokok . Ehhh bukan Ira sahaja . Ira rasa semua wanita di dalam dunia ini tak suka pasangannya merokok . Rambut Adam pula memang lebat , dan lelaki itu suka mengenakan fesyen rambut yang  sama . Ira teringin juga nak tengok Adam buat rambut cacak , tapi tak apalah…Benda itu semua boleh disuruh bila dah lepas kahwin . Malah dia sendiri yang rela hati akan membuat pelbagai fesyen untuk rambut Adam .

Tengok..kalau pasal Adam , memang Ira secara automatik akan menjadi seorang gadis yang sentiasa menjawab tak – apalah .

Oh ya…Sebut pasal kahwin….

Ira berdehem . Adam berhenti daripada menyuap makanannya . Dia memang tak suka bercakap ketika makan . Rasa tak kenyang perut . Dia lebih suka menikmati makanan , sebab itu Daud pernah cakap yang dia boleh jadi juri masakan . Elehhh..sebenarnya Daud tu perli . Dia tahu Daud bengang sebab dia memang cukup suka komplen pasal makanan yang Daud masak .

Siapa sini yang pernah masak sup ayam tapi rasa macam air hujan?

Daudlah orangnya !

Adam menolak gelas  fresh orange ke arah Ira . Dia memandang gadis itu . Dia tahu sejak daripada tadi Ira tidak lepas – lepas memandangnya . Dia hendak menyoal , tetapi dibiarkan . Mungkin gadis itu rindu . Mungkin gadis itu ada melihat sesuatu di wajahnya , tetapi segan hendak beritahu . Mungkin ada sesuatu yang gadis itu nak sampaikan , tetapi tak terberitahu .

Segalanya berkemungkinan .

“Okey?”soal Adam sepatah . Ira angguk kepalanya dan tersengih . Fresh orange itu tak disentuh pun . Dia sengaja buat – buat berdehem sebab hendak tarik perhatian Adam . Adam kalau bab makanan memang takkan angkat kepala . Tunduk aje . Sedap sangat ke nasi ayam tu sampai dia yang tak makan daripada tadi langsung tak             ditanya ?

“Adam…”panggil Ira lembut . Manja saja bunyinya . Adam tahu itu tandanya Ira ada benda yang hendak disampaikan kepadanya .

“Semalam awak jumpa papa awak kan? Dia sihat?”soal Ira .

“Alhamdulillah..”jawab Adam sepatah .

“Kenapa dia nak jumpa dengan awak?”soal Ira lagi .

“Saja”jawab Adam juga .

Ira terdiam . Banyakkkkkk sebenarnya yang dia tanya mengenai papa Adam , tapi setiap kali topik mengenai papa Adam dibuka , itulah jawapan Adam . Sepatah – sepatah menjawab , sampaikan Ira terus terbantut keinginan untuk bertanya .

“Nanti sampaikan salam saya dekat dia eh”ucap Ira .

“Insha-Allah…”balas Adam juga .

Ira mengeluh . Bukan itu yang dia nak cakapkan . Apa yang dia nak cakapkan ialah ;

Bila awak nak bawa saya jumpa papa awak ?

Kalau bukan papa awak , mama awak pun okey ?

Adam…baju kahwin kita warna apa?

Ehhh pasal baju kahwin tu dah jauh melalut sangat . Tapi yelah….apa salahnya kalau jauh melalut pun? Mereka dah berkawan lama . Dia dah masuk 27 tahun , Adam pula dah masuk 30 tahun . Tak ada salahnya kan kalau mereka berbincang soal jodoh ? Masing – masing dah ada pekerjaan tetap , kereta pun dah ada , rumah tak apa , insha-Allah lepas kahwin boleh beli sebab dia memang dah berjimat – cermat untuk membeli rumah . Pendek  kata , Ira yakin mereka berdua dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan .

Jadi apa masalahnya kalau dia bertanya dan buka mulut dulu ?

Masalahnya dia malu . Apa yang perlu dia buat ?

                                                          .......................................................


“KALAU KAU malu kau melepaslah”ucap Shima selamba . Ira menarik nafas . Dia dah tak tahu nak luahkan masalahnya ini kepada siapa ? Kawan – kawan rapatnya banyak yang dah ada kehidupan                                     masing – masing , dan dia pun tak pernah hendak bercerita mengenai Adam kepada kawan – kawannya . Yelah..buat apa hendak digembar – gemburkan mengenai Adam , sedangkan lelaki itu belum sah pun menjadi suaminya .

“Tak pernah ada dalam keturunan aku perempuan confess dekat lelaki.”

Shima mengerutkan dahi . Apa punya pemikiran . Yang nak diajak kahwin tu kekasih sendiri , bukannya suami  orang . Nak malu apanya ? Kalau keluar ke sana ke sini tanpa ikatan , lagi malu . Malu sebab orang sekeliling duk mengata . Orang zaman sekarang ini bukannya boleh , apa –apa terus upload masuk dalam facebook dan                bagi  viral . Bagi diaorang like dan share itu umpama menang duit satu juta .

“Kau nak dekat dia ke tak?”soal Shima .

Ira terdiam .

“Nak ke tak?”Shima menyoal lagi . Kali ini lebih tegas .

“Naklah!”

“Kalau nak , cakap aje terus – terang . Kalau kau malu sangat , kasi hint . Ajak dia pergi butik pengantin ke . Ajak dia pergi kenduri kahwin ke . Ajak dia lalu dekat kedai kad kahwin ke . Takpun…”Shima terdiam seketika .

Ira sabar menanti .

“Kau ajak dia datang rumah kau”Mata Shima kelihatan galak bercahaya ketika dia memberikan cadangan tersebut .

“Datang rumah aku ? Nak buat apa?”soal Ira .

“Main masak – masak”sinis Shima menjawab . “Kenalkan dengan mak abah kaulah . Kau kata dekat dia , disebabkan kau selalu sangat keluar , mak abah kau asyik tertanya – tanya kau keluar dengan siapa . Sebab kau ini jenis tak pandai menipu , kau cakap kau keluar dengan dia . Dan mak abah kau terus nak jumpa dia ajak bincang soal kahwin.”

“Ehhh mana ada . Itu tipu tu.”

“Contoh faham . Contoh!”ucap Shima . Dia menggelengkan kepalanya . Ira ini gadis lahir tahun berapalah               agaknya ? Orang perempuan sekarang semua dah advance . Apa yang lelaki boleh buat , orang perempuan pun boleh buat . Nak ajak kekasih hati kahwin pun punyalah susah , siap termenung depan pinggan nasi lagi . Kalau termenung tu boleh selesaikan masalah , dah lama dah dia termenung . Duduk termenung seminggu pun dia sanggup .

“Macam mana kalau dia tak nak jumpa mak abah aku?”soal Ira balik . Ada kerisauan didalam nada suaranya .
Pertama , risau macam mana dia hendak cakap dekat Adam . Kedua , dia risau kalau – kalau Adam tolak . Ketiga , itu tak fikir lagi .

“Kalau dia tak nak jumpa mak abah kau , kau slow talk dengan dia . Tanya lembut – lembut kenapa dia tak nak jumpa . Cakap dengan dia mak abah kau manusia baik , makan makanan yang halal dimakan bukannya makan manusia.”

“Kalau dia kata dia tak sedia lagi?”

“Kau balas kata kalau tak sedia bila dia nak bersedia ? Dia tu dah tua , kau pun sama . Sampai bila nak tunggu ?”

Ira mengeluh .

Cakap sekarang memanglah senang , sebab ada Shima . Cuba kalau dia duduk berdua – duaan dengan Adam , entah – entah langsung tak keluar suaranya . Silap – silap soalan lain yang dirancang untuk ditanya , soalan lain pula yang keluar .

“Shima…”

“Apa?”Shima meneguk air liurnya . Habis pula air tembikai laici aku . Kering dah air liur asyik bersembang dengan Ira ini .

“Kau rasa Doremon tu wujud tak?”

Shima ketawa kecil .

“Kenapa ? Kau nak pinjam mesin masa nak tengok Adam tu bakal suami kau ke tidak?”

“Bukan”Ira menggelengkan kepalanya .

“Dah tu?”

“Aku nak pinjam lampu suluh yang boleh kecikkan benda senang aku nak kecikkan kau lepas tu sumbat kau dalam beg tangan aku . Nanti kalau aku lupa apa yang aku patut cakap , aku tanya aje kau.”

“Weh…!”Shima menjeggilkan biji matanya . “Kau ingat air liur aku free?”

“Alahhh..kau ini air liur pun berkira.”

“Kiralah . Mana ada benda percuma dalam dunia ini sekarang . Aku dah bagi nasihat ini , belanja aku lagi tembikai laici . Kering dah tekak aku ini.”

“Kau telan ajelah ais batu aku ini buat hilang dahaga.”

“Kedekut !!”
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt sambung la lagi .... cite menarik ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:12 AM | Show all posts
tak ada sambungan ke TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2016 02:07 PM | Show all posts
BAB 6

“ADAM….”
panggil Daud . Dia menoleh ke belakang , melihat Adam yang sedap menjamu tekaknya dengan maggi goreng . Daripada tadi makan tak habis – habis , aku ini siap dah bersandar kekenyangan . Makan satu – satu  ke dia ini ?

“Esok kau free tak?”

“Kenapa?”soal Adam , tidak menjawab soalan Daud . Dia perlu memastikan terlebih dahulu sebab apa Daud bertanya soalan sedemikian . Serik dia kerana pernah terkena dengan Daud beberapa tahun lepas . Bila dia cakap yang dia free , selamba sahaja Daud mengajaknya tengok wayang . Pada mulanya dia  okey , tapi rupa-rupanya teman serumahnya itu ada rancangan yang lain . Dia ada blind date dengan perempuan yang dikenali melalui facebook . Disebabkan perempuan itu pun bawa kawannya , maka Daud pun terpaksa jugak bawa kawannya .

Siapa kawan yang dibawa?

Dialah !

Dia terpaksa duduk , berlakon senyum dan tersengih selama hampir tiga jam , mendengar perbualan yang entah apa-apa . Kawan perempuan itu pun mesti naik bosan sebab dia tak ada respons nak melayan . Yang dia ingat , bila dia balik rumah sewa , perkara pertama yang dia nak buat adalah kurung Daud dalam bilik air .

“Aku nak ajak kau tengok wayang.”

“Tak nak aku”jawab Adam laju . Trauma mendengar perkataan tengok wayang .

Daud tergelak . Sudah diagak jawapan itu . Dia bangkit daripada duduknya . Kerusi berhadapan dengan Adam             ditarik .

“Jomlah..double date . Aku ajak Mia , kau ajak Ira.”

“Tak nak . Kau nak date kau date ajelah . Kenapa nak berdouble double date pulak ? Kau ingat ini cerita How I Meet Your Mother?”soal Adam sinis . Dia bangun dan menuju ke dapur . Mangkuk kotor turut dibawanya sekali . Keluar daripada dapur dia lihat Daud sudah tiada .

Merajuklah tu !

“Adam..”Daud keluar daripada biliknya . Terkejut Adam . Hampir – hampir dia hendak tersedak minuman yang baru diteguknya .

“Apa?”soal Adam . Handphone yang dihulurkan oleh Daud tidak disambut .

“Tengok ajelah…”

“Apa?”soal Adam tidak puas hati . Namun handphone miliknya diambil jugak . Daud sudah bergerak menuju ke ruang tamu .

Ok…

Apa yang ok ? Dahi Adam berkerut . Dia scroll sehingga ke atas .

Yang..esok jom kita double date . Daud ajak saya keluar . Kita jumpa kat KLCC pukul 2.00 ya.

Adam tergangga . Dipandangnya Daud dengan pandangan yang tajam .

“Sama – sama”jawab Daud bersahaja , menoleh memandang Adam .

“Bila masa aku panggil Ira YANGGG?”soal Adam bengang .

                                                                    ............................................

IRA tersengih – sengih . Handphone ditangan dipandangnya , sebelum dipeluk erat . Terasa tidak percaya membaca whatsap yang baru diterimanya .

Yang???

Adam memanggil yang ? Tak pernah – pernah lelaki itu memanggilnya begitu . Sudah bertahun lamanya mereka menjadi pasangan kekasih , yang selalu keluar daripada mulut Adam adalah saya awak . Itu sahaja . Dia pernahlah memanggil Adam dengan panggilan yang , tapi tak pernah berbalas pun .

Tapi sekarang ???

Ira tersengih lebih lebar . Tidur lenalah dia malam ini . Pasti susah dia hendak bangun pada keesokan paginya . Tapi tak boleh . Esok kena bangun awal . Cari baju cantik – cantik dan keluar rumah awal . Adam kata nak jumpa pukul 2.00 petang . Pasti lelaki itu pergi dengan Daud .

Double date ?

Ini satu lagi perkara ajaib . Tak pernah – pernah Adam mengajaknya berdouble date . Memanglah dia sudah kenal dengan Daud sejak di bangku universiti lagi , tapi dia tak pernah bersembang rapat dengan lelaki itu . Yelah..nak bersembang rapat apanya , kalau berjumpa pun jarang – jarang . Kalau berselisih pun setakat berbalas senyuman sahaja .

Ira tersengih .

Nak pakai baju apa agaknya esok ? Dia dah lama tak membeli – belah . Terasa macam banyak sangat koleksi pakaiannya . Ira bangkit daripada baringnya . Almari dibuka . Dia meneliti pakaian didalam almarinya .

Dahulu..dia rasakan pakaiannya penuh dengan pakaian yang cantik dan tak pernah dipakai , tapi sekarang?

Semuanya nampak lusuh pada pandangan matanya .

Ira menggaru belakang lehernya . Baju apa aku nak pakai esok ? Mestilah nak pakai baju yang                                      lawa – lawa . Kalau boleh tak nak kalah dengan kekasih Daud .

Ehhh kekasih Daud tu nama apa?

Maya rasanya .

Ye ke Maya ? Bukan Mia ?

Ehhh tak tahu . Tak pernah nak ambik tahu pun .

Nama kekasih Daud tu tak penting , yang penting esok aku nak pakai apa .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2016 02:15 PM | Show all posts
Edited by blahbla at 12-5-2016 02:27 PM

BAB 7

ADAM
menarik senyuman nipis apabila terpandang Ira daripada jauh . Dia mengangkat sedikit tangannya dan melangkah mendekati Ira yang setia menunggu . Di belakangnya Daud dan kekasihnya Mia sedang                                                           bergelak – ketawa entah sebab apa . Naik berbulu telinganya mendengar perbualan mereka berdua didalam kereta tadi . Kalaulah dia tahu yang mereka hendak mengambil Mia dahulu , dia lebih rela naik kereta sendiri .

“Ehhh kita tak pergi ambik Ira ke?”soal Mia .

“Tak . Adam kata dia tak tahu alamat rumah Ira.”

“Serius ? Betul awak tak tahu alamat rumah Ira Adam?”

“Yea.”

“Dia memang macam tu , tak prihatin”kutuk Daud .

“Baru couple kot.”

“Baru apanya ? Sejak daripada universiti lagi.”

“Serius?”Mia terkejut . “Lama tu…”

“Dia tak prihatin kan yang?”

Mia hanya ketawa . Adam mengigit bibir . Ikutkan hati hendak sahaja dilepuk Daud disebelahnya .

“Hye…”Ira dan Mia bersalaman .

“Saya Mia”perkenal gadis itu . Dia nampak simple sahaja . Dengan seluar jeans dan juga baju t-shirt lengan    panjang . Mukanya pula hanya dibaluti dengan bedak nipis . Ira rasa dia lagi tua daripada Mia . Entah – entah budak kolej apa Mia ini .

“Ira…”Giliran Ira pula memperkenalkan diri . Dia pula kelihatan ayu berpakaian skirt labuh yang kembang dipadankan
dengan kemeja berwarna biru muda . Ira memang cukup suka warna biru muda . Kalau dia berpakaian biru  muda , itu bermaksud bahawa dia sedang dalam mood yang gembira . Bertambah ayu dia apabila wajahnya yang bujur sirih itu dipadankan pula dengan shawl yang sedondon dengan baju kemejanya .

“Lama ke tunggu ? Maaflah…jalan dari ke rumah saya sampai sini jem sikit tadi . Itu yang lambat.”

“Ehh tak apa..tak tunggu lama pun”ucap Ira tersenyum .

Diaorang pergi ambik dia dekat rumah ke?

“Diaorang datang ambik saya dulu   tadi . Saya ingat lepas pergi ambik saya , terus pergi ambik awa pula .                   Tengok – tengok Daud cakap yang Adam tak tahu alamat rumah awak . Kenapa ? Awak takut mak ayah awak marah eh?”

Ira tergelak . Kau ingat aku ini        budak – budak kolej ke?

“Taklah…sebenarnya kami berdua memang lebih suka drive sendiri . Selalunya kami jumpa dekat tempat yang tak jauh daripada rumah dia , dan tak jauh daripada rumah saya.”

“Ohh…”Mia terangguk – angguk . Dia menoleh memandang Daud yang berdiri di belakangnya .

“Kita pun patut buat macam tu jugak bie . Senang I tak menyusahkan you.”

“Ehhh tak apa . Demi yang gunung berapi pun sanggup bie redah jua.”

Adam mengerutkan dahi . Dia menoleh memandang Daud yang sudah tersengih – sengih itu . Gunung berapi pun sanggup kau redah ? Elektrik kat rumah dah tak ada sekejap pun kau dah macam ulat gogok . Inikan pulak gunung berapi ? Pfffff…..

Ira memandang Mia dan Daud             silih – berganti . Diaorang bahasakan diri yang dengan bie? Sweetnyaaaaaa….

“Kita nak pergi mana ini?”sampuk Adam . Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin agar tak kelihatan jengkel walhal tahap kejengkelannya memang dah tinggi . Naik rimas mendengar perbualan yang entah    apa-apa , dan berdiri tegak di KLCC  ini .

Ramai pulak orang dekat  KLCC hujung minggu ini .

“Makan atau tengok wayang?”soal Daud , memandang mereka semua    silih  - berganti .

“Kita makan dulu nak ? I laparlah…”sampuk Mia . Dia menoleh memandang Ira , dan Ira menganggukkan kepalanya bersetuju . Dia rasa dia macam boleh masuk dengan Mia sebab gadis itu memang peramah .

“Okay…jom kita makan!”ucap Daud dengan gembira .

                                                           ................................................

IRA menutup pintu bilik . Beg tangannya diletakkan di atas meja . Longlai dia melangkah ke katil dan terus duduk . Dia menarik nafas panjang -  panjang . Cuba mententeramkan dirinya . Cuba mencari aturan fikiran yang terasa berserabut itu . Peristiwa yang berlaku lebih kurang dua jam tadi kembali terbayang di ruang matanya .

“Eh eh ada pameran pengantin”beritahu Mia . Mereka berempat berhenti , memerhatikan ruangan bawah yang penuh dengan manusia – yang pastinya terdiri daripada kebanyakan pasangan kekasih .

“Yang nak tengok ke?”soal Daud .

“Entah…bie nak tengok ke?”soal Mia pula . Dia tersenyum manja .

Daud tersengih .

“Kalau yang dah tersenyum macam tu , bie yang tak nak tengok terus rasa nak tengok”beritahu Daud . Mia tersenyum malu – malu .

“Jom Ira…”ajak Mia . Lengan Ira ditariknya supaya mengikuti langkahnya .

“Aku tak nak!”ucap Adam . Lengan Daud dipegangnya erat . “Aku nak pergi somewhere.”

“Kau nak ke mana?”soal Daud pelik . “Tak nak tengok pelamin ? Hantaran ? Baju pengantin?”

“Siapa yang nak kahwin lagi?”soal Adam .

“Dude…”Daud memandang Adam tepat . “Tengok pameran tak semestinya kau nak terus kahwin sekarang . Tengok – tengok aje . Lagipun , perempuan memang suka tempat – tempat macam ini ? Kau tak nak gembirakan hati Ira ke?”

Adam mengeluh . Dia memandang Ira dan Mia yang sudah berhenti , menunggu mereka berdua . Pandangan matanya dan pandangan mata Ira bertembung .

“Kau ini memang menyusahkan aku”dengus Adam dan melangkah .

                                                                   ......................................

“IRAAA !!”Ketukan di pintu biliknya menyentakkannya . Hilang terus lamunannya .

“Ye mak?”jeritnya . Pintu bilik segera dibuka .

“Baru balik ? Jom turun minum petang . Mak ada buat bubur jagung”beritahu emak Ira , tersenyum .

Ira membalas senyuman emaknya .

“Nanti kejap lagi Ira turun ya mak . Nak salin baju dulu.”

“Okay..cepat sikit tau . Abah dah tunggu tu.”

Ira angguk kepalanya . Pintu bilik kembali ditutup selepas emaknya melangkah pergi .

Bubur jagung…

Tak kiralah walau macam mana pun reaksi wajah Adam ketika di pameran tersebut , dia tidak ingin hendak memikirkannya . Bubur jagung yang masih panas berasap sedang setia menantinya di bawah untuk dimakan .


** Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca kisah yang tak seberapa ini . Maaf kalau jarang update , idea tak ada. Maaf jugak sebab space selalu lari . Saya tak boleh nak edit .             Tak tahulah kenapa . Laptop ini merajuk agaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2016 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sambung ya.... Mungkin Adam 'anti' dengan perkahwinan kerana dia tak mau jadi seperti ibu-bapa dia... Kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:39 AM | Show all posts
blahbla replied at 12-5-2016 01:15 PM
BAB 7

ADAM menarik senyuman nipis apabila terpandang Ira daripada jauh . Dia mengangkat sedikit t ...

relaks..relaks....nanti sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 09:27 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-5-2016 07:39 AM
relaks..relaks....nanti sambung lagi

tabah menanti sambungan....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.050423 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list